Wednesday, August 21, 2013

Pra-Tonton



Assalamualaikum.Khusus kepada mata yang membaca secara tak sengaja.
Mungkin taipan jejari pada entry ini lebih kepada monolog.
Monolog dalam hati yang cuba aku sembunyikan tapi jelas mata yang memandang sana, nampak betapa aku cuba bermain dengan penipuan.
Menjadi si hipokrit dalam watak diri dan bermain tarik tali dengan janggal,

Mukadimahnya..
Hello janggal.Aku harap kita dapat menjadi kawan baik.Walaupun asasnya aku tak rela.

Pernah kau rasa apa itu sakit yang tertahan?
Macam hati kau tengah dipicit ramas digenggam mampat?
Sampai kau nak bernafas pun rasa sesak.Sesak yang kau rasa pedih.
Kadangkala sakit itu buat hidung kau terasa panas dan mata kau mula kabur dek air mata.
Pernah?
Ya.Aku sedang rasa apa itu sakit.
Hati yang sakit.

Ranap semua emosi yang ada,
Bila aku perlu cari tapak untuk berdiri sendiri sedangkan hati aku merintih mahukan sokongan daripada dia.
Bila mata aku celik kehadapan,tapi hanya yang aku nampak muka dia.
Bila tangan aku gapai, cuma harapkan bersatu dengan tangan dia.
Tapi yang aku dapat cuma rasa hati yang tak berbalas.

Orang kata, jangan terlalu leka menganyam mimpi.
Kelak bila kau terjaga, kau hilang arah sebab mimpi itu hilang sekelip mata.
Tapi orang pun ada kata, siapa yang tak percaya pada mimpi
dia hilang percaya pada keindahan masa depannya.

Aku dan bayang bayang dia,
Macam dekat, tapi sebenarnya jauh :)

Ya.Macam dekat.
Sangat tak adil untuk aku berlakon seolah olah aku dekat dengan dia.
Sedangkan momentum yang asas, dah aku langgar hukum syaratnya.

Sekarang, aku rasa kosong.
Dan simpulan mati erat hubungan itu, aku rasa tak rasa boleh tak boleh bertahan lama.

Mira, 10 hari lagi yang tinggal untuk kau kekalkan momentum yg sedia ada.
Lepas dijangkau langkah 10 hari tu,
permainan yang kau reka,
terletak atas tangan kau.
Ya atau tidak.
Yakin atau gentar.

Aku bermain imaginasi,
antara aku dengan dia.
Banyak yang aku lakarkan indah indah.
Semuanya tentang keindahan kita.
Ya
K.I.T.A
dalam kotak dunia kecil itu, hanya ada aku dan kau.
penuh dengan senyuman.

Aku mahu berjalan di atas rumput segar yang kukuh janjinya.
Bila mendongak aku dapat lihat kepulan awan putih yang jujur.
Tar hitam yang aku pijak kental penuh dengan rasa cinta.
Udara yang aku hirup memberi nikmat sayang untuk aku.
Aku tamak mahukan semua, sedangkan realitinya perjalanan aku terlalu jauh.
Penuh dengan liang kosong yang pudar hambar.



 Dan aku berdetak sendiri, aku tak mahu lihat tentang masa depan sendiri sebab tuhan tak pernah memberi aku kekuatan untuk melihat apa akan jadi pada waktu akan datang aku nanti.


Mata tak pernah menipu tentang apa yang aku rasa sebab dalam mata aku, bila kau tenung jujur.
Kau akan lihat bebola hitam aku sebenarnya cermin untuk kau.

Dalam mata aku, aku nampak engkau.
Bissmilahirrahmanirrahim.



Wednesday, August 14, 2013

Sisi gelap, KAWAN AKU


Ini cerita rambang yang sampah.







Aku ada seorang kawan yang katanya dia mahu berhijrah ke arah kebaikan.Satu penghijrahan yang sangat diselimuti nur.Bahkan,satu dunia termasuklah aku yang kerdil ini tahu bahawa dia mahu berhijrah.Dalam menunduk menjaga batas ternampak juga riak menunjuk itu jika mata yang memerhati itu tajam seperti pisau.Mata yang macam aku.hehe
Satu dunia dicanang bahawa aku mahu berubah..Kalau boleh aku berkurang ajar di sini pasti ini yang dikata hatinya,kawanku itu..
Woi.aku dah baik sekarang.Aku nak jadi bersih macam malaikat.Kau teruskan lah macam syaitan.Neraka menunggu engkau.Aku pasti ke syurga.haha.Jahanam!
Aku bermonolog sendiri,dan itu dialog yang aku cipta keluar dari mulut dia.
Mungkin ya mungkin tidak.Entahkan betul dia bercakap begitu entahkan salah.Atau aku yang masih belum berubah ni sengaja mencipta monolog bangkai.Busuk.

Satu dunia mendoakan dia.Aku juga tidak putus tumpang gembira dan laju bibir aku basah dengan kalimah alhamdulillah.Alhamdulillah.Segala pujian bagimu,Allah yang Esa.
Jauh di sudut hati aku, terdetik juga lintasan aku mahu jadi seperti dia.Berubah seperti dia,kawanku ini.
Yang mengharukan aku lagi, dia masih sama.Masih bergaul bersosial.Setidak tidaknya dia bukanlah seperti arkam yang drastik memandang syurga.Dunia rasional dilupakan.Stidak tidaknya.

Aku dan dia masih seperti dulu.Hubungan persahabatan kami lancar.Kau perlukan aku dan aku juga perlukan engkau.Aku dan dia tetap berjumpa.masih duduk semeja.Gelak berdekah tanpa rasa kekok.Berbual di laman sesawang.Bertukar cerita di pesanan ringkas.Bergelak ketawa berhadapan.Bercaci sopan di ruang peribadi.ya,Aku masih berjumpa dia.bagi aku,JUMPA.
Sedangkan dia tidak pun erjumpa aku.sebab dibataskan campuran sentuh nuraninya antara dia yang seperti malaikat dan aku yang keji seperti dajal.haha.aku mudah,bagi aku jumpa itu luas maksud dia.kalau kau faham apa erti aku.Kalaulah engkau faham :)


*Ini adegan perumpaan sampah yang aku cipta, untuk gambarkan tangga perubahan kawan aku itu.
PERUMPAAN sebab orang kata nak memantul biar berkias.Biar dia tangkap sendiri.

Ada satu hari itu.
Aku dan dia duduk semeja.Rancak kami bergelak ketawa.Melepas rindu kekok masing masing.Rindu plastik yang nyata.Tiba tiba,azan berkumandang.Mendayu suara itu memanggil agar terus menerpa sujud pada Sang Pencipta.
Aku sengaja tulikan telinga tapi mataku tidak lepas memerhati dia,kawanku ini.Aku masih berdekah ketawa seperti tiada apa yang memanggil.Dia,aku lihat dia sudah gelisah.Gelisah bagaikan duduknya disula neraka.Dia sudah tidak keruan.Aku berdetis di hati, dia mahu bersolat tu.Dia nak pergi sembahyang.

Tapi tapi tapi..
Dia masih duduk berteluku di situ.Tidak bangun dari tempat durjana aku melepak.Dia masih diam di situ.Aku mula bersoal jawab.Kalau nak sembahyang,pergilah.Surau jauh.Kena pusing sebelah sana.
Dia angguk.Akhirnya masa berlalu hingga ke dinihari dia sama seperti aku.Hanyut.

Soal aku sendiri,
Kalau mahu berubah kenapa perlu malu bertangguh untuk kejar urusan utama?
Kalau kau sudah berubah, bangun!Sembahyang,sedarkan kami kawan kau yang leka ini.
Bukan itu juga satu kebaikan pahala yang engkau cari?Menegur orang yang sesat.Tapi kenapa kau diam?
Satu hari suntuk itu, kau lebur.Sama seperti aku.
Saat itu, aku tersenyum sinis.

Dan oh ya,Lupa.
Dalam aku bersembang menegur melihat gerak geri dia tanpa dia sedar,
Dia masih yang dulu.
Dia masih sama.
Malaikat yang bertopengkan wanita muslimah.
Mata dia memerhati aku lihat penuh dengan muslihat jelik,Cara dia membuka langkah aku lihat penuh dengan kepuraan.Lembut dia beralun untuk menarik banyak pandangan mata.Petah dia bermain kata untuk mendapat selonggok pujian.Lontaran suara dia aku dengar penuh dengan momentum dengki.Jangan orang lain lebih dari dia,terutama aku kawan dan lawan dia.Permainan dia kotor.

Dan, satu ketika .
Aku berdoa.aku tidak mahu jadi seperti dia.
Berubah di canang canangnya.Kesucian diri dia diagung agungkan oleh diri dia sendiri.Kawan bodoh yang tidak kenal siapa dia, terus asyik kegumkan dia.Mahu menjadi seperti dia,

Aku?
Aku kenal dia.Aku tahu siapa dia.
Dan aku terus tersenyum sendiri melihat gelagat sampah dia.
Dan aku geli dengan kawan sendiri.HAHA!

Terasa ke kawan?
Ouh jangan!Kan sudah aku bilang di awal cerita bahawa ini cerita rambang yang sampah.





Tidak putus aku berdoa untuk diri sendiri, dekatkan hati aku dengan mu,ALLAH.Supaya aku terus beritiqamah.Tunduknya aku pada-mu biarlah kau dan aku sahaja yang tahu,ALLAH.
Permudahkan segalanya. :)