Pemikir muda meluahkan emosi minda.Tidak bercakap tentang bola.kerana tiada ilmu yang banyak.Tapi ini sekadar memberi pandangan yang secubit sahaja penyentuhannya.. :)
Sebelum ni ada tanya dah siapa yang nak tiket bagi perlawanan Arsenal menentang Harimau Malaya?
Dengan rakus dan tegarnya aku boleh post dekat status.
Tup tup , ada 'pelanggan' setempek kata 'lagha lagha.. ni bulan ramadhan.Malam ada qiyamullail' -_-
Rasa nak padan muka dengan diri sendiri pulak woi!
Emosi keterlaluan yang mengundang kejelikan.A.A.K? |
Maka, jenis yang cepat tersentap tiket tu pun tak dijual dan ayah dengan senang hati menjual dengan harga berkilo kilo tinggi kepada penyokong yang sanggup datang dari Singapore.
Singapore cina, maka beliau tak terlibat dengan puasa jadi harga boleh up! Itu dia, amalan riba berleluasa.
semangat kesukanan tidak terpadam dalam apa kedaan sekali pun.
Ramai jugak yang turun ke stadium dan boleh tahan juga ramainya penyokong The Gunners dan Malaysia. :)
Kalau sebelum ni, kebanjiran jersey warna biru dan kuning tapi tadi malam terselit banyak jugak jersey merah.
Nasib baikArsenal, ingatkan Garuda si Indonesia.Karang main berganyang kang. Fuhhhh :D
Macam biasa, ayah selaku 'belakang tadbir' bagi persatuan bola sepak malaysia semestinya menonjolkan muka setiap kali ada game di stadium. Dek kerana kecintaan terhadap tugas, adik yang bongsu iaitu Ikqhmal Jendol selalu dibawa bersama bagi menggengam tangan pemain yang bakal beraksi.
Untunglah kau dik, tumbesaran kau terbantut dah berapa kali kau masuk padang dapat berjabat tangan dengan pemain.
Thanks to mysunbaenyim <3 for this pic.hari ini :')
lampu hijau! :p |
Dia buat Peace dengan keadaan muka yang menahan sembelit sebelum peganag tangan Shahrul Idlan Talha. :P |
Akak perhatikan dari jauh dengan penuh rasa syahdu.
Muslim Ahmad, budak yang pegang tangan awak tak comel lah.Saya lagi molek.
Mari lah saya genggamkan tangan awaokkkk HAHA.okay tak kelakar .
Walupun pertahanan dia selalu dia buat lobos dan bocor, aku tetap suka dia.Muka macam ni, buat silap juta juta kali pun tak jadi nak marah <3 amboi! love terus dia bagii naaaa haha.gedik. |
Tadi sekadar perhatikan ala kadar je. Sebab semua muka baru. Ceq tak kenai depa nohh.
Anak siapa tu yang berlari berkejaran riang di atas padang.
Mana ibu ibu mereka? haha.
Mata mencari cari kelibat mereka ini.
Tapi tak ada.
Kuat tapi tak turun padang, bekas pemain dan bakal dilelong. huhu
Beliau rasa duit juta paun boleh berlari atas padang dan bagi kemenangan.Kasihan, kan dah suam suam kuku.Yang awak lelong mereka ni kenapa? amek kaw!
Dan tadi jengah jengah facebook ada selingan soalan yang mempertikaikan,
Patut ke penyokong Malaysia bersorak bila Arsenal dapat menjaringkan goal?
di sini..ayuh,tekan saja meyh! :)
http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=404537519603553&id=223391701051470
Dan bagi pendapat aku, soalan yang diajukan ternyata berbaur unsur untuk mentelagahkan dua penyokong yang datang dari satu rumpun bangsa, Melayu.
Simple je. Ini adalah bola sepak maka bila jaringan goal dibuat, penyokong di stadium berhak untuk bersorak dalam keadaan ketawa, marah, benci, perli, dendam atau puas hati.Hak masing maisng nak sokong mana. Sebab soal hati tak boleh dipaksa.cewah!
Dan macam tadi, skuad bola negara kita bertemu dengan pasukan gergasi antarabangsa yang jarang-jarang kita ada peluang untuk bermain atas padang yang sama.
Jadi, sorakan yang bergema tadi tu adalah tanda teruja sebab pemain liga luar yang disokong ada beraksi depan mata. Gembira.Itu emosi. Dan sebenarnya tak ada kaitannya pun dengan bila kita bersorak kita seperi mengayam-ayamkan skuad negara kita.
Penguasaan majoriti di dalam stadium adalah kita,penyokong Malaysia jadi aku rasa sorakan yang bergema tu seakan akan tindakan serampang dua mata.
Bila Malaysia goal, kita sorak.kita gembira sebab itu adalah jaringan negara kita. bila Arsenal goal, kita bersorak juga sebab itu adalah skuad luar yang sangat kita minat. Ada depan mata dan beraksi sama macam dalam tv. Hebat dan menterujakan.Maka bersoarak lah :)
Tak ada kaitan dengan pencabulan semangat patriotisme.Kau tak boleh pertikaikan kalau Malaysia jaringkan goal, penyokong asli Arsenal tak akan bersorak pun.Itu satu perbandingan mat jenin.Sebab perkara tu mustahil nak dipertikaikan.Ye,Malaysia bersorak sebab mereka itu hebat,mereka gah,mencipta nama dan kita dalam diam mengharapkan pemain kita memberikan aksi yang macam tu.Penantian yang bertahun lama masih tak membuahkan hasil, dendam!Letih menunggu, jadi kita bersorak untuk orang lain.Atas kemenangan orang lain sebab?kita tak mampu bersorak untuk kumpulan kita sendiri :)
thanks to google. |
Jiwa tetap Malaysia, dan mustahil kalau bersorak kita macam menindas maruah bangsa sendiri.Fikiran minda kelas ketiga.Lagipun perlawanan tadi sekadar perlawanan persahabat.Suka suka.Lain lah kalau Harimau Malaya masuk main WC,kalau mana mana yang bersorak memang nak kena hudud lah kan?
Permainan suka suka sekadar mengeratkan, memuaskan hati penonton, dan memberi pengalaman kepada skuad negara kita yang masih bertatih.Eh, maksud aku dah mula berjalan sikit sikit bangun jatuh haha.
Jadi tak perlu ada unsur kemarahan apabila kalah.Sebab kita hanya untuk suka suka.
Bila kita ada kemampuan untuk merobek gawang goal Arsenal yang bukan calang calang, maka kita tahu kemampuan kita yang makin kukuh. :)
Tuntasnya, tadi kita mampu buktikan yang kali ni kita balik tak bawak telor ayam macam biasa. HAHAHA.
hebat lah tu kan? kiteww sukewww!
Kalau lawan dengan Thailand ataupun Indonesia,lain cerita.Asia sama Asia , Nusantara sama Nusantara.Ya,itu baru boleh kita pertikaikan bila ada kalangan kita yang menghukum pemain sendiri.Tak pernah nak faham tentang rezeki dan kawan tu separuh mati berlari berkejaran atas padang, kau boleh pulak mencarot carot sambil makan kuaci.puih!
kalau kalah haaaaaa bukan sekadar bersorak marah,halkom pun boleh terpelanting keluar :D
Tak jadi isu besar pun bila, Malaysia kalah dengan Arsenal untuk perlawanan asas macam ni.Sebab?Belum tahap lagi kita nak menjadikan Arsenal sebagai pesaing buku bertemu ruas.Masih belum mampu setanding dengan mereka.Dan ada kemungkinan, kita bersorak kerana kita dahagakan kemenangan dan kuasa kukuh yang ada dekat kumpulan luar.dengan harapan supaya team kita pun macam mereka. ?? TAK FAHAM? AKU PUN.HAHAHA. 'role-model' tu boleh lah.
Tapi tapi tapi, jangan kita kalah untuk game
Eh yang kau bercerita sakan ni macam aku pergi.Kau pergi ke Umai?
Jawapannya tidak.tapi Umai mengadap tengok dekat Astro Arena sahaja. hahahahha :D
Terpaksa lipat kain bertimbun dan kemas rumah kalau tak nanti esok tak dapat duit upah untuk bershopping raya.
Masakan kerana bola, daku sanggup menidakkan duit?
I kureeeng minat bola.Sekadar melihat suka suka dan memikir :)
Selamat malam.
1 comment:
"I kureeeng minat bola.Sekadar melihat suka suka dan memikir :)"
Sambil berjersi bola.
Post a Comment