Thursday, December 23, 2010

rutin baru si pecinta DUIT ialah mencari DUIT


fulus fulus fulus fulus ;D

*wahhh!tamaknya muka! (^_^)




nyiahaha.sekarang ni kak mira dah x sekolah dah.jadi untuk meneruskan hidup sepanjang menunggu keputusan spm ni kak mira kena lah mencari fulus.walaupun kak mira ni seorang pecinta fulus tapi kak mira tau,fulus tu x kan nak bercinta dengan kak mira selagi kak mira x mencari itu fulus.



nyiahaha.ber 'KAK KAK' bagai yauww.konon2 dah hbs sekolah dah besar lah ni bole pakai title kakak bila bercakap dgn orng.bukan tua okayh.aku belum lapan belas lagi.belum lps lagi nk buat jenayah.so mira dah lah kan.



humaira balkiss belum mahu manjadi penanam anggur dan tak berminat untuk kerja kebun semai benih anggur.anda faham ayat kemetaforaan ini?haha






*maaf,saya bukan penganggur ;)walaupun anggur ni gemuk2.tapi bukan sy yg tanam sbb saya bukan penganggur.haha.sy ialah PENTERNAK lemak


okay.cerita terbaru cerita syok sendiri untuk tatapan diri sendiri ialah sekarang ni aku adalah seorang wanita bekerjaya di bandar metropolitan ini.





intro ayat memang x nak kalah.bekerjaya sangat lah kan sampai kerja pun tanpa kelulusan spm. ;D


adat pepatih dan adat temenggung memang membuktikan yang lepas dah hbs sekolah mestilah ada bnyk masa terluang.jadi,bagi mengelakkan dicemuh masyarakat aku bergerak mencari pekerjaan yang halal dan setimpal dengan kudrat aku.tak kan aku nak kerja main tarik kereta kan.dan x der lah nama baik aku diburukkan yang bahawasanya mira ni pemalas.duduk rumah makan je kerja.badan dah mcm belon.uishhh.x boleh x boleh. ;D

yeahhhaaa.dan kini rutin terbaru aku adalah keluar rumah pergi kerja balik rumah tepat pada masanya.tak nak lah nanti mak ayh ckp lps dah kerja jadi liar pulak.asek merayap je.so?kau dapat imagine kan?betapa aku ni gadis sunti yang baik,haha



selama usia aku tujuh belas tahun ni.aku belum pernah ada pengalaman bekerja dan mempunyai majikan.kiranya aku belum pernah rasa susah payahnya dan jerit perihnya carik duit dengan kudrat sendiri.sbb tu biasnay dulu2 aku selalu je membazir buang duit sbb aku tahu tu bukan duit aku.asal nak je dapat dan mintak.tapi sekarang kan dah besar dah matang.mana boleh mcm itu lagi.haha.sekarang seperti yang selalu aku banggakan dalam diri aku..kini aku melangkah ke frasa yang baru.kerja sementara waktu.




sekarang tamat sekolah.tunggu keputusan spm dan perlu buat sesuatu yang berfaedah.bekerja untuk dapatkan pengalaman dapatkan kepuasan diri dengan adanya duit sendiri.puas sbb dgng duit tu nanti aku bole beli apa je yang aku nak.tak payah penapisan drpd mak ayah.haha





TGI FRIDAYS WANGSA WALK




di wangsa maju.itulah tepat kerja saya.nak jumpa tak?meh lah datang.tapi jgn kau terkejut pulak tngok aku mcm mak cik2 tanpa make up di muka.sbb aku berpegang pada mitos kecantikan semulajadi.ahhaha.merepek lagi



kerja aku x perlukan make up dan x perlu untuk melaram lebih2.sbb kalau pakai celak tebal2 mesti cair menitis dan kalau pakai powder n blusher tebal2 mesti aku berisiko mengalami penyakit kulit akibat tindak balas haba api dan bahan kimia dalam alatan make up.apakah?apakah?apakah kerja itu?







okay.tadddaaa!
here we go.dapat teka tak kerja apa?

;D







eh eh saya serius x main2,walaupun x der kelulusan dl kelasmasakan dan kulinary inilah kerja sementara saya.partime menjadi tukang masak di tgi fridays ;D

tak payah nk buat spekluasi bukan bukan.tak caya lah tu kan?apa susah kerja ni.buku kan ada.tengok buku dan buat menu.siap :)

jadi logiklah kan aku kerja mcm ni.haha



mak cik kantin versi moden?stop it.aku menyampah dengar ayt tu.



menghias makanan memotong bahan masakan membuat menu dan mengambil order adalah

rutin harian sy kini.msh baru lagi bekerja tapi apa yang pasti aku suka kan dengan kerja ni.pengalaman baru dan setiap hari belajar benda baru.alhamadullillah.laluan aku diluaskan walaupun x der pengalaman dan jarang masuk dapur.tup tup!aku kerja kat situ.finally!





lain dari yang lain.kwn2 seangkatan kebanyakannya jadi cashier jadi salesgirl tapi sy pulak chef mentah versi junior baru nak up.sup sup sayooooo!


mungkin rezeki aku.atau sindiran kepada aku sebab sebelum ni aku memang tak berpewatakan mcm bakal2 isteri yang bagus boleh jaga makan pakai suami.pemalas nk masak dan x tahu memasak.dan kini,aku belajar satu persatu.hari2 masak western biar laki aku makan sampai muntah. ;D



department back of house in tgi fridays.
kat situ hanya 2 orng perempuan sahaja yg juin masak2.iaitu aku dan eyra





seronok.seronok sbb bekerja dgn lelaki?dikelilingi lelaki?eh tak!kami x segatal itu.haha.walaupun pada hakikatnya kadang2 tanpa diduga hati aku sering memuji abang2 chef di situ.mereka nampak comel bila potong bawang.



*walaupun cuma 2 perempuan.we can do it eyra!nampak?nampak angkuh tak dengan lengan berbukit berotot.x lama lagi kami mcm tu lah.selamber lengan gagah perkasa sbb main angkat2 periuk.





dan bila diletakkan untuk bekerjasama dengan lelaki,yeap!satu pandangan baru tercipta dan direalitikan.aku mengaku yang lelaki tak kurang hebatnya bila di dapur.patutlah kebanyakan hotel dan restaurant lelaki yang masak dan jadi leader
apa yg pasti kerja dengan lelaki lbh mudah dri perempuan.x bnyk masalah dan mereka terima seadanya
tiada dengki mendengki dan kutuk mengutuk.belakang2 tu adalah sikit.ehhm!
;)

dan satu yang aku x boleh nk nafikan sebagai perempuan yg gedik gedik gatal,aku suka pulak lah tengok lelaki bila memasak.comel nya!nak nak nak nak!haha



*chef ni menangis sebab dapat pujian?ke dia nages sbb tak tahan haba panas api.bako yob bako!

ahha!lagi satu plus plus.jemput lah datang ke tgi fridays.makanan westren drpd banyak country.pasti puas hati dengan harga berpatutan dan tak lupa juga

ehm ehemmm....

kalau korang makan and ada rasa sedap sedap tu.yang tu,au lah yang masak.kalau tak sedap tu.tekak korang kot yang bermasalah.haha.x bole terima kenyataan ;D

okay.air tangan saya dalam proses pengujianan dan saya akan memberi khidmat yang terbaik :)

bye bye.

2 comments:

Fuz said...

aku pun rajin jugak buat part time dulu.paling best waktu jadi housekeeper dekat genting highland.

selamat mencari duit KAK MIRA.haha

Rezal Ishak said...

entri panjang tapi menarik. haha. selamat bekerja.