Saturday, September 15, 2012

Abang oh Abang


Akhirnyaaa akhirnyaaaa akhirnyaaaaaaa
Abang yang dulunya Playboy dan kaki Perempuan telah selamat kahwin dan mendirikan rumah tangga
Bersama gadis pilihan hati yang sangat sangat cantik :)









Fakta : Yang perempuan selama ni dalam skrin telefon dia entah mana hilangnyaa.Bila bulan berubah, gambar wallpaper abang pun berubah. ;P

Tukar ke tak tukar ke.Apa saja untuk abang.Yang pasti, Umai dah dapat kakak baru!
Yeaaay! Dah dapat kakak yang baru.
Walaupun dah ada kakak, tetap teruja dapat kakak yang lebih baru,cantik,tak puaka baik dan berbau haruman duit kertas yang semerbak.Bila dekat dengan kakak ni mesti bau duittttttttttt . dekat lagi..eh bau apa ni? lagi dekat..ha'ah lah memang bau duitttttttttt. Kalau laga pipi dengan kakak ipar,lagi kuat bau duit kertassssss
haha


Kalau ikutkan dalam keluarga Nenek Awi, perkahwinan ini adalah yang pertama dalam sejarah keluarga
sebab abang merupakan cucu pertama dalam keluarga.
Maka, bila cucu sulung yang nak naik pelamin, majlis pun dibuat secara besar besaran dengan tamak dan halabonyaaa.
Meriah dan memang sangat Meriah.
Macam ada majlis kebesaran atau pertabalan raja.
Iaitu raja menaiki takhta pelamin yang dinamakan sebagai raja sehari.
okay,ayat kanak kanak lembam.



Tarikh 9 sept 2012
Abang umai berkahwin dengan jaya dan meriahnyaaa.haha
Tak sangka, abang yang dulu masa kecik kecik main guli sama sama
Abang yang dulu memang puaka suka kentut dekat muka orang
dan , walaupun dah berkahwin tabiat abang yang suka tala kentut dekat muka tetap tak berubah.
Buktinya, masa lepas abang bersiap pakai tanjak dengan keris, dia kentut dekat muka Umai satu das.
iskk -_-


Sekarang dia bukan lagi bujang trang tang tangggg
Dah jadi laki orang dan lama kelamaan daging di pinggul pun menggedebeh dan hilang kehandsoman abang sebab perut beliau akan mula membuncit.
Dan membusung.
Tanggungjawab mula bertambah.
Jaga ibu jaga adik adik dan jaga isteri

Qamarul Asraq Yusra Bin Naharuddin bersama dengan Qaseh Alisya Wannasuriya Binti Abdullah :)
Satu kombinasi nama yang cantik dan unik
dan sangat kena dengan orangnyaa

Ini barulah dinamakan 'bagai pinang dibelah dua'
dua dua handsome dua dua cantik berseri.
Ibu pasti suka bukan kepalang sebab dapat menantu yang cantik.



Tidak menimbulkan umpat keji tetamu yang bercakap

'ehh muka pengantin dia tak ada seri lah....'
lagi
'huduh nyaaa muka bini dia.Make up macam bapok' ..... 
lagi
'ehh pengantin lelaki dia muka mintak kaki lah'
lagi
 'ehh laki dia boleh tahan, bini dia gemuk pulak..' 
dan lagi
 'ni mesti dah berumur ni..muka tempek bedak pun tetap nampak macam orang putus haid' :D 
*cekap! 
sebab kalau pergi kenduri orang kerja nak cari silap jee kawwwww

tapi tapi,mungkin orang akan persoalkan, berapa umur pengantin ni?
Masih perwatakan beriang ria.. Dan atas pelamin boleh senyum macam orang dapat gula gula.
Act, abang bukan senyum.dia menyengih
Sakit je hati bila tengok.-_-
Umur pengantin dirahsiakan.




Majlis kenduri ni besar besaran dan masih mengekalkan cara Bengkulu.
Sebab kami berdarah bengkulu.
jadi, adalah majlis rebut cincin dalam tempayan :)
Orang bengkulu cakap, ala ala khurafat.. 
kalau suami yang dapat cincin tu,anak sulung mesti perempuan.
Kalau isteri yang dapat, anak sulung mereka ialah lelaki.
Nak percaya ke tak?
Tunggu lah hasil mak buyong 9 bulan nanti. :p







Okay,majlis rebut cincin dibuat pada malam hari.
Yang datang sanak saudara terdekat.
Masa tu bahasa melayu dah bertukar jadi bahasa planet lain.
Bahasa bengkulu riuh mengambil tempat.
Meriah!
Masa ni lah semua berkumpul usik mengusik,bergurau senda dan bermanja manja. geli.
Dan masa ni juga lah Umai diperdengarkan dengan kata kata keji lagi kesat 'amboi! Sihat badan...'
tak pasal pasal, babi yang tak berdosa tersedak. :(

Siapa cakap usaha sendiri tak mampu bagi jamah tekak 2500 orang tetamu.
Anngaran kasar untuk tetamu yang datang.
Dan berpesta makan di bawah 11 buah khemah 
dengan hidangan nikmat lebih daripada 15 juadah :)
Banyak juadah yang disediakan.
Secara untung bersih.Semua merewang dan masak sendiri :)
Hebat.
Di sebalik tabir...













Semua ni dibuat secara merewang.
Satu family berkerjasama tadah tangan main kunyit bawang bagai lahh.
Kawah berduyun duyun depan rumah.
Satu yang dipuji, sebab masih kekalkan cara merewang.
Barulah melayu dan rasa kepuasan bila tengok tetamu datang makan dengan lahapnyaa.
Semua berpuas hati dengan apa yang disediakan.
Orang tua selaku pendayung senduk di kawah, anak gadis menghias rumah hantaran dan buat sesi paket mempaket,budak budak membasuh pinggan. 

















dan Umai?
Lari dari tempat kejadian dan menginap pulang ke taman melati.
Hanya orang yang cekap curi tulang mampu melakukannyaa
Alasan esok nak trial sejarah diguna pakai.
Balasan akibat menipu?
Esok tak datang sekolah jawab paper.
Padang muka mung,

Waktu mak bapak sibuk merewang,budak budak comel dibiarkan berpeleseran sesama mereka.
Baru sedar yang ghupanyaa,adalah jugok anak anak buah yang comel dan bila tengok perasaan keibuaan tu membuak buak.
.Zoom in.









Benda alah yang ni buat majlis keluarga kami lain dari yang lain :)
Unik dan istimewa.
Kau ada?

Warga emas yang pandai bersosial mengambil tempat bawah garaj untuk menghiburkan tetamu.
Bendang tak ada sawah padi tak ada, yang semangat bertopi tudung saji ni kenapa?
Okayyy pak cik mak cik comel ini ialah Kugiran Seni dari Kuala Selangor yang ditempah khas untuk mengiri dan memeriahkan majlis.
Mereka memakai tudung saji dan berterompah.
Tak adalah dengar bunyi sudu dengan garfu berlaga je kan.







Kumpulan Bale - bale. Sebut ulang ulang.
Bale-Bale. Comel bukan? macam orangnyaa.
Semua ceria dan comel menari sambil menyanyi.
Mereka sporting!
Hanya menyanyikan lagu lama sahaja.
Kalau nak gangnam style, sila berambus :P

Tema warna biru dan torqoise putih.
Tapi pelamin warna purple.
Bila dengar kombinasi warna yang ibu pilih, terbayang dekat otak muka keling pakai baju meriah.
Tapi akhirnyaa bila semua dah siap..maka ni lah hasilnyaaa :)
Cantik. 
Konsep pelamin berbentuk bulat macam cermin.






Sesuai untuk mereka yang tak sedar diri boleh mencermin muka.

Sebelum tu, mari buat buat baca ayat jampi serapah ni ulang2. Bagi doa termakbul.........
'cermin oh cermin ajaib..siapakah yang paling lawa di abad ini...'
yang paling lawa pastilah humaira . tak kenal? ummaaaaaaaaaaaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :p

Semasa majlis berlangsung,
Tetamu datang berduyun duyun dan sangat ramai.
3 orang kuat berbaju biru sedia bersalam dan megaut tapak tangat tetamu yang datang
Tadddaaaaaaaaaa!
Mak dan ibu selaku datin kaya pada hari tu, Ayah pula menjadi tekong dalam majlis.



Kasut spoil lah mak :D
Duit mari duit mari.... hati kecil ayah berbisik syahdu

Salam tu salam jugak,bila cengkam tu meh la lama sikit harap mu paheee lahh bohhh. dok pahe?
hok aloh!
Salam kaut segmen yang paling disukai.
Sepanjang hari mak,ibu dan ayah senyum lebar sampai ke telinga. Tak rasa penat dan tak hirukan make up yang dah cair.haha



Alhamdulillah,majlis berjalan dengan meriah dan semua tetamu tidak dianak tirikan .
Mereka menikmati juadah yang disediakan.
Hasil air tangan sendiri, semua balik dengan senyuman.
Masa hari tu tetamu memang sangat sangat ramai.
Anggota Rela baik benar menjawal lalu lintas.
Yeayyy!

Mari lihat pengantin dengan lebih dekat.
Adegan memotong kek tak menjadikan mereka nak control handsome dan ayu




Abang minta penampar,sebenarnyaaa
Yang ini, dia tak nampak pun macam pahlawan
Pahlawan belum sunat.





Ini barulah pahlawan Melayu sejati. Kumpulan Pencak Silat dikepalai oleh adik pempelai sendiri.Adik Daniel :)




Paluan kompang digantikan dengan paluan rebana.
Barulah macam nostalgia dodulu :)
Yang ini semua kaum kerabat nenek dari kampung Sungai Selisik.
Diterbangkan khas dengan menaiki Avanza dan Van serba guna.







Peranan Umai pada hari tersebut adalah menjadi macam Nurul Syuhada Nurul Ain
yang baru separuh siap
Suara persis orang berhalkom kadang-kadang berguna juga bila keadaan darurat macam ni.
.hehe.haha.Mengada lah awak ni,tukang MC.

Amboi! Skrip kau tak nak kalah dia punya panjang. .

Humaira Azizul, melaporkan berita untuk TV3. teeeetttt!

Lepas ni 2 lagi bakal kenduri menyusul.
Dan lepas tu mungkin giliran kami gadis pingitan.
Habislah bila hormon menyangap tu dah datangggggggg
Tunggu jejaka masih tak sampai sampai. nyilakeeee nyewww :D
Generasi yang bakal meneruskan ikatan ukhwah keluarga.











Dan akhir sekali, SAYA SAYANGKAN KELUARGA INI. ALHAMDULILLAH :')







 Titipan akhir untuk abang..







Masa pantas berlalu
Suatu masa dulu
kita  bermain bersama,bergelak ketawa bersama
Kini semua itu menjadi memori yang terindah
Namun, Kasih sayang akrab antara kami tetap tak akan berubah
kerana
dia ialah abang,peneman,pelindung dan pendengar buat kami si adik
Biarpun kini abang sudah diikat
Selamanya, dia tetap abang kami bertujuh
Hanya abang seorang dan tidak ada yang layak mengantikan tempat abang buat kami 7 beradik :)





Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini,
Qamarul Asraq Yusra Dan Qaseh Alisya Wannasuriya
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.
(nama pengantin) dan (nama pengantin).Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.

Dannnnnn
Jangan lupa pengantin yang bawah ni,brooooooooooo










 HAHAHAHA.Lagi 7 tahun lah umai :)
Nak kurus makan masa 7 tahun,baru boleh naik pelamin .


Lastly,
Saya harap,
selepas bergelar suami orang
 abang punya perangai tak buang tebiat macam zaman muda muda dulu.










Selamat pengantin baru,abang!
bye bye.

3 comments:

Unknown said...

Org langat kn ? ;)

Unknown said...

Ni org langat kn ?

Unknown said...

2 la psl , tgk brader ni mcm pna npk ! hha , abg kndung ke ?