Saturday, May 8, 2010

SELAMAT HARI IBU,PN NOR AZIYATI :)

nor aziyati bt.abdul aziz. :)


insan yang sangat aku perlukan dalam hidup aku
seorang wanita yang bagi aku sangat sempurna sebagai seorang perempuan
sentiasa bersama aku sama ada dalam susah atau senang
dalam keadaan aku sedang sedih atau gembira
dia sentiasa ada sewaktu aku perlukan dia.sentiasa mencari masa untuk kenal isi hatiku.
dan semakin hari semakin usia ku meningkat dewasa
semakin aku sedar kepentingan dan hadirnya emak dalam hidup ku
sebagai seorang remaja perempuan yg sangat rapuh,aku sangat memerlukan bimbingan dan kata nasihat dia
emak telah membesarkan aku dengan cukup sempurna
menjadi seorang anak yang aku tahu,apabila besar kelak aku perlu taburkan bakti dan budi kepada dia
benar,sepanjang hidup aku ini.bohong jika aku cakap yg aku x pernah membuat emak menangis kecewa dengan peribadiku dengan sikapku.
aku memang belum cukup sempurna untuk mebuat emak sentiasa tersenyum ceria
tapi aku bukan seorang yg gagal dalam membuktikan betapa aku menghargai jasa emak.
dalam usia yg kian matang aku mula kenal dan aku mula rasa yang emak yang ALLAH telah pinjamkan kepada aku ini ialah seoarang insan yg sangat sempurna
pinjaman nya yang cuma seketika dan itu adalah suatu kepastian yang nyata dan apabila masa yg dijanjikan tiba
kehadiran emak dalam hidupku ini akan menjadi satu kenangan yg terindah dalam diri aku.
dan sepanjang hidup ini dan selagi emak bernafas
aku berjanji bahawa dirinya akan ku jaga dan aku belai dengan penuh kasih sayang.
hubungan emak dan aku sangat erat dan akan bertambah erat
sepenuh kata aku sangat memrlukan dia dalam hidup aku
dan fikiran aku belum begitu kuat untuk aku bayangkan bahawa suatu hari nanti emak akan pergi juga.
tak tak tak tak.aku x nak fikir tu semua.yang aku tahu aku sangat sayangkan emak!sayang sangat sangat!!


YA ALLAH YA TUHANKU...semoga engkau memanjangkan usia ibuku dan semoga kau memberikan kepadanya kesihatan tubuh badan.eratkan lah hubungan kami sebagai ibu dan anak dan jangan lah engkau pisahkan dirinya daripadaku sewaktu aku belum sempat membalas segala jasanya.walaupun aku tahu setiap satu hembusan nafas ibuku sewaktu melahirkan ku tidak mungkin dapat ku balas,semoga kau jauhkan aku dari sikap sombong dan tidak mengenang budi,kau haramkan lah jasadku ini daripada bergelar anak derhaka,melanggar sempadan yang boleh menjadikan aku seorang anak derhaka.lapangkan lah dada ibuku dan kau dekatkan lah dirinya kepada mu.redhakan lah ikatan kasih sayang antara kami ini dan sesungguhnya engkau maha pelindung dan aku berterima kasih atas kurniaan diriMU ini.
emak dan ayah


tanggal 9 may.
tarikh yg memberikan seribu satu makna dalam diri aku.
HARI IBU.yang disambut oleh semua yg bergelar anak kepada insan istimewa
yang dipanggil IBU,EMAK,MAMA,UMMI,MAMMY. :)

sebenarnya bagi aku..setiap hari pun ialah hari ibu.dan setiap hari pun aku bertambah sayang dekat mak aku dan setiap hari pun aku sentiasa menyebut panggilan emak emak emak emak.
dah sebati dah pun naluri dalam diri emak dengan badan aku ni,
puan nor aziyati,anak mu ini..nurul amirah sangat cintakan dirimu.sangat sayangkan dirimu dan sangat menghargai dirimu dalam hidupnya.
mira sayang dekat ommak sorang sahaja!
:)
mmuuaahhh!


4 comments:

CameronSweetHomestay said...

1 luahan yg penuh dengan rasa kasih sayang n kejujuran..nice...
happy alwys with ur fmily...
;)

farwalis said...

selamat hari ibu tuk ibu kamu

zahirlunatik said...

kirim salam kakak..tet!

humaira balkiss said...

tet tet tet.....
haha
kemain lagi yauww zahir
;D