Thursday, September 9, 2010

selamat tinggal ramadhan,terima kasih :)

selamat tinggal ramadhan.terima kasih aku ucap kan kepada kamu,ramadhan sebab kamu masih ingin dan sempat meluangkan masa bersama aku :)dan hari ini kamu akan pergi.pergi jauh dan ini adalah hari terakhir kamu dan aku bersama.
jika ada kesempatan dan masa,hayat aku masih ada kita akan berjumpa lagi ramadhan.terus berjumpa bersama melayari hari2 siang dan malam mencipta satu nostalgia indah.

ehem.ehemm...ayat dah mendung2 dah ni.tunggu mahu hujan je.haha.ikhlas dari dalam hati.aku senang sekali dengan ramdhan kali ini.
senang sekali sampai ada hari aku ponteng puasa,hamekk kau!tu lah senang sangat kan.sampai nappsu serakah pung kau tak boleh nk lawan mira.ape de hal?ish ish ish.tak patut sungguh.dah besau besau pung masih tekak ular.

okay okay,ramadhan.aku silap aku salah.sebab melanggar syarat perjanjian kita.makan di siang hari dengan sengaja.
walaupun lps makan tu,kadang2 aku buat2 lupa yang aku makan.
tidak ku pinta sebegitu ouhhhhhh.

sehari sebelum lebaran.ehh tak tak.bukan sehari.tapi 4 jam sebelum lebaran 240 minit sebelum lebaran.dan ini adalah entry penutup aku dalam bulan ramadhan ni.:)main tutup bukak pulak.mcm lah aku ada buat kata kata aluan ramadhan masa awal2 bulan ni.haha.

lepas ramadhan pergi syawal pula tibaauuuwww!titew ghasew tangat cukeww ouh....haha.dah gedik2 gedik basah ni.suke kemain.


tapi tahun ni mungkin hambar suam2 kuku sebab aku beraya di kuala lumpur.
beraya di bandar raya kuala lumpur bandar metropolitan,ahhhh!tak mahu ah cenggini.dah lah aku budak bandar lagi mahu sambut yang tradisional dekat bandar.

tak best tak best tak best :((
aku masih gadis bandar yang rindukan ketenangan kampung.suasana menghijau yang penuh dengan lalang tak ditebas.rumpur malambai lambai memanggil dan bunyi bunyian menatang yang sangat gersang menantikan kepulangan aku.hahaha
geli geli jeh suasana yang sangat metafora overdoes nye ;D


*kampung halaman yang berpuaka!nenek pun puaka!tagghhh! ;D


sape yang balik kg ke pantai timur??ada sawah padi kat kg dye.
pelishh lah wey,bawak aku sekali,aku nk sngt jejak kaki ke sawah padi.nk sangat,x pernah langsung.
kalian patut bersyukur ada kg yang ditepi2 sawah,tengah2 sawah.sesungguh nya marilah kite berkenalan dengan lebih rapat,agar satu hari aku boleh ke sana jugakk!
sawah padi mempunyai pemandangan terbaheekkk!
menyangap kau mira nk ke sawah. ;D


*okayy.ni pic curik.cantik kan sawah?aku x pnh pergi sini so aku pun menjadi pencurikk.amek gambar ni.


*encik orang orang.biar saya gantikan tempat awak.okay?


tahun ni pertama kali beraya di kuala lumpur.
pertama kali beraya tanpa nenek.nenek gye mana?nenek bajet urban nak datang k.l uhhh!
pertama kali beraya bersama sama buku rujukan dan latihan spm (mcm lah aku kaji sangat)
pertama kali beraya dengan emosi diri yang tak menentu (masalah peribadi,keluarga,mind set lagi spm spm spm spm)
pertama kali beraya dalam usia 17 tahun.ahha.memang lah en.
okay tu je lah.

dan mcm biasa.bila raya je mahu mintak mahhaapp.menyesali segala setiap sesuatu perbuatan.dan aku masih belum mengungkapkan kata2 maaf.sebab mungkin saya ni egoissss...keras keras kental je time bersalaman ngn member.senyum sumbing.
ape hal derr nak bersalam salaman ni?

,tapi jauh dalam hati ni,yeahh!aku sangat lah nak memohon sejuta kemaafan kepada sapa2 yang aku kenali.meh biar kanvas putih tak bernyawa blog ni jadi saksi betapa tulus murni nye diri ini memohon kemaafan kepada kawan2 :)


*nah!buah tangan ketupat yang pestime dibuat.sumpah ketupatpat ni aku x rebus.gantung kat bilik buat tatapan tetamu.nanti boleh riak2 ckp aku bijak dah boleh buat ketupat.hidung metsi kembang. ;D


kepada kawan2 yang mengenali diri humaira balkiss.
kawan nyata atau kawan di alam maya.
di sini dengan rendah diri rendah hatinya saya,sebagai kawan awak memohon sejuta kemaafaan kalau ada salah dan silap.aku bukan kawan yang sempurna tapi aku tetap akan cuba menjadi seorang kawan yang menyenangkan kalian.
maaf dan silap atas segala kesialapan sepanjang kita berkawan dalam sedar atau tidak.manusia memang melakukan kesilapan. :)
sepanjang usia perkenalan kita,andai kalian ada terguris hati,perasaan dek kata kata puaka dari mulut aku,aku pinta kemaafan.
sape suh kau menempel dgn aku?ahahahha.maaf jugak kalau aku TERmengumpat belakang pasal korang.TERkutuk,TERhina,TERcaci TERmaki.sesungguhnya,aku dalam uasaha nk ubah tabiat tu.hahaha.kau pun gedik dgn aku.mana tak nye aku kutuk2 kau?
eh eh baru je mintak mahaappp (^_^)

dan kepada rakan rakan kanvas maya b;ogger ni,mahap kalau ada salah silap,penulisan yang menjengkelkan dan ada rasa iri hati tengok page korang yang cantik2 tu.dengki je aku lihatnya,bukan nk kungsi2 ilmu cam ne nak touch up page ni.page aku huduh buruk!iskkk! :(
ahahaha.tidak mengapa.aku mohon maaf ye.majulah bidan blogger untuk negahhee! :)

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.with love~~~~
humaira balkiss.
budak bandar kali pertama x balik kg.ahhaha
bye bye

Wednesday, September 8, 2010

tunda menunda

eh eh.baru nak bercerita.layan jiwa
dah ada godaan.diorang bantai makan makan kat depan
sakan habis.aku ngadap komputer telan ayo liokk
apa kes?
tunda tunda tunda
esok masuk balik ;D
dan esok akan bercerita penuh semangat.
bye blog saya :)

Friday, August 27, 2010

hello tiga puluh enam hari. :)

.
bukan plastik
.haha.

ehem ehem..hye assalamualaikum.
bulan tujuh ke bulan lapan.bulan lapan ada numbur lapan dan bulan lapan semestinya berangka lapan.
tiba tiba rasa kelu dan malu malu je masuk ke blogger ni.maaf wahai dashboard ku.aku pergi meninggalkan mu tanpa khabar berita selama tiga puluh enam hari.tuan mu yang manis ini pergi bertapa membawa diri.haha
36 hari satu jangka masa yang lama dan dan dan..banyak perubahan yang berlaku.ahaha
kemain lagi makhluk2 sawang halus halus gatal memajukan ternaknya kat blogg ni.
habis blogg i berhabuk.fuhh fuhh! ;D

okay.memberi alasan selogik akal.humaira disini bukan nye x nak upload cerita.
eh!kau kesah ke aku x upload cerita?tak kan?amboi amboi amboiii
kadang2 masa tidur pun aku merangka jalan cerita untuk blog ni.kemain hikopritt lagi. ;D
banyak yang terjadi dan aku tiada kesempatan untuk menulis di sini
sebab......sebab kan kan kan.sebab dia kan..kan.kann
braodband kene tarik!ghaib dan rangkain jalur lebar dah tak berapa nk lebar.badan aku je yang makin melebar.cisss!
probabilitinya mungkin ayah tak bayar bil atau kakak dengki sorok kan broadband.
dan 36 hari tu aku menangisi nasib di depan komputer sambil merindu rindan dekat alam penulisan tak matang ni. ;D
see!betapa aku ni mudah tersentuh dan masih kental dengan jiwa penulisan taip menaip ni.haha

okay!sekarang bulan ramadhan.biarpun agak lambat.aku tetap nk cakap.selamat menyambut bulan ramadhan.hayatilah bulan ini kerana ianya mulia dan banyak keunikan nya.ayat boleh tahan jelly kapas ni. dan dalam bulan ramadhan ni.....


jangan tiru macam saya.iblis mana tah merasuk hati dan tanpa segan silu pada 15 august aku mencuri curi makan.mak.maafkan mira.ikan keli dan air soya dalam peti ais tu mira yang habiskan masa pukul 3.oo
dan masa bukak puasa tu mira buat2 x bermaya kunun2 letih berpuasa,dan makan berbuka penuh dengan nafsu serakah.
buruk beno perangai.erkk.satu hari je.satu hari je.nanti akan ku ganti triple triple.
ponteng sekolah dan ponteng puasa.ahah!

bulan august jugak bulan merdeka.bulan yang boleh bakar membakar semangat untuk terus main watak sebagai pecinta tanah air yang jujur dan setia.malaysia ouh tanah airku!
masuk ke mood sentimental sebentar yauww.

kita pernah diperdaya oleh janji manis british.kita pernah menjadi abdi dari terik matahari jepun dan kita pernah lalui 13 malam yang gelap gelita dan hanya ditemani oleh cahaya kezaliman 3 butir bintang.itu pengalaman dan telah menjadi sejarah.

selamat terus merdeka wahai malaysia! :)
dan semoga terus senyum dan bersemangat wahai malaysia! :)


taddda!sambutan kemerdekaan dan macam biasa lah.budak sekolah mesti sambut dekat sekolah.x kan sambut merdeka dekat dataran merdeka kut..nk membontot kat motor buat pacak pacak.gilo!sambutan ambang kemerdekaan di sekolah berjalan dengan lancar dan meriah suam suam kuku sebab aku ada perasaan takbur nk puji diri sendiri
sebab kan kan....sebab dia kan...
aku lah yang handel majlis tu.jadi m.cn dan pengendali atur cara majlis.
ahahaaha.nanti dah besar boleh jadi pengacara NONA.masuk tv.tpi mira kuruskan sikit badan ye.sikit je x banyak.hahacikgu roslina yang timbulkan isu ni.aku cuma redha dan pasrah.kembang kuncup je hati ni. ;D

truskan mengejar cita cita untuk jadi seorang yang terkenal dan glamor!ouh demm!so sweett.
good girl :)


masa ni lah kejadian itu berlaku.muka time majlis dah habis penat dan tak bermaya.dan hati dah berniat nak mengawalkan azan maghrib.dan terus melaksanakan nya.ish ish.


humaira balkiss dan shazzriena.pengacara majlis.muka stok tepung komak tempek bedak.



SATU MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI.
kita ada cina putih macam itu pink.melayu yang ayu dan sopan.dan keling manis manis berkilat ;D



last kopek.awak,selamat berpuasa.nanti raya nanti bawak saya jumpa mak awak.mak awak tak kan reject saya,kan?kan?kan awak kan?
sy dah berlakon sehabis ayu ni.hahaha

bye bye.sup sup sayo!

Thursday, July 22, 2010

detik manis manisan di MAKTAB TENTERA DIRAJA



hye hye hye.
assalamualaikum. :)

22 julai 2010,pertambahan ilmu pengetahun dalam kepala otak aku ni makin giat berlangsung
hari ini dan pagi ini aku pergi ke MTD
maktab tentera diraja yang sangat lah ketenteraan petempatan nya ;D
tapi orang orang nya boleh tahan yauwww
kelasss gituu!
sangat ada pakej.
handsome,tegap,gagah,baik,gentleman,pandai,komunikasi yg baik,gempak,comel,machoooo dan lain lain.


hari ni dapat tambah kawan baru!yeay!
kawan sebaya dan buat pertama kali aku respect dengan lelaki yg sama baya
sebelum ni lelaki baya2 aku selalunya semua nye jenis yang x berjenis
tapi yg aku jumpa tadi jenis nya aneka jenis dan kejenisan nya sngt menampkan jenis mereka ;D


program eksplorasi sejarah tingkatan 5
berlangsung di dewan pendekar kem sungai besi
perjumpaan tadi anta student mtd form 5 dengan student zon keramat . pudu yg terbaik di sekolah
gamaknya pelajar2 yg cemerlang dlm subjek sejarah.markah A yg x berapa nk buncit :)
smk wangsa melawati hantar wakil 4 oarng
terbaik antara yg terbaik dan ini budak gemuk terjoin yauw
hehe ;DD

pembukaan minda,
tadi barulah dinamakan sebagai study group yg berkesan
maybe sbb jantina kami berbeza dan sebelum ni x pernah jumpa.
ada 4 oarng 'abang2' mtd yg ajar kitaorang.dan aku dalam group 32
boleh tahan.thanks god dapat mereka sbgai mentor sebaya
sngt best :)
tersenyum sepanjang masa.haha
tadi ramai jugak sekolah yg datang.
student mtd semua lelaki.dan tadi perjumpaan pestime dan suprise ada jugak yg dapat laki.
maka laki dengan laki berbincang.ada yg muka terkejut beruk.ekspresi miang2 keladi.ada yg muka x der muka,x berperasaan dan kebanyakan nya aku tengok semua teruja
aku lah tu.teruja habis dpt jumpa student mtd
pasti awak muak kan,'abang' mtd?
muka cemberut je tadi dapat student luar lelaki yg perlu diajar.
tapi ketibaan kami tadi disambut dengan senyuman ikhlas.
kelass gitu!
;D
suke suke suke ;D


dan tadi secara x langsung aku dapat buat revision mengenai topik2 sejarah form5
soalan trial dan soalan target spm
dalam proses perbincangan tu jugak,ada perkongsian maklumat,idea,teknik cepat hafal 'akroname' lawan2 fakta,bercerita dan beramah mesra :)
patut budak2 mtd pandai2 belaka. :)
terima kasih kepada 'abang2' mtd untuk perbincangan tadi.
walaupun sebaya,tetap nk panggil abang
membuktikan betapa gatalnya aku! haha
semoga dengan ilmu yg korang bagi dan kongsi,allah akan berikan korang lagi banyak ilmu dan daya ingatan yg kuat
n selamat maju jaya dalam spm

mohd shakirin,muhd hafidz,isaac mierza,faizan nordin
dan rakan2 mereka yg lain
sebab anda semua hensemm dan berketerampilan! ;D
bukan senang nk cari laki mcm ni sekarang.

hope kita dapat jumpa lagi
:)




















Friday, July 16, 2010

HUMAIRA terpilih menyertai PLKN

program latihan khidmat negara.
wusshhhhhhhhh!
bila dengar program dan latihan ni yg aku lemau sesedap rasa ni
semalam masa di sekolah,topik plkn menjadi buruan utama para pelajar
semua kunun2 bajet cemas sibuk2 ayam bila soalan begini diajukan..
'kau dah semak dah kau layak pergi ke tak..'
ouhh.trauma mak nokkk

dan semalam jugak,bila dah semak melalui nfon
ouh senang saja.taip begini
PLKN SEMAK I.CNUM send ke 15888
mcm2 ragam aku nampak aku dengar
dah mcm hambek result spm dah gamaknya
cuba chill wahai rakan2.tiru mcm saya
hanya tenang memikirkan nasib yg bakal melanda sambil kunyah singgam.
macam macam ragam
ada yg menangis berpelukan,ada yg menjerit histeria ada yg tiba tiba menjadi bodoh bodoh alang
kemain lagi tawwwww,padahal PLKN lambat lagi
spm pung belum lepas
haha

berbalik kepada tuan pemblogger ni
aku x nak semak lagi depan kawan kawan
ye lah,nanti mungkin kalau dapat result text aksi aku lebih mengghairahkan drpd diorang mcm mana?apo ehh nak dibuat?
dengan senyum bongkak dan angkuh,
aku memasang tekad nk check result dekat rumah nanti
layan sorang2 lagi best yauww haha

balik sekolah terus send....
pukul 2.oo tapi dah pukul 4 x dpt2 lagi
aku dah x sedap hati nak buang barang2 terbuang pung x selesa
dan berkat kesabaran dan kecekalan hati yg tulus ini
pada jam 4.17 p.m.........
jeng jeng jengg...

RM0.20 PLKN:TAHNIAH!93031210**** terpilih menyertai PLKN siri 8/2011.
Penempatan pelatih akan dimaklumkan kemudian.
hambek kauuu!

weyyy weyyy weyyyy!!
berteriak dengan suara serak2 basah
tu i.c aku tu weyyy!tu i.c aku tu weyyy
aku terpilih!!
arggghhhhhhhhhh!aku terpilih untuk join PLKN.
dengan cara yg rakus bagai dirasuk,kepala dihantuk ke lantai hingga berdarah
ahahhaa.ni metafora sngt ni aksi ni
aku tipu je
bila dapat result,aku terus diam x terkata

perlukah saya melompat gembira?atau diam membeku dengan hati yg ketakutan?
PLKN...PLKN..PLKN..
apa yg ada dengan plkn??

terus membuat probability.kemungkinan situasi dalam plkn

  1. mendapat kawan baru dari serata ceruk malaysia
  2. akan ada babak babak bermain mata dan malu malu kucing masa perkenalan diri
  3. wujud sikap bongkak sebab 'saya anak kuala lumpur'
  4. kontrak percintaan dan per-couple-an selama 3 bulan
  5. wujud komuniti yang mementingkan semangkat kekitaan.terutamanya orang2 dari pantai timur
  6. mungkin akan ada pergaduhan puak
  7. lahirnya anak remaja 18 tahun yg hitam legam bak keling disapu minyak
  8. menjadi seorang yang gila kuasa
  9. balik ke rumah dengan keadaan badan yg kurus
  10. mungkin jugak balik akan bertambah gemuk gemuk belaka
  11. homescik yg terlampau,bagaikan ibu ibu yang meroyan masa mengandung
  12. segmen mencuci mata melihat abang2 botak dan adik2 manis
  13. kehidupan ala ala tentera dan mungkin akan ada penyeksaan
  14. menguji kehebatan diri sama ada boleh survive sorang dengan suasana tiada kawan rapat
  15. segala nya baru

wahhhhhhh!
kemain lagi tauwww.
haha
perlu ke aku pergi?
plkn best ke tak? :) ouh ouh..kuch kuch ho ta haikk!

Monday, July 12, 2010

senyuman menghalau buat encik bola bola



hye assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
ahlan wasah lan?ana bikhoiri?
yabba yabba! ;D
sudah ada kemajuan yauw,ikhlas bagi salam panjang2.
almaklumlah,kan baru balik dari kiyamulail
hijrah lah kata nya..katanya lahh
kata sapa?kata kau!
haha.statment ni nampak mcm aku ni tersanga iblis.tak pernah bagi salam panjang2
ayt atas ni tipu je ni.jangan caya.sy doakan kesejahteraan ke atas awak :)


yehhhha!okay world cup dah habis.selamat tinggal encik bola bola.4 tahun akan datang kita ketemu lagi.
dan masa tu aku akan jadi seorang peminat bola yang tegar
haha.hbs piala dunia hbs lah azab.x de lah aku dipaksa bangun untuk temankan ayah aku tengok bola.dan siap menyiap kunci jam bangun tengah malam mencanak depan tv.
lps tu esok pergi sekolah mata rabak.muka mcm jubolani dah.haha
ouh ya,dah banyak match aku tengok dan mampu tengok sampai habis

meh awak tnya lah sy pasal player2.sy pasti sy mampu menjawabnya.
ujian kejujuran fikiran ;D
dan dengan ini sy sangat bangga sbb itu adalah satu pembaharuan dalam hidup
tak pernah2 aku layan bola,aku boleh tengok boeh ikut flow
and act en,best jugak ouh football nilps ni nk try tengok match bola sepak malaysia
rancak ke tak
boleh buat perbandingan ala2 meng anak tiri kan pasukan bola sepak malaysia.
:)
ucapan tulus dari hati.

w.c menjadi double best dengan ke-hebakkk-tan playernya.
ngeeee.mesti aku akan terkenang beberapa muka player yang telah berjaya menyunting taman di hati ini.haha

maka dengan kepergian encik bola bola.tamat sudah episod mata rabak dn drama sebabak muka umpama ambil ganja ketika disekolah.
:)

yup.aku baru je balik dari kiyamullail
overall,best dan banyak manfaat.terbit lah juga rasa insapp dalam jiwa yang tulus nie
heeee~~
bak kata ommak
'kau pergi kiyamullail,jangan kau bawak balik jin.makin besar jin tu kalau x sembahyang.pergi dah pergi dah.perubahan dia mak nak tengok.'

baiklah ommak,sy akan buktikan pada mu yang saya dah berubah
biarpun pada mulanya agak malu malu nk menunjuk kebaikan diri.haha
dalam plan,esok mahu ganti puasa.hutang hari yang tertunggak dengan begitu banyaknya.
ish ishh


erkk,habis dah idea nak menaip.tulah riak sangat menghebohkan kebaikan diri.haha

bye bye. (^_^)













Thursday, July 8, 2010

mentari mucul lagi ;)




hyee!assalamualaikum.
humaira kembali masuk ke sini dengan muka yang ceria dan nafsu yang penuh teruja.
datang balik ke alam penulisan blog yg x berapa nk hebat lagi ni
yeahh!tidak akan sesekali aku membiarkan ruangan ini hilang dirogol oleh sesawang
fuhhhh!

wahaha.bercakap mcm lah ada peminat setia yg menanti nk membaca blog ni.
aauwww,sngt terperasan menggelabah nye ye..
;p

minggu baru meh rewind2 jap.
last entry pasal bola sepak.
ape ke jadah nye dah separuh abad x buat cerita baru.haha
okay!selit lagi yang aku tau.
aku puas hati sebab brazil denagn argentina kalah! :)
padan muka.dan sekarang menantikan kekalah spain.membajet bagus,
untuk musim world cup ni dengan megah nya ada kemajuan dalam diri aku.
bolah tengok game 90 sampai hbs.haha
hebak mu mira!mu hebakk!
pestime niehh
tu pun tngok mexico lwn argentina
sbb ada player nom 14 tu best,ouh!malang sekali mexico kalah


dan hukum karma membalas dengn padu argentina kalah!yeah!


sekarang dalam mood ceria ceriun sbb baru hbs intervensi
sebab tu dah lama x memahirkan jari picit2 butang keyboard ni
dan hari jumaat ni baru je hbs semua nya
terus selit kat sini dan tulis cerita x matang.;D

aku merasakan ada kewajipan dalam diri nk update cerita
karang mampus blog ni x berpenghuni.
taip mira taip.
;D
okay.petang ni ada kem keagamaan kat sekolah.2 hari
aku nk pergi sbb ibliss syaittoon kat badan ni dah besar sngt
kemain lagi dye memaju ternak
drpd duduk rumah besar kan bdan tingkat kan perut
baik aku pergi sekolah en.ada pekdah nye.ye idakk?
iblis dalam badan perlu dimatikan segera
mampus kau!mampus!
so perlulah menyucikan diri
sambil tu bole layan feel konon2 mcm hari raya
semua berbaju kurung.ayu je
sejuk mata mak mertua pandang.haha

bye2.gtg.nanti masuk balik yauww.
kejap je ni nak taip.kene pack barang.
dan nak mencari muka2 yg akan menitikkan air mata dekat kem kiyamullail tu nanti.
sapa dulu yang lembut hati dan penuh syahdu2 menangis?

MUNGKIN bukan saya orang nye.haha
jeng jeng jeng
;D

bye awak.sy teruja ni nak pergi kiyamullail :)