Monday, July 2, 2012

Cubaan pertama manjadi K-POP!




Orang kata di mana langit dijunjung,di situ bumi dipijak.


Faham?Sila google apa perkaitan peribahasa Melayu dengan percubaan menjadi Orang Korea.
Ianya adalah satu lumrah apabila sesorang dilahirkan dengan satu resam yang dah sebati dengan cara hidupnya,maka seluruh pergerakan dan unsur di dalam jiwanya mengikur resam dan adat budaya sesuatu golongan kaum yang dianutinya sendiri :)
Jadi,kalau dah tekak petai,sila sumbat dan makan petai banyak banyak kemudian buat ombak angin mulut kamekamehaaa
.hahaha

Selera luar tabi'i pada ini hari,
Selepas tamat exam SPEAKING MUET,kami mahu menenangkan jiwa.
Keluar dari kotak dan pada hari ini,kami semua memanjakan tekak dengan makanan daripada Asia Timur iaitu makanan Korea yang suam suam kuku harganya.
Rasa?
Nanti..sabar.insyaALLAH Pasti ada jalannya. :D
tiba tiba.

Memang tak dapat dinafikan,demam k-pop berleluasa dalam kalangan kami berlapan.Tak banyak bunyi sekarang semua pakat layan Korea.Taksub dengan abang-abang Korea.
Faktor pendorong untuk menukar selera pada hari ini berpunca daripada pengaruh Running Man.
Jadah apa,setiap kali tengok episod Running Man yang makan-makan semua memekak nak mencuba dan merasa makanan Korea.
Sekarang,benda dah terhidang..Haah!Ni makan dia :D




Tak millenium lah kalau boleh tengok Running Man sampai episod 100 download dalam lappy dan mengetepikan segala cerita 18sx,tapi tak mencuba apa yang Running Man buat. Kan?haha.
Jadi,mari juragan!

Kau cuba lihat,bagaimana memek muka palesu orang ini mempengaruhi kami selaku budak sekolah yang cepat terpengaruh untuk memakan makanan mereka.
Sesuatu yang bagus,dalam mempromosikan filem warga k-pop ini sangat menerapkan aspek menjulang segala makanan Korea.Maka,kami yang melihat ni bukan main teruja dan horny nak merasanya.
Semua tertipu habis. :D
Mungkin lain orang lain penerimaan.Ada jenis orang yang tekak dia boleh sebati dengan semua unsur makanan walaupun rasanya berbeza dan lain daripada yang lain.
:)



Lokasi pada hari ini,Segmen tekak ular ala ala k-pop anggaatttt ialah di Restaurant Spring Potato yang terletak di Gombak.
Ni link dia. :)

http://springpotato.com.my/sprestaurant.html

Daebak!Antara restoran hasil tangan anak jati Melayu yang mengubah cita rasa makanan Korea mengikut tekak warganegara.Satu pujian harus diberikan.Sila tepuk tangan!

Masa mula mula sampai,agak terkejut beruk sebab kedai ni bersebelahan dengan bengkel motor.hahaha.
Kami sampai pukul 10.30 dan masih ada papan pemberitahuan we are closed.
Tekad yang tinggi dan jihad yang melampau.semua pakat turun ketuk pintu restaurant.
Hasilnya,ibu ibu yang mengidam tersenyum lebar. :D
Jemput masuk .




Masa tu memang baru pagi dan ada unsur orang semua tengah sarapan nasi lemak dan roti canai.
Memang retoran tu lengang dan tak ada pengunjung lain.
Humaira memulakan langkah sebagai orang yang batak kamera dan buat restoran tu macam rumah.
Kami bertukar meja sebanyak 3 kali.Ambil mood melayu,orang kata kalau main pindah2 tempat masa makan,suami pun akan tukar tukar.So,adegan menukar meja semakin rancak! haha.
Who cares?Pengunjung dan pembeli ialah raja dalam perniagaan.
Hehe.






Gemuk lapar!makan dia! 

Ada banyak menu yang wujud dekat restaurant ni.Tapi masa ni mata semua gelap dan apa yang kami nampak hanya Korean Food.
Tolak tepi habis makanan barat dan makanan nusantara.
Hati meronta nak makan koean food!
Tolonglahh tolonglahh tolonglahh



Apa benda semua ini?
Apa benda semua ini?
Apa benda semua ini?
haha.

4 makanan yang berbeza diorder dengan pakej murah satu kepala RM15 :)
Tak mahal dan berbaloi -_-
Berbaloiiiiii macam ikan kaloi .
Here we go.
Kami makan ini .


 Jadah apa kan,kalau pergi Spring Potato tapi tak rasa dia punya potato kan?
Dengan tamak haloba halobat,semua perisa kentang pusing diminta.Sedap.Kualiti dia lagi bagus daripada kentang di pasar malam.
Semuanya diproses gemuk gemuk dan gebu.

Comel kan bentuk dia? :)

Perisa Jagung,Black paper,Tomato,Keju dan BBQ.

Riwayat anda sudah tamat.

Lihat,ciri seorang pengawas.Bila makan pun muka maintain tenang.

LIhat!ciri seorang bakal pengacara JALAN-JALAN CARI MAKAN.Depan makanan,sikap ketamadunan manusia lesap sama sekali.Kalau mak nampak aku buat muka gelojoh macam ni,mesti makan penampar!


KIMCHI.siapa tak suka sayur,sila muntah sekarang.
Mood Korea tak sampai kalau tak ada sayur lembik ini.
Ini ialah KIMCHI.
Sayur kubis cina yang diperap lama dengan sos cili ,sos ikan dan aneka perisa rahsia.Sebenarnya aku tak tahu apa ramuan dia. :D
Ini wajib ada dalam menu makanan Korea.Macam makanan pelengkap sebab kimchi ni sesuai di makan dengan apa apa.Tapi tekak aku tak tahu rasa apa sebab bau cuka getah dekat kimchi ni kuat sangat.Halkom rasa perit bila menelan.

Kalau nenek,mesti dia panggil ini sambal belacan.

Mungkin gambar di google lebih menyelerakan.
Ini ialah Bibimbap.
Sesuai untuk orang yang nak diet.Fuhhh!nasib baik aku tak order makanan diet ni.haha.
Atas dia banyak sayur yang berwarna warni dan ada telur mata kerbau satu.Tapi orang Korea tak lah menamakan telur tu mata kerbau.Bawah tu ada nasi lembik dan ada sambal cili giling yang lain macam rasanya.Gaul semua sekali dan makan dengan Kimchi.

Kalau semangat Melayu kuat,mungkin aku namakan makanan ni Rojak sayur ulam.

Nama beliau ialah Bibimbab.3 suku kata iaitu BI-BIM-BAB.
Sebut betul betul nanti aku babap kang! :D
Kepunyaan Huda dan Pi'e.
Nampak tak?Aura makanan Korea membuatkan Huda senyum tak ikhlas.

Muka tak kisah sebab dia rasa ulam yang nenek dia buat lagi sedap dan banyak sayur.
KALGUKUSU.
Ini ialah kalguksu.
3 suku kata jugak iaitu KAL-GUK-SU
Makanan ni berkuah dan kalau dah convert dalam melayu ia menjadi mee seafood.Ramuan yang menonjol dalam mangkuk ini ialah Lala dan juga Udang.Sedap boleh tahan cuma rasa dia agak tawar sedikit.Bagus untuk warga emas yang ada darah tinggi.
Kepunyaan ALIA yang ada darah tinggi dan juga ADNIN yang ada kencing manis.

Muka alia was-was hendak makan .haha.

Adnin nampak tenang bila makanan korea ni sampai depan dia, tapi gelodak jiwa dia siapa yang tahu kan?haha.
JAJANG-MYEON.
Okay,ini ialah makanan aku.Apakah?Apakah?kau makan apa ni Mira?bukan main hitam melengit warnanya.Jangan risau,aku ambil makanan ni sebab nampak banyak dan ada kolestrol yang tinggi.
Maka,sudah pasti perut akan kenyang dengan gembiranya.Sesuai untuk Umai gemuk yang tak menjaga kandungan lemak dalam makanannya.

3 suku kata jugak iaitu JA-JANG-MYEON
.
Kalau masuk melayu dia jadi mee kacang yang hitam legam.
Rasa dia sedap ,kuah dia sedikit masin.Tapi kalau gaul dengan mee,sebatian dia membuatkan aku makan tak angkat muka. 
Ternyata,kicap tamin dan kicap cap udang menjadi pilihan utama umai!yeayyy!

Mata jadu juling bila sibuk mengira berapa ketul jagung dalam mangkuk.

Tekak ular dah lapar!mari kita makan.
Walaupun makan makanan Korea,ada ketimuran Melayu masih dikekalkan iaitu makan dan jangan bercakap.

Masing - masing memulakan sesi mengunyah dengan rakusnya.Dan semua puji makanan Umai sedap.HAHA.Tamak haloba makan.
Akhirnya,licin kami balun.
Sedawa bau udara musim sejuk di Korea.
ALHAMDULILLAH :)



Kurang menambat selera dan tak habis.Sebab sambal dia rasa pelik.Macam rasa cuka.iskk.Pembaziran ketara berlaku.
Tahniah untuk sambal nasi lemak mak cik kantin sebab kami tak pernah tak habis makan sambal dia.Hidup Melayu!

ohhhh.Bawak umai memang mudah.Bagi apa sahaja,pasti licin.kan kan?haha.
Mana mee Umai?Semua telah berjaya disedut dan diproses di dalam usus perut.yeayy!

Gendang gendut tali kecapi,Kenyang perut suka hati. :D
Bila perut dah diisi dan tenaga bertambah,maka reaksi diri umpama budak terencat tak cukup umur.A.A.K? 

I hate asam pedas.ecehhhhh. 


Dia paling teruja kan?

yamseng yamseng!

saranghae yoooo <3

Pengerusi majlis ketua tingkatan.Tersembunyi bakat kepimpinan dalam gambar ini. A.A.K?

Makanan dah habis,perut dah kenyang,kembali sedar dan menjadi orang melayu semula :D
Secara kesimpulannya.lain orang lain tafsiran rasa lidahnya.Tapi inharanya tadi,aku merasa makanan yang baru dan rasa setiap makanan itu berbeza.Restoran ini mengetengahkan makanan Korea yang membawa ciri makanan sendiri hasil olahan masakan mengikut selera Melayu.Yelah,mana sama dengan pergi negara Korea betul2 kan?Jadi,saja ambil mood makan makanan orang luar sebab nak ke Korea lambat lagi.Seminggu duit sekolah rm20.Nak kumpul sampai bila?Mampus menunggu. -_-

Tapi,apa apa pun jujur makanan Melayu is the best.Sangat bervariasi dan mengenyangkan dan nama pun tak pelik-pelik nak menyebutnya.Bangga menjadi orang nusantara yang pandai makan,tahu makan dan reti menilai keenakan makanan hingga badan terhasil sebegini.
Lidah melayu adalah yang terbaik dari sudut sebutan huruf,rasa dan loghat lidah.
Campak lah ke mana pun,masakan Melayu tetap nombor 1.Tak seeenak makanan tempat orang :)



Sudah kenyang!Umai menampung kapasiti perut sendiri dengan penuh rasa menyesal.Kenapa aku makan banyak?isk.Pati gemuk bertambah.
B.U.N.C.I.T ITU SEXY!

Balik rumah,aku terus tanya dekat mak 
'mak masak nasi tak hari ni?'
hehe.

:)
bye.Assalamualaikum.

No comments: