Jiran Tetangga

Tuesday, March 12, 2013

Satu Dua Tiga ke DUA PULUH.


Bismillahhirahmanirrahim :)
Alhamdulillah dengan izin dan kesempatan aku masih lagi celik dan bernafas di bumi bertuah ini.Sekalung penghargaan dan rasa syukur diucapkan kepada maha Pencipta dan kedua ibu bapa yang tak sudah sudah menyuap makanan ke dalam mulut sehingga aku membesar bagaikan johan. 
*motif berucap ala ala persidangan parlimen?




Heuwheewheuw.
Hello dunia! Saya nurul amirah dan pada tanggal yang cantik seperti tuannya iaitu angka satu dua dan tiga - 12.3 saya dah menginjak ke usia 20 tahun.Yeay! perlu atau tidak saya bersorak atas usia puluhan puluhan ini atau menangisi nasib sebab dah tua? :O
Mari kita cuba..

eh siapa dia ni?Umur berapa?Muka dia kelihatan mcm kanak kanak riang ria lah
Ouh..Itu Mira dia sekarang awal 20-an.

Wahhh! Ala ala komersial gitu bila menyembunyikan umur dalam istilah awal 20 an.
Kelas kau Mira!
bila sebut saya wanita awal 20-an rasa tiba tiba nak cari pasangan kekasih untuk dibuat masuk ke hubungan cinta yang lebih serius.Ye lah, selama ni semua pakat cinta tahi tahi ayam je.Nak stay lama lama tercirit pulak karang.

Hari selasa, hari yang sama dan tiada beza.Cuma istimewanya dan sadis hari ni aku kerja masuk dapur main pisau dan seperti biasa pasti ada cubaan untuk membunuh diri.Pagi ini,sudah terkerat isi daging ibu jari kiri dan mengalami pendarahan yang tak henti henti.
Nasib baik kebal, maka tak adalah tangisan pada hari kelahiran yang ke 20.Umai dah besar kan? kan? Mohon mahalkan sedikit harga air mata itu ya? ya ya ya .

Nampak tak betapa forever alone nya bila hari lahir sendiri terperap dekat dapur dengan bau cheese dan asap sambil buat muka tenang.Dalam hati syahdu berbisik 'aku dah besar' :)



sambil dalam kepala otak,aku ligat membayangkan adegan makan kek bersuap di candle light dinner,sambil bertentang mata tersenyum sipu malu malu manja dan tangan menyulam mesra,Lantas di kemuncak klimaks, buat buat muke terkejut dan menagis terharu sebab dapat hadiah mahal orang orang kaya yang tak disangka sangka.Ohhhhhhh thank you thank you thank you ^_^ buat susah susah je bagi hadiah ni.OMG!Mahalnya youuuuuuuuuuuuuuu.Thts why i sayang you dan i stay dgn you.hikhik.
Takburnya!
tapi jangan risau.di realitinya tak ada pun adegan sedemikian dan hadiah yang mcm tu sebab siapalah saya kan? Gimme f.o.r.e.v.e.r alone. haha! k tak lawak.

Hari ni jugak, dapat ucapan happy birthday dari ommak dan oppak.
Ommak tadi berpuitis semasa dalam kereta dengan menanyakan.
umur dah 20 kan? dah besar dah.cuba bayangkan kalau pokok umur dia dah 20.Macam mana keadaan pokok tu?
aku cuma tersenyum :)
sebab apa yang tersiratnya aku faham.gambaran pokok itu sama ada dia telah dibaja rapi selama 20 tahun dan adakah ia mendatangkan hasil? :)

20 tahun pokok tu boleh hidup subur berbuah dan memberi manfaat dekat orang untuk makan,berteduh,mencantikkan landskap dan kukuh.
atau selama 20 tahun,satu pokok tu kering,layu mati dan tak mendatangkan apa apa.





Terima kasih atas peringatan ni mak.dan terima kasih juga sebab samakan anak awak yang gebu mcm daging lembu kelas A ni seperti pokok menjalar tumbuh tumbuhan.Emak saya memang comel.Sila jangan jealous.
Atau mungkin dia terkenangkan detik tengah hari pada tanggal 12 march 1993 dia meneran separuh mati nak beranakkan aku.Lepas tu bila besar, anak dia ni mulut boleh tahan puaka dan mengundang permusuhan kaum kerabat keluarga.kehkehkeh.Booo Umai Boooooo!

Lepas tu pagi pergi kerja balik buat mcm biasa.terus tidur.Dan maxis dengan baik hatinya bagi panggilan telefon percuma dekat aku.Macam biasa, ianya terbuang mcm tu sahaja.Sebab tak ada nafsu pulak nk bergayut beramah mesra macam kau dah hilang 10 tahun,lepas tu malam malam buta kol kawan kawan secara tiba tiba.
Lantas pasti orang ramai dapat tangkap yang ni mesti birthday dia ni.Kalau tak ada free kol haram jadah nak bertanya khabar dan beramah mesra macam kononya 'eh hari ni birthday aku lah.birthday aku lah..tu aku kol kau..ni birthday aku ni..' apa kelas kau mira?Hahaha.so alang alan dah paranoid tu,buangkan saja nikmat panggilan percuma. 

Tapi tadi tengah malam boleh tahan terharu jugak bila masyarakat madhani berpusu pusu memberi ucapan hari lahir dan mengucapkan ayat ayat yang manis belaka.Rasa nak sayang kalian secara lebih mendalam lah.Sila inbox nombor ya..ya ya ya? haha.
Alhamdulillah.Walaupun cuma sekadar perkenalan alam maya di Facebook.Berkawan atas satu konsep ukhwah muka buku,saling like like gambar,stalk gambar orang lepas tu mengata dalam ahti kemudia berbual kekok di IM.Buat apa,makan apa,sihat ke.bla bla bla..
tapi mereka tetap mesra memberi ucapan.Bila tengok komen tadi semua tu, perasaan rendah diri akibat forever alone berkurang menjunam junam! haha. ouh..masih ada ratus ratus orang yang sayangkan Umai dan ingatkan umai lagi hehehe.

Maka dengan laju tangan membalas semua komen sambil tersenyum simpul depan skrim komputer.Amboi!





Tapi,kesimpulannya ucapan tanggal 12,3 rata rata mengucapkan selamat hari lahir.semoga mendapat rahmat allah dan berjaya.Inshaallah.

dan ada juga yg sekadar tulis HB.
apakah maksudnya HELLO BOROI dan HAI BUNCIT??
haha.Tak apalah,janji kamu semua comel.

Tak kurang jugak yang tak hbs hbs mengaitkan isu sensitif berat badan dan topik kekurusan dalam ucapan.Its okay,Umai pasrah je sebab yg wish tu dua kali lima jew kaya lemaknya haha.Membesar bagaikan johan,amirah! yeay!
Gambar membuktikan yang dia MATANG!
















Dan lagi,
apa yang pasti hadiah paling bermakna adalah surat putih urusan baginda ni.
Semalam tidur lepas tu ommak menjerit jerit kata ada surat.Dengan yakin kot kot tawaran daripada agensi model ke kan,buka buka amek kau!!!
Bolos sajeeeeee dinding itu!


terharu je bila semua komen pakat nak menganjing :")





Tahniah Umai.Nampaknya kerajaan malaysia memang prihatin untuk mendisiplinkan orang macam aku yg dah hilang arah tujuan.Semalam surat ni memang buat gaduh dan kepala angin.Isk.Tak faham,apakah propaganda dan provokasi yang dibuat??Kenapa orang lain yg dah tua bangka tangguh PLKN tak kena panggil tapi aku punya nama juga naik ? Isk.Satu persoalan yang menghibakan.Kesimpulannya,aku tak ada nafsu dan keterujaan lansgung nak pergi PLKN.
Siapa Princess Haliza??Mari aku bunuh dia!! siapa??? kahkahkah.k tak lawak lagi.

Mohon pencerahan,apakah wajah saya macam budak tengah tunggu result SPM?
malu pula nak mengaku yg i ni kakak dalam kem tu karang.Pakat balik Kl angkut segerombolan adik angkat.haha.Ada hikmah ni.Ada hikmah ni.

Bulan April lapor diri.Semoga kata mereka BOLEH KURUS BOLEH KURUS BOLEH KURUS BOLEH KURUS.
Tangisan dalam ketawa bak kata damasutra .Menangis sebab akan berpisah 3 bulan dan ketawa sebab lemak tepu bakal ditinggalkan.
atau boleh jugak, kenang daku dalam doaku bak kata m daud kilau.

Cuma ada satu ucapan yang terkesan dalam hati ni yang membuatkan aku terfikir sejenak.
Selama 20 tahun aku diwariskan amanah sebagai khalifah,di mana sudah aku tunaikan tanggungjawab itu? :)

'Hari ni usia kau bertambah, kau semakin tua, semakin mendekati mati, semakin bersedia malaikat datang menjemput, semakin dekat kita dengan liang lahad.Semoga hari esok lebih baik daripada semalam' 

Sekian sahaja ucapan saya yang tak seberapa,
Terima kasih atas semua ucapan .Percayalah,Mira sayang kalian semua.Percayalah ~~

Mohon ramai ramai standby kaki untuk terajang ya! Kelas kau Umai, ayat perasaan diva.Almaklumlah, forever alone kateee kooo!

P/s : PLKN SIRI DUA tahun ni, walaupun hati berat nak mampus gila babi untuk pergi tapi tetap terselit niat dan target untuk jadi mereka yang memegang jawatan tinggi di sana nanti.
I'll update it soon.Sama ada kakak Umai cuma jadi balaci atau jadi penguasa sparta!! haha.

Assalamualaikum.

No comments: