Monday, September 24, 2012

Persamaan


Antara kita,
Ada perbezaan yang nyata.
Engkau meletakkan satu garis pemisah
Tusukan mata jelik
Permainan kata nista
Segala yang engkau rancangkan teratur
Menjadi dengan hanya sekilas noda yang dibuat

Maka
Terus engkau berdiri angkuh menongkah langit
Menghumban aku ke sisi
Yang tidak aku punya ruang untuk bersuara
Menafikan apa yang kau cipta
Bersuara atas satu cagaran permainan nasib

Segala gala tentang engkau
Menjadikan seolah olah aku tidak punya harga diri
Cuba memberitahu bahawa kau yang paling gah
Paling teratas agung dan lebih dari segalanya

Tapi
Apa yang pasti
Di hujung perjuangan ini
Di detik akhir perjuangan ini
Aku bangkit atas satu tugas
Satu cabaran getir yang perlu disahut
Hidup dan mati
Maruah dan darjat

Kelak,
Kau akan terdiam membisu
Dengan hakikat yang nyata
Bahawa
Engkau dan aku tiada perbezaan.
Kita adalah sama.
Kita tiada beza hatta sekecil hama

Tamparan hebat bagimu,
Akan aku nantikan
Kerana
Apabila tiba detik itu
Wajahmu akan tunduk kaku
Lidahmu akan gentar kelu
Malu sadis rebah dan berteluku
Kerana
Kau akan sedar
Hakikat sebenar si pemendam rasa.


Lima puluh enam hari sebelum percaturan bermula :)



2 comments:

Unknown said...

cute tol adik ni..:p

humaira balkiss said...

haha.pulak dahh.thanks kaka comel :D