Wednesday, August 21, 2013

Pra-Tonton



Assalamualaikum.Khusus kepada mata yang membaca secara tak sengaja.
Mungkin taipan jejari pada entry ini lebih kepada monolog.
Monolog dalam hati yang cuba aku sembunyikan tapi jelas mata yang memandang sana, nampak betapa aku cuba bermain dengan penipuan.
Menjadi si hipokrit dalam watak diri dan bermain tarik tali dengan janggal,

Mukadimahnya..
Hello janggal.Aku harap kita dapat menjadi kawan baik.Walaupun asasnya aku tak rela.

Pernah kau rasa apa itu sakit yang tertahan?
Macam hati kau tengah dipicit ramas digenggam mampat?
Sampai kau nak bernafas pun rasa sesak.Sesak yang kau rasa pedih.
Kadangkala sakit itu buat hidung kau terasa panas dan mata kau mula kabur dek air mata.
Pernah?
Ya.Aku sedang rasa apa itu sakit.
Hati yang sakit.

Ranap semua emosi yang ada,
Bila aku perlu cari tapak untuk berdiri sendiri sedangkan hati aku merintih mahukan sokongan daripada dia.
Bila mata aku celik kehadapan,tapi hanya yang aku nampak muka dia.
Bila tangan aku gapai, cuma harapkan bersatu dengan tangan dia.
Tapi yang aku dapat cuma rasa hati yang tak berbalas.

Orang kata, jangan terlalu leka menganyam mimpi.
Kelak bila kau terjaga, kau hilang arah sebab mimpi itu hilang sekelip mata.
Tapi orang pun ada kata, siapa yang tak percaya pada mimpi
dia hilang percaya pada keindahan masa depannya.

Aku dan bayang bayang dia,
Macam dekat, tapi sebenarnya jauh :)

Ya.Macam dekat.
Sangat tak adil untuk aku berlakon seolah olah aku dekat dengan dia.
Sedangkan momentum yang asas, dah aku langgar hukum syaratnya.

Sekarang, aku rasa kosong.
Dan simpulan mati erat hubungan itu, aku rasa tak rasa boleh tak boleh bertahan lama.

Mira, 10 hari lagi yang tinggal untuk kau kekalkan momentum yg sedia ada.
Lepas dijangkau langkah 10 hari tu,
permainan yang kau reka,
terletak atas tangan kau.
Ya atau tidak.
Yakin atau gentar.

Aku bermain imaginasi,
antara aku dengan dia.
Banyak yang aku lakarkan indah indah.
Semuanya tentang keindahan kita.
Ya
K.I.T.A
dalam kotak dunia kecil itu, hanya ada aku dan kau.
penuh dengan senyuman.

Aku mahu berjalan di atas rumput segar yang kukuh janjinya.
Bila mendongak aku dapat lihat kepulan awan putih yang jujur.
Tar hitam yang aku pijak kental penuh dengan rasa cinta.
Udara yang aku hirup memberi nikmat sayang untuk aku.
Aku tamak mahukan semua, sedangkan realitinya perjalanan aku terlalu jauh.
Penuh dengan liang kosong yang pudar hambar.



 Dan aku berdetak sendiri, aku tak mahu lihat tentang masa depan sendiri sebab tuhan tak pernah memberi aku kekuatan untuk melihat apa akan jadi pada waktu akan datang aku nanti.


Mata tak pernah menipu tentang apa yang aku rasa sebab dalam mata aku, bila kau tenung jujur.
Kau akan lihat bebola hitam aku sebenarnya cermin untuk kau.

Dalam mata aku, aku nampak engkau.
Bissmilahirrahmanirrahim.



1 comment:

Nisa said...

MashaAllah, cantik mata kamu.