Saturday, March 9, 2013

Benci



Kata orang, ikut hati mati.Ikut rasa binasa.
Bila hati yang mati mula berkata, semua yang tersedia hancur binasa.
Sekarang apa yang jadi, membuatkan aku terfikir
apakah detik juta kali setiap saat yang berlalu sepanjang 498 hari ini, satu yang sia sia?

Semua yang dirancang hancur musnah ranap dalam sekelip mata atas satu penolakan.
Bila hati sendiri mula berdetak sudah mual dan bosan,
tidak perlu lagi dicipta satu pertemuan empat mata.
Jikalau watak yang dibawa hanya mahu mengambil kesempatan

Manusia itu aku lihat,
terus merintih gersang inginkan bicara mesra
Tak perlu ungkapkan sayang
kalau isi hati yang tersirat mendesah
tentang hutang nafsu serakah
yang perlu dibayar
tak perlu mencuri masa sendiri
jika apa yang wujud dalam hati
cuma keinginan batin
mahu membelai dan dibelai antara lelaki dan perempuan

Tindakan itu membuahkan rasa jelik dan jengkel
dan lama kelamaan apa yang aku cari
hanya jalan pintas untuk tamatkan apa yang dimulakan.

Jujur, kau membunuh perasaan hormat dan sayang.
Dan jujur bahawa hati ini telah mati.

P/s : Pergi jahanam dengan beda ni semua!

No comments: