Wednesday, March 6, 2013

Duit berTERBANGan



Bulan ni, aku mencari pengiktirafan sebagai pemandu jalan raya yang sah.
Ya, dan aku juga sudah siapkan segala keperluan
duit,pengetahuan,korbankan masa dan lupakan waktu untuk bersenggama
sebab aku tekad mahu habiskan urusan bersama makhluk JPJ.

Tapi,
malangnya hari ini aku gagal dalam ujian litar
secara detailsnya aku tidak lepas untuk naik ke bukit
persoalannya?
sama ada bukit di SKEM itu semakin ditambah menjadi tinggi?
atau..
aku yang bangang abadi?
hikhik

Bila gagal di litar, aku tekad mahu belasah habis di ujian pemanduan jalan raya
Mungkin nasib menyebelahi aku,
berbekalkan muka yang bisa menarik perhatian dan ditambah riak wajah yangwarna pucat ketakutan,
Aku cuba tenangkan diri bila waktu aku bakal menjadi pemandu yang sedang diuji.
Pakcik JPJ tu boleh juga lah mengajar dan pejam mata atas tragedi enjin kereta mati 3 kali
Walaupun aku lihat pakcik tu mula bertelagah dengan dirinya dan memberi nasihat dalam nada yang semakin mengguriskan.
aku peduli apa, janji aku mahu habiskan apa yang aku mula.
Alhamdulillah.Aku melepasi tahap ujian jalan raya.

Tema bagi entry ini adalah,
aku gagal litar tapi aku lulus jalanraya
lulus satu atau gagal satu, kenyataanya aku masih tidak boleh diiktiraf dan berkawan baik dengan lambang merah 'P'

Satu permainan berani mati aku cipta,
dan aku mula membuat tawar menawar
Aku sediakan cagaran wang ringgit
dan aku menanti masa tuah diri aku
bagi mendapatkan 'lesen terbang;
secepat mungkin.Ya.secepat mungkin. :)

Hari ini juga,
baru aku tahu istilah sebenar 'memberi dan menghulur'
aku memberi orang merasa,dua tangan dihulur jari bertaut rapat dan perjanjian dibuat.

apakah aku sudah terjebak dalam kancah rasuah? :O

Keseluruhan liabiliti ini aku cipta atas duit hasil titik peluh sendiri.Kurang perasaan bersalah di situ. hehe



adios.

No comments: