Jiran Tetangga

Thursday, November 21, 2013

A.M



Pondok usang beratapkan langit
ditengah malam gelita
Bercahaya hanya lah bintang bintang
Selimut kita angin malam.

Malam ini,
sudah banyak kali aku menjenguk siapa dia.
Dia yang ditarik awal oleh sang pencipta
sebab aku percaya, orang yang allah sayang, allah akan ambil awal
untuk bertemu bidadari di syurga untuk merasai segala nikmat tiada tara.

Dia yang aku kata,
dunia luas ini tidak kenal pun siapa dia.
Mata bangsa hari ini tidak tahu pun siapa dia
Dua tangan yang selalu menjulang yang hebat hebat
tidak tahu pun dia wujud dan sudah banyak berhikmat

Kebaikan yang dia buat, atas kehendak dia sendiri,
mahu berkelana di atas bumi
hanya untuk lari dari zon yang selesa ini
tujuannya antara hisup dan mati
antara waras dan emosi
dia pilih untuk lalu di lorong yang bercahaya putih itu,
jalannya terang hingga membawa dia bertemu pemiliknya nyawanya
yang satu.

katanya, dia mahu syahid.
Syahid yang menjadi urusan antara dia dengan pemilik alam ini,
dan pada detik buku baru dibuka
pada hari pertama segala kebaikan di angkat
segala noda di buang
dia dapat apa yang hati dia mahu
syahid yang indah matinya di sisi allah.

Memang benar,
urusan syahid atau pun mati dalam kekufuran
itu allah yang tentukan.
Siapa kita untuk pertikaikan dan hakimi bahawa dia mati dalam keadaan terbaik?

tapi pusing dan lihat.
cuba selami dan tunduk,Dalam usia yang sekarang, sudah berapa banyak keringat yang kita tabur untuk agama sendiri?
Kita bukan macam dia.
Dia yang terpilih untuk diletakkan dalam pilihan hamba yang terbaik
dan dia juga memilih untuk menjadi kekasih terbaik
dan dia dapat apa yang dia mahu.

Aku tidak kenal siapa dia.
mahupun pernah bertentang 4 mata dengan dia.
atau bercakap dari dua ulas bicara bibir
apatah lagi bergelak ketawa bersama

cuma yang aku tahu,
perginya dia meningalkan kesan dalam diri aku.
Dia dan aku dalam umur yang sama
tapi langkah kakinya sudah jauh meneroka ilmu alam yang tak berkesudahan.
dan tamatnya perjalanan dia, dia berehat di pusara paling abadi
bersemadi di tanah turki
satu satunya rumpun bangsa yang berjiran dengan pejuang agama
syahid atas nama allah dalam jiwa islam

Ahmad Ammar, al fatihah.


No comments: