Thursday, June 21, 2012

MASUK HUTAN

MUKE TERUJA SANGAT KAN?HAAAA!

Perasaan berkobar tak terkira ni.
Macam budak sekolah yang tak pernah pergi camping.Haha.
Memang pun!
Sepanjang 13 tahun bersekolah,boleh dikira dengan jari berapa kali aku masuk hutan ikut trip persekolahan dekat sekolah.
Tak sampai 3 kali.
Mak ayah kedekut tak nak bagi yuran atau memang muka ini tak ada ketokohan mampu menjaga diri bila di tempat orang? Soalan yang masih tak ada jawapan.
Pokoknya,esok daripada hari jumaat sampailah ahad,Umai akan pergi ke kem BINA INSAN UNTUK TINGKATAN 6.
Keji tak nama program dia?Macam program budak2 terbiar yang tak ada sifat keinsanan dan insani dalam jiwa.Hilang arah tujuandan kurang kasih sayang.Barulah urban!
Haha.

22,23 DAN 24 JUN.
Tolonglah,jangan rindu umai. hikhikhikhik.


Lantkalah,walaupun lokasi cuma dekat GOMBAK,KEM AR-RIDDAH tidak mengapa.Tetap bersemangat nak pergi.
Walaupun hanya di Gombak yang kentut pun boleh dengar,tidak mengapalah.Tetap teruja nak pergi.
Haaaaaaaaa.Nampak tak permaianan dia?Kemain lagi kau Umai!
Kat sana nanti ada Rempuh halangan.Tak tahu lah nak merempuh apa.Bolos saja dinding itu!!!
HAHAHA.
okay bye!
Nanti dah terseksa jiwa kat sana nanti,umai update lah.Buat tatapan diri sendiri.Kagum dengan diri sendiri sebab gemuk2 pun tetap cergas pergi buat senaman outdoor.
hebat!
A.A.K? :D
bye lagi!
NI CAMPING MENCABAR PERTAMA UMAI  SETELAH USIA 18 TAHUN! parah budak ni.
LOKASI JANDA BAIK,PAHANG.


NI IKUT ROMBONGAN BUDAK F4 DAN F5 KE KEM APEBNEDA ENTAH DEKAT LANGAT.MOTIF?KAJI HERBA DI HUTAN -_-


MASUK HUTAN TENGOK POKOK CENGAL KAYU KAYU PERABOT.MACAM MANA AKU BOLEH TERJEBAK DENGAN CAMPING MUDAH MACAM NI?SHIT!

SENYUMAN TERUKIR DI BIBIR.COMEL JE.SEBAB MASIH BERTENAGA.HAHAHA.

HASILNYA,SEEKOR HARIMAU BERJAYA DITUMPASKAN DENGAN MUDAH.
*MUKA BANGGA  ITU PERLU!

Okay,berjaya merepek sikit.
Tu kenangan camping pertama budak sekolah mcm saya yang memang batak dan jakun bila nak pergi keluar dari kawasan sekolah.
Sebab memang tak ada pendedahan.haha
Nanti dekat gombak,nak jadi leader lah!
Catch you soon.
:')
Ni betul betul bye.




Sunday, June 17, 2012

Kosong seperti tiada


Jiwa sudah tidak lagi memeluk hati dengan rasa sayang
Semuanya terasa kosong bagai tiada makna
Kewujudan tidak dirasai tetapi terus setia menanti
Satu kebodohan yang nyata.
Terungkai ejekan itu dari pandangan mata yang melihat
Dan akhirnya kenyataan pedih perlu diakui
Bahawa, hati ini semakin bosan.

Gelap dan suram lakaran impian itu
Alangkah indahnya jika hidup seperti lukisan kanvas
Palitan warna mencorakkan lukisan itu
Dan ianya menjadi sangat cantik
Menarik mata yang melihat untuk terus memakukan pandangan

Gelisah memberontak sedih dan hambar
Mahukan dia ada dan datang menemani
Tapi itu semua dusta
Imaginasi kadang kala menafikan realiti
Dan akhirnya hati yang menagis sendu
Dia yang sedar hakikat itu
bertepuk tangan dan ketawa puas.
Malihat si lemah tersadai layu



Hidup mahukan mimpi indah
Disulami dengan akal
Dan bawa ia ke alam realiti
Sentiasa..
Tapi tidak pada kehidupan
Masa terus berputar dan hati yang menunggu
Sudah kenal erti jemu,perit,pedih dan sakit hati
Perlahan lahan kemanisan dan kemseraan itu akan pudar
Hilang dengan sendirinya tanpa perlu diusir

Hati memberontak mahukan dia
Mahu bertentang mata ,
Tetapi semua gambaran itu kabur di sebalik bayang bayang cermin
Kehangatan itu ada tetapi untuk tangan merasainya bagaikan perkara itu sesuatu yang mustahil
Ada di depan mata, tetapi untuk menyentuh sangat jauh.
Terhalang dengan cerminan kaca
Jarak yang dekat rasanya macam jauh
Dan tidak ada jalan untuk terus mendekati
Keinginan itu terus menduga hati
Sekali lagi, perasaan bosan itu menguasai hati
Hilang dan lenyap semua penantian
Dan tiada lagi istilah setia.
Padam dan mati.

TAHNIAH,awak bakal kehilangan saya.
Tak perlu pertahankan sesuatu yang sudah semakin rapuh
Langkah lah sejauh mungkin, hati tidak ada lagi di tempat permulaan.
sakit  :)






LIARS!


Saturday, June 16, 2012

OH KREATIFNYA!

Okay!
Tengok tajuk pun dah tahu yang entry ini adalah segmen untuk memuji diri sendiri.
Kalau pepatah melayu dulu cakap 'masuk bakul angkat sendiri'
tapi A.A.K?
Mahu melayu lagi kata umai,ada aku kisah?? haha.okay x lawak.



Entry ni sebenarnya dah lama dah ditaip dalam kepala otak umai.
Cuma tak ada masa nak publish bagi nampak benar je.Ye lah sebab tak nak lah nampak terlalu teruja menjulang diri sendiri kan?
Ini bukan cerita rekaan.
Sebab peristiwa kreatif ini terjadi sempena hari guru.
Yeayyy!hari guru yang dah lama lepas.Mungkin dalam 4 minggu yang lepas.


Tingkatan 6 alpha diberikan tanggungjawab untuk mengawal keseluruhan majlis perjalanan hari guru.
Keseluruhan. ya semua :). Amboi!Tulisan besar dia bantai.Nampak tak permainan dia?haha.
Kalau nak nampak urban lagi orang kata event manager lah.hehe.Rasa ohsem bila dapat pangkat manager tak berbayar.
Jadi adakah misi ini berjaya?
Gagal atau tersungkur menjunam?
Ah!tak nak jawab soalan menduga kesabaran ni nanti air mata menitis.
Tu je motif update ni.Tak nak terbabas tajuk.Bertindak mengikut arahan.
Jadi,umai cuma nak bagitahu yang decoration pentas adalah hasil kerja tangan umai selaku penjanan idea dan ketua.
dan dibantu oleh kawan kawan seangkatan selaku balaci yang terhormat.haha.


tulang belakang.nanti gaji claim!


Penat lelah membuat hiasan pentas yang nak lain daripada yang lain membuahkan hasil yang menyedapkan mata memandang.
Hiasan cuma simple dan bahan pun mudah didapati. Kertas dan tisyu serta polistrin bahan utama.
Mak kata , nak cari jodoh ambil lah yang sedap mata memandang.
Okay kesimpulannya, umai rasa pelamin akad nikah umai, nanti boleh taja sendiri.haha.
Hias sendiri,usaha sendiri,pakai sendiri,puji sendiri,kagum dengan diri sendiri.haha. A.A.K?

Macam cantik.
Macam yaaa!Tak cakap pun memang cantik.its,macam. hehe
sebab keseluruhan adalah handmade.Tak guna teknologi moden mesin pencetak banner dan tampal lekat kertas panjang ada tulisan.itu sangat hambar ya.
Nak menggunakan kelebihan yang terpendam sebagai interior designer,maka terhasillah pentas sebegini!
tadddaaa!
Upah dan hasil bayaran setimpal : pujian dan luahan puas hati daripada para pendidik.
ALHAMDULILLAH :) 
Ouh ya motif hari guru tahun ni
GURU INOVATIF MENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.



Kreatif adalah kembar kepada inovatif.haaaa.Nampak tak?Keakrabannya disitu.haha.So,umai memang kreatif.
Lima bintang untuk kelayakan menjadi cikgu.Kot2 boleh lah mentarnsformasikan bebudak liar zaman sekarang kan.
Tabik hormat dan kenyit mata kepada cikgu umai :D

Okay kejutan sangkut pulak.Lagi sekali taddaaaa!
Inilah hiasan pentas itu yang diwarwarkan.
"hek eleh biasa2 je pun.."
Dingggggg! ada aku kisah? A.A.K.
tadddaaaa!



Okay!yang di tengah tengah tu bukan hiasan.itu manusia.Pemandangan terhalang,tak apa,guna imaginasi.Bayangkan yang pentas umai cantik haha


CANTIK LAH KAN?tengok tu muka pengetua.Pejam2 mata menghhayati mood kecantikan pentas.Peluk bukan main.N syahdu .Okay jgn fokus kepada manusia.Sila pandang hiasan belakang pentas yang umai buat. hehe




Lagi sekali pandangan terganggu?Okay!abaikan lagi manusia yang sedang bermesra itu.





ALAAa!Ada lagi objek di tengah pentas.Memang kacau daun.tapi nampak kan kemeriahan dia?nampak nampak tak?nampak kan? yeayyy!




hakikatnya,umai mencanang bukan main tapi sebenarnya gambar pentas yang kosong tanpa sebarang objek hidup tak ada dalam koleksi kamera :(
Semua gambar ada gangguan lain.iskkk.Agak menyesal sebab awal awal pagi tak tamak main snap gambar pentas awal awal.
Korang pun mesti menyesal sebab tak dapat tengok gambar yang benar belaka kan?HAHA.
Tapi tak apalah,mungkin ini petanda yang pentas umai buat cantik.Jadi semua orang tidak sabar nak naik dan menghayati kecantikan pentas yang sudah dihias rapi.HAHA.


Okay tu sahaja.nak menghebatkan lagi diri silalah layari you tube dan tengok video yang tingkatan 6 ALPHA tahun ni buat khas untuk cikgu.video ni umai buat dengan kawan2 :) <3
Sayang cikgu SMK WANGSA MELAWATI! hehe.
rindu sekolah kan?kan?tengok lah ni.pasti terubat rindu di dada.aummm!


http://www.youtube.com/watch?v=ZeL-HMF7kNA



okay!kerja umai dah habis :D


bye bye!
Keseluruhannya,ini pengalaman yang menarik dan satu proses mematangkan diri dan dalam masa yang sama menilai kemampuan diri dalam melaksanakan amanah yang diberi.Peristiwa menarik untuk dikenang dalam era pra-universti tahun ini.ALHAMDULILLAH <3

Thursday, June 14, 2012

PENGAJARAN DAN KESAKITAN



Emosi dan kawalan minda berada dalam keadaan yang serba tidak kena.
Tidak tahu di mana silapnya dan apa status kedudukan sekarang.
Hari ini dalam sejarah sebagai seorang pelajar, terjadi salah faham yang maha dasyat di antara kami sebagai pelajar dan seorang pendidik yang memberikan bakti tenaga mencurah ilmu.
tak tahu di mana silapnya, suasana tegang tercetus secara tiba tiba sewaktu sesi pebelajaran di dalam kelas,
Ya,benar. Salah faham dan perbezaan pendapat itu lumrah dalam kehidupan apatah lagi dalam aspek mahu menimba ilmu.

Tapi, pedihnya terasa menjalar hingga ke dalam hati dan keperitan tu seolah olah membunuh satu rasa hormat, minat, teruja dan sayang terhadap pendidik yang memberi ilmu.
Tidak ada penafian, bahawa dalam mana mana keadaan yang sulit sekali pun kesalahan tetap diletakkan kepada seorang anak.Anak-anak dikatakan punca kenapa perbalahan itu belaku.Seorang ibu tidak pernah disalahkan dan tidak patut dibebani dengan kesalahan biarpun sekecil mana pun.
Antara guru dengan pelajar, seribu kali yang nyata dan dimomokkan oleh orang pelajar tetap bersalah.Guru sentiasa betul betul dan jangan membidas kata kata guru.
Tapi mana perasaan sayang dan kelembutan seorang pendidik yang dianggap sebagai ibu?
Kesalah diletakkan secara bertubi tubi dan tekanan terus diberikan tanpa ada sebarang penjelasan. Hingga,diri dan hati tertanya tanya 'apa yang sudah kami buat?'
Letakklah sejuta silap dan tuduhan pun,ya,kesanggupan menerima kesalahan itu sentiasa ada,Sentiasa.
Tapi,di mana logik akalnya tiada penjelasan tapi terus memarahi?

'sepanjang 30 tahun cikgu mengajar, kamu semua adalah pelajar yang paling kurang ajar yang pernah cikgu dapat'
'jangan sampai air mata cikgu menitis,kalau tak tahulah nasib kamu,malaikat melaknat kamu semua;

TERKEDU,HILANG PUNCA,SEBAK DAN KELU.



Semoga cikgu menghalalkan ilmu yang diajar dan semoga allah tidak mengizinkan lidahnya menyebut 'haramlah ilmu tersebut' untuk keluar daripada mulut seorang guru,pendidik,insan terhoramt dan 'ibu' yang selama ini disanjung.

Rela diri diibaratkan seperti pengemis,marahlah bencilah tapi jangan disimpan dalam hati.kelak,buruk padahnya bila sesuatu yang terpendam disimpan meletup tanpa belas kasihan.damn!




Friday, June 8, 2012

Apa yang PEREMPUAN tahu tentang BOLA SEPAK?

ini rugby,bukan bola ye kak.salah gambar.noob.



hah!ini barulah bola sepak.kan?nampak tak permainan dia?
LUCAHNYA kau ni,umai -_-

AHHA!apa yang perempuan tahu tentang bola sepak??
jeng jeng jeng!haha.Okay ini agak mengada soalannya.Dan kepada sesiapa yang merasakan dirinya ialah wanita,silalah jawab.Apa yang anda faham tentang bola sepak? :)

Assalamualaikum.Hari jumaat penghulu segala hari dan pembuka tirai bagi perasmian EUFA EURO.
Yeayyy!tepuk tangan sebab gembira :D

Berbalik kepada empunya blog iaitu umai,apa yang dia faham tentang bola sepak?
Tak faham sepenuhnya tapi berani nak buat pengakuan yang ilmu tentang bola dalam minda saya melebihi sedikit parasnya daripa wanita wanita di luar sana. HAHA.kalau tak,tak adalah masa w.c dulu umai kene jadi penenamn ayah tengok bola pagi pagi buta.Final pun tengok tawww.tak percaya?okay lets see.Sila im dan tanyakan pelbagai soalan mencabar minda mengenai bola sepak.Pasti dapat menjawab atas bantuan google chrome.Genius!

Aku tak nak lah buat mukadimah tentang eufa euro tu apa benda.Jadah apa taip panjang-panjang nak cerita asal usul keturunan eufa kan?Idoklah gamaknya.
Tapi,lazimnya apa yang perempuan faham tentang bola?
Apa jenis soalan lah ni bro.Bola sudah pastilah bola itu bulat.Ye bola itu bulat dan bila tolak dia tergolek tak tentu arah.Ramai perempuan yang tak minat sukan bola sepak sebab merasakan bahawa ianya agak membosankan.Dan bila tengok orang main bola tak terasa keghairahannya. :D

Melainkan rasa ingin tahu tu timbul sebab melihat player mereka yang handsome belaka tu.sudah pasti ada 6pax kan?kau ada?non hado :D
 *im more to country.club tak layan sangat.tak gemar sebab bercampur aduk.lebih sukakan yang berpatriotik.mewakili negara :D

Lazimnya,rata rata yang minat bola ialah lelaki lah kan?ada ke lelaki yang tak gemarkan bola sepak?mustahil dan pelik bunyinya melainkan lelaki itu dekat badannya tiada bola.haha.Eh macam tak kene pula kesimpulannya.

Tak nak cakap banyak,sedangkan dah taip panjang bukan main dah.Nah,post ni related jugak dengan link ni :) jemputlah baca entry yang dah berkurun ditaip.

APA YANG CIK ADIK MANIS TAHU TENTANG BOLA?
http://sandiwaranostagiacurang.blogspot.com/2010/06/apa-yang-cik-adik-manis-tahu-pasal-bola.html

Cuma dah bagitahu yang aku mengharapkan suapaya Holland akan terus mara ke puncak.YE.
netherlands the oranje!
Boleh tahan jugak mereka main time final W.C dulu.sanggup bangun tengah pagi,bro nak tengok match.Malangnya hati menjadi sakit sebab tengok yang lain pulak menang.
Orang yang support spain memang klishe.bosan gila spain.sumpah tak tipu.england pun sama.tipikal sangat bila kau cakap kau suka englad.bosan.muka baru,pls :D
k bye!

sila bagi tumpuan lebih kepada abang num 9,7,10 dan 11 ye.mereka ganas!aummm! :)

tengok mereka ni rasa nak makan buah limau pulak. <3






kenapa engkau pemalas?

 
 Lihat,budak bedak tak rata di muka sengaja buat muka pelik bila diajukan pertanyaan 'KENAPA ENGKAU PEMALAS?' cehhhh!sangat propaa tawwww.

Pemalas adalah satu simptom yang keji dan tidak dapat dimaafkan.
Kenapa engkau pemalas?okay.soalan ini lebih tertumpu kepada diri sendiri
Cepat!tanya diri sendiri,tengok muka dekat cermin dan tundukkan muka dengan ekspresi yang mengeluh
konon-konon 'ah!aku tidak minta mood pemalas meguasai diri' bukan salah saya kottt -_-

Ye!sejak kebelakangan ini tabiat pemalas kian menjadi jadi
Bila ommak tiada di rumah, kemalasan diri bermaharajalela tanpa dapat dikawal.
Mcm mana nak buat ni?Buntu dan tiada jalan penyelesaian.
"Kelas tusyen hari ni tak ada, Kasturi bagi cuti' sedaya upaya cuba meyakinkan ayah supaya kegiatan memonteng tidak terbongkar. *Berdosa.

Pemalas sungguh kecuali bila bab yang tertumpu kepada pemakanan.Ouh itu sanagt rajin sekali bila tiba segmen memanjai perut berlipat.Huewhuewhuewww~~

Pemalas dari segi apa?macam macam.Tapi yang paling terserlah pada diri sendiri ialah pemalas nak pergi tusyen di Pasar Seni :(
Lokasi menuntut ilmu ialah di PUSAT TUSYEN KASTURI PASAR SENI.
Sama ada tiada mood ataupun menyalahkan faktor geografi 'kenapa pusat tusyen kasturi terletak di pasar seni?'
ouh deyumm!penat nya nak pergi kelas.Oleh itu,saya nekad mengambil keputusan ponteng ponteng dan ponteng lagi.yeayyyyy!tak payah pergi tusyen.yeaayyy!duit oppak membayar yuran beratus ratus terbuang begitu sahaja. *serba salah :(

Untuk kesekian kalinya dalam lingkungan 3 minggu saya dah ponteng kelas.Bintang terbanyak bagi subjek pengajian perniagaan.Sila berikan tepukan gemuruh!haisshhh!Bila dah ponteng mcm ini,bagaimana bisness mahu maju?Usahawan pun boleh mati kekeringan.Kamu tidak berdisiplin,Humaira!
Atau lebih tepat pemalas dan tidak mementingkan masa hadapan. hoi!itu sudah melampau
stpm nanti saya insaflah.Lepas ommak balik dari makkah,mesti saya kembali rajin.Bercakap dalam dengan hati sendiri.Aumm!
Ye lepas ommak pulang dari menunaikan umrah,saya akan kembali rajin kerana doa ommak. ;')

Malas nak pergi tusyen sebab satu alasan yang besar iaitu tak mahu bergerak sendiri,menapak jalan kaki nak pergi ke stesyen lrt taman melati.MALAS! Atau boleh juga disimpulkan sebagai manjanyaaaa.haha.Geli.
Bila jalan dalam 15 minit,ketiak menjadi basah dan harum serta rambut menjadi penyek akibat terendam dalam kebasahan peluh.okay,kerana itu saya mengalah!
Jadi,terus muncul kata kata hasutan dalam diri 'tak payah ah pergi kelas.Nanti ganti nanti ganti.ala tak apa punggggg..'

STPM GANDAKAN USAHA SAYA!yuhhuhhhh.

Keriangan tak dapat dibendung walaupun telah menipu diri sendiri.

bye bye.

Thursday, March 22, 2012

masa tidak menunggu :)


masa semakin singkat.








;(