Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Bercinta di balik api BABI.
Sejak ramai yang terkejut beruk terangkat kening dengan tajuk nama buku ni, meh sini meh akak umai tolong cerita sedikit sebanyak cerita buku ni yang nama bukan main haram. Nasib baik pegang tak kena samak.Lagi ekslusif bila setiap bab ,gambar babi tengah menanduk terpampang jelas. Gemuk sungguh babi tersebut.haha
Hari pertama tahu ada jualan buku murah masa lalu depan fakulti sastera dan sains sosial. Tengok banyak bukan main meja bersusun dalam dewan siap bertimbun buku. Sambil jalan kepala terteleng kebelakang pandang buku. Sumpah masa tu nafsu membuak buak persis nampak makanan depan mata. Macam ibu mengandung mengidam nak makan durian creepe.
Selain makanan berlemak yang boleh buat perut makin banyak selulit pecah terburai, aku juga jenis manusia yang suka menghabiskan duit wang ringgit ibu bapa atau duit tabungan masa sesak ke arah buku buku separa ilmiah.
Bukan buku pelajaran formula matematik atau teori psikologi, tapi buku novel cinta berahi dan buku berangan sakan menjadi pilihan utama. Yes! Dan hasinya, lidah aku lancar berbicara putar belit cakap cakap kosong,
Nampak? Baru mukadimah dah panjang berjela belum masuk tajuk.Padahal nak cakap pasal buku Bercinta di balik api babi kan umai kan? Eh! Babi betul ,lari tajuk pulak.
Ni pertama kali dalam koleksi rak buku, aku selit buku dari syarikat Lejen Press.
Sebelum ni dah ada Fixi tajuk Mental dan Murtad.
Cubaan pertama kali yang bagi aku berjaya untuk buatkan aku letak buku ni dekat koleksi tingkat tinggi dekat rak buku dalam bilik.
Sebelum ni memang aku dah lama kumpul novel dari darjah 5 dan hasilnya sekarang aku sudah ada lebih 400 buah koleksi novel.
Bili fikir balik, kalau 400 aku darab kasar rambang dengan rm 30.00 sebenarnya tambah tolak aku lah watak utama dalam lagu awi rafael Kalau Aku Kaya hahaha.
Pelaburan yang banyak aku hentam dekat buku. Tapi tak apa, walau bacaan paling lama ambil masa 5 ke 6 hari paling busuk, tak apa. Sebab kandungan cerita memang resap ke otak dan bawa aku ke dunia lain :)
Bercinta di baik api babi, aku kira tajuknya dah sangat berani.Apatah lagi jalan penceritaanya.
Aku ambil buku ni masa tangan sasau nak pilih buku. Masa tu harga kombo 3 buku bayar Rm50.00
Aku rasa berbaloi. Dan dalam tengah buat pilihan, dua biji mata aku terkam kulit muka buku ni.
Sebab apa? Sebab ada terang terang besar gedabak bak hangg tulisan babi! haha.
Siapa yang rare sangat ni guna nama babi tanpa bayar royalti dekat keluarga babi untuk kulit muka depan karya dia? pergh!
Aku terus sambar tak ragu ragu sebab aku memang hari hari sebut nama babi. So bila ada buku nama babi, aku kira ni peluang aku ni nak buat pencarutan berganda. Ready? haha.Alasan ni memang lawak hambar.
Pertama, Aku boleh sebut babi banyak kali tanpa perlu ada sebab musabab yang kukuh.
Biasanya sebelum ni kalau nak cakap babi, mesti membabikan kawan je.Tu pun babikan dia dalam diam diam sebut 'eh babi lah budak ni..' sambi bisik slow slow pandang mata dia senyum. Dia pun balas senyum kau ikhlas walaupun dia dibabikan. Banyak benda sekeliling yang aku suka babikan sebenarnya,
Kedua, aku kurius nak tahu kenapa dalam banyak banyak binatang, mr pinky oink oink ni yang jadi pilihan?
Kenapa bukan Bercinta di balik api Tenuk? Cipan? Beruk? Kucing? atau Buaya Tembaga? Kenapa ? Kenapa? Kenapa?
Ketiga, aku nak cabar diri aku kot kot lah isi novel ni cerita tentang kehidupan babi bagaimana. Cara hidup binatang ni, cara babi mengawan, cara babi menyusukan anak, apa yang babi makan atau kenapa tauke babi kaya? Boleh lah aku feeling menerjah ke alam haiwan tanpa perlu rujuk Animal Planet chanel.
Keempat buat santapan mata bagi terkejut. Dekat 400 novel aku yang bertindan atas rak tu, semua tajuk bukan main sentap gelisah jiwang tahap hati kalau kena lenyek dengan tayar pun tak rasa sakit cinta punya pasal. Ombak rindu, sentuhan kalbu, Andai itu takdirnya, lafazkan kalimah cintamu, kau yang satu, seredup kasihmu, pelangi cinta, kabus cinta, 7 hari mencitaimu, i loye you mr arrogant, suami aku ustaz, jodoh itu milik kita dan bla bla bla semua tajuk yang boleh buat abang rockers muntah hijau.
So bila belek belek buku yang semua stok jiwang karat, tiba tiba jari kau terpegang buku bertajuk babi.
Mesti emosi masa tu macam rasa nak hentak kepala dekat rak tu kan? Sebab tajuk dia puaka sangat haha.
Sinopsis buku ni, jujur aku kata memang kategori sampah. Sinopsis dia bila baca memang tak ada nafsu langsung nak selak isi dalam. Terus kena dengan pepatah manusia rambut warna bulu jagung 'dont judge a book by its cover'. Sinopsis ringkas gila lepas tu bubuh nama Leman, Azmi dengan Pauziah.
Masa aku mula mula detect nama watak depan abang jual buku tu, muka aku terus berkerut. Babi betul lah.. nama heroin dengan hero kampung gila.
Tapi bila satu ayat yang aku jumpa, 'anak luar nikah'
Aku terus grab.Terus bayar. Sebab aku rasa tema cerita ni berat.
Macam mana buku ni ceritakan tentang anak luar nikah yang dianggap macam babi.
Selak punya selak, aku baca buku ni lepas hbs baca buku Psiko.
Aku beli buku Psiko sebab aku rasa tajuk tu adalah aku. haha.
Humaira memang psiko aku kadang kadang. So aku beli.
Baca buku ni, totally aku kata ayat dia lucah tahap kaw kaw. Kalau kau tak biasa jeling porno, kau akan rasa buku ni menyesatkan jiwa. Tapi macam aku, yang dah biasa jeling kelip kelip mata aku rasa buku ni celaka juga haha. Menarik :D
Bila isu di ranjang dipaparkan secara ganas macam mana lepas bersenggama haram orang tu dibunuh dan dibunuh. Sambil baca rasa sakit ngilu double senak haha.
Tak caya cuba baca helaian ni. Baca! Baca! Baca!
Okay stop tentang psiko sebab tak ramai yang gemarkan isu lucah sebagai santapan minda dan jiwa ya. ya ya ya.
Buku Bercinta di balik api babi ni, aku baca dalam tempoh sehari setengah. Baca bab pertama kedua terus rasa nak habiskan.Serius , bila kau selak helaian demi helaian yang tulis nombor bab ada gambar babi gemuk tengah menanduk . Bila kena tanduk macam tu, mesti lagi laju kau nak habiskan haha.
Masa baca emosi memang bercampur baur. Kalau novel Takdir itu milik aku , aku baca teresak menangis sampai air hingus turun naik, novel babi ni aku baca dalam emosi tak tentu arah, Sekejap terkejut marah bengang stim dan terkesima hikhik
Macam mana dalam novel tu, dia menggambarkan sifat manusia yang berwatak dan bermacam macam. Bezanya cuma ,sama ada kau punya hati atau tak sebagai manusia yang diberi akal untuk berfikir. Itu yang membezakan kau dengan babi.
Nahh ni antara pecahan yang aku cubit cubit kecil dan hidangkan :)
Ustaz yang berkopiah mengajar ilmu Allah berzina dengan pelacur. Kerana nafsu dan niat nak mencuba, dia kalah dengan godaan nafsu perempuan.
Perempuan yang sepatutya Allah cipta dalam martabat tertinggi memilih untuk jadi pelacur melayan ramai lelaki di ranjang sampai melahirkan anak luar nikah.
Ibu yang melahirkan yang Allah kata berkatnya bila ibu melahirkan satu nyawa dari rahimnya, menyebut perkataan babi kepada anaknya bila keluar sahaja anaknya dari pintu rahimnya.
Remaja yang bergelar anak luar nikah yang mencari identiti hidup dan mencari Allah dan dalam masa sepanjang pencariannya, nama babi tidak pernah hilang dari pendengarannya.Kau babi kau anak babi kau anak haram itu doa masyarakat sekeliling.
Anak yang melihat ibunya bergelumang dosa bersetubuh dengan bukan ajnabi di depan mata dia sendiri.
Ikatan adik beradik kandung yang sama darah seibu sebapa saling mencari keseronokan hingga bersetubuh sumbang mahram sampaikan si perempuan mengandungkan anak haram. Benih dari seorang abang kepada adik.
Lelaki yang memilih untuk menjadi perempuan hingga menukar jantina kepada perempuan. Tapi pembentukan dirinya lebih binatang daripada babi.
Kuasa dan takhta dijadikan kunci utama dalam hidup sampaikan sanggup mensyirikkan yang satu. Minta tolong pada iblis sampaikan darah kotor dikangkang 7 botol diberi makan kepada penjaga diri.
Rumit dan berat jalan cerita dia Tapi senang faham.
Banyak watak ,ramai manusia bertopeng yang berbeza niat dan tujuan dikumpulkan dalam satu jalan cerita yang penuh pengisian.Novel ni bukan cebisan cerita kecil kecil tapi, ini adalah satu cerita besar dan hanya ada satu jalan cerita.
Tu sedikit sebanyak cerita dalam novel ni. Sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan realiti sebenar jalan cerita novel ni.Best gila bak hanggg. Lepas hbs baca dahi kekal berkerut.
Dalam kerutan tu lah aku cermin diri aku :)
Manusia suka nak menghina tapi bukan hendak membina, Manusia suka nak mengutuk tapi tidak pernah mahu membentuk. Sebab semua bernyawa cuma untuk hati sendiri tak pernah mahu tolong sama sama berdiri. Dek kerana nak nampak baik sempurna, sanggup bertopeng berlagak suci macam tak pernah tahu apa itu dosa. Permainan macam ni, aku dah banyak nampak. Jelak mata nak terus tengok :)
Hati kalau dah busuk, kunci sekandang dengan babi. Tak akan hilang bau busuk tu.
Jangam disamak kalau hati sendiri kata tak nak.
Prejudi lagi. Hentak kepala dekat skrin laptop.
Aku bagi 5 bintang dari berbintang bintang. Sepanjang baca novel ni memang hati menggila berdebar bila dia masuk bab tok dukun bomoh bersaka. Aku rasa masa aku baca ada orang perhatikan aku haha. Terus tak tutup lampu tidur malam.haha. Ayat dia memang santai. Memang semua buku Lejen dan Fixi guna ayat sampah santai macam cakap cakap kosong kita dengan member sebelah. Bahasa novel ni tak seberat bahasa yang Humaira selalu guna pakai hehe.
Buku ni bawa aku berfikir dimensi yang baru. Semua tentang kita. Kita sebagai manusia. Apa yang kita mahu, apa yang membezakan nilai khalifah dalam diri kita berbanding haiwan yang tidak tahu apa apa.
Ahamdulillah atas ilmu yang baru. Buku ni bukan buku motivasi jauh sekali buku dakhwah. Tapi bila di muka surat terakhir selepas mata aku bercumbu dengan perkataan tamat, aku tahu yang buku ni sebenarnya bermesej.Sesuai untuk mereka yang rasakan mereka manusia dan bukan babi. Pokoknya, sama ada mampu kau faham atau tidak.
Bukan incidous atau conjuring je yang buat aku kerut dahi sebab ending buat aku tertanya tanya. Rupanya buku ni lagi berganda soalan bila dah habis baca. Soalan yang cuma diri aku je ada jawapan. Sama juga dengan kau yang membaca :)
Pengakuan jujur, lepas terbangkan rm50 aku menggagau fikir jalan macam mana nak suvive sebab aku dah habiskan duit belanja yang sepatutnya aku guna untuk 2 minggu dekat kolej. Tu yang cuti ni balik terus .Ada sesiapa nak ajak ngedate dokk? Mohe lah kitee. I tengah cuti ni mihmih
Muka tutup terakhr, kalau hidup ni penuh dengan manusia yang suka mencela sampai lupa celaka, kita sama sama akan terus alpa sebab suka untuk mengata dia dan dia.Suka mengutuk tapi tak langsung mahu membentuk.
Itu dan ini semua dijadikan isu. Bercakap hal orang sampai lupa kain terselak bogel telanjang dah tak rasa malu. kau tengok dia.Dia tengok awak.kita tengok saya. Kami tengok aku. Semua bercakap deras gah berdekah, air ludah busuk terpercik ke muka sendiri cukup untuk buat air mandi badan bagi cuci dosa satu satu.Semua tu adalah kita.
Kita sebagai manusia tak pernah sempurna di mata orang sebab kita tak pernah nak faham bulatnya dunia ni.Kita sendiri tak pernah faham kesempuranaan sebenar di mata sang pencipta. Kita adalah sama, bezanya macam mana kita mampat padatkan akal untuk sumbat ilmu berguna sebagai bekal di sini dan di sana nanti.
Kau dongak, kau nampak langit. Aku juga dongak sama nampak langit.
Kau tunduk kau nampak tanah. Aku juga tunduk sama nampak tanah.
Kau dengan aku berbumbungkan langit yang sama. Kau dengan aku memijak tanah yang serupa.
Bezanya kuat mana kita boleh terus berdiri bawah langit atas tanah dengan amalan yang kita ada.
Dosa atau pahala?
Haram atau halal?
Babi atau kau?
Kau atau babi?
Terima kasih AZWAR KAMARUZAMAN.
Moga jari terus lincah mengepit pena hikmat.
Lepas ni terserempak dengan pena lejen atau fixi, memang gua sambar tak cakap banyak.
Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment