Monday, December 6, 2010

selamat datang ke fasa baru,humaira balkiss


assalamualaikum.


dengan iringan tiupan trompet..teng teng teng teng........maka dengan ini,dengan wajah penuh senyuman dan hati yang berbunga kembang setaman diumumkan bahawa humaira balkiss dengan rasminya telah melucutkan kain biru uniform sekolah,merabakkan baju sekolah dan membuka tudung sekolah.pehh pehh!bunyi trompet dah lain macam ayat pun dah lain macam.nyiahaha


maksudnya di sini humaira balkiss dengan rasmi dan tegarnya telah meletak jawatan sebagai pelajar sekolah.
pelajar sekolah smk wangsa melawati,kumpulan terakhir pada tahun 2010.





okay,sekarang kau boleh panggil aku CAPTAIN HUMAIRA!nyiahahaha
tak agak agak nak jadi kapten terus.nampak sangat dah lama berahi kan pangkat dan kekayaan.auuuww. ;D






okay,aku dengan muka x malu dan konfidentnya nak menaikkan taraf diri sendiri dan mengambil simbolik,kononya saya adalah kapten.kenapa kapten??apa?kau ingat aku x layak nak jadi kapten? ;p




sebab bukan lagi pelajar sekolah.selama 19 tahun bergelar pelajar sekolah,uwahhh,memang satu kerangka masa yang lama.dan sekarang tiba lah ke fasa baru iaitu masa untuk memacu kehidupan sendiri.yang orang cakap penuh ranjau masalah dugaan cabaran sentapan dan kelecehan



.kata abang2 dan kakak2 yang dah habis sekolah.sealu aku dengar ayat ni.
nanti dah lama habis sekolah,mesti kau rindu balik nak pergi sekolah
jangan buat lawak.sekarang ego masih tinggi dan biarlah saya berbahgia sebentar dengan nikmat x pergi sekolah ni.mungkin lepas spm menjadi lebih bahagia atau sebaliknya..ewahhhh!

haha







okay,tepat pukul 3.3o petang pada tarikh 6 december tamat sudah perjuangan saya dalam berkelahi dan bermusuhan dengan spm.cuma ada sesetengah hari tu,mungkin spm nak berbaik jadi soalan yang dikeluarkan cap cap ayam je.dan pertanyaan spm sesekali berbaur manja dan memberahikan.nyiahaa.ucaplah alhmadullillah.





tapi bila spm jahat,dia mengeluarkan soalan soalan yang membunuh maka ramailah pelajar di dalam kelas pada masa itu yang terbunuh.leher jadi pendek mata jadi stim otak jadi tepu tangan jadi jamm dan hati jadi marah.fuhhh.minggu pertama aku masih nampak berwawasan x meletakkan kepala kat meja.gam di meja x mampu menarik kepala untuk rebah dan tido.amin.




minggu kedua kewawasanan aku dah mula guyang.aku antar letak dengan tak.kepala aku tergantung di meja.haha.dan mcm agak tercabar bila pengawas pemeriksaan lalu dan mengejutkan supaya terus menulis.chaiit!nampak saya ni mcm budak bangang.kantoi sudah



minggu ketiga aku dilanda sawan.sumpah membunuh kimia tadi.
sememangnya aku x pernah ada chemistry dengan kimia.


sembilan subjek dah dihadapi dengan penuh usaha.yeah bebeh.im done my best,yang terbaik yang termampu dan berdoa tiap kali masuk dewan.time2 mcm ni baru nak ingat DIA.ehhhaaa,tipu je.tiap2 kali pun aku mengingati DIA. :)


thank you ALLAH.sebab dah membantu aku untuk terus berjuang ke akhir dengan sihat tenang dan tidak putus asa.



sekarang apa yang aku pegang ialah aku perlu tawakal dan berdoa.



usaha sudah dilakukan sekarang terpulang kepada nasib dan budi bicara pemeriksa untuk menanda kertas aku dengan penuh senyuman rasa kagum dan penuh cahaya kasih sayang.pehhh lagi!haha


eh eh tak.pesan kak noi kepada anaknya yang ini.jangan terlalu over konfident nanti membawa padah.


okay mira duduk diam2 dan teruskan hidup mencuba sesuatu yang baru.
mencuba sesuatu yang baru?auuwww!ni aku suka ni.walaupun dalam hati ada gentar tetapi sebagai bayi aku memang ada perasaan ingin tahu yang tinggi.nyiahaha,
bayi kepala hotak anda.


lepas ni boleh lah selalu aku bersyok sendiri dekat kanvas putih ni.macam orang gila bercakap sorang2 lepas tu kagum mampu taip laju panjang2 tanpa pengisian. ;D
blogger ku,aku akan selalu menemaniku.nak tambah kawan lah dekat sini.tambah kawan tambah perisa tambah cerita. :)



okay abang abang dan kakak kakak tua sekalian,kini saya x bersekolah dah.boleh kita jadi gang tak?haha


akhir sekali memang tarikh yang cantik.paper penutup sijil pelajaran malaysia dan hari ini jugak adalah penutup kepada amalan buku buku yang lama.salam maal hijrah semua.semoga pada kali ini,aku akan berhijrah menjadi seorang yang lebih baik lebih matang dan lebih berwawsan.nanti nak update cerita dengan gaya yang matang.serius muka tahan berak je ;D



terima kasih.lain kali jumpa lagi ya.




kapten nak pergi naik kapal ni.nak belayar ke antartika.nyiaaahhha.





4 comments:

Fuz said...

mudah-mudahan, target berapa? straight?

Emmet Muhamad said...

jgn suke lg habis sekolah, lepas spm, hiudp lg penat dr duk sekolah cik adik oi

bG said...

wow siap brg2 lg. haha

Bento Sensei said...

Merdekaa =)