Monday, July 16, 2012

Gementar Meng-gi-gil

Pernah rasa gementar tak?
Mestilah pernah kan? :D
Kalau tak tahu macam mana rasa gementar cuba ingat balik perasaan masa rasa takut sampai nak terberak
pernah? Sama je lah perasaan dia.
Gementar ialah ketakutan,gemuruh,berdebar yang membawa kepada keadaan panik sejagat .
Kadang kadang bila gementar boleh rasa macam berpeluh dan di setiap pelipat habis basah.hahaha.maksud saya, Ketiak ya -_-

Control habis, sedaya upaya buat muka tenang. Sejuk mata mak mertua pandang :D


Mulai pada hari ni,aku dah mula rasa gementar.
Sebab stpm ke?amboi! Untunglah kalau boleh wujud rasa takut masa nak menghadap stpm yang tinggal 122 hari lagi.bukan main berwawasan lagi.
Masa masih berhari hari tapi dah mula rasa gementar. weeewiittt!

Tak tak bukan sebab nak stpm.Tapi sebab nak memasuki pertandingan budak budak sekolah .hehe
Pertandingan pidato pra-universeti anjuran kementerian pelajaran malaysia.
Kalau menang,nombor 1 boleh wakil wilayah.alahai!keciknya tempat.nak selit pun mesti susah.kenapa tak pilih yang tempat lima teratas?
Mesti aku semakin bersemangat dan tak rasa nak terberak.
Bila gementar perasaan nak menelan ganja tu semakin membuak buak.
Ini alia yang cakap.haha

Tu dia,habaq mai Puteri Wangsa Melawati.
Nampak macam tak boleh diberi kepercayaan untuk berhujah kan? ahha! Orang kata jangan menilai melalui luaran :D

Yang penyokong MU tu akan berpidato bahasa Inggeris.
Yang tudung macam akak-akak Nigeria tu akan berpidato bahasa Melayu
'Tuan hakim, meh lah pilih kami sebagai pemenang ...'




Berminat untuk menyahut cabaran dan kalau semangat pantang anak melayu pantang dicabar membara,
mungkin esok akan sedaya upaya membolot tempat lima teratas.
Kalau ada rezeki,maka akan menyusul lagi lah entry yang berikutnya.
Kalau diam je tu maknanya sah sah dilahirkan untuk berada dalam kelompok tercorot.
Jadi, minta kerjasama Kau jangan tanya.
Aku tumbuk kau bah! Aku tumbuk kau bah! :D




Berentap dengan seramai 26 peserta daripada seluruh kawasan wilayah persekutuan.
Pertemuan 4 zon berbeza dan aku peserta yang ke sepuluh.
Semoga pada esok hari lidah lancar menutur kata kata.
Berbekalkan pengalaman, semangat dan keazaman,ayuh!buat yang terbaik,humaira.
awak boleh <3
mongji mongji mongji! haha

Kalah pun tak apa.
Harapan tidak setinggi gunung . :)
Jikalau ada rezeki, insyaALLAH.

Di antara sebahagian kenangan dan pengalaman yang mengusik jiwa.
Haha. Sebenarnya memang suka untuk bercakap depan orang
Bila dan kurus nanti, hajat di hati memang nak memasuki dunia penerbitan
 walaweh! haha
:D

Saya ada hujah yang tersendiri :)

aku Memang berminat dalam bidang yang memerlukan percakapan dan ada satu kepuasan apabila kita berdiri di hadapan orang, memulakan bicara dan mereka memberikan tumpuan, itu adalah satu nikmat!
Latihan tak seberapa ni sekadar untuk mengasah bakat untuk menjadi seorang yang lebih baik. Mampu berbicara dalam keadaan apa sekalipun dan yakin dengan kata kata sendiri walaupun kadang kadang percakapan macam keling. Tapi, bila kita yakin dan mengeluarkan pesona, orang akan terdiam dan terus leka memerhati.
Tidak ramai yang pandai berkomunikasi, tetapi tidak ramai juga yang berani untuk berkomunikasi dengan lantang.
Melalui penyampaian kata kata yang bernas, yakin, logik dan spontan orang akan ada rasa kagum,hormat dan tidak ada istilah 'diri dipandang rendah'
Langkah lah ke mana mana, diri akan tetap terserlah.


kau boleh, aku lebih lago boleh.
* memasang angan angan untuk emnjadi salah seorang MPP di universiti kelak.
hikhikhik.

Lagi manis, bila aku dan si dia kesayangan, Syahirah Zainal bekongsi minat yang sama dan saling membantu :)
tapi, Syahirah lagi berpengalaman dan jauh melangkah. dia mentor saya!









KEGEMARAN, she's born to be a leader <3


Public Speaking Zon Keramat .

Buang Tebiat Membaca sajak.




Pengacara Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan



Pengacara Tidak Formal Majlis Perasmian 1 Malaysia,Kementerian Pelajaran Malaysia

Bahas Ala Parlimen Bhasa Melayu, Zon Keramat. Puihhhh1 muka aku hitam lengit! Tapi muka bangga gila kan? haha
DJ pun aku bantai! 


Walaupun usia dah lanjut, Tetap suka hendak bercakap depan orang ghmai! haha
Sesi memalukan diri, Pencarian Hos Bintang Pantene haha

Gambar semasa kejadian tak ada.Gambar resume je ada untuk Ujibakat On Air Astro . aku ingat lagi Suhaimi kata apa 'Awak ada persona, bakat dan minat.. tapi,awak terlalu muda untuk amali praktikal, mungkin secara teori awak mampu buat tapi dalam usia yang muda kerja ni terlalu berat untuk awak. Datang cari saya masa awak dah berumur 24 tahun -_- '

 Suhaimi ni, nak reject orang berkias kias pulak. Cakap je lah kau tak layak.KAHKAHAKAH!

k,bye.

No comments: