Monday, March 18, 2013

Nukilan Untuk 7 Teman


Assalamualaikum korang semua.
Aku sengaja pilih untuk menaip daripada bercakap
sebab mungkin percakapan tanpa suara lebih jujur bunyinya, daripada selingan kata kata aku yang sering memaki hamun dan mencarut! haha :D

Haaaaa..nampak sweet tak main acah acah wasiat terakhir, padahal boleh je duduk semeja melepak kan?
tapi, peduli apa.Ni blog gua :D

Firstly,
ALHAMDULILLAH.
Tahniah untuk kita semua dan syukur atas rezeki ini semua.
Apa yang aku nampak tadi,masa mula mula melangkah masuk ke kelas
aku tengok wajah cikgu,mata cikgu,senyuman cikgu semua betul betul mesra.
Memang kita dah lama tak jumpa cikgu, tapi tadi cara sambutan cikgu cara cikgu peluk semua serba tak kena.Hampir stim,aku dibuatnya! haha.
Dan, pada detik cikgu bisik dekat telinga aku ucapan 'terima kasih', jujur rasa gementar aku hilang perlahan lahan.
Ucapan terima kasih dari cikgu buat hati aku berkata yang 'kita tidak mengecewakan cikgu' :)
Mungkin,result kita tidak betul betul bagus dengan pencapaian markah yang maksimum, maka tak perlu untuk kita terlalu mendabik,gembira dan bercerita sakan dengan orang luar.Tapi,aku rasa walaupun sedikit..kita perlu juga untuk senyum :)
Sebab aku tahu dan kita saling perhatikan pencapaian setiap seorang setiap kali peperiksaan macam mana.Ada masa, kita betul betul buat cikgu marah dan kecewa.Sampai satu detik,aku pernah terfikir 'apa kedatangan aku ke tingkatan 6 ni,satu beban buat cikgu untuk dapatkan prestasi yang bagus supaya cikgu tak akan rasa malu dengan kawan kawan dia?'

Aku faham, kita berkongsi rasa yang sama.
Sedih kecewa sakit hati dengan jelik cerca mata orang yang memandang.Kata mereka, kita terkandas dan jalan terakhir kita adalah sekolah.Dan, hari ini tanggal 18 march,membuatkan betapa aku tak pernah menyesal menjadi sebahagian daripada calon STPM tahun 2012
Apa yang kita tuai,semai dan baja akhirnya berbaloi, dan sedar tak korang yang sebenarnya kita mara ke satu tahap yang lagi satu.Kita berlapan dah berjaya lulus STPM sebab semua kita ohsem di pengajian am! haha.


Ain't about how fast i get there,
Ain't about whats waiting on the other side
Its a climb.


Masih ingat tak lagi dengan tulisan warna warni yang kita lekat sama sama daripada kita lower 6 dulu?
Dan hari ini, aku betul betul faham dengan maksud moto kita ni.
Bukan masa yang pantas kita kejar,Kita tak perlu pedulikan apa orang cakap,Kita tak payah fikir apa yang ada di luar kawalan mata dan minda kita sebab kita percaya dengan langkah yang kita buka untuk capai ke satu tahap yang baru dengan kemampuan kita sendiri.Sekarang, kita bakal mara untuk ke tahap Ijazah Sarjana Muda :)

Kedua,
Hari ni juga aku gembira kita dapat sama sama kumpul balik dalam kelas kita sendiri.
Dekat tempat 'meja' yang kita berlapan pernah duduk,luahkan perasaan,pernah bercerita,bergosip dan kita juga pernah menangis bersama dekat meja petak yang kita tunggu keputusan tadi.
Dan ya,tempat yang pernah jatuhnya air mata kita,tempat yang pernah berbahang sebab kemarahan kita akhirnya jadi saksi betapa hari ini, kita dah buktikan dekat cikgu yang selama ini kudrat dan penat lelah cikgu bukan satu yang sia sia.Aku percaya yang tadi setiap seorang antara kita betul betul gembira dan redha bila waktu kita koyakkan kertas tu.Sebab aku tengok riak muka korang semua.Hari ini jugak,kita berkongsi kegembiraan yang sama :)

Macam apa yang pie cakap,kita semua dah buat yang terbaik.Dan kita semua dah cuba sehabis daya maka mungkin itu yg dah ditetapkan. :)
Sebelum ambil result lagi,aku dah terapkan yang aku gembira dengan apa yang dah aku buat dan aku percaya jalan untuk kita luas sebab kita cuma bersaing dengan pelajar stpm yg lain.Kuantiti yg sedikit memungkinkan peluang kita terbuka untuk masuk ke Universiti.Inshaallah.

kenapa aku rasa tiba tiba lembut dan alim belaka ni? hahaha!
Tadi masa dapat result, kau ada perasan tak budak gemuk menagis meratap macam mak hilang anak? alia yang kata! haha.Sekarang dah jadi cikgu tadika,semua nak dikaitkan dengan anak.Alia dah besar keibuan lah .
Tadi bukan aku menangis sebab aku sedih atau gembira.Tapi aku menangis sebab MALU.
Satu tamparan bagi aku, bila aku bukak kertas tu aku dapat apa yang aku tak minta.apa yang aku sendiri tak jangka.Allah bagi dekat aku sedangkan dari tarikh 12.12.2012 aku lupa langsung dekat ALLAH.aku tak sujud,aku tak berdoa dan aku tak rendah hati meminta dekat ALLAH.sebab aku sombong,aku tak bersyukur dan aku lalai kan diri aku.Tapi hari ini, ALLAH bagi kejayaan dekat aku sedangkan aku dah jauh tinggalkan dia.Sebab tu lah aku meraung.Aku rasa aku teruk,aku rasa aku bodoh.Aku cari Dia bila aku perlu,sebelum stpm aku sembahyang berdoa macam bazuka,lepas dah selesai aku hilang macam kentut.Mungkin,hikmah atas apa yg terjadi hari ni adalah aku sedar siapa aku tanpa kalimah KUN FA YAKUN dari ALLAH.dan detik zohor tadi aku pasang niat untuk lebih jaga solat dan lebih merendah hati. :)
Inshaallah.

Secara total,kegembiraan aku berganda sebab aku ada kawan kawan yang sama sama dah berjuang dan buat yang terbaik.Personally, aku berbangga dengan korang semua.Otak aku macam terflash back balik moment dalam kelas bila

* Situasi dalam kelas :)




shaz berdiri dekat depan ajar kita BM,ajar tatabahasa dan buat isi karangan (kadang kadang dia menulis tapi mulut sempat bergosip pasal orang lain,dan bila dia explain fakta then kita tak faham,boleh nampak muka shaz dah berubah hampir hampir garang,tapi dia teruskan explain sambil tanya banyak kali ..faham?faham? faham tak?K....Dia jugak byk membantu sebab bila kita tak faham,shaz sudi ulang dan ulang dengan contoh yang berlainan sampai lah kita faham :) ) 




Huda bercakap pasal kiraan dan formula dalam subjek PP  (yang ni dia taiko habis.Bila pasal formula,dia explain dekat depan tentang kira kira dengan mukadimah dia mesti suara macam berbisik horny je.lembut je explain,lepas tu tulis dekat white board,semua pakat kerut dahi baca tulisan dia yang unik :D)



Wahidah tekun ajar kita semua tentang graph pengajian Am,ajar basic yang senang kita bezakan setiap graph (Wahida hebat mengajar dalam gelak.Bila kita semua fokus mata dekat dia,dia segan lepas tu gagap then mula lah dia gelak tak henti henti.Tahu tahu je mata dah berair macam menangis.Bila dia silap sikit,kita tegur mesti dia sengih and jari gerak gerak memintal.Lepas tu dia akan ambil masa yang lama untuk dapatkan mood serious mengajar :p )


Pie secara santai explain dekat kita sejarah dengan penceritaan yang lawak dan contoh yang senang kita ingat (Pie yang sebenarnya hebat tapi tak nak tunjuk skill.Bila dia explain pasal fakta sejarah ada je contoh yg kita sendiri tak jangka.Masa sejarah asia dia ada explain adat org indon yg sapu jamu dekat muka anak,so pie kata thats why muka indon semua sama.haha.lepas tu bila ada part dia tak tahu,mesti dia tokok tambah fakta sendiri dengan muka yang sgt konfident and byk sebut la la la..macam tu la... :p.Masa belajar,bila kita semua tak terkawal dengan emosi wanita,mesti Pie jadi jejaka waras yang menenangkan.HE IS OUR IMAM!)




Adnin yang selalu meja dia kita singgah untuk tengok dan bandingkan (tiru) ,jawapan  untuk latihan (Adnin yang kurus tapi jarang bangkit dari kerusi.haha.Sebab dia tekun dan kita sendiri selalu panjangkan leher tiru dan tengok apa yang adnin tulis.Even aku sendiri pernah tiru bulat2 jawapan PP adnin,then kantoi dengan cg rashdah.Adnin juga bila kita tak faham,dia explain simple gila tak berbelit.cuma tangan dia je yg pegang pen lepas tu jari berpusing pusing mcm orng nak berpidato... haha )



Alia yang serba boleh.Semua dia boleh explain terutama dalam aspek ilmu am dan isu semasa.Politik.Memang tak ada dalam subjek,tapi dengan dia lah kita semua nampak apa itu 'permainan malaysia' (Alia hebat bila berdebat.masa debate english mesti akan ada unsur nak bergaduh kalau bercakap dengan alia sbb kita tak boleh lawan dia yg tahu byk fakta.And dengan alia juga kita semua banyak dapat betulkan ejaan dan sebutan dalam bahasa english.Sebab alia laju je bila detect kesalahan org yang nk speking tapi lidah melayu.hahaha.Bila dia dengar org sebut salah,mesti dia gelak mengejek sampai muka merah :p)



 and ruhana yang selalu ingatkan kita bila dia bertanya tentang apa yang dia tak faham so kita explain maka kita double ingat.(Ruhana byk diam dan perhatikan.Kadang2 kita bising gila masa belajar,dia sorang diam so dia nampak reaksi cikgu,mata cikgu so dia yg kerap laporkan tadi cikgu mcm ni ..tadi cikgu mcm tu.atau bila kita semua memekak dengan muka cuak dia akan buat isyarat diam sambil mata tenung pintu.hahaha!Ruhana jugaklah org yg byk tanya dekat kita semua secara personal yg dia tak faham ni tak faham tu.so bila kita explain,kita akan lebih ingat.yeayy!)






Kita semua berkongsi ilmu dan kita semua saling membantu.Apa yang kita dapat adalah dari hasil kita bersama.Banyak yang lopong,banyak yang kurang tapi sebenarnya kita berlapan penuhkan ruang tu dengan kelebihan yang masing masing ada,kita salurkan.
Perghhh! Katarsis betul perumpaan aku..macam B**** GILA! hahaha..

The last and the most important one!

Walaupun mungkin jauh dalam hati sendiri ada rasa sedih dan kurang berpuas hati dengan apa yang kita dapat,please remind dan rewardkan diri kita masing masing yang KITA ADALAH YANG TERBAIK DAN ISTIMEWA!
sebab, kita bukan ambil diploma,kita tidak belajar asasi,kita tidak dalam pembelajaran sijil kemahiran..tapi kita adalah bekas pelajar STPM yang dah dapat keputusan.Kita adalah antara golongan minoriti yang belajar SATU TAHUN SETENGAH ambil peperiksaan yang setanding dengan A-LEVEL dan sijil kita diitiraf dunia.Satu dunia pakai apa yang kita ada.Dan dan dan..yang aku kerap dengar ramai yang perlekehkan kita,ramai yang pandang rendah ejek kita sebab mereka adalah kumpulan orang berminda yang tidak berani untuk berhadapan dengan kepayahan STPM.Kita dah buktikan yang kita mampu dan kita boleh lebih daripada mereka.Orang kata STPM susah gila babi, tapi kita dah lalui dan kita simpul kemas rahsia STPM :)

Please, jgn bersedih.Ini adalah masa untuk manjakan diri dan rewardkan diri sendiri secara diam dan bukannya riak ya? ya ya ya
Tak perlu tangkap gambar slip kemuadian upload mcm orang tuuw tuew tuew.hehe.Cukup sekadar status :p

Bak kata senior dahulu kala,
Kita akhirnya menutup mulut cikgu WANGSA MELAWATI.

Aku harap,kita semua akan terus berhubung.Dan bakal melanjutkan sesi kegedikan maksimum apada 4 april 2013 di melaka! Janji!
Aku sayang korang! haha :D




muah muah!
Ayuh bergosip di wall,apa yang korang perasan tentang reaksi wajah cikgu setelah lama tidak berjumpa dengan kita semua??
;)


No comments: