Monday, March 7, 2011

pahlawan si SI BAJU HIJAU di dataran merdeka



hye!hari ni hari apa?yeah baby,hari ni hari isnin dan hari ni jugak lah aku buat pertama kalinya tak timbul perasaan jihad nak masuk ke kerja.disebabkan mempunyai hati kering dan ego yang sekeras kerikil,aku dengan tak segannya tidur sampai pukul 3 petang baru bangun.oleh itu,tidak dapatlah masuk ke kerja.dalam istilah yang lebih sopan dan naifnya aku memang sengaja ponteng kerja.
its okay mira.ni first time kan?kena lah berani buat berani cuba barulah tahu buruk baiknya.alah,macam tak biasa pulak kan,time muda muda sekolah dulu main ponteng2 kelas.kunun budak2 gangster lah ponteng kelas.gangster tapi otak penuh ilmu. haha.haruslah kan.

ouh ya!dan bulan ini bulan apa ya?sekarang dah bulan tiga dan ini adalah entry kedua dalam tahun dua kosong kosong sebelas.memang busuk betul lah.dah berlalu tiga bulan baru timbul perasaan ambil berat dekat blog ni.haha.ucap syukur kerana blog ini masih mampu bernafas dengan sisa kudrat yang sikit. ;D
rupanya tak nikmat jugak kan bila kumpul banyak cerita tapi tak kepoh kepoh nak catat atas kanvas putih ni.disebabkan itu,maka banyaklah adegan penting dalam hidup harian aku dibiarkan berlalu pergi.sadis.

*dah lama dah tak manja manja kan.

pssttttttt! rupanya abang2 askar malaysia ni ganas2 rupaya.kalau bertempur dengan musuh,bagi tayang muka tahan berak macam tu mesti ketar2 lutut musuh tu.haha.okay semalam enam march,telah berlangsungya satu event dan program2 bagi mempopularkan pahlawan pahlawan malaysia.nak lagi dramatis,hari bagi mereka2 yang mempertahankan negara dan menjadi perisai pertahanan negara.maaf!saya tidak bercakap mengenai abang2 silat gayung tetapi kisah ini ditujukan kepada abang2 askar. ;)

*pic from google.

dataran merdeka menyambut kedatangan aku bersama dua lagi rakan dengan pancaran dan silauan matahari yang memang tiada belas kasihannya.memang panas berapi betul cuaca.tapi nasib baik hati aku sejuk sebentar sebab tengok ramai juga brader2 berceloreng hijau yang kacak kat situ.



mungkin rasa panas yang berapi tu disebabkan tindakan dan idea tak cerdik aku yang mengesyorkan supaya memakai baju kurung kapas bila di dataran merdeka tu.dengan niat yang hipokrit nak dapat pujian,alahaii..manisnya lah awek ni.pakai baju tradisional.memang nampak ayu dan sopan betul.cantik orangnya.nak nombor boleh?celaka! tak habis habis nak gedik.tak habis habis jugak dimaki oleh eyra syahiah dan fatin syuhada.
dan betul lah,tuhan lebih mengetahui niat sebenar aku tu.oleh tu layaklah yang memang aku berpeluh banjir celah2 orang ramai tu.ketiak pun banjir.
padan muka!memang buang tebiat pakai baju kurung tengah tengah hari buta.


bila dah dalam suasana ramai orang mcm tu,haruslah kan mata berpusu pusu tengok keadaan sekeliling,aku ada jugak scan dan detect ada ke tak orang yang macam kami ni.pakai baju kurung.malangnya tiada.memang semuanya berlagak bandar nak pakai seluar jeans.apadehalnya nenek zaman melawan komunis dulu pun ada yang datang memakai pakaian santai iaitu berseluar.
btw hello gadis,kau fikir kau cantik lah pakai baju benang leher tak jahit selak2 nampak bahu berjagat tu?ayt makian ditujukan khas kepada minah tiang yang memandang sinis kepada aku.
its okay mira.berbaju tradisional nampak ayu kan?CONFIDENT!

ouh yeap!HARI TERBUKA TENTERA DARAT MALAYSIA memang seronok dan menghiburkan.haha.penuh dataran dengan jejaka berbadan tegap memakai uniform asekar.

*pic from google.

normal lah,kalau askar apa yang wajibnya?
KAWAD KAKI,PANCARAGAM,TERJUNAN UDARA dari helikopeter,perarakan gagah KERETA KEBAL dan kereta PERANG ,pertunjukan SENJATA api,aksi TATTO yakni ramai2 tenggek atas satu motor versi mat rempit bertauliah,pertunjukan awan biru HELIKOPTER TERBANG menembak di ruang udara,KHEMAH BERINFORMASI di tengah padang yang penuh maklumat dan ilmu baru.sememangnya seronok dan menkagumkan.hebak mu hebakk!


*pic from google.


*terjunan udara.sumpah smart!


tak lupa jugak,aku sempat menerjah ke khemah universiti pertahanan nasional malaysia.
konon2 nak mengambil semangat asekar lah bila bulan tujuh nanti nak masuk sana.haha ;D

nasib baik abang askar tu layan dengan penuh senyuman dan ramah walaupun muka dia berpeluh2 duduk terpacak dalam khemah tanpa kipas laju tu kan.dan dia tetap sabar dan manja malayan soalan2 aku walaupun aku rasa soalan yang aku tanya tu versi budak2 sekolah rendah pun mampu jawab.secara tak langsungnya pujian harus diberikan kepada abang tu,muka ganas tapi baik hti rupanya.bila senyum comel juga ;)

kalau tak silap aku nama dia SHAHRIL pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan di UPNM.sayang seribu kali sayang,aku tak bergambar dengan bakal kapten tu.huuuu ;(
kalau ada rezeki,bulan tujuh nanti berjumpa lah kita.okay senior?

pesanan penaja yang dia bagi ialah,nanti kalau datang interview seeloknya pakai tudung.kalau tak nak masuk upnm tahun pertama gadis tak bertudung ni rambut memang kena potong pendek ala2 pengkid dan tomboy.
ouh tidakk!mampukah aku?belum cukup tabah pulak nak berambut pendek.nanti sangkut dengan awek2 jelita bernafsu songsang kan dah payah.*sekali lagi gedik .
insyaallah.semoga terbuka hati pada hari tersebut melangkah dengan memakai tudung litup . :)

tak banyak yang gambar yang dapat aku tangkap sebab malu juga bila tengok kiri kanan penuh anak2 orang berada memegang camera nikon.saya?alahai..kamera kodak je.haruslah berpijak di bumi yang nyata.kena ada sikap malu bila angkat kamera tinggi2.takut dikeji oleh orang belakang.haha.rendah diri itu satu sikap yang bagus.

tapi aku ada satu gambar yang sampai sekarang bila tengok menimbulakan persoalan dalam minda ni.kenapa muka askar dua orang ni ganas gila???
gua tahu lah lua asekar,tapi tak payah lah lu nak bajet2 tak nak senyum bila depan kamera.apatah lagi lu bergambar bersama humaira balkiss.lu tahan perasaan tak boleh senyum sebab lu nak berak kan?haha

*tu tu..yang belah kiri tu.muka diaa..aishhh!kemain lagi ego.tembak kang!nak?


ada dua gambar.muka ganas,nasib baik bukan abang dari upnm.nyiaahaha!kalau tak,tak jadilah nak masuk sana.
pengetahuan am yang baru,rupanya askar melayu ni banyak cabang jugak eh.ingatkan satu kelompok je.rekrut?ouh tidak.saya tidak mohon untuk itu.
wataniah yang sangat veteran.kpda tu apa?ram tu apa?erkk.entah mcm banyak lagi.walaupaun ayah bekas pesara askar,tapi tak pernah pulak dia peramah nak bukak cerita cabang2 askar ni.
ada kumpulan yang tak pernah aku dengar pun ada.tup tup!memang timbul dekat dataran memakai seragam askar.hebat dan kemas!perempuan pun nampak hebat.sangat kagum.anda kental!
sangat gemar dan tertarik melihat sekelompok manusia berpakaian uniform.seragam. ;)
nampak pak guard bangla pakai uniform pun aku ikhlas memuji suka.

pergi pukul sepuluh pagi balik pukul satu petang.berbaloi lah jugak.lepas tu aku bergerak menyusup ke sogo.
ouh bangunan ber air-cond.i loiikkee!heaven dan sejuk sahaja.




*ewahhhhh.muka gembira je bila nak pulang.


pergi pula ke wangsa walk mall.karoake dua jam.
kemudian pulang tergesa gesa dan masuk kerja.
habis.nanti lain kali cerita lagi.

*debaran spm kian memuncak.bila tarikh result nak keluar ni?
cuak wehhhh!




Friday, December 31, 2010

kerana ini adalah tahun DUA KOSONG KOSONG SEBELAS


hye.assalamualaikum.pohon sejahtera dan rahmat untuk tahun baru ini.
haaah!intro pun dah macam cover2 line kentut tak lepas.mengapakah humaira?
eh mestilah mulakan blog pertama pada tahun 2011 ini dengan ucapan yang baik baik.ucapan salam yang enak untuk ditatapi oleh mata.
tak ke haru buang tebiat kalau2 aku masuk post terus mencarut tak tentu arah.eh tak mo tak mo.nanti seweyyy sepanjang tahun. ;D

okau hye.selamat tahun baru you alls.pembaca alam maya di bloggers dan rakan rakan yang masih belum dikenali luar dan dalamnya.haha.
ye.aku bagi uacapan selamat tahun baru kepada semua tanpa mengira latar belakang,status mahupun rupa dan kekayaan.
salam mesra salam tahun baru.

okay.ucapan yang sama je yauw (^_^)
kalau dipandang secara rambang,bila orang ucapkan selamat tahun baru.selamat tahun baru.selamat tahun baru.
apa yang terlintas kat kepala otak.kalau aku lah yang tak berapa hebat nak berimaginasi bagi aku uacapan hanyalah sekadar ucapan.melainkan kalau orang tu ada selitkan wasiat yang blink blink.
okay apa apa je lah.yang pasti aku nak ucapkan selamat tahun baru.
AHHhhA!
dan seperti kebiasaan dan kelazimannya.bila masuk tahun baru mestilah ada azam kan.kau tau apa itu azam?
kalau tak tau pergi search kat fesbuk jejaka jejaka yang bernama azam.add mereka lalu kau pun adalah azam.haha.okay tak lawak lah,gemook.pffttttttttttt.

impian sesuci kain putih aku ditahun yang baru ini.
azam,angan2 yang ingin aku gapai,mimpi yang akan terus aku sulam untuk menjadikan langkah aku terus bersemangat.sememangnya ada banyak.banyak sangat bagi seorang remaja berusia lapan belas tahun secara tak rasminya.

azam humaira balkiss.banyak weh.tapi yang logik2 lah.tak kan aku nak cakap bila dah 2011 ni aku nak kahwin.memang gatal lah aku ni kan.heeeeh.tak.ini andaian je.
okay.lagi satu.kalau aku terus cakap yang azam aku nak kurus.nak berjaya dalam hidup.nak ada life yang lagi better dari tahun lepas rasa bosan pulak.rasa nak ketip muka dekat batu lesung pun ada jugak.tak habis habis nak kurus,aku tak kurus2 jugak.itu bukan azam tahun baru.itu azam setiap hari.azam tanpa uasaha maka tak berhasilah azam itu.mungkin azam itu merajuk.eh azamm!oh azamm!meh mai sini meh ;D

nak jadikan lebih menarik dan aku bole terus berdaya saing menggagahkan diri dalam halusinasi ni,aku rasa aku nak jadi sedikit hebakk dan berfikiran ala2 isac newtaon.aku nak bahagikan azam aku dalam setiap kategori menggunakan kaedah imbas muka dan imbas kembali.ahhaha.memang menggelabah. ;D

list dan carta ayam2 humaira balkiss untuk tahun 2011 ini.
jeng jeng jeng....



sebagai seorang hamba-NYA.

okay.ini sedih banyak.tak boleh main2.kalau nak diikutkan dan diperhatikan,aku ni macam dah teruk sedikit.penghujng tahun 2010,aku lalai alpa dan leka sampai kadang2 tak ada masa untuk 'berkomunikasi' dengan DIA YANG SATU.ye.memang aku culas sedikit dalam perkara tu.culas yang bukan membawa maksud perut memulas menahan sembelit.
jahatnya aku.sebab dah takbur dan bongkak sampai lupakan DIA YANG SATU;(
Maafkan hambamu ini,semoga aku terus tidak dihukum mcm ni.bila nak buat ibadat je,mesti ada halangan.syataii jahat!dan aku tewas apa yang mampu hanya terus berniat dan terus berdosa. ;(
untuk tahun baru ini.aku nak perbaiki diri.muhasabah diri,semoga aku terus tidak lalai dan hanyut dalam kealpaan dunia yang aku ciptakan.bantu aku YA ALLAH.





sebagai seorang anak.

sepanjang tahun 201o.ehem2 aku tak banyak gaduh dengan parents.haha.
*tak banyak,tapi ada jugak kan mira?berdosa jgak kan mira?erkk
okay,tapi apa yang pasti sepanjang usia aku meningkat dewasa ni.aku dapat rasa yang hubungan aku dengan keluarga dan mak dan ayah aku bertambah rapat mesra dan manja2.masing2 ada masa untuk berkongsi cerita dan bertukar2 pendapat,
seronok.yup.memang seronok.mak dan ayah saya sangat sporting.tap dlm sporting2 tu aku msh x ada kesempatan nak buat perkara2 durjana menconteng arang.memang tak akan! ;)
untuk tahun ini harapnya hubungan aku tersu rapat.dan yenceahh.aku kan dah bekerjaya sekarang.jadi aku ada niat nak menghadiahkan mereka sesuatu.
oppak dan ommak.mira sayang kamu.muahhh!
haha.





sebagai seorang kawan.

untuk makluman yang tak perlu dimaklumkan lagi,aku memang seorang kawan yang disayangi oleh kawannya.haha
sama ada aku perasan atau memang aku ni spesies syok sendiri tak tahulah.
tapi apa yang pasti sepnjang berkawan.dikala kecil dan besar.di kala sekolah rendah dan menengah.aku memang tak ada masalah dalam berkawan.tak ada permainan musuh dalam selimut dan tikam dari belakang.cuma cakap2 belakang tu adalah.tu kan hobi saya.nyiahaha.
;D
kalau nk bagi kredit.aku layak mendapat kredit penuh.silalah kreditkan saya untuk selama 7 tahun.haha
dalam berkawan,aku memang hendak menjadi kawan yang baik,disukai dan diperlukan.
berjaya!yup.mungkin bukan seratus peratus tapi apa yang pasti aku akan terus menjadi pendengar yang baik kepada kawan aku.pendengar dan kadang2 ala2 ibu2 yang memberi nasihat kepada anaknya.wahh!
dan aku akan terus menambahkan kawan kerana luas perkawanan maka luaslah kawanan.;D
saya sayang kawan saya. ;)



sebagai seorang orang yang baru dikenali dan belum dikenali sepenuhnya.

wahh!pakah ini?mcm ada nawaitu nak jadi terkenal je.haha
angan2 mat jenin tu perlu ada wehh.dan
kepada strangers!hye!nama aku humaira balkiss.
panggil aku mira.selamat berkenalan okay?
ouh tak lupa jugak.inilah aku.inilah gambar aku.eh kalau awak ada rasa2 nak jatuh cinta dengan saya lepas tengok gambar2 saya,.tolonglah halang nafsu awak tu.tolonglah.kalau tak,kelak awak akan berduka.sebab ini hanyalah gambar.kalau depan2 saya ni gemuk lah strangers!gemuk.percayalah.
jadi kalau nak berkawan rapat dengan saya,ayuhlah!kita berjuma depan2 pada bila2 masa di tahun 2011.haha.cambodhhooo ;D
okay.aku senang untuk berkawan senang disapa sebab aku peramah dan mungkin gedik.sebab tu tanpa segan silu beramah mesra dengn orang.so,hye dan salam mesra dari humaira balkiss.
shake hands genggam kuat2 tau dan tenung mata lama2.auuuww!sukenyeewww.




sebagai nurul amirah bt mohd azizul ;)

terlalu banyak kalau nak diceritakan. ;)
tapi apa yang pasti aku dalam proses tanpa henti mengenali diri aku sendiri.kenal potensi,kemampuan,keinginan,kelemahan dalam diri aku sendiri secara indivudualiti.
dan apa yang pasti aku memang menyimpan aims untuk menyusutkan tubuh badan membuang lemak dan menjadi cantik.haha.gurau tak berapa nak tipu nie. ;D
seterusnya berjaya dalam hidup sebab tahun 2011 inilah keputusan spm aku akan keluar dan dari detik 2011 ini lah aku akn terus mengorak langkah mengikut tahap kemampuan aku.yang wajibnya memang aku hendak berjaya dalam hidup.melepasi setiap sesuatu satu persatu.tak mahu gagal dalam hidup.dan tak mahu cepat tewas.
sebab kekalahn tu kadang2 suka juga bermesra dengan aku,dan i dont like it ;D
menjadi seorang yang tenang dan berfikiran rasional.mungkin seronok jugak kalau dipuji begini dan begitu.
eh.awak ni berfikiran matang lah mira.muka je comel2.hahaha ;)
okay.im done.yang lain biar aku simpang untuk humaira balkiss seorang sahaja. ;)
terus berjuang mira!jangan letakkan diri anda dalam koleksi wanita2 gemuk di malaysia.tak mahu tak mahu.




bye bye.selamat tinggal 2010. ;)
hye hye.selamat datang 2011 ;)



Thursday, December 23, 2010

rutin baru si pecinta DUIT ialah mencari DUIT


fulus fulus fulus fulus ;D

*wahhh!tamaknya muka! (^_^)




nyiahaha.sekarang ni kak mira dah x sekolah dah.jadi untuk meneruskan hidup sepanjang menunggu keputusan spm ni kak mira kena lah mencari fulus.walaupun kak mira ni seorang pecinta fulus tapi kak mira tau,fulus tu x kan nak bercinta dengan kak mira selagi kak mira x mencari itu fulus.



nyiahaha.ber 'KAK KAK' bagai yauww.konon2 dah hbs sekolah dah besar lah ni bole pakai title kakak bila bercakap dgn orng.bukan tua okayh.aku belum lapan belas lagi.belum lps lagi nk buat jenayah.so mira dah lah kan.



humaira balkiss belum mahu manjadi penanam anggur dan tak berminat untuk kerja kebun semai benih anggur.anda faham ayat kemetaforaan ini?haha






*maaf,saya bukan penganggur ;)walaupun anggur ni gemuk2.tapi bukan sy yg tanam sbb saya bukan penganggur.haha.sy ialah PENTERNAK lemak


okay.cerita terbaru cerita syok sendiri untuk tatapan diri sendiri ialah sekarang ni aku adalah seorang wanita bekerjaya di bandar metropolitan ini.





intro ayat memang x nak kalah.bekerjaya sangat lah kan sampai kerja pun tanpa kelulusan spm. ;D


adat pepatih dan adat temenggung memang membuktikan yang lepas dah hbs sekolah mestilah ada bnyk masa terluang.jadi,bagi mengelakkan dicemuh masyarakat aku bergerak mencari pekerjaan yang halal dan setimpal dengan kudrat aku.tak kan aku nak kerja main tarik kereta kan.dan x der lah nama baik aku diburukkan yang bahawasanya mira ni pemalas.duduk rumah makan je kerja.badan dah mcm belon.uishhh.x boleh x boleh. ;D

yeahhhaaa.dan kini rutin terbaru aku adalah keluar rumah pergi kerja balik rumah tepat pada masanya.tak nak lah nanti mak ayh ckp lps dah kerja jadi liar pulak.asek merayap je.so?kau dapat imagine kan?betapa aku ni gadis sunti yang baik,haha



selama usia aku tujuh belas tahun ni.aku belum pernah ada pengalaman bekerja dan mempunyai majikan.kiranya aku belum pernah rasa susah payahnya dan jerit perihnya carik duit dengan kudrat sendiri.sbb tu biasnay dulu2 aku selalu je membazir buang duit sbb aku tahu tu bukan duit aku.asal nak je dapat dan mintak.tapi sekarang kan dah besar dah matang.mana boleh mcm itu lagi.haha.sekarang seperti yang selalu aku banggakan dalam diri aku..kini aku melangkah ke frasa yang baru.kerja sementara waktu.




sekarang tamat sekolah.tunggu keputusan spm dan perlu buat sesuatu yang berfaedah.bekerja untuk dapatkan pengalaman dapatkan kepuasan diri dengan adanya duit sendiri.puas sbb dgng duit tu nanti aku bole beli apa je yang aku nak.tak payah penapisan drpd mak ayah.haha





TGI FRIDAYS WANGSA WALK




di wangsa maju.itulah tepat kerja saya.nak jumpa tak?meh lah datang.tapi jgn kau terkejut pulak tngok aku mcm mak cik2 tanpa make up di muka.sbb aku berpegang pada mitos kecantikan semulajadi.ahhaha.merepek lagi



kerja aku x perlukan make up dan x perlu untuk melaram lebih2.sbb kalau pakai celak tebal2 mesti cair menitis dan kalau pakai powder n blusher tebal2 mesti aku berisiko mengalami penyakit kulit akibat tindak balas haba api dan bahan kimia dalam alatan make up.apakah?apakah?apakah kerja itu?







okay.tadddaaa!
here we go.dapat teka tak kerja apa?

;D







eh eh saya serius x main2,walaupun x der kelulusan dl kelasmasakan dan kulinary inilah kerja sementara saya.partime menjadi tukang masak di tgi fridays ;D

tak payah nk buat spekluasi bukan bukan.tak caya lah tu kan?apa susah kerja ni.buku kan ada.tengok buku dan buat menu.siap :)

jadi logiklah kan aku kerja mcm ni.haha



mak cik kantin versi moden?stop it.aku menyampah dengar ayt tu.



menghias makanan memotong bahan masakan membuat menu dan mengambil order adalah

rutin harian sy kini.msh baru lagi bekerja tapi apa yang pasti aku suka kan dengan kerja ni.pengalaman baru dan setiap hari belajar benda baru.alhamadullillah.laluan aku diluaskan walaupun x der pengalaman dan jarang masuk dapur.tup tup!aku kerja kat situ.finally!





lain dari yang lain.kwn2 seangkatan kebanyakannya jadi cashier jadi salesgirl tapi sy pulak chef mentah versi junior baru nak up.sup sup sayooooo!


mungkin rezeki aku.atau sindiran kepada aku sebab sebelum ni aku memang tak berpewatakan mcm bakal2 isteri yang bagus boleh jaga makan pakai suami.pemalas nk masak dan x tahu memasak.dan kini,aku belajar satu persatu.hari2 masak western biar laki aku makan sampai muntah. ;D



department back of house in tgi fridays.
kat situ hanya 2 orng perempuan sahaja yg juin masak2.iaitu aku dan eyra





seronok.seronok sbb bekerja dgn lelaki?dikelilingi lelaki?eh tak!kami x segatal itu.haha.walaupun pada hakikatnya kadang2 tanpa diduga hati aku sering memuji abang2 chef di situ.mereka nampak comel bila potong bawang.



*walaupun cuma 2 perempuan.we can do it eyra!nampak?nampak angkuh tak dengan lengan berbukit berotot.x lama lagi kami mcm tu lah.selamber lengan gagah perkasa sbb main angkat2 periuk.





dan bila diletakkan untuk bekerjasama dengan lelaki,yeap!satu pandangan baru tercipta dan direalitikan.aku mengaku yang lelaki tak kurang hebatnya bila di dapur.patutlah kebanyakan hotel dan restaurant lelaki yang masak dan jadi leader
apa yg pasti kerja dengan lelaki lbh mudah dri perempuan.x bnyk masalah dan mereka terima seadanya
tiada dengki mendengki dan kutuk mengutuk.belakang2 tu adalah sikit.ehhm!
;)

dan satu yang aku x boleh nk nafikan sebagai perempuan yg gedik gedik gatal,aku suka pulak lah tengok lelaki bila memasak.comel nya!nak nak nak nak!haha



*chef ni menangis sebab dapat pujian?ke dia nages sbb tak tahan haba panas api.bako yob bako!

ahha!lagi satu plus plus.jemput lah datang ke tgi fridays.makanan westren drpd banyak country.pasti puas hati dengan harga berpatutan dan tak lupa juga

ehm ehemmm....

kalau korang makan and ada rasa sedap sedap tu.yang tu,au lah yang masak.kalau tak sedap tu.tekak korang kot yang bermasalah.haha.x bole terima kenyataan ;D

okay.air tangan saya dalam proses pengujianan dan saya akan memberi khidmat yang terbaik :)

bye bye.

Monday, December 6, 2010

selamat datang ke fasa baru,humaira balkiss


assalamualaikum.


dengan iringan tiupan trompet..teng teng teng teng........maka dengan ini,dengan wajah penuh senyuman dan hati yang berbunga kembang setaman diumumkan bahawa humaira balkiss dengan rasminya telah melucutkan kain biru uniform sekolah,merabakkan baju sekolah dan membuka tudung sekolah.pehh pehh!bunyi trompet dah lain macam ayat pun dah lain macam.nyiahaha


maksudnya di sini humaira balkiss dengan rasmi dan tegarnya telah meletak jawatan sebagai pelajar sekolah.
pelajar sekolah smk wangsa melawati,kumpulan terakhir pada tahun 2010.





okay,sekarang kau boleh panggil aku CAPTAIN HUMAIRA!nyiahahaha
tak agak agak nak jadi kapten terus.nampak sangat dah lama berahi kan pangkat dan kekayaan.auuuww. ;D






okay,aku dengan muka x malu dan konfidentnya nak menaikkan taraf diri sendiri dan mengambil simbolik,kononya saya adalah kapten.kenapa kapten??apa?kau ingat aku x layak nak jadi kapten? ;p




sebab bukan lagi pelajar sekolah.selama 19 tahun bergelar pelajar sekolah,uwahhh,memang satu kerangka masa yang lama.dan sekarang tiba lah ke fasa baru iaitu masa untuk memacu kehidupan sendiri.yang orang cakap penuh ranjau masalah dugaan cabaran sentapan dan kelecehan



.kata abang2 dan kakak2 yang dah habis sekolah.sealu aku dengar ayat ni.
nanti dah lama habis sekolah,mesti kau rindu balik nak pergi sekolah
jangan buat lawak.sekarang ego masih tinggi dan biarlah saya berbahgia sebentar dengan nikmat x pergi sekolah ni.mungkin lepas spm menjadi lebih bahagia atau sebaliknya..ewahhhh!

haha







okay,tepat pukul 3.3o petang pada tarikh 6 december tamat sudah perjuangan saya dalam berkelahi dan bermusuhan dengan spm.cuma ada sesetengah hari tu,mungkin spm nak berbaik jadi soalan yang dikeluarkan cap cap ayam je.dan pertanyaan spm sesekali berbaur manja dan memberahikan.nyiahaa.ucaplah alhmadullillah.





tapi bila spm jahat,dia mengeluarkan soalan soalan yang membunuh maka ramailah pelajar di dalam kelas pada masa itu yang terbunuh.leher jadi pendek mata jadi stim otak jadi tepu tangan jadi jamm dan hati jadi marah.fuhhh.minggu pertama aku masih nampak berwawasan x meletakkan kepala kat meja.gam di meja x mampu menarik kepala untuk rebah dan tido.amin.




minggu kedua kewawasanan aku dah mula guyang.aku antar letak dengan tak.kepala aku tergantung di meja.haha.dan mcm agak tercabar bila pengawas pemeriksaan lalu dan mengejutkan supaya terus menulis.chaiit!nampak saya ni mcm budak bangang.kantoi sudah



minggu ketiga aku dilanda sawan.sumpah membunuh kimia tadi.
sememangnya aku x pernah ada chemistry dengan kimia.


sembilan subjek dah dihadapi dengan penuh usaha.yeah bebeh.im done my best,yang terbaik yang termampu dan berdoa tiap kali masuk dewan.time2 mcm ni baru nak ingat DIA.ehhhaaa,tipu je.tiap2 kali pun aku mengingati DIA. :)


thank you ALLAH.sebab dah membantu aku untuk terus berjuang ke akhir dengan sihat tenang dan tidak putus asa.



sekarang apa yang aku pegang ialah aku perlu tawakal dan berdoa.



usaha sudah dilakukan sekarang terpulang kepada nasib dan budi bicara pemeriksa untuk menanda kertas aku dengan penuh senyuman rasa kagum dan penuh cahaya kasih sayang.pehhh lagi!haha


eh eh tak.pesan kak noi kepada anaknya yang ini.jangan terlalu over konfident nanti membawa padah.


okay mira duduk diam2 dan teruskan hidup mencuba sesuatu yang baru.
mencuba sesuatu yang baru?auuwww!ni aku suka ni.walaupun dalam hati ada gentar tetapi sebagai bayi aku memang ada perasaan ingin tahu yang tinggi.nyiahaha,
bayi kepala hotak anda.


lepas ni boleh lah selalu aku bersyok sendiri dekat kanvas putih ni.macam orang gila bercakap sorang2 lepas tu kagum mampu taip laju panjang2 tanpa pengisian. ;D
blogger ku,aku akan selalu menemaniku.nak tambah kawan lah dekat sini.tambah kawan tambah perisa tambah cerita. :)



okay abang abang dan kakak kakak tua sekalian,kini saya x bersekolah dah.boleh kita jadi gang tak?haha


akhir sekali memang tarikh yang cantik.paper penutup sijil pelajaran malaysia dan hari ini jugak adalah penutup kepada amalan buku buku yang lama.salam maal hijrah semua.semoga pada kali ini,aku akan berhijrah menjadi seorang yang lebih baik lebih matang dan lebih berwawsan.nanti nak update cerita dengan gaya yang matang.serius muka tahan berak je ;D



terima kasih.lain kali jumpa lagi ya.




kapten nak pergi naik kapal ni.nak belayar ke antartika.nyiaaahhha.





Friday, October 1, 2010

perlu celik lebih daripada pejam

semoga sejahtera ke atas kamu.




sedar tak sedar kiraan calendar yang tergantung dalam bilik aku ni menunujukkan lagi lima puluh dua hari untuk aku mentelaah buku dan mengabdikan diri kepada buku seterusnya kepada sijil pelajaran malaysia.satu fantarmogana kehidupan pelajar yang berangkai dan saling berhubung kait dengan cabaran dan dugaan.wah!melebih lebih pulokkkkkkkk.



kira kiraan hari demi hari.menghitung hari detik demi detik..
aku dengan yakin adil dan konfident nya catat lagi 52 hari untuk spm.tak tau lah sama ada hari aku ni tercepat atau terlambat kiraanya.ye lah.saya kan hebat dalam bab kira kira ni.haha.tapi betul lah.sekarang dah bulan sepuluh.bulan sebelas saya spm.yeay!sup sup sayoo! ;)


berdebar weyhh..tapi apade halnya aku masih lagi bergiat aktif syok sendiri dalam duniawi berblogging sakan ni.sedar tak sedar.pejam celik pejam celik terus x celik celik.
aku dah melangkau lagi satu bulan sebelum menuju ke jalan yang benar.huiissssssssshhhhhh!

dulu masa tingkatan satu masa zaman jahiliah bukan main lagi semangat jihad nak habis sekolah.bila bergussip dan buat kumpulan belajar suam suam kuku mesti ada soalan yang diutarak.soalan famous lagi hottttt.
kau excited tak nak habis sekolah?lambat lagi ouh kita nak habis sekolah.sekolah bosan,asek exam je.
*eh eh macam bosan je topik perbualan aku masa dahulu kala.tengok lah jenis soalan yang diutarakan tu pun bunyi naif dan tak mcm brader2.haha
alah......budak budak hingusan.biasa lah tu. (^_^)

nahhh!amekk kau!sekarang masa dah berlalu dan memecut laju aku dah hampir ke penguhujung pembelajaran sebagai pelajar sekolah.hujung bukan sebarang hujung.sebab hujung ni nanti aku kena bertempur hebakkk!bagi berdarah darah sadis dan kasi nampak mcm pejuang sikit,
semoga darah itu bukan air mata darah,eh apa cita pasal darah ni.bahaya. ;D


minggu ini awal bulan sepuluh sekarang ini tengah menduduki peperiksaan COBAAN spm 2010.peperiksaan yang tak kurang pentingnya.tak kurang penting diri soalan nya.persoalan membunuh!

alhamdulillah.untuk subjek2 teras,aku dapat menjalani dan menjawabnya dengan penuh tenang khusyuk dan fokus.tidak ada seminit pun aku menewaskan diri dengan godaan syaitoon yang direjam dan bait bait lagu faizal tahir (tidurlah.tidurlah..)memang aku nyahkan awal2 dari otak dan telinga.bagi campak jauh jauh.aku menjawab dan membaca soalan dengan posisi badan yang tegak mcm kena sawan.haha.setaillo kan?
*kegeniusan*



tetapi.....untuk addmaths.erkk.x payah cakap lah.buat malu je.haha
otak ini masih tak dapat nak memecut seragam dengan calculator casio tuh.butang calculator tekan lain,jawapan kira kira dapat lain,formula lain dan aku terus jadi lain.berbakul bakul perkataan babi disebut.malahan disumpah seranah kertas addmaths!
bahbi kaww ye nokkkkkkk (-_-)


*nampak mcm pelajar berkaliber kan?tu ..tu..tengok tu barang2 study dia.fuyohhhh!

minggu seterusnya akan menyusul dan soalan elektif mengambil tempat.
berusahalah wahai mira,usaha tangga kejayaan.x lawa lah kan kalau teras je cun tapi subjek aliran mcm hampeh kelabu tahik je.tak muleh tak muleh.kena seragam kan.
muka dah lawa dah.ewahhhhhhhh.cak pong cakpong.haha

secara nyatanya,ini adalah peperiksaan terakhir dan kertas soalan terakhir yang aku akan jawab sebelum menduduki peperiksaan sebenar.keputusan yang ini mestilah kena bagus.pukul habis barulah nak apply matrixs permohonan tak kena dipukul balik.;D

sesi peperiksaan terakhir yang tinggal beberapa hari.
terus mengira detik demi detik.kurangkan tidur.lebihkan belajar dan lebihkan makan.barulah oksigen sampai ke kepala hotak.
semakin banyak oksigen disumbat ke otak.semakin laju otak meresap ilmu yang baik baik.


doakan saya. :)
semoga DIA akan selalu membantu aku.semoga keadaan dan nasib yang baik menyebelahi aku.semoga usaha dan kerajinan itu milik aku.

assalamualaikum.






Wednesday, September 15, 2010

RAYA TERANG TRANG TANG TANG!

*beri senyuman semanis gula.manis kan?haha

hye!selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. :)
secara zahirnya melalui perlakuan,kata2 lisan,adegan2 yg x sepatutnya,tabiat2 yg kurang cerdik dan pelbagai lagi yg dapat dilihat oleh pancaindera.
secara batinya,mohon kemaafan melalui kerohanian jiwa,hati dan dalaman.yang tak nampak.umpat keji,kutukan,hinaan,pujian,kesentapan hati dan yg mana perilaku pengecut kutuk dalam hati bukan depan depan.
ampun maaf zahir batin yaaa kawan kawan.
terima?agree?accept?
okay!setle.senang kerja aku.haha
:)

masih dalam mood raya dan semangat raya dan masih gagah melantak kuih raya di setiap rumah.okay.aku beraya di kuala lumpur.tahun ni tak balik ke kampung pun.so lagu sudirman 'balik kampung'awal2 lagi aku nyah kan daripada menjadi halwa telinga.sebab bila dengar lagu tu pasti hati aku terguris syahdu ;D
pekebenda nya dasyat kemain layan lagu balik kampung,tapi jasad statik je kat bandar.uhhh!bosan gila.

tuntasnya!tidak kurang hebat jugak lah beraya tahun ni.walaupun tak pakai heels sebab x sempat shopping,alhamdulliah,aku kulit tebal je beraya pakai kasut buaya.krokk krook krook ;Dsetaillo lah mu!

*tatap lah kasut raya ku (^_^)

eh.macam tak kena je alasan ni.kalau soalan KBKK mesti aku x dpt markah full.haha
ingatkan raya kat bandar ni x best,rupa rupanya tak de lah teruk mana.
okay je.aku msh nampak je orang2 korparat memakai baju melayu bersamping,kanak2 riang berlari main ketuk2 pintu rumah,bunga api dan mercun saling bermusuhan berbalas bunyi dan cahaya,mat mat rempit yang kununya setailo konvoi ramai ramai bawak awek berjamban besar pusing keliling jalan.
tak de lah teruk mana.
ehm...sebenarnya kan,..........
aku tipu je.
sebenarnya kan,
memang tak best langsung.jauh lagi meriah suasana di kampung halaman. ;(


*satu jiwa satu kebahagian untuk satu keluarga yang bersatu

bagi aku,hari raya mesti diraikan dan dinantikan dengan penuh teruja.sebab masa ni lah kita akan berkumpul dengan family.yang dah lama tak jumpa,bila time raya je tiba2 tunjuk muka.dulu masa kahwin tak de anak,bila datang jumpa..hah!hamekkk kau beranak pinak.okay.kanak2 serabut.
ye.aku ibu tiri.dengan budak agak2 suam kuku je nak melayan.kadang2 je bole hipokrit muka manis manis suka budak main chak2 mungkin sebab ada jejaka tampan sedang perhatikan gaya
saya melayan kanak2.tak pun,abang budak yg aku main acah2 tu hensemmmmmmm
wahh.sungguh keibuan lah humaira balkiss ;D
cuti sekolah ni dua minggu.2 minggu sahaja.
mira dah study belum??kan lepas ni naik sekolah seminggu after tht akan trial spm.dah ulangkaji dah?
eh eh..tanya pulak...
mestilah b.e.l.u.m.
aku cadang,minggu pertama biar berfoya foya sakan.hadapi dengan tenang dan rancak bergaya.kan cuti,kan raya,kan buzy,kan ramai orang datang rumah,kan letih tolong mak,kan letih memasak,kan letih susun kuih..kan?kan?

*gembira je bila dapat berpoya poya.

dan sekarang,masuk minggu kedua.tak sampai 5 hari akan naik kembali ke sekolah.
cadangan asal yg tulus murni dan adil saksama,minggu kedua mcm biasa lah.kena belajar dan mula menyentuh buku.
sentuh...belek,baca,buat adalah berbeza ya tuan2?
saya hanya menyentuh sahaja.ahaha :)

sebenarnya kan,kalau ikut kan adat dan perpatihan mak mak cik kat kampung aku tu.
bila jumpa,diorang selalu buat statment makan dalam.
berkaitan dengan perubahan fizikal yang mendadak.makin cun kah?makin ayu kah?manis kah?jelita kah?dara sunti manis jelita kah?
kahkahkah,bukan tu ayat lazim yg selalu aku dengar bila pertemuan dengan makcik2 kat kg.
diaorang selalu buat muka terkejut,sambil salam sambil dahi berkerut dan dialog nya.aku tau,dorang nak gurau kasar je tuh..
'anak sapa ni?,bukan main lagi sekarang,dah besar yee.dulu makcik jumpa.kau ni ekcik halus je.sekarang bukan main besar tembam lagi.bila nak kahwin?'
-_- m.a.m.p.u.s
okay,jiran nenek tak urban!


*muka selebar acuan BISKUT MARIE

aku ingatkan tahun ni tak beraya kat kg,x der lah lagi aku jumpa dialog tu.rupa rupanya ada je.eh eh buat2 terkejut.haha
ada je.segerombolan mak mak cik yg selalu merewang dan berzanji dekat kawasan rumah aku ni bahaskan topik yg sama,iaitu kenapa aku sekarang dah besar?besar dalam erti kata gemuk? kenapa ekh?satu jawapan yang aku belum pasti wujud kesasihanya,mungkin hormon aku ni aktif.haha

gahhh!raya 2010.sebelum peperiksaan percubaan spm.sila senyum humaira.tak mo tak mo tak mo nampak gugup.babap nanti.chill lah ye. :)


*okay.ni dengan kakak.beza?mana adik mana kakak.selamber adiknya hebat dah pecut tumbesaran kakak nye.weeeeee

*En.Mohd Azizul.ayah saya!my dad is better than you dad.hehe
*Pn.Nor Aziyati.mak saya!belum pernah berjumpa dengan bakal menantu.sebab anak dye memang tiada calon. ;D



OKAY!ini lah anak dia yang masih belum ada calon tu.yang masih single TERANG TANG TANG!
haha,tiba tiba

okay,bye bye
:)