Monday, March 7, 2011

pahlawan si SI BAJU HIJAU di dataran merdeka



hye!hari ni hari apa?yeah baby,hari ni hari isnin dan hari ni jugak lah aku buat pertama kalinya tak timbul perasaan jihad nak masuk ke kerja.disebabkan mempunyai hati kering dan ego yang sekeras kerikil,aku dengan tak segannya tidur sampai pukul 3 petang baru bangun.oleh itu,tidak dapatlah masuk ke kerja.dalam istilah yang lebih sopan dan naifnya aku memang sengaja ponteng kerja.
its okay mira.ni first time kan?kena lah berani buat berani cuba barulah tahu buruk baiknya.alah,macam tak biasa pulak kan,time muda muda sekolah dulu main ponteng2 kelas.kunun budak2 gangster lah ponteng kelas.gangster tapi otak penuh ilmu. haha.haruslah kan.

ouh ya!dan bulan ini bulan apa ya?sekarang dah bulan tiga dan ini adalah entry kedua dalam tahun dua kosong kosong sebelas.memang busuk betul lah.dah berlalu tiga bulan baru timbul perasaan ambil berat dekat blog ni.haha.ucap syukur kerana blog ini masih mampu bernafas dengan sisa kudrat yang sikit. ;D
rupanya tak nikmat jugak kan bila kumpul banyak cerita tapi tak kepoh kepoh nak catat atas kanvas putih ni.disebabkan itu,maka banyaklah adegan penting dalam hidup harian aku dibiarkan berlalu pergi.sadis.

*dah lama dah tak manja manja kan.

pssttttttt! rupanya abang2 askar malaysia ni ganas2 rupaya.kalau bertempur dengan musuh,bagi tayang muka tahan berak macam tu mesti ketar2 lutut musuh tu.haha.okay semalam enam march,telah berlangsungya satu event dan program2 bagi mempopularkan pahlawan pahlawan malaysia.nak lagi dramatis,hari bagi mereka2 yang mempertahankan negara dan menjadi perisai pertahanan negara.maaf!saya tidak bercakap mengenai abang2 silat gayung tetapi kisah ini ditujukan kepada abang2 askar. ;)

*pic from google.

dataran merdeka menyambut kedatangan aku bersama dua lagi rakan dengan pancaran dan silauan matahari yang memang tiada belas kasihannya.memang panas berapi betul cuaca.tapi nasib baik hati aku sejuk sebentar sebab tengok ramai juga brader2 berceloreng hijau yang kacak kat situ.



mungkin rasa panas yang berapi tu disebabkan tindakan dan idea tak cerdik aku yang mengesyorkan supaya memakai baju kurung kapas bila di dataran merdeka tu.dengan niat yang hipokrit nak dapat pujian,alahaii..manisnya lah awek ni.pakai baju tradisional.memang nampak ayu dan sopan betul.cantik orangnya.nak nombor boleh?celaka! tak habis habis nak gedik.tak habis habis jugak dimaki oleh eyra syahiah dan fatin syuhada.
dan betul lah,tuhan lebih mengetahui niat sebenar aku tu.oleh tu layaklah yang memang aku berpeluh banjir celah2 orang ramai tu.ketiak pun banjir.
padan muka!memang buang tebiat pakai baju kurung tengah tengah hari buta.


bila dah dalam suasana ramai orang mcm tu,haruslah kan mata berpusu pusu tengok keadaan sekeliling,aku ada jugak scan dan detect ada ke tak orang yang macam kami ni.pakai baju kurung.malangnya tiada.memang semuanya berlagak bandar nak pakai seluar jeans.apadehalnya nenek zaman melawan komunis dulu pun ada yang datang memakai pakaian santai iaitu berseluar.
btw hello gadis,kau fikir kau cantik lah pakai baju benang leher tak jahit selak2 nampak bahu berjagat tu?ayt makian ditujukan khas kepada minah tiang yang memandang sinis kepada aku.
its okay mira.berbaju tradisional nampak ayu kan?CONFIDENT!

ouh yeap!HARI TERBUKA TENTERA DARAT MALAYSIA memang seronok dan menghiburkan.haha.penuh dataran dengan jejaka berbadan tegap memakai uniform asekar.

*pic from google.

normal lah,kalau askar apa yang wajibnya?
KAWAD KAKI,PANCARAGAM,TERJUNAN UDARA dari helikopeter,perarakan gagah KERETA KEBAL dan kereta PERANG ,pertunjukan SENJATA api,aksi TATTO yakni ramai2 tenggek atas satu motor versi mat rempit bertauliah,pertunjukan awan biru HELIKOPTER TERBANG menembak di ruang udara,KHEMAH BERINFORMASI di tengah padang yang penuh maklumat dan ilmu baru.sememangnya seronok dan menkagumkan.hebak mu hebakk!


*pic from google.


*terjunan udara.sumpah smart!


tak lupa jugak,aku sempat menerjah ke khemah universiti pertahanan nasional malaysia.
konon2 nak mengambil semangat asekar lah bila bulan tujuh nanti nak masuk sana.haha ;D

nasib baik abang askar tu layan dengan penuh senyuman dan ramah walaupun muka dia berpeluh2 duduk terpacak dalam khemah tanpa kipas laju tu kan.dan dia tetap sabar dan manja malayan soalan2 aku walaupun aku rasa soalan yang aku tanya tu versi budak2 sekolah rendah pun mampu jawab.secara tak langsungnya pujian harus diberikan kepada abang tu,muka ganas tapi baik hti rupanya.bila senyum comel juga ;)

kalau tak silap aku nama dia SHAHRIL pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan di UPNM.sayang seribu kali sayang,aku tak bergambar dengan bakal kapten tu.huuuu ;(
kalau ada rezeki,bulan tujuh nanti berjumpa lah kita.okay senior?

pesanan penaja yang dia bagi ialah,nanti kalau datang interview seeloknya pakai tudung.kalau tak nak masuk upnm tahun pertama gadis tak bertudung ni rambut memang kena potong pendek ala2 pengkid dan tomboy.
ouh tidakk!mampukah aku?belum cukup tabah pulak nak berambut pendek.nanti sangkut dengan awek2 jelita bernafsu songsang kan dah payah.*sekali lagi gedik .
insyaallah.semoga terbuka hati pada hari tersebut melangkah dengan memakai tudung litup . :)

tak banyak yang gambar yang dapat aku tangkap sebab malu juga bila tengok kiri kanan penuh anak2 orang berada memegang camera nikon.saya?alahai..kamera kodak je.haruslah berpijak di bumi yang nyata.kena ada sikap malu bila angkat kamera tinggi2.takut dikeji oleh orang belakang.haha.rendah diri itu satu sikap yang bagus.

tapi aku ada satu gambar yang sampai sekarang bila tengok menimbulakan persoalan dalam minda ni.kenapa muka askar dua orang ni ganas gila???
gua tahu lah lua asekar,tapi tak payah lah lu nak bajet2 tak nak senyum bila depan kamera.apatah lagi lu bergambar bersama humaira balkiss.lu tahan perasaan tak boleh senyum sebab lu nak berak kan?haha

*tu tu..yang belah kiri tu.muka diaa..aishhh!kemain lagi ego.tembak kang!nak?


ada dua gambar.muka ganas,nasib baik bukan abang dari upnm.nyiaahaha!kalau tak,tak jadilah nak masuk sana.
pengetahuan am yang baru,rupanya askar melayu ni banyak cabang jugak eh.ingatkan satu kelompok je.rekrut?ouh tidak.saya tidak mohon untuk itu.
wataniah yang sangat veteran.kpda tu apa?ram tu apa?erkk.entah mcm banyak lagi.walaupaun ayah bekas pesara askar,tapi tak pernah pulak dia peramah nak bukak cerita cabang2 askar ni.
ada kumpulan yang tak pernah aku dengar pun ada.tup tup!memang timbul dekat dataran memakai seragam askar.hebat dan kemas!perempuan pun nampak hebat.sangat kagum.anda kental!
sangat gemar dan tertarik melihat sekelompok manusia berpakaian uniform.seragam. ;)
nampak pak guard bangla pakai uniform pun aku ikhlas memuji suka.

pergi pukul sepuluh pagi balik pukul satu petang.berbaloi lah jugak.lepas tu aku bergerak menyusup ke sogo.
ouh bangunan ber air-cond.i loiikkee!heaven dan sejuk sahaja.




*ewahhhhh.muka gembira je bila nak pulang.


pergi pula ke wangsa walk mall.karoake dua jam.
kemudian pulang tergesa gesa dan masuk kerja.
habis.nanti lain kali cerita lagi.

*debaran spm kian memuncak.bila tarikh result nak keluar ni?
cuak wehhhh!




1 comment:

bG said...

x tgk lagi paskal. lagi gempak. huhu