Jiran Tetangga

Monday, July 30, 2012

Mission complete!



Assalamualaikum.
Mungkin ini entry ringkas yang suram papakedana sebab ditaip oleh jemari runcing Humaira tanpa dipost di laman muka buku.
Ececehh cehhh semenjak dua menjak sedah mengdeactivekan acc facebook ni, bukan main terasa kemanisan iman. Hihi.


Hati rasa tenteram je dan hidup kini semakin berkualiti.
Tak adalah aku tercongok congok menghabiskan masa menengok facebook dan melakukan perbuatan lagha.
Daripada facebook terjerumus kepada umpat keji dan terbawa bawa kepada nafsu ghairah mengexplore laman sosial yang terlalu sosial. Eh eh! Sesungguhnya aku sedang berpuasa :)




Memey lah taksub juga dekat facebook.
Balik je dari sekolah tak mandi terus berkain batik terus mengadap facebook.
Terlalu leka parah dan taksub.
Jadah apa entah yang buatkan aku begitu rakus menodai facebook.
Tengok gambar wanita cantik dengan harapan nak kurus macam mereka, Jadi stalker terhebat dekat jantan jantan kacak yang tak pernah sedar kewujudan aku, sadisnya nasib diri ini.haha. Ataupun, melihat luahan rasa emosi wanita gila yang update status berbaur unsur kurang kasih sayang dan annoying seperti nak mampus esok.Mohon terasa bagi sesiapa yang terasa :p

Jadi, sebelum kuman merebak dan terus menjadikan masa berkualiti aku terbuang begitu sahaja
Sebulat suaralah, kami selaku calon STPM tahun 2012 telah sebulat suara mendeactivekan facebook.
Bulat manusia kerasa sepakat, bulat perut kerana Mc donald!
:D
8 orang pelajar 6Alpha merangkap teman baik sekelas semua sudah mematikan acc facebook.Dengan harapan mood study dan rajin dapat dilahirkan.tettt!


Cadangnya nak deactive sementara sahaja. Ye lah sekarang dah bulan 8 bro.
Ada lagi 2 bulan sebelum trial STPM dan ada lagi 4 bulan sebelum STPM.
Kesedaran sivik tu semakin meningkat.

Alhamdulillah, cubaan pertama adalah menghapuskan penggoda utama facebook berjaya dilaksanakan.

MISSION COMPLETE!

Bulan ramadhan, syaitan dah kene jerut.Tapi bila pula facebook nak dijerut?
Ahha! Oleh itu secara rasminya sudah hampir 2 minggu humaira hebat telah mamatikan acc facebooknya.
Selamat tinggal laman muka buku ku.Tiada lagi luahan rasa emosi di sana.
Aku ingin berjuang ke medan perang pendidikan.Nyiahahaha. Over nok .



Nantilah, kalau iman di dada rapuh muncullah ya aku di facebook.
mengsyok sendiri upload gambar seperti aretis bawah tanah yang tak jumpa jalan keluar,haha.
Tapi, harap harapnya idok lah kan? Nak berjaya, cikgu kata haramkan facebook.
Ayuh! berjuang lah humaira.
Awak boleh! woot woot.

Memandangkan rutin harian aku sebagai mangsa ketagihan facebook berubah dan sekarang aku sudah berhijrah, maka kat rumah pun dah tak duduk lama lama dalam bilik.
Sekarang dah pandai dah beramah mesra dengan tetamu mak yang tak henti henti datang ke rumah.
Sekarang dah pandai dah tengok tv dengan penuh rasa tenang.
Sekarang dah pandai dah hati berdetik dan berbisik berkata 'eh nak baca buku lah lepas ni..'
Hehe.Baik bukan?

Tapi tak jadi pun nak mentelaah buku.
Sepanjang bulan Ramadhan ni aku diletakkan amanah besar untuk memanjakan diri dengan daun pisang.Isk.
Hari hari kena buat kuih Tepung Pelita.
Gabungan tepung dan pelita, maka jadilah ia...



get married with..


And this is their Children HAHA!




Atau orang orang yang tak urban panggil sebagai kuih tako.
Mengadaplah kau tiap tiap malam buat daun pisang bekas kuih tepung pelita dengan bayaran gaji seperti hamba.
Sehari RM5. woi! Gaji bibik Indon pun lagi tinggi dari gaji aku.Mat bangla yang kerja lap lantai Mcd pun satu jam RM5.
Tapi aku punya gaji RM5 SEHARI!
Tak tahu nak bagi reaksi apa -_-


400 acuan bekas kuih perlu dibuat,Sampan kuih yang dibuat mengambil masa 5 jam.
Patah riuk pinggang.
Tapi tak mengapalah, demi duit.apadahal! hahahaha.
Sikit sikit lama-lama jadi bukit. yeayyyy!

Tak adalah pulak bukti gambar Fbi yang aku kat rumah tengah bertungkus lumus jadi suri rumah tangga.
Sebab phone canggih sangat,Kalau snap gambar guna phone boleh kena gout!
haha.

Tak apalah nanti bila dah ada phone zaman moden yang pakwe bakal belikan, bukan sekadar gambar, resepi pun aku boleh bagi!haha.
Okay tugas bergaji rm5 perlu dilaksanakan.
Selamat tinggal. :)





 insane :P

2 comments:

cahaya rumahku said...

bermula dengan sesuatu yg simple, tetapi akhirnya akan menjadi kebiasaan juga. :)
semoga kita sama2 dapat berjuang menggegar dunia dgn result SPTM yg gempak! :D

fifie said...

You go girl. Good luck with your STPM :)