Thursday, November 21, 2013

A.M



Pondok usang beratapkan langit
ditengah malam gelita
Bercahaya hanya lah bintang bintang
Selimut kita angin malam.

Malam ini,
sudah banyak kali aku menjenguk siapa dia.
Dia yang ditarik awal oleh sang pencipta
sebab aku percaya, orang yang allah sayang, allah akan ambil awal
untuk bertemu bidadari di syurga untuk merasai segala nikmat tiada tara.

Dia yang aku kata,
dunia luas ini tidak kenal pun siapa dia.
Mata bangsa hari ini tidak tahu pun siapa dia
Dua tangan yang selalu menjulang yang hebat hebat
tidak tahu pun dia wujud dan sudah banyak berhikmat

Kebaikan yang dia buat, atas kehendak dia sendiri,
mahu berkelana di atas bumi
hanya untuk lari dari zon yang selesa ini
tujuannya antara hisup dan mati
antara waras dan emosi
dia pilih untuk lalu di lorong yang bercahaya putih itu,
jalannya terang hingga membawa dia bertemu pemiliknya nyawanya
yang satu.

katanya, dia mahu syahid.
Syahid yang menjadi urusan antara dia dengan pemilik alam ini,
dan pada detik buku baru dibuka
pada hari pertama segala kebaikan di angkat
segala noda di buang
dia dapat apa yang hati dia mahu
syahid yang indah matinya di sisi allah.

Memang benar,
urusan syahid atau pun mati dalam kekufuran
itu allah yang tentukan.
Siapa kita untuk pertikaikan dan hakimi bahawa dia mati dalam keadaan terbaik?

tapi pusing dan lihat.
cuba selami dan tunduk,Dalam usia yang sekarang, sudah berapa banyak keringat yang kita tabur untuk agama sendiri?
Kita bukan macam dia.
Dia yang terpilih untuk diletakkan dalam pilihan hamba yang terbaik
dan dia juga memilih untuk menjadi kekasih terbaik
dan dia dapat apa yang dia mahu.

Aku tidak kenal siapa dia.
mahupun pernah bertentang 4 mata dengan dia.
atau bercakap dari dua ulas bicara bibir
apatah lagi bergelak ketawa bersama

cuma yang aku tahu,
perginya dia meningalkan kesan dalam diri aku.
Dia dan aku dalam umur yang sama
tapi langkah kakinya sudah jauh meneroka ilmu alam yang tak berkesudahan.
dan tamatnya perjalanan dia, dia berehat di pusara paling abadi
bersemadi di tanah turki
satu satunya rumpun bangsa yang berjiran dengan pejuang agama
syahid atas nama allah dalam jiwa islam

Ahmad Ammar, al fatihah.


Saturday, November 16, 2013

Dari suara jatuh ke hati.Dengarkan saya, boleh?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry kali ni kena giat menaip sikit bagi
'penerangan supaya dapat pancing undi anda anda semua'

Masa ni lah nak guna ayat manis dan meratap sembah merayu menyeru pakwe pakwe dan awik awik sekalian untuk bagi sokongan dekat Umai!
Meyh sini meyh. Mari dekat sila rapat jangan malu jangan segan. Sebab Umai nak ajak berkawan ni. Nak nak nak?

Tadddaaa!
CHIT CHAT BLOGGER di UMALAYA RADIO.
AHAD 17.11.2013 JAM 4.00PM - 6.00 PM

baca nama segmen sekali imbas, lepas tu hantuk muka depan cermin. Itu reaksi pertama .








Kalau orang feymes macam Fatin liyana, Dina Bahrin, Fyn Jamal atau sebagainya, letak je gambar macam ni beribu juta followers terkejut dan teruja tanya 'Bila ni bila ni bila ni' cakap 'Tak sabar nyaaaa nak dengar' lepas tu main tag tag nama jiran tetangga. Orang feymes hebat beraura macam gini tak perlu jadi macam Umai bangun tengah malam bersengkang mata taip entry panjang panjang nak ajak kawan kawan dengar. Sobs.. sadisnya diri ini.
Kalau sifu sifu blogger ni ha, letak je gambar macam ni semua pakat tunggu dah faham. Si blogger feymes bakal ke udara. Wajib dengar! Wajib. Kalau Umai? krik krik krik.

Meyh sini bandingkan dengan kita ni haa. Yang lahir sebagai rakyat jelata biasa post gambar ni, semua pakat jeling tak sudi. Entah entah bukan jeling, klik pun tak nak. Lepas tu kalau dah klik baca pun tak nak. Bila baca tak nak, entry ni keluar dekat timeline buat tak tahu je. Apa prejudis sangat kepala otak kau ni, migha haha.

Macam ni, sebabkan masa susah baru ingat orang, so kenalah umai taip satu persatu apa sebenarnya yang jadi. Membebel panjang lebar isi ontang pun tak guna.
Mari sini, jujur lah jujur ahad ni Umai perlukan jasa baik ada yang macho lagi handsome gagah perkasa cantik manis molek untuk dengar siaran Umai pada Ahad bersamaa 16,11.2013 dekat radio Universiti ni haaa. Nah, kalau tak percaya tengok ni. nah.
percaya dah? haaah! gelak lah .. tak apa boleh gelak.lampu hijau untuk anda :P





 Orang kata, bakal ke udara lah kononya. Celah mana nak ke udara entah, bukan main perasan diva lagi nak sebut bakal ke udara. haha. Atau dalam erti kata yang lain lagi sedap nak bagi tampar muka ni haa, entry ni sebenarnya nak jual diri. Kau tahu? Hah! Faham dah kan?

Pelish lah pelish lah tolong kita. Tolong dengar je. Klik je dekat arahan yang kita bagi ni, picit enter lepas tu kalau nak biar kita cakap sorang sorang macam orang gila pun tak apa. haha. DEAL?

Atau kalau ada sikap perikemanusiaan, bagilah sokongan sikit dekat Universiti Malaya punya radio yang bariu ditubuhkan tahu ni. Kalau tak, sia sia je Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin datang rasmikan radio Umalaya ni khonnn?
dah kata UM universiti yang terbaik terbagus semua ter ter dalam malaysia ni khooon? Tunjuklah support sikit hikhik. Sebenarnya, radio ni baru je diberanakkan pada tahun ni. Masih baru fresh lagi. Kalau sesiapa yang baru menangis dekat hot fm sebab FBI undur diri, apa kata ahad nanti petang petang tu pukul 4 sampai 6 dengar Umai membebel. Kot kot boleh jadi gila hantuk kepala dengar percakapan tanpa isi saya .

Ada 2 cara nak dengar radio ni atau nak dengar suara Umai pada Ahad nanti :p
WEB UM dan WINAMP
Pertama, engkau orang manfaatkan lah gajet canggih tu hah. Berandroid bagai katanya.

1. Pergi playstore download WINAMP .install.


2.Click winamp and tekan kepada SHOUTCAST


3. Nampak box search, taip UMALAYA tekan search.


4. Keluar lah satu dalam sejuta radio yang nama UMALAYA.tekan.


5.Buffering lama sikit, mohon sabar.


6. Dah boleh dengar secara live ahad 4pm-6pm 17112013


8. Terima kasih daun keladi, saya heppy sebab pentingkan diri awak pula tambah berseri dengar radio kami.haha!


Kedua, guna aplikasi talian internet melalui laptop atau komputer. Amboi! Puaka bunyi bila ayat ICt dibakukan haha.
Pakai lah google atau yahoo atau monzilla dan sebagainya.
Pergi dekat search, taip Umalaya radio atau myUM.
Nahh, sebab nak mengampu , Umai bagi link terus. Klik je. Okay? Okay?
http://myum.um.edu.my/


Tak sudi jugak?
ada lagi cara ketiga yang main kasar bunyinya.

Cara mudah nak tunjuk support yang fake lagi durjana senang je, meyh sini akak Umai ajar.

1. Klik enter lepas tu tak sampai 2 saat pangkah balik. Tutup. btw, jangan lah 2 saat sangat. Apa kejam benar awak ni .Nampak sungguh terpaksa haha
2. Klik enter lepas tu biarkan siaran tu berjalan tapi tutup lah volume. Bagi volume speaker tu tahap kosong macam tak dengar apa apa. Kira halal lah atleast kau click juga, ye dak?
3. Klik enter pada akhir akhir siaran. Umai akan masuk konti jam 4 petang sampai 6 petang. Haaa set jam, masa pukul 5.50 tu bukak lah radio ni. Dengar masa hujung hujung. Kalau dapat dengar suara Umai sebut terima kasih bye bye tu pun dah kira banyak jasa kalian
4. Klik enter lepas tu jalanilah aktiviti harian macam biasa. Pergi main bola sepak, stalk bf orang, usha abang ketak, mengata muka perempuan lain, tengok artis atau keluar berjalan jalan macam tak ada apa. Tapi biar je web radio ni on, kasi Umai cakap sorang sorang tak ada pendengar. Barulah betul ke udara. Udara je yang dengar kau membebel dik.

Apa tujuan penerangan panjang lebar ni sebenarnya?
Jawapnnya mudah! Nak bagi ranking sendiri naik. HAHAHA.
Jujur kan? nampak tak permainan dia?
okay yang ni tipu je. serius tipu.
Nak rasa masuk konti.Macam mana bercakap dalam konti :D

nah click ni lagi. tak pun mu gie search lah bohh.


Twitter : https://twitter.com/HumairaAzizul


facebook : https://www.facebook.com/humaira.azizul



Kalau ikutkan hati yang kalut menggelabah ni, nak je pergi dekat inbox sorang sorang kawan fesbuk yang seramai 3010 orang, kemudian say hye lepas tu minta sokongan supaya support Umai pada Ahad nanti dari jam 4pm sampai 6pm bersamaan tarikh 17.11.2013 nanti :D
Barulah masa tu ada sitilah kawan bila susah. Bila nak puaskan tekak sendiri mula lah cari kawan. Lepas tu tak segan silu mengaku semua yang dalam fesbuk tu sebagai kawan karib. hampir 99 plus plus msg tak dibuka. Hanya dijeling.

Maaf atas kekhilafan ini. Mohon kenal saya dulu melalui suara, kalau tak suka. Lepas ni mesti kalian ada rasa penyesalan sebab hari hari tak putus asa tegur hye hye hye hye hye hye dekat saya :')
terharu.mihahaha!

Okay berbalik kepada peribadi tegang, nama segmen ni Chit chat blogger.
Blogger? Nak gelak pun ada bila macam mana nama humaira boleh segedabak keluar dalam segmen ni haha,
Kenapa aku dengan benak otak boleh kata ya untuk segmen radio ini?
Aku tidak mencari, jauh sekali mencanang diri. Mungkin aturan yang Maha Mengetahui, tawaran dari pihak radio aku terima. Dan prosesnya mudah. Aku kata ya walaupun sebenarnya hati ragu ragu.

Masih hijau dalam teknologi ni. Sebenarnya bukan blogger pun. Tak ada entry yang berdakwah, memotivasikan, perkongsian ilmu atau penghayatan kebaikan. Coretan di blog sekadar melalui pendapat sendiri, apa yang mata lihat telinga dengar mulut cakap dan hati berkata, aku tulis dalam ini. Sebab, sudah aku cop tampalkan surat beranak dalam blog ini yang tempat ini adalah diari terbuka aku.
Ruang peribadi yang aku buka luas untuk orang yang sudi untuk mengenali siapa aku.

Dalam ruang ini, aku tidak berlakon baik. Aku tak cuba tunjuk pandai. Aku bukan pendakwah macam mereka yang tarik orang sekeliling untuk berfikir di luar kotak mencabar alam.Aku jadi diri aku. Sebab? Aku belum di tahap itu. Ruang ini aku cipta untuk mereka tahu dan faham apa yang tersirat aku cuba bawa adalah

'kanvas putih ini sebenarnya boleh jadi kawan karib kau, yang faham isi hati kau. Sebab bila mata kau bertentang dengan ruang kosong dan jari kau mula menari atas papan kekunci, kau akan tanpa sedar menaip apa sahaja yang kau mahu. Ya. apa sahaja dalam hati kau yang sebenarnya tak mampu kau ucap bila kau berdepan dengan realiti manusia di depan mata kau. Kanvas ruang blogger ini sebenarnya tempat ilham diri kau yang bawa kau kepada pantulan bayang bayang ini adalah hidup kau. Cara lontaran suara bisu yang kau taip, itu adalah diri kau yang satu lagi. :)'

Tapi inshaallah. Jika panjang usia blog ini, perubahan itu akan ada. Dari menaip isi sampah fikirkan diri sendiri sahaja, mungkin satu hari nanti aku akan menulis sesuatu yang lebih berisi. Yang ada manfaat boleh dikenang sampai ke hujungnya. Aku juga manusia macam kalian, hidup dalam dunia yang ada pasang surut dan aku juga akan terus belajar. Belajar untuk jadi seorang yang boleh bagi manfaat pada orang waalupun kita tak pernah tahu dan faham kau siapa dan aku siapa.
Tapi tak apalah, janji usaha dah ada untuk mempromosi. Sekarang ikhtiar dan tawakal. hehe. Serius pulak bunyinya.Mohon lepas habis ni, sebarang umpat keji kata makian boleh dibuat direct ke dalam msg. Teguran membina aku etrima, teguran celaka aku ketawa. semua ang orang lontarkan, aku ambil.Inshaalla :)

 Twitter Umalaya Radio :
https://twitter.com/UMalayaRadio


Mereka kata, bawa sahaja mana mana pelajar yang lain dari yang lain ada bakat.
Sudahnya, ahad nanti kita berjumpa di ruang udara tanpa perlu bertentang mata.
Cukup sekadar mendengar, aku hargai dan dari suara jatuh ke hati.
Pasti :)





Save the date 16 SEPT 2013
on SUNDAY 4PM UNTIL 6PM.

Assalamualaikum.

Monday, November 4, 2013

Bercinta di balik api BABI



Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Bercinta di balik api BABI.
Sejak ramai yang terkejut beruk terangkat kening dengan tajuk nama buku ni, meh sini meh akak umai tolong cerita sedikit sebanyak cerita buku ni yang nama bukan main haram. Nasib baik pegang tak kena samak.Lagi ekslusif bila setiap bab ,gambar babi tengah menanduk terpampang jelas. Gemuk sungguh babi tersebut.haha


Hari pertama tahu ada jualan buku murah masa lalu depan fakulti sastera dan sains sosial. Tengok banyak bukan main meja bersusun dalam dewan siap bertimbun buku. Sambil jalan kepala terteleng kebelakang pandang buku. Sumpah masa tu nafsu membuak buak persis nampak makanan depan mata. Macam ibu mengandung mengidam nak makan durian creepe.

Selain makanan berlemak yang boleh buat perut makin banyak selulit pecah terburai, aku juga jenis manusia yang suka menghabiskan duit wang ringgit ibu bapa atau duit tabungan masa sesak ke arah buku buku separa ilmiah.
Bukan buku pelajaran formula matematik atau teori psikologi, tapi buku novel cinta berahi dan buku berangan sakan menjadi pilihan utama. Yes! Dan hasinya, lidah aku lancar berbicara putar belit cakap cakap kosong,
Nampak? Baru mukadimah dah panjang berjela belum masuk tajuk.Padahal nak cakap pasal buku Bercinta di balik api babi kan umai kan? Eh! Babi betul  ,lari tajuk pulak.

Ni pertama kali dalam koleksi rak buku, aku selit buku dari syarikat Lejen Press.
Sebelum ni dah ada Fixi tajuk Mental dan Murtad.
Cubaan pertama kali yang bagi aku berjaya untuk buatkan aku letak buku ni dekat koleksi tingkat tinggi dekat rak buku dalam bilik.
Sebelum ni memang aku dah lama kumpul novel dari darjah 5 dan hasilnya sekarang aku sudah ada lebih 400 buah koleksi novel.
Bili fikir balik, kalau 400 aku darab kasar rambang dengan rm 30.00 sebenarnya tambah tolak aku lah watak utama dalam lagu awi rafael Kalau Aku Kaya hahaha.
Pelaburan yang banyak aku hentam dekat buku. Tapi tak apa, walau bacaan paling lama ambil masa 5 ke 6 hari paling busuk, tak apa. Sebab kandungan cerita memang resap ke otak dan bawa aku ke dunia lain :)





Bercinta di baik api babi, aku kira tajuknya dah sangat berani.Apatah lagi jalan penceritaanya.
Aku ambil buku ni masa tangan sasau nak pilih buku. Masa tu harga kombo 3 buku bayar Rm50.00
Aku rasa berbaloi. Dan dalam tengah buat pilihan, dua biji mata aku terkam kulit muka buku ni.
Sebab apa? Sebab ada terang terang besar gedabak bak hangg tulisan babi! haha.
Siapa yang rare sangat ni guna nama babi tanpa bayar royalti dekat keluarga babi untuk kulit muka depan karya dia? pergh!

Aku terus sambar tak ragu ragu sebab aku memang hari hari sebut nama babi. So bila ada buku nama babi, aku kira ni peluang aku ni nak buat pencarutan berganda. Ready? haha.Alasan ni memang lawak hambar.

Pertama,  Aku boleh sebut babi banyak kali tanpa perlu ada sebab musabab yang kukuh.
Biasanya sebelum ni kalau nak cakap babi, mesti membabikan kawan je.Tu pun babikan dia dalam diam diam sebut 'eh babi lah budak ni..' sambi bisik slow slow pandang mata dia senyum. Dia pun balas senyum kau ikhlas walaupun dia dibabikan. Banyak benda sekeliling yang aku suka babikan sebenarnya,

Kedua, aku kurius nak tahu kenapa dalam banyak banyak binatang, mr pinky oink oink ni yang jadi pilihan?
Kenapa bukan Bercinta di balik api Tenuk? Cipan? Beruk? Kucing? atau Buaya Tembaga? Kenapa ? Kenapa? Kenapa?

Ketiga, aku nak cabar diri aku kot kot lah isi novel ni cerita tentang kehidupan babi bagaimana. Cara hidup binatang ni, cara babi mengawan, cara babi menyusukan anak, apa yang babi makan atau kenapa tauke babi kaya? Boleh lah aku feeling menerjah ke alam haiwan tanpa perlu rujuk Animal Planet chanel.

Keempat buat santapan mata bagi terkejut. Dekat 400 novel aku yang bertindan atas rak tu, semua tajuk bukan main sentap gelisah jiwang tahap hati kalau kena lenyek dengan tayar pun tak rasa sakit cinta punya pasal. Ombak rindu, sentuhan kalbu, Andai itu takdirnya, lafazkan kalimah cintamu, kau yang satu, seredup kasihmu, pelangi cinta, kabus cinta, 7 hari mencitaimu, i loye you mr arrogant, suami aku ustaz, jodoh itu milik kita dan bla bla bla semua tajuk yang boleh buat abang rockers muntah hijau.
So bila belek belek buku yang semua stok jiwang karat, tiba tiba jari kau terpegang buku bertajuk babi.
Mesti emosi masa tu macam rasa nak hentak kepala dekat rak tu kan? Sebab tajuk dia puaka sangat haha.



Sinopsis buku ni, jujur aku kata memang kategori sampah. Sinopsis dia bila baca memang tak ada nafsu langsung nak selak isi dalam. Terus kena dengan pepatah manusia rambut warna bulu jagung 'dont judge a book by its cover'. Sinopsis ringkas gila lepas tu bubuh nama Leman, Azmi dengan Pauziah.
Masa aku mula mula detect nama watak depan abang jual buku tu, muka aku terus berkerut. Babi betul lah.. nama heroin dengan hero kampung gila.

Tapi bila satu ayat yang aku jumpa, 'anak luar nikah'
Aku terus grab.Terus bayar. Sebab aku rasa tema cerita ni berat.
Macam mana buku ni ceritakan tentang anak luar nikah yang dianggap macam babi.

Selak punya selak, aku baca buku ni lepas hbs baca buku Psiko.
Aku beli buku Psiko sebab aku rasa tajuk tu adalah aku. haha.
Humaira memang psiko aku kadang kadang. So aku beli.
Baca buku ni, totally aku kata ayat dia lucah tahap kaw kaw. Kalau kau tak biasa jeling porno, kau akan rasa buku ni menyesatkan jiwa. Tapi macam aku, yang dah biasa jeling kelip kelip mata aku rasa buku ni celaka juga haha. Menarik :D
Bila isu di ranjang dipaparkan secara ganas macam mana lepas bersenggama haram orang tu dibunuh dan dibunuh. Sambil baca rasa sakit ngilu double senak haha.
Tak caya cuba baca helaian ni. Baca! Baca! Baca!


Okay stop tentang psiko sebab tak ramai yang gemarkan isu lucah sebagai santapan minda dan jiwa ya. ya ya ya.
Buku Bercinta di balik api babi ni, aku baca dalam tempoh sehari setengah. Baca bab pertama kedua terus rasa nak habiskan.Serius , bila kau selak helaian demi helaian yang tulis nombor bab ada gambar babi gemuk tengah menanduk . Bila kena tanduk macam tu, mesti lagi laju kau nak habiskan haha.

Masa baca emosi memang bercampur baur. Kalau novel Takdir itu milik aku , aku baca teresak menangis sampai air hingus turun naik, novel babi ni aku baca dalam emosi tak tentu arah, Sekejap terkejut marah bengang stim dan terkesima hikhik

Macam mana dalam novel tu, dia menggambarkan sifat manusia yang berwatak dan bermacam macam. Bezanya cuma ,sama ada kau punya hati atau tak sebagai manusia yang diberi akal untuk berfikir. Itu yang membezakan kau dengan babi.

Nahh ni antara pecahan yang aku cubit cubit kecil dan hidangkan :)

Ustaz yang berkopiah mengajar ilmu Allah berzina dengan pelacur. Kerana nafsu dan niat nak mencuba, dia kalah dengan godaan nafsu perempuan.
Perempuan yang sepatutya Allah cipta dalam martabat tertinggi memilih untuk jadi pelacur melayan ramai lelaki di ranjang sampai melahirkan anak luar nikah.
Ibu yang melahirkan yang Allah kata berkatnya bila ibu melahirkan satu nyawa dari rahimnya, menyebut perkataan babi kepada anaknya bila keluar sahaja anaknya dari pintu rahimnya.
Remaja yang bergelar anak luar nikah yang mencari identiti hidup dan mencari Allah dan dalam masa sepanjang pencariannya, nama babi tidak pernah hilang dari pendengarannya.Kau babi kau anak babi kau anak haram itu doa masyarakat sekeliling.
Anak yang melihat ibunya bergelumang dosa bersetubuh dengan bukan ajnabi di depan mata dia sendiri.
Ikatan adik beradik kandung yang sama darah seibu sebapa saling mencari keseronokan hingga bersetubuh sumbang mahram sampaikan si perempuan mengandungkan anak haram. Benih dari seorang abang kepada adik.
Lelaki yang memilih untuk menjadi perempuan hingga menukar jantina kepada perempuan. Tapi pembentukan dirinya lebih binatang daripada babi.
Kuasa dan takhta dijadikan kunci utama dalam hidup sampaikan sanggup mensyirikkan yang satu. Minta tolong pada iblis sampaikan darah kotor dikangkang 7 botol diberi makan kepada penjaga diri.
Rumit dan berat jalan cerita dia Tapi senang faham.

Banyak watak ,ramai manusia bertopeng yang berbeza niat dan tujuan dikumpulkan dalam satu jalan cerita yang penuh pengisian.Novel ni bukan cebisan cerita kecil kecil tapi, ini adalah satu cerita besar dan hanya ada satu jalan cerita.

Tu sedikit sebanyak cerita dalam novel ni. Sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan realiti sebenar jalan cerita novel ni.Best gila bak hanggg. Lepas hbs baca dahi kekal berkerut.
Dalam kerutan tu lah aku cermin diri aku :)

Manusia suka nak menghina tapi bukan hendak membina, Manusia suka nak mengutuk tapi tidak pernah mahu membentuk. Sebab semua bernyawa cuma untuk hati sendiri tak pernah mahu tolong sama sama berdiri. Dek kerana nak nampak baik sempurna, sanggup bertopeng berlagak suci macam tak pernah tahu apa itu dosa. Permainan macam ni, aku dah banyak nampak. Jelak mata nak terus tengok :)
Hati kalau dah busuk, kunci sekandang dengan babi. Tak akan hilang bau busuk tu.
Jangam disamak kalau hati sendiri kata tak nak.
Prejudi lagi. Hentak kepala dekat skrin laptop.

Aku bagi 5 bintang dari berbintang bintang. Sepanjang baca novel ni memang hati menggila berdebar bila dia masuk bab tok dukun bomoh bersaka. Aku rasa masa aku baca ada orang perhatikan aku haha. Terus tak tutup lampu tidur malam.haha. Ayat dia memang santai. Memang semua buku Lejen dan Fixi guna ayat sampah santai macam cakap cakap kosong kita dengan member sebelah. Bahasa novel ni tak seberat bahasa yang Humaira selalu guna pakai hehe.


Buku ni bawa aku berfikir dimensi yang baru. Semua tentang kita. Kita sebagai manusia. Apa yang kita mahu, apa yang membezakan nilai khalifah dalam diri kita berbanding haiwan yang tidak tahu apa apa.
Ahamdulillah atas ilmu yang baru. Buku ni bukan buku motivasi jauh sekali buku dakhwah. Tapi bila di muka surat terakhir selepas mata aku bercumbu dengan perkataan tamat, aku tahu yang buku ni sebenarnya bermesej.Sesuai untuk mereka yang rasakan mereka manusia dan bukan babi. Pokoknya, sama ada mampu kau faham atau tidak.
Bukan incidous atau conjuring je yang buat aku kerut dahi sebab ending buat aku tertanya tanya. Rupanya buku ni lagi berganda soalan bila dah habis baca. Soalan yang cuma diri aku je ada jawapan. Sama juga dengan kau yang membaca :)

Pengakuan jujur, lepas terbangkan rm50 aku menggagau fikir jalan macam mana nak suvive sebab aku dah habiskan duit belanja yang sepatutnya aku guna untuk 2 minggu dekat kolej. Tu yang cuti ni balik terus .Ada sesiapa nak ajak ngedate dokk? Mohe lah kitee. I tengah cuti ni mihmih



Muka tutup terakhr, kalau hidup ni penuh dengan manusia yang suka mencela sampai lupa celaka, kita sama sama akan terus alpa sebab suka untuk mengata dia dan dia.Suka mengutuk tapi tak langsung mahu membentuk.
Itu dan ini semua dijadikan isu. Bercakap hal orang sampai lupa kain terselak  bogel telanjang dah tak rasa malu.  kau tengok dia.Dia tengok awak.kita tengok saya. Kami tengok aku. Semua bercakap deras gah berdekah, air ludah busuk terpercik ke muka sendiri cukup untuk buat air mandi badan bagi cuci dosa satu satu.Semua tu adalah kita.
Kita sebagai manusia tak pernah sempurna di mata orang sebab kita tak pernah nak faham bulatnya dunia ni.Kita sendiri tak pernah faham kesempuranaan sebenar di mata sang pencipta. Kita adalah sama, bezanya macam mana kita mampat padatkan akal untuk sumbat  ilmu berguna sebagai bekal di sini dan di sana nanti.
Kau dongak, kau nampak langit. Aku juga dongak sama nampak langit.
Kau tunduk kau nampak tanah. Aku juga tunduk sama nampak tanah.
Kau dengan aku berbumbungkan langit yang sama. Kau dengan aku memijak tanah yang serupa.
Bezanya kuat mana kita boleh terus berdiri bawah langit atas tanah dengan amalan yang kita ada.

Dosa atau pahala?
Haram atau halal?
Babi atau kau?
Kau atau babi?


Terima kasih AZWAR KAMARUZAMAN.
Moga jari terus lincah mengepit pena hikmat.

Lepas ni terserempak dengan pena lejen atau fixi, memang gua sambar tak cakap banyak.
Assalamualaikum :)