Monday, September 24, 2012

Persamaan


Antara kita,
Ada perbezaan yang nyata.
Engkau meletakkan satu garis pemisah
Tusukan mata jelik
Permainan kata nista
Segala yang engkau rancangkan teratur
Menjadi dengan hanya sekilas noda yang dibuat

Maka
Terus engkau berdiri angkuh menongkah langit
Menghumban aku ke sisi
Yang tidak aku punya ruang untuk bersuara
Menafikan apa yang kau cipta
Bersuara atas satu cagaran permainan nasib

Segala gala tentang engkau
Menjadikan seolah olah aku tidak punya harga diri
Cuba memberitahu bahawa kau yang paling gah
Paling teratas agung dan lebih dari segalanya

Tapi
Apa yang pasti
Di hujung perjuangan ini
Di detik akhir perjuangan ini
Aku bangkit atas satu tugas
Satu cabaran getir yang perlu disahut
Hidup dan mati
Maruah dan darjat

Kelak,
Kau akan terdiam membisu
Dengan hakikat yang nyata
Bahawa
Engkau dan aku tiada perbezaan.
Kita adalah sama.
Kita tiada beza hatta sekecil hama

Tamparan hebat bagimu,
Akan aku nantikan
Kerana
Apabila tiba detik itu
Wajahmu akan tunduk kaku
Lidahmu akan gentar kelu
Malu sadis rebah dan berteluku
Kerana
Kau akan sedar
Hakikat sebenar si pemendam rasa.


Lima puluh enam hari sebelum percaturan bermula :)



Saturday, September 22, 2012

Bye bye Forever Donseng.


Haaaa nampak? Nampak.. Sekarang dah tak ada dah Selamanya Harimau Malaya.
Semenjak Metro dengan puaka kata Rajagopal kering idea, kita dah tak main dah selamanya harimau Malaya.
Tukar tukar.
Sekarang selamanya Donseng! :D



Semalam 22.9.2012 moment yang boleh tahan sebak permai dalam kalangan family
Sebab our donseng dah pergi meninggalkan kita untuk menyambung pelajaran ke tanah arab, Mesir.
Tahniah Donseng!Anda kini telah menjadi sebahagian warga Universiti Al-Azhar.
Pengeluar generasi alquran dan alsunnah yang berkualiti tinggi di peringkat dunia :)
Dan secara rasminya telah menamatkan kemarau riak dalam keluarga sebab akhirnya ada juga cucu nenek awi dapat pergi overseas.
Tak nak dah omputih, kita main yabba yabba arabic sekarang! haha.











Nama sebenar : Siti Hani Asilah Binti Naharuddin.
Nama indah semanis wajah si pemilik.
Nama bukan main sedap nikmat kejadah apa boleh tukar jadi donseng?
yaaa. Satu dalam dunia sahaja, aku panggil dia Donseng! Sebab merasakan nama itu comel. haha.
Selamanya Donseng. Event lagi 5 tahun dia bakal jadi doktor gigi dengan nama profesional Dr Hani.
Tapi nanti mesti dalam diam yang akan panggil dia Dr Honey. Amboi! Tak menahan.
Bila lah agaknya donseng nak bersosial dan bercinta cintun? Tak sabar nak tengok siapa pilihan donseng.
Sebab nak tahu jejaka soleh mana yang berjaya menawan hati si muslimah :)

Hye! Saya belajar dekat Mesir.


Dia sopan dan sangat menjaga aurat. Adab seiring dengan tuntutan solat yang dibuat, maka perangai donseng sangat menyenangkan.
Tapi kadang kadang je , sikap Hitler merasuk jiwa dia akan menyakat adik adik dia sampai menangis,
 kemudian, dia akan ketawa berdekah dekah dengan kekejaman yang dilakukan. Sopan kan? en? en?

Masa masuk dekat balai berlepas, semua jadi sebak.
Sebab sebab akhirnya hajat ayah donseng, iaitu arwah paklong yang meninggal tahun lepas tertunai
Pak long nak sangat Donseng menjejak tanah arab dan belajar di sana.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan hasilnya akan dapat kami tengok lagi 5 tahun.
Harap harap kau tak repeat paper, Doa banyak banyak :) If tak,ibu akan suruh kau nyorok bawah jubah pak arab.haha.



Dan lagi satu, ini adalah minat dia.
Dia gemar mengkaji sains fizik kimia apatah lagi biology.
Puih!
Otak apa lah tu boleh main zarah zarah ubat molekule rubidium nak dikaji semua.
Benci!Bila tahu orang tu minat sains, rasa nak marah tu jadi membuak buak.
Im prefer more A samad Said, lebih tenang mendamaikan dan nampak tulus.
Walaupun sebenarnya boleh tahan pak cik sastera ni memboikot kerajaan Malaysia. Hhaha!
Dalam dia eh kau, janggut putih!

Snap shoot secara terus :)
Ini adalah pengasas firma yang bertanggungjawab menguruskan mereka hingga sampai ke Mesir,Universiti Al-Azhar :)
Dengan melalui jalan udara iaitu dari Klia ke Cario Masuk terus ke Mesir dengan menggunakan Kuwait Airlines.



Pak cik ni istimewa sebab dia buta tapi apa yang pasti, dia bercakap lancar penuh semangat dan mata hatinya tidak buta, :)
Mari memetik ayat manis, kata pak cik ni
 'Kamu yang ada di sini adalah mereka yang terpilih untuk mengakaji siapa diri kamu,siapa itu manusia dan bagaimana zat zat Allah dicipta dan bagaimana fungsinya..''Ini adalah pilihan kamu,amanah kamu semenjak kamu membuat perjanjian dengan Allah dari dalam kandungan ibu.Pergi menuntut ilmu, di dalam jagaan Allah untuk berbakti pada kedua ibu bapa,agama dan bangsa'

Peh! Tak menahan dengar. Tiba tiba perasaan termotivasi menyelinap bila mendengar kata kata puitis pak cik ni.Apatah lagi, bila tengok mereka yang bakal berangkat ke timur tengah.Mesti seronok.
Keluar dari negara sendiri, belajar dan tinggal menetap dalam tempoh yang lama dekat tempat orang. Tanah orang,dan paling istimewa Donseng dekat dengan tanah para anbia.Tempat sejarah Islam terukir,Islam disebarkan dan sudah hampir sangat dengan Makkah :')
If i'm not mistaken old name for Mesir is Parsi . Antara negara yang pesat menerima perkembangan Islam Rasulullah S.a.w

Di sebalik tabir.
Muka muka yang menghantar pemergian donseng :)

Orang kuat selaku ibu donseng!
Dia ni lah yang buat proses jadi lambat sebab kami semua kene duduk tepi ruang dan punggah beg 4 kali.Saya ulang, 4 kali ya!
Sebab muatan melebihi had,satu kepala 30kg dan donseng dengan gah membawa muatan 50 kg.
Amekaw!


Selak punya selak ada kicap,milo berkati kati,maggi,sos tiram,belacan,sos lada hitam,nescafe dan belacan.
Arab tak arab, melayu dan belacan memang sentiasa kawtim.
Lebih sadis, sebenarnya dalam beg dia ada periuk untuk memasak.
Ha'ah! memang kau masuk Al Azhar untuk amek jurusan Kulinari, bagi kenyang gigi kau makan. isk!



Ni adalah para hero yang semalam bergenang juga air mata bila kak ngah mereka nak pergi jauh.
Paling tak boleh diterima dek akal yang waras, otai segala kebiadapan adik gua, Zulikhqmal telah menangis tersedu sedu sampai terpejam pejam mata nak hantar donseng pergi.
Hahaha!
Okay itu lawak, sebab tak sangka sebenarnya kejam kejam dia dalam hati ada taman.








Hakikatnya? Mereka sayangkan donseng melebihi aku,sebab aku lagi jahat sebenarnya.
Kau just imagine, bila kakak yang selama ni rajin melayan,bawak pergi jalan jalan,belanja makan,hadiah dah tak ada. Sedih?
Maka yang tinggal sekarang kakak yang kejam,suka mencarut,jahat dan garang nak mampus.Suka? :D
Mari adik adikku.Mari dekat dengan kakak humaira.
Marilahhh Marilahhh ......

Kenangan manis bagi adik adik ini.
Kakak donseng mereka ini, pernah bawa dorang pergi jalan jalan .Hanya mereka berlima. Yang lain semua tarik diri awal awal.
Hanya donseng je yang nak melayan perangai empat orang ni bila dorang berkuak lentang depan cermin kinokuniya.
iskkk.
Mana nak cari kakak macam ni weh?







*kalau gua mau dah berbirat budak budak ni.

Tragedi semalam. Snap shoot.




















Buat penyejuk mata, perempuan bermuka bawang menonjolkan diri. HAhaha.
Lilit punya lilit berpin pin bagai, ni lah hasil muka aku yang terbaru.
Ajaib dan jelik? eh! ada aku kisah.
Janji semalam terasa diri ini suci sebab memakai pakaian sopan mengikut syariat :)






Dan secara jujurnya semalam, aku terasa termotivasi dan sedikit terketuk dalam dasar hati untuk berjaya macam mereka.
Laluan yang sama cuma rezeki dalam hidup ditentukan atas usaha sendiri.
Insyaallah donseng, one day kita akan berjumpa balik dengan kejayaan masing masing.
Bezanya kau di tanah arab dan aku di tanah Nusantara.
Stpm, mari datang dekat.Kita akan bertempur :)

Kalau nak lambai lambai naik kapal terbang, mungkin moment aku hanya datang masa aku dan suami nak pergi honeymoon ke luar negara. Pasti semua melambai penuh teruja dengan harapan Puan Humaira bawak balik buah tangan. Hhahahhaa.
Teruknyaa kau ni perempuan. Bukan ada impian nak sambung belajar luar negara, tapi pasang impian kahwin dengan anak orang kaya,lelaki kaya lepas tu pergi ke luar negara untuk honeymoon buat ke beratus ratus kalinya. Kenapa ratus kali? Eh! Laki aku kaya kan? sukahati aku lah :D 
Nak overseas benar pun ke Sabah lah paling jauh dan setimpal dengan tahap i.q
sobssss rasa sebak sorang sorang.
Beginilah nasib diriku yang malang.



Akhir kata,jaga diri dekat sana donseng!
Kami sayangkan kau,Semoga semua berjalan lancar dan kau akan pulang dengan gigi yang berbesi besi dan semakin rata.Almaklumlah,Dr Hani Is a dentist. haha.
bye!