Saturday, August 18, 2012

Intro Haghi Ghaye



Mood hari raya terguris rasa nak marah bila tadi dekat radio terdengar lagu raya Jalil Hamid.

Jadah apa lagu raya dia kreatif sangat sampai semua berkait raya dia sedut dalam lirik.

Elok-elok aku nak mengemas terus terpanggil duduk menghayati lagu apakah itu? 


Kalau tempat lalu kereta
Itulah jalanraya
Hentian bas ibu kota
Itu di Puduraya
Di tengah bandaraya

Kalau banyak jalanraya
Dipanggil lebuhraya
Bunga lambang Malaysia
Namanya bunga raya
Tukang menyelenggara
Mengawas harta-benda
Jabatan Kerja Raya

Gembira kita di hari raya
Makan kenduri di balairaya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya

Hahaha.Bila dapat tahu yang lagu ni Jalil Hamid yang nyanyi, rasa tak mampu nak marah dan mencarot.isk


Sedar tak sedar kalau tiada aral, ini hari terakhir kita berpuasa. Hari terakhir bulan Ramadhan. Kalau orang dulu dulu yang warak dan alim ulama, pasti akan rasa sedih bila Ramadhan bakal menyusul pergi
'Entah dapat ke tak puasa tahun depan. Entah sempat ke tak jumpa Ramadhan tahun depan..'
Begitulah getus hati kecil mereka. ui ui..

Tapi,
Kalau kes anak muda yang hajat hati nak melepas gian,
Kalau cakap hari ni last puasa..apa lagi bro.Berdesup pergi menyiapkan segala keperluan dengan harapan nak itu dan nak ini akan disponsor oleh mak ayah.Termasuklah aku.Kenapa kau seronok sangat ni umai?
Sebab aku adalah mahkluk yang sepanjang Ramadhan ni puasa tanpa tinggal sehari pun walaupun dengan penyakit datang bulan. Yeayy!

Umai berjaya puasa penuh selama sebulan tanpa tinggal sebab sebab.. Hormon kewanitaan tak stabil dek kerana berat badan naik mendadak hingga tiub dalam rahim tersumbat kerana lemak lemau. Yeayy! Tahun depan tak perlu ganti puasa apa apa :D



Umai, kenapa hidung kau besar?? haha


Bahan asas untuk menyambut raya :

Mission Complete!

kasut done.
Baju's raya done. Kenapa ada tanda 's? Sebab ianya lebih daripada satu.haha
Baju jalan done.
Aksesori done.
Semalam peta perjalanan ke Masjek Jamek ke Jalan Tar ke Bukit Bintang ke Pavilion dan ke KLCC. Terima kasih kepada pengangkutan awam.

Siap dan simple sahaja tak perlu sarat sebab orangnya dah cantik dah pun.haha.Mengada!

Bagi mengambil mood raya yang datang sekali dengan Trial STPM, semalam juga masa di masjid jamek aku masuk kedai buku dan memborong benda paling menyesakkan untuk raya tahun ni.
Buku bacaan ilmiah dan buku latih tubi STPM yang bakal mencorakkan masa hadapan.
Tak sempat nak raya riang ria sangat sebab naik cuti ni terus ada trial.
Tersepit antara 2 persimpangan. Gua nak raya ke nak mentelaah buku?
isk.


Lagi dan lagi

Bilik sudah dibersihkan dan mengambil masa selama 2 hari baru nampak macam rupa bilik.
Selama ni tak macam bilik ke Umai?
Nampak lah juga macam bilik tapi samar samar. Bak kata oppak, kalau masuk bilik tu kena mengucap dulu takut sesat tak jumpa pintu keluar. -_-
Masa mengemas baru aku sedar yang rupa rupanya akak bukan pencuri.Barang yang hilang banyak tersumbat bawah katil dan di celahan ruang2 bilik.Habuk? Tak payah cerita lah. Mampus punya kategori.
Tiba tiba rasa diri ajaib sebab mampu hidup dan tidur nyenyak dalam keadaan bilik yang serupa macam kapal pecah atau lebih biadap lagi tempat pelupusan sampah sarap. 


 Inilah hasil tangkapan ikan yang kami ternak dalam lamari selama lebih lebih dekad tak memunggah almari. Dari jauh nampak macam batu karang kan? haha!
Memang tebiat adik beradik repeat baju yang sama sebab kedudukan paling atas. Senang nak cekau. Sekali bila punggah, amekaw! Teruk kau ni Umai. Anak teruna pun tak macam ni. mereka lebih teruk kan? eleh eleh :P



Setelah bilik siap dikemas. Dada rasa lapang dan baru kenal apa itu erti kekemasan. Lihat! Bunga yang selama ini layu terus dapat hidup segar dan mekar mengembang! Bukan main subur lagi dia, dalam satu pasu macam macam jenis bunga tak sabar nak muncul sebab nak tengok bilik yang kemas sekali dalam setahun.Hahaha.

Maka, bilik done! :)

Macam biasa, ommak punya kerja kalau tak bergadoh dekat dapor bukan raya namanya :)
Ketupat hand made dalam proses dan aku tidak terlibat dalam sebarang percubaan sebab tahu diri akan kecewa. Memang tak tahu nak menganyam ketupat. Gagal dan tak pernah melepasi cubaan membuat ketupat. Ini kakak yang buat. Dah boleh kahwin kau,kak ! 


Kek kelapa pelangi sudah dibuat dan hasil tangan sendiri telah menjadikan kek itu kek bentat pelangi!
Macam hidup segan mati tak mahu. Umai gagal :(
Adunan tak kena cara atau mungkin kek tak menjadi sebab buat masa pagi tadi waktu belum mandi.
Lihat dengan berani kehangitan dan kehitaman di tepi tepi kek menampakkan diri. Hahaha!
Yang ketara cuma bintik bintik jerawat warna warni dekat kek bentat ni je.
Sah tak boleh kahwin lagi.


Tak lupa juga, Cornflake madu homemade :) fav!
Gambar nampak tak mengghairahkan sebab tak nampak madu dia melekit sangat. Mari, jemput datang rumah rasa air tangan Umai! haha


Dan di kesempatan ini, Umai nak cakap dan ucapkan Selamat hari raya maaf zahir dan batin :)
Semoga syawal kali ini lebih bermakna dan mendatangkan seribu satu kegembiraan dalam hidup kita .

Wish simple je lah, tak mampu lagi nak buat card dan ucapan panjang2 macam retisssss. 
Bukan main nok ucapan kau berjela kalah artis veteran.haha. Euwww! 

Kau wish pendek je kan Umai? Padahal kau lah paling puaka yang selalu merobek hati dan jiwa perasaan orang. haha. Saya lebih prefer wish personal ke wall atau msg, tak perlu nak gah wish dekat status. Diam sembunyi barulah lebih manja mesra dan jinak bunyinya .Aumm! :D




Ini sudah pasti. Memang motif utama kenapa semangat nak beraya. haha.
'Cik saya budak sekolah lagi la cik....' 
'nah.ambil duit raya ni ':D

SENYUM LEBAR! hehe

Bye! :)




No comments: