Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
Assalamualikum :)
Hari ini 17 december 2012 merupakan satu hari yang istimewa buat diri aku sendiri.
Hari ini, aku masih diberi kesempatan untuk menyambut dan meraikan hari ulangtahun kelahiran yang sangat sangat istimewa buat seorang wanita yang luar biasa istimewanya :)
Puan Nor Aziyati Binti Abdul Aziz yang melahirkan,membesarkan,mendidik,membantu dan meyanyangi aku sebagai insan yang dipilih untuk bercambah dari rahimnya.
Wanita luar biasa istimewanya yang aku panggil sebagai mak.
Mak mak mak mak mak mak.Maka oleh itu aku akan jadi sangat terguris dan boleh mencarot dengan fasih bila ada manusia yang memaki aku dengan menggunakan kata nista kepala mak hang!
kalau sebut nenek tak apa kot. haha. i hate my nenek .hmm a litle bit.
Mama, ibu,bonda,ummi,atau mother semunya sama je.Tapi sukahati aku lah kalau nak panggil mak jugak.Haha.Tak ada kena mengena.Sebab aku rasa memanggil emak dengan panggilan mak sangatlah urban dan persis kebandaran tapi masih disaluti unsur kesucian tradisional. eh?
Hari ini, aku mahu satu dunia tahu bahawa hari ini adalah hari istimewa untuk mak.
Hari ini aku mahu satu dunia tahu bahawa aku sayangkan emak aku walaupun secara zahirnya kelakuan aku kadang kadang bidaah terhadap emak sendiri.
Hari ini aku mahu satu dunia tahu bahawa betapa bersyukurnya aku kerana sampai detik ini Allah masih sudi meminjamkan aku kasih sayang emak kandung yang sebenar.
Kau tak nak tahu? Okay.sila habiskan bacaan anda setakat ini sahaja ya sebab yang bawah bawah punya perenggan dah masuk segmen sentimental mental mental. :D
Emak kata, dia mengandungkan aku dalam perut dia selama 9 bulan 11 hari.Aku terlalu asyik dan leka memintal tali pusat hingga terlajak sampai ke 11 hari.Dan ya sebenarnya bagi aku sendiri kenapa aku tergamak duduk dalam perut emak sampai terlebih hari due? apakah? apakah? kasihan emak kerana terpaksa mengusung aku ke sana ke mari dengan perut buncit dan dalam kandungannya adalah seorang perempuan yang sangat gedabak dan kecomelannya tak dapat dinafikan.ahaha.
Nasib baik emak terus bersabar untuk menantikan aku dengan tidak mengambil jalan singkat menikam perut beliau sendiri kerana sarat beban dalam perut.Atau sebenarnya palimg hadko beliau hanya tergamak menyekeh perut sendiri seolah olah sedang menyekeh dan menunjal kepala aku.
Keluarlah woi keluarlah woi!Degil kau ni budak degil degil degil!
Hari ini juga, aku sudah berusia 19 tahun.Tahun terakhir angka umur aku dalam kiraan belasan tahun.Lepas ni dah masuk ke angka puluhan.Mohon matang dan tidak lupa juga, mohon kurus ya Umai -_-
Aku membesar dengan baik dan aku dibesarkan oleh tangan emak,tanpa dia alpa dan leka.Alhamdulillah, hubungan aku dengan emak sangat rapat sebab aku antara anak yang bertuah yang dibesarkan depan mata emak dan bukannya emak tiri atau bibik :)
Emak suri rumah yang berjaya, maka setiap detik yang berjalan itu dia memang ada bersama aku.Sentiasa.
Bangun pagi,mandi,makan,pergi sekolah,balik sekolah,waktu senggang,masa peperiksaan,masa keluar dengan kawan kawan dan masuk tidur memang emak ada dengan aku.
Dan yeah, itu membuatkan aku membesar dengan matang untuk menilai apa pengorbanan yang emak buat untuk keluarga dia sendiri :)
Hari beransur dan bergerak,
aku sekarang menjadi gadis.Dah baligh dan hampir masuk ke fasa matang.Dan ye aku kini membesar menjadi gadis yang digilai ramai .okay, sememangnya itu adalah penipuan.haha.Nak juga menyelitkan rasa tak Forever Alone.isk.
Aku membesar atas pemerhatian emak dan nasihat serta bimbingan emak.
Ya,aku lebih bersedia dan selesa berkongsi rasa,cerita,masalah dan pendapat dengan emak sebab mungkin kami adalah perempuan maka hanya perempuan yang faham apa perempuan rasa.
Kalau dengan ayah, tersembur sembur aku bercerita penuh emosi ayah kerap membajet Cool dengan menonton history chanel atau menguyah makanan dengan nikmat.Bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan anak beranak, maka aku mencari emak.
Emak pendengar yang baik dan dia adalah pemberi idea yang paling bernas.
Setiap kali aku ada masalah, emak akan cuba mendengar dan memberi idea yang aku rasakan walaupun mak tua pada angka tapi jasad akalnya persis gadis gadis urban yang gagah dalam dilema percintaan.haha.
Tipu kalau aku kata,
aku layak menobatkan diri aku sebagai anak yang baik untuk ibu bapa aku.
Tipulah aku kalau aku kata aku berpuas hati dengan apa yang dah aku buat selama ni.
Aku masih banyak yang kurang dan aku masih dalam perjalanan untuk belajar dan mencari personaliti diri.
Sepanjang tempoh aku mula tahu bermain perasaan,macam macam yang aku rasa.
aku rasa aku dah cukup besar,aku mahu bebas, aku nak bergerak sendiri,aku tak suka dikawal,aku mahu mcm kwn2 yang lain yang mak dia tak ambil peduli langsung dengan apa yang dia buat.Langsung.
aku pernah menipu mak,aku pernah berkata yang bukan bukan pada mak,aku buat mak menangis,aku buat mak letih bekerja seorang diri,aku jadikan mak macam hamba,aku tinggikan suara,aku mengeluh,aku buat pekak bila mak memanggil,aku membentak,aku larikan diri dengan macam macam alasan bila mak meminta,aku merengus bila aku ada kerja mak ajak bersembang,aku jeling muka mak bila mak lambat ambil aku dekat sekolah,aku buat mak bercakap sorang sorang bila aku rasa aku tak ada mood,aku hempas pintu bila aku sakit hati dengar mak membebel,aku mengejek dalam hati bila mak bagi pendapat yang bertentangan dengan apa yang aku rasa dan yang paling teruk..aku seringkali alpa untuk mendoakan mak.
Ya, aku tahu aku banyak berdosa :(
mungkin tu dulu lah kot.Degil,ego,bangang,bajet bagus dan tak sedar diri itu aku yang dulu.Sekarang dah tak kootttttttttttttttttttttttttttttttttt ...
anak beliau tak agresif.
anak beliau tak agresif.
Hari ini,
Melihat muka mak dalam usia dia berusia 46 tahun,
aku tahu itu adalah satu pemberain terbesar dalam hidup aku.
Kenapa aku nak sia siakan peluang yang ada?
Apa sumbangan yang aku pernah buat untuk mak sepanjang tempoh aku tinggal dengan mak?
Asyik mak je masuk dapur dan tunjuk skill,apa salahnya Umai kelurakan bakat terpendam ni..ye dokkk?
Maka, hari ini juga aku memasang nawaitu untuk membuat sejenis makanan yang dikira ohsem pada citarasa orang ramai.
Sejenis spesies kek berlemak disaluti krim yang dinamakan sebagai Pavlova.Kahkahakaha, main gila chef umai yang gagal membuat ketayap durian creepe yang sedap mahu mmebuat kek orang barat pula. apakah?
Sebelum sebelum ni, hadiah mak aku asyik beli hadiah untuk mak dengan menggunakan konsep 'mak mengahdiahkan dirinya sendiri sebuah hadiah'
sebab, hadiah yang aku beli tu semua guna duit emak.Seminggu sebelum hari lahir mak,pasti aku dah menadah tangan minta duit belanja dengan tamaknya.
Tujuan adalah untuk mecari barang hadiah yang daebak dan buat buat mampu belikan hadiah untuk mak dengan duit sendiri.haha.
Lepas tu balut hadiah bawa depan muka emak dan jerit dengan riangya,Suprise!! Ni orang beli untuk mak...
Terkembang kembang hidung ini bila mak senyum tengok semua hadiah tu, neghngehngehhh.
Memang tak ada inisiatif betul.Gagal sebab habiskan duit tabungan beli nasi lemak mak cik kantin.
Pavlova Chef MIRA.Pemilik kedai bakery GEMUK ADA CANTIKNYA. mahu tempah?
boleh boleh :)
Seorang ibu tak meminta minta kepada anaknya,kerana dia tidak perlu lagi meminta sebab dia sudah dapat pemberian terbaik iaitu Allah memberikan dia zuriat.anak anaknya sama ada jahat atau baik tetap mengukirkan senyuman untuknya. :)
so, apalah sangat menguji air tangan untuk membuat kek bagi emak tercinta,
Mak yang selama ni sangat ohsem! Sumpah ohsem!
Sebab masakan maklah aku membiak dengan cepat,mak adalah pemandu peribadi yang tahu mana lokasi hala tuju aku, mak yang sangat sporting untuk menjadikan aku tidak berpura pura depan dia,mak yang kelakar yang buatkan hari hari aku ceria,mak yang banyak ketawa yang buatkan aku terkena simpton manusia yang ceria dan tak emosi dengan masalah,mak yang hari hari mendoakan kesejahteraan aku, mak yang jaga aku bila aku demam atau segugut mcm nak mati menangis,mak yang selalu nak dengar cerita aku walaupun cerita tu kadang kadang membosankan,mak yang menurunkan ilmu berhujah kepada aku,mak adalah penyokong dan pengkomen setia aku yang jujur dan boleh menyentapkan,mak yang jarang menolak bila aku menghulurkan tangan,mak yang selalu mahu ambil tahu apa aktiviti aku,siapa kawan aku,mak yang selalu mengalukan kedatangan kawan kawan aku dan mak yang sangat tenang bila kami ada masalah. :) ya, dialah orangnya.kerana dirimu begitu berharga, cik noi.
Perjalanan aku mungkin masih jauh, dan emak sudah berjalan begini jauh dalam membentuk kami sebagai seorang anak yang sempurna.Mungkin masih banyak lompong dalam diri aku,yang perlu aku baiki dan muhasabah diri untuk aku hadiahkan kepada emak sebuah ketenangan atas sikap anak anaknya :)
Hari ini dan selamanya,
dia adalah anugerah terbaik dalam hidup aku.Merupakan satu pemberian yang sangat aku syukuri.Hadirnya dia melindungi aku dan kerana didikannya aku membentuk siapa diri aku pada hari ini.Satu tuah yang aku hayati kerana aku dapat merasa kasih sayang dari wanita yang mengandungkan dan melahirkan aku.Wanita yang selama ini sabar dengan tindak tanduk semua anak anaknya,wanita yang tak pernah mengeluh letih dan kenal erti putus asa dalam mecorakkan anak anaknya,Dia adalah insan yang mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak anaknya,dan ya bagi aku dia adalah wanita yang terbaik dalam dunia ini.Dia adalah satu cahaya yang melengkapi kelurga dan satu cahaya yang membawa aku kepada satu jalan yang sangat lapang.Aku membesar dengan matanya,aku diasuh dengan tangannya,aku kuat atas nasihat dari bibirnya,aku tersenyum dalam sentuhannya dan aku berani dengan semangatnya.Semuanya kerana dia,Bonda tercinta Nor Aziyati Abdul Azizi.
Terima kasih,Wahai Maha Pencipta.
Setiap anak akan katakan bahawa ibunya adalah yang terbaik :)
Bissmilahhirahmanirahim
Ya Allah,
aku bersyukur atas pemberianmu ini kerana kau memberi aku seorang ibu yang terbaik dalam hidupku.Aku bersyukur kerana aku dipilih untuk lahir dari rahimnya dan menjadi zuriatnya yang sah.Aku berterima kasih padamu kerana aku dapat merasakan kasih sayang seorang wanita yang tinggi darjatnya di sisimu sebagai seorang ibu,Wanita yang melahirkan,mendidik,mengasuh dan membesarkan hambamu,seorang wanita yang sangat tabah,cekal,kuat dan tidak pernah mengeluh dengan amanah yang diletakkan sebagai pikulannya.
Aku tahu aku belum cukup untuk menjadi seorang anak yang baik.Aku belum sempurna untuk menggembirakan hati wanita tersebut dan aku masih lemah untuk jadi sekuat ibuku.Biarpun setitis susunya yang mengalir dalam badanku,menjadi darah dan dagingku,membentuk kerasnya dan hitamnya hatiku ini..aku tahu aku masih belum mampu menyenangkan hati orang tuaku.
Aku pinta padaMu, berikan aku kesempatan dan ruang untuk aku buktikan pada wanita ini bahawa dia adalah insan yang paling bertuah kerana melahirkan aku dan memiliki aku sebagai zuriatnya.Berikan aku kekuatan untuk aku mengungkap kata sayang dan cinta kepada ibuku tanpa ada sedikitpun rasa segan dan gentar,berikan aku petunjuk untuk aku sucikan diri dan menjadi anak yang solehah kepada kedua orang tuaku dan aku pinta,jauhkan aku dari menjadi anak derhaka yang menyebabkan air mata ibuku menitis kecewa atas sikapku.
Sesungguhnya,aku sangat menyayangi seorang hambamu ini yang kau ciptakan ia sebagai insan yang bernamaNOR AZIYATI BT ABDUL AZIZ.
Pesan kedua bonda,
Wahai anakku,
Nurul Amirah
Jaga solatmu,jaga auratmu .
-_-
bye bye.
2 comments:
singgah. :D
Nice photos and cool blog! :)
You are really pretty! The cake looks delicious ^-^
Do you want to follow each other? :)
http://fantasyfashioned.blogspot.de/
- happy new year ♥
Post a Comment