Saturday, May 15, 2010

aku lautan dan langit


okay..masuk dalam mood yg sentimental sikit..

mcm mana boleh timbul keinginan syahdu dalam diri aku yang aku nk sangat belayar di lautan luas
mengemudi sampan kecil,boat dan kapal besar di tengah2 lautan..
menjadi kelasi kapal,nelayan,dan ahli2 pengemudi kapal berkaitan dengan sains nautika dan maritim.ditujukan kepada budak2 ALAM ;D
terbit satu keinginan lepas aku tersearch mengenai sains nautika memerlukan seseorng itu mahir dalam pengurusan perkapalan.
tapi perempuan ada tak?mcm x ramai je.dan kerja tu lebih kepada teknikal
tapi tapi tapi
apa yg aku nampak ianya satu laluan kerjaya yang sangat luas
tak terhad dalam satu tempat
pelayar akan berlayar di atas kapal meredah lautan luas
tak kan habis jika diteroka.yang tiada sempadan
diri akan beribu2 batu jauhnya dari keluarga

meninggalkan semua di daratan dan pergi meneroka lautan
bukan di dasar tapi pemerhatian hanya di atas kapal melihat samudera yg sangt luas
dan bagi aku kalau menjadi pelayar..
aku akan dapat melihat 70 peratus permukaan bumi
di daratan ianya terhad dan minda sering bercelaru dengan hiruk pikuk kota,

lautan.satu ciptaan yang sangat unik bagi aku.
beruntungnya kalau dapat melihat keajaiban tuhan dengan mata kepala sendiri
beruntungnya kalau ada bf yg berkecimpung dalam bidang pelayaran dan lautan.haha
dalam konsep ni aku cuma terimagine abang2 navy dan kapten2 ALAM yg berpakaian serba putih bersih
oh demm!sexy segak kacak dan kemas bergaya. ;D
nak nak nak nak.haha

bila tengok laut mesti tenang..
muka asyik ditiup angin bayu laut yg sepoi2 bahasa,cuci mata melihat burung camar,dan mencari satu horizon yang membahagikan lautan dan langit
HORIZON CINTA.satu garis yg membezakan luas langit dan luas laut walaupun ianya bercantum. :)
dan menyelami perasaan seorang pelayar..
kadang kadang mesti sedikit sebanyak akan timbul rasa sunyi.bergaul dalam kelompok dan sebuah kehidupan yg lengkap prasarana nya
tapi kenyataan yg pasti pelayar itu masih tetap berdiri dan mejalankan aktivit harian mereka di atas sebuah kapal yg besar. :)
kehidupan lebih banyak dihabiskan di samudera
dan yg pasti samudera itu indah nian
dan keinginan aku semakin membuak2 untuk menjadi sebahagian yg menghabiskan masa di samudera
mengemudi kapal besar dengan berpangkat kapten dan mencari ruang untuk lebih mengenali dunia,

mira ada nawaitu nak masuk ALAM
akademi laut malaysia,
wink wink ;)

Saturday, May 8, 2010

SELAMAT HARI IBU,PN NOR AZIYATI :)

nor aziyati bt.abdul aziz. :)


insan yang sangat aku perlukan dalam hidup aku
seorang wanita yang bagi aku sangat sempurna sebagai seorang perempuan
sentiasa bersama aku sama ada dalam susah atau senang
dalam keadaan aku sedang sedih atau gembira
dia sentiasa ada sewaktu aku perlukan dia.sentiasa mencari masa untuk kenal isi hatiku.
dan semakin hari semakin usia ku meningkat dewasa
semakin aku sedar kepentingan dan hadirnya emak dalam hidup ku
sebagai seorang remaja perempuan yg sangat rapuh,aku sangat memerlukan bimbingan dan kata nasihat dia
emak telah membesarkan aku dengan cukup sempurna
menjadi seorang anak yang aku tahu,apabila besar kelak aku perlu taburkan bakti dan budi kepada dia
benar,sepanjang hidup aku ini.bohong jika aku cakap yg aku x pernah membuat emak menangis kecewa dengan peribadiku dengan sikapku.
aku memang belum cukup sempurna untuk mebuat emak sentiasa tersenyum ceria
tapi aku bukan seorang yg gagal dalam membuktikan betapa aku menghargai jasa emak.
dalam usia yg kian matang aku mula kenal dan aku mula rasa yang emak yang ALLAH telah pinjamkan kepada aku ini ialah seoarang insan yg sangat sempurna
pinjaman nya yang cuma seketika dan itu adalah suatu kepastian yang nyata dan apabila masa yg dijanjikan tiba
kehadiran emak dalam hidupku ini akan menjadi satu kenangan yg terindah dalam diri aku.
dan sepanjang hidup ini dan selagi emak bernafas
aku berjanji bahawa dirinya akan ku jaga dan aku belai dengan penuh kasih sayang.
hubungan emak dan aku sangat erat dan akan bertambah erat
sepenuh kata aku sangat memrlukan dia dalam hidup aku
dan fikiran aku belum begitu kuat untuk aku bayangkan bahawa suatu hari nanti emak akan pergi juga.
tak tak tak tak.aku x nak fikir tu semua.yang aku tahu aku sangat sayangkan emak!sayang sangat sangat!!


YA ALLAH YA TUHANKU...semoga engkau memanjangkan usia ibuku dan semoga kau memberikan kepadanya kesihatan tubuh badan.eratkan lah hubungan kami sebagai ibu dan anak dan jangan lah engkau pisahkan dirinya daripadaku sewaktu aku belum sempat membalas segala jasanya.walaupun aku tahu setiap satu hembusan nafas ibuku sewaktu melahirkan ku tidak mungkin dapat ku balas,semoga kau jauhkan aku dari sikap sombong dan tidak mengenang budi,kau haramkan lah jasadku ini daripada bergelar anak derhaka,melanggar sempadan yang boleh menjadikan aku seorang anak derhaka.lapangkan lah dada ibuku dan kau dekatkan lah dirinya kepada mu.redhakan lah ikatan kasih sayang antara kami ini dan sesungguhnya engkau maha pelindung dan aku berterima kasih atas kurniaan diriMU ini.
emak dan ayah


tanggal 9 may.
tarikh yg memberikan seribu satu makna dalam diri aku.
HARI IBU.yang disambut oleh semua yg bergelar anak kepada insan istimewa
yang dipanggil IBU,EMAK,MAMA,UMMI,MAMMY. :)

sebenarnya bagi aku..setiap hari pun ialah hari ibu.dan setiap hari pun aku bertambah sayang dekat mak aku dan setiap hari pun aku sentiasa menyebut panggilan emak emak emak emak.
dah sebati dah pun naluri dalam diri emak dengan badan aku ni,
puan nor aziyati,anak mu ini..nurul amirah sangat cintakan dirimu.sangat sayangkan dirimu dan sangat menghargai dirimu dalam hidupnya.
mira sayang dekat ommak sorang sahaja!
:)
mmuuaahhh!


Monday, May 3, 2010

bakal pelajar universiti malaya :)




pertama kali mejejak kan kaki ke dewan kuliah u.m
dan telah membuat onar dengan meningglakn cap mohor kat meja dewan tu
;Dmengambil mood sebagai pelajar universiti
berangan dan pasang angan2 x pek kan?sebagai pembakar semanagat untuk terus maju berjaya dan capai apa yg diinginkan
eccehh!
serius ni.
target spm terbaekkk seterusnya bergelar mahasiswi di universiti tempatan
:)

2 May 2010tarikh keramat yg telah membawa aku dan kawan kawan ke universiti malaya
sangat teruja.hahaade sesiapa di antara pemblogger kat sini pelajar u.m x? :)
meh beramah mesra jap
SEMINAR SKOR A bagi subjek bahasa melayu,SPM di fakulti ekonomi u.m
woah!cerita berdentum dentum tapi masih dalam kelompok yg sama
iaitu perkataan spm belum boleh dibuang ;Dasal cerita je mesti kene letak gak ayat ajaib spm.mengapa?sebb aku memang masih pelajar sekolah dan tahun ni akan ambil spm
sebagai peringatan dan x mahu diri teralpa kerapkan lah menyebut itu perkataan.

bengkel peperiksaan yg berlangsung selama 10 jam.
best best best walaupun ada ketikanya mata dah stim2 ala menyedut air nikmat daun ketum.
duduk di bahagian belakang dan paling atas sekali
syana kata lebih afdal duduk di kawasan paling tinggi dan jauh
sebab nanti kita dapat tengok apa yg berlaku kat bawah
boleh skodeng semua kot2 ada yg buat seminar mengkaji badan manusia time lampu gelap2.
tapi aku tengok time belajar dasat je mata dia menerokai segenap ruang
carik mangsa dan memandang jantan
apa de halll?;D
en.thuraivillu selaku pensyarah di sana telah memberi saya sebuah buku sebab dapat buat isi untuk karangan
;DD
terima kasih tuan!
sebenar nya ayt x power pung tapi dah x ramai yg nk jawab berani angkat tanagn
dan yg angkat tangan menjawab soalan semua jawapan suam2 kuku je.masa untuk aku mengangkat tangan dan tunjukkan keseksian ketiak.

'keruntuhan akhlak remaja juga didorong oleh pengaruh media masa.remaja terperdaya dan mudah terpengaruh dengan propaganda media masa dan daripada situasi mereka tidak dapat untuk berfikir secara rasional bagi membezakan contoh pengajaran yg baik dan yang tidak baik'

berikan tepukan untuk humaira dari sekolah menengah kebangsaan wangsa melawati
;DDen thurai yg cakap.dan dapatlah sebuah buku yg ditanda tangani oleh beliau.buku yg snagt berguna.
mengenai rumusan.rezeki...dah lah rumusan aku mcm tahikk..x pernah nya nk markah memuaskan.;)


Sunday, April 25, 2010

teater ludin.

ludin.ludin.ludin.
ecceh..kemain lagi nama teater nak ala2 kg cenggitu.ludin?
nama benua mana dia petik pun aku x tahu.
adik kepada sri mersing kajang pak malau tu kot.


okay.24 april 2020.jarum jam tepat memanah ke angka 8.oo pm
di Dewan Wangsa Bestari SMK Wangsa Melawati,persembahan pelajar dan teaer ini dipentaskan
act,aku x berlakon pong.aku menjadi tetamu dan hadirin yg memacak kan mata menyaksikan teater ini.berlasngung selama 2 jam.
memerhati dengan penuh rasa dendam kesumat dan iri hati hasad dengki dan pelbagai sifat mazmumah yg lain
kenapa?mengapa?kenapa bukan aku yg berlakon?ouhh demmm!
dah la aku ni jenis yg berdarah seni memang gila glamor.haha
x der rezeki.x pek lah.sedapkan hati je mirararara. ;D

dah lama x update entry.kutu dan lelabah enak membuat sarang kat blog aku nieh
so kretifkan minda dan taip je lah mira....
;D
teater ni teater budak sekolah je.pementasan cerita remaja mengenai ludin
dan yg membimbing teater ini ialah cikgu J
katanya beliau ni ada kelas teater dan agak taksub dengan teater2 ni
bergaya maskulin dan bila bercerita mesti nk ckp pasal teater
kire hidup beliau untuk teater je lah.alahai..abang J
ghapo ngang mung deyh?
aku ngn cikgu J ni geli2 je.aku sakit hati sbb dia buat teater tak ajak aku berlakon join.
;(
tau2 dah ada dah teater ni
tu lah sape suruh x jadi talam dua muka dengan cigku kan x dapat dahh..
berdasarkan hipotesis aku.aku tengok budak2 teater ni kemain lagi mengampu.ampu ampu dan ampu.
ikut je buntut cikgu tu.aku dengan cikgu J ni memang x bertegur sapa.
x der gerak hati nk tegur2.haha

overall.semua okay dan berjalan lancar.not bad cerita dia.lawak lah jugak
dan penonton yg datang sume gelak lah jugak..
kejap mcm ikhlas kejap mcm ikut rentak je.haha
tiket 10 hengget je dan boleh lah..
penuh lima aku bagi 4. ;)
pergi menonton teater ala2 negro bersanggul tinggi.
perlu berpakaian formals kemas2.auuw
lilit lah belit belit tetap x leh cover yg anda ni gemok.

bak kata orang gedik2 santai gila glamor
pementasan teater dan lakonan ialah sudut di mana kita boleh lepaskan ekspresi diri kita dan kenal diri kita.platform untuk luahan perasaan dan bermain dengan emosi diri.

kat universiti kang aku pulak nk kongke teater! ouh yeah!

Saturday, April 17, 2010

eh.awak aktif lagi?

hye hye hye
otak beku sekarang.dan x tau nk tulis apa.
haha.sangat jujur
nk buat apa?segmen imbas kembali?x hebat lah dalam bab2 nak putar2 cerita ni
x pek x pek
biar saya jadi pemerhati yg membaca cerita awak.
;)

mira tolol.;D
bye bye awak.sy banyak keje nie.zzzzzz.....

Tuesday, March 30, 2010

lemah semangat.. ;'(




jejak kaki dirumah.dngan rakus terus aku capai pc dan memblogger kan diri. sekejap je x lama,sebb sekarang aku rasa nk mencarot.yeahh! beberapa minit yg lepas, subjek yg baru berlalu pergi tadi ialah subjek kira mengira skills maut ADDMATHS!

dan sumpah.aku rasa sangat down sekarang kesimpulan nya.jujur amanah dan adil saksama tak boleh buat soaln tadi,tak boleh jawab,jadi blurr,jadi tolol dan diam terpaku. memikirkan masa depan yg dirasakan mcm nk kelam mcm x nak. bukan aku sorng je yg rasa mcm tu.budak2 kelas lain pun sama.
keluar je kelas,kedengaran lah suara2 gemersik lemau susah gla doe tadi.
memang tak dinafikan soaln tadi susah nya lain mcm.alahai kementerian... tahap membunuh.dan agak ramai yg trbunuh. aku tengok sekeliling.. dpt je kertas,ramai yg merebahkan kepala.. sunyi sepi x kurang jugak,ada yang terkejut beruk tengok soalan mata x berkelip deruan nafas menjadi laju dan muka menjadi pucat suam2 kuku.. ada jugak yang mcm penuggu gunung.kaku je pandang kertas. soalan yg terpantul sepanjang masa 2 jam 30 minit tadi.. yang rata2nya semua soalan kanak2 spastik. kalau cikgu rohaiza dengar,mahu dia terjun kelas.kecewa sangat.. ;D kemain lagi budak2 tadi bertanya..

1-uisshh.ni soalan ke apa ni cikgu?
2-apahal mcm ni doe soaln die?
3-cikgu x pernah ajar pun.
4-graph ni dah mcm bentuk kapal dah..
5-ala,x payah buat.koman2 memng dah kompom failed.
6-cikgu bile nak rotan kalau kiteorng failed.
ditanya dengan rasa teruja dan tanpa jiwa.

haha.dan kerana tiada kekuatan dalam diri kepala aku turut rebah di meja menanti masa dikejutkan.untuk kembalikan kertas. ;DD semoga aku x tersesat lama dlm suasana jahiliah. dan harapnya ada sinar untuk esok. walaupun x boleh jawab.aku mampu tersenyum lagi.haha sebb soaln2 lain aku target okay. cuma ddmath je yauw.apekejadahnya soaln dia begitu dan begini. kata2 drpd seorng rakan menyesatkan yg membawa aku terjerumus dengn rasa yakin ke arah mndapat markah ibarat taik dalam subjek addmath..

eyda ouh eyda.



kite geng! ;D beliau berkata kalimah keramat ini..semalam..sehari sebelum exam addmath..

miera.aku langsung tak sentuh buku.sumpah miera.buat apa aku study.aku tahu kalau aku study addmaths last minute macam ni,memang takkan masuk punya.aku tengah baring sambil korek hidung.

spm candidate 2010. m.a.m.p.u.s

Friday, March 26, 2010

kelu membeku atas alasan..

lame gak aku x masuk memanaskan jari menaip2 dekat blog nieh
tempoh semakin panjang kerana
untuk minggu ini
3 minggu ke depan ada diagnostik spm
fuuh!apedehal lah mcm lahanat nk nostik2 bagai
tapi x pek
paper teras dah aku tempuhi dengan begitu tenang adil dan saksama
mata pen kilo metriko dan stabilo aku bergerak pantas melepaskan tinta
ala2 bom kentut gitu.
tinggal lagi subjek teknikal.
dan humaira agak goyah bile memkirkan nya
chemistry fizik addmath
terpaling lahanat ialah addmath
meraban aku nk mejawab
sape lah buat subjek addmath
pengasas addmath?korang tau?aku x tau
dan apa yg aku tau.aku mendoakan agar beliau mati
haha ;D

so terus berusaha unutk diagnostik
berbekalkan semangat jitu dan tabah
teruslah berjuang
hentam je lah labu

dan.ouh ya!memang aku kuno
sebab aku x der fesbuk lagi
eja pun salah.fesbuk ye nook
dan untuk kemahiran2 blogger ni
aku baru dapat tau mcm mana nk besar kan tulisan
n nak bagi tulisan tu colour2 mcm dakwat colour luna
aku baru terperasan tadi
lps menodai selok belok dunia penulisan blog ni
celaka.sebelum ni tulis kemain pnjng lagi
tpi tulisan semampus semut merah
halus dan kecik bagaikan bakteria
haha.dan yeah!
mungkin salah satu alasan aku dah lama x menaip
sebb masalah saiz tulisan
idea banyak tapi x berbaloi nk teruskan
haha.dan..yeay!saya dah berjaya untuk kecik besarkan tulisan dan letak dakwat mcm pelangi!
ouh yeay!

tersenyum sampai ke pagi. ;)))))