Tuesday, February 5, 2013

Jiwa sakit



Hari ini semua serba tak kena
Serabut gentar dan amarah aku simpul menjadi satu
Simpulan erat yang aku sendiri tak jumpa cara bagaimana mahu aku fikir untuk leraikan
Ya, aku jadi buntu dan tak waras
dan mereka yang melihat menjadi mangsa

Rasa marah seakan terbit sendiri
Dan aku tegang dalam desah nafas hangat
kerana bencikan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti
ouh Tuhan, apakah aku ini sedang gila
Atau apakah aku ini sedang menduga mencarik emosi diri?
persis perempuan tenang yang matang di mata orang
tapi hakikat rasa yang terpendam
aku sakit jiwa
dan jiwa aku sakit

Bosan hambar buntu dan kosong
berlegar sakan menghasut minda
dan aku lontarkan tanpa ada rasa salah
tanpa berfikir panjang
ungkapan benci aku jadikan zikir
membunuh kewarasan akal rohani
aku malap seperti tiada iman
terhasut dan menghasut untuk berlumur ghairah dalam noda amarah

Apa yang aku cari?
apa yang aku mahukan?
Penat aku rasakan tatkala tangan ku tergapai tapi
aku tak mampu capai

perasaan hari ini
menjadikan aku pengecut
aku tunduk kalah dan kerana rasa ini juga
jiwa aku memberontak

Sesungguhnya,hati aku sedang sakit
jiwa aku panas terbakar
rohani aku kaku tergamam
fizikal aku wujud tapi jasadku megah dimakam

terlintas di hati kecilku,
apa akan ada satu malapetaka besar yang akan terjadi???
atau aku sekarang dalam hukuman yang maha esa
aku rindukan DIA, aku mahu abadikan hembusan nafas aku kepada DIA
betapa aku mahu sujud dan sembah memberitahu bahawa aku benar benar rindukan DIA
DIA yang memiliki segala zat di seluruh semesta
DIA yang maha dalam segala ciptaan
DIA yang aku cari ALLAH YANG ESA.

Tapi, hukuman yang aku terima
jiwa aku jadi sakit dan aku sakit jiwa
bila aku masih bernafas rakus
bila aku mendesah gusar sendiri
Aku lihat dan aku rasa
Aku terdesak mahukan jasad dan jiwaku ini
ingin baktikan kepada yang satu
tapi aku tetap kaku sendiri
tidak bergerak walau seinci untuk bangkit
mencari jalan cahaya yang terang

agar aku dapat menjadi hambanya yang sering bersyukur dengan nikmatnya
tapi..
kenapa aku kalah
dan aku tidak bangun melawan?

Aku dalam hukuman yang esa
batinku maha rindukan sang pencipta
tapi jasadku diikat kuat dengan tangan syaitan durjana

YA ALLAH, bangunkan aku. :(







M.a.t.i

1 comment:

Unknown said...

masa yg ada memang panjang.. tapi belum tentu yg panjang itu sempat dikejar. jangan jadi kerja sebagai alasan untuk gelapkan mata kerana dunia hingga lupa pada tempat kembali...
_pesanan dari sahabatmu