Ah lan wasah lan ya ramadhan <3
Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat seluruhnya :)
Semoga Ramadhan kali ini membawa barakah dan lebih baik daripada sebelumnya.
Sebelum tu ada teka teki.
Apa benda yang bila siang dia kempis, malam dia kembung??
haa, mesti tak berminat nak jawab kan? okay biar umai jawab.jawapannya ialah PIPI dan PERUT.
okay, standard jawapan teka teki minta dimaki.
serius serius. next pls.
Sedar tak sedar dah hari ke tiga kita berpuasa
*ayat sebak bajet saspen yang selalu penglipur lara buat :D
iskk
Sedar ke tak ni? Tak sedar jugak? eh kenapa berkhayal ni? berbuka dengan air daun ke apa ni.
Tak banyak yang nak ditaip.Sekadar berkongsi rasa bahawa harap2 puasa tahun ni lebih baik dan lebih berkualiti dari yang sebelumnya,
'berkualiti' haaaaaaaaaaa -_-
Sedar tak sedar
tadi belek2 folder gambar yang lama terjumpa album BUKA PUASA WITH BFF.
Lupa apa isi kandungan dalam folder tu.Sebab tak sedar yang nama folder boleh tersave gedik macam tu.Jadah apa Bff.Nama macam gadis gadis gedik bajet urban. she's my bff. Haha. <3
Wak lu, okay?
Buka punya buka, ouh ni masa puasa tahun lepas
Masa 2011 :)
Seronok, atau dalam erti kata yang lain ni date kami yang pertama keluar dengan berkereta tanpa ditemani oleh ibu dan ayah . Semua dah besar!
bukti? Konvoi 3 kereta.HAHAHA.
Keluar dengan kawan seangkatan merangkap kenalan baik masa dahulu kala kini dan selamanya.
rindunyaaa lah hai dekat awek2 semua ni :)
Harap harap akan ada semula pertemuan.
Rindunyewwwww.
stop it mira.kalau ulang banyak kali ayat rindu nampak fake pulak kau ni -_-
Stop ah! macam tak ada jiwa pula nak menaip.
Nah, tengok gambar selaku katarsis luahan rasa rindu. Rindu kepada kawan kawan dan rindu kepada rambut panjang mengurai masa ni.
Rindu lagi? ffttttt!
Kawan rapat dan teman baik. Dulu kini dan selamanya :)
Sekarang semua dah bawa haluan masing masing tapi tetap terus berhubung.Mana yang bermasam muka tu, haa taubat.Bulan mulia meh hati tu bagi mulia sikit.Padamkan hasad dengki.
Tiru macam sayyyaaaa :D
dari kiri: Syana,Kyra,Kiki,Zye,Mek ya,Awanis,Umai,Zue dan Fatin
comey sokmo deyhhh :p
Seronok lah weh bila berjumpa balik kawan kelas atau dalam erti kata yang lain, member satu puak.
Masa sekolah dulu selalu rehat sama sama lepak sama sama.
Sekarang dah jarang tapi bila ada kesempatan memang menjadi dan meriah.
Bertukar cerita tanya khabar tanya tentang bf kau dah bertukar ke belum. :p
Dan yang paling penting, sekarang buat apa?study kat mana?
Umai jawab : Aku masih dekat Sekolah Kebangsaaan Wangsa Melawati
okayy.Semua terdiam -_-
Sedih. iskkk
Semangat Abbasiyah kuat dan masih berhubung sebab masa F5 mereka satu kelas.Pilih bulu woi! |
Okay ini Awanis yang bepipi merah semula jadi.Dia akan ke degree dan baru sahaja tamat matriks :) |
Ini zue.Sekarang sudah berhijab.Alhamdulillah :) Bakal deg di Uitm Sri iskandar perak.Lepasan matriks :) |
Ini Koyum.Bakal artis :) Uitm Puncak Perdana. |
Syazana.Unisel merangkap yang paling Sexy antara kami.syanasexy nama manja beliau :D |
Fatin fatihah yang bersikap lembut ala ala ibu yang memahami.Uitm Lendu Melaka :) |
Yang 2 orang ni memang tersangat rapat :) Kki yang paling genius antara kami semua. Dan fakhira cek mek Kelate sekarang di UIA :) |
okay! Yang 2 ni memang dari dalam perut tali pusat dah tersimpul rapi haha.Mek ya aka Baby tulang kini di Uitm Sri iskandar :) |
Zariq falina sekarang sudah berhijab .ALhamdulillah.:) Uitm Kedah . |
Tergedik gedik menangkap gambar. |
Dia ni muka fotogenik :D |
Bila berjumpa cerita luar dalam semua keluar.Ni belum ada Munawarah lagi.Kesimpulan , bulan puasa jangan mengumpat. Tengok! Semua muka senyum seronok bila bercerita aib orang.hekk.
Kepanasan di bulan puasa tak minum air buat kepala mengembang dan membesar .hek! |
Lepas snap pic ni, diri sendiri cakap wow!cantiknyaaa HAHAHA |
Jangan tiru aksi ni, kalau tak nanti kene ganti puasa 2 bulan bertutut tanpa skip hari.EH?
dan ini ialah kami yang sebenar <3
Friends are angels sent down to Earth to make good days and
and help us find our way.
and help us find our way.
InsyaAllah, persahabatan yang terjalin ikhlas akan sentiasa ada jalan yang diberi untuk bersua dan terus berhubung :)
Nanti siapa yang akan kahwin dulu? haha.
okay selamat malam.salam ramadhan :)
Btw, nak tunggu detik 100 hari sebelum stpm dan umai akan mengdeactivekan facebook.KATA KAW!
Racun perosak yang membuatkan niat suci nak study mati lesap dan mampus. Exam dah nak dekat.sila jangan rindu umai. haha.okay tak kelakar.bye lagi.
:)
No comments:
Post a Comment