Jiran Tetangga

Tuesday, December 11, 2012

Mereka Plagiat Yang Celaka


Tak ada perkataan yang hendak aku cakap,
melainkan rasa tersinggung kecewa dan malu atas segelintir sikap orang ramai
terutamanya lelaki.
Ya, lelaki yang bermulut lancang dan tidak pernah ada ikhsan untuk menapis setiap kata kata mereka.

Apa yang mereka lihat pada perempuan?
Apa yang mereka tilik pada setiap inci tubuh perempuan?
Dan apa yang cuba mereka sampaikan dari setiap fitnah gambar perempuan?
Celaka dan bangsat.

Satu gambar yang dipost tanpa niat, sekadar satu gambar tanpa emosi yang ditangkap sendiri
menjadikan satu maruah umpama sampah.
Aku dikeji diperkata dan dianggap barang pemuas nafsu serakah lelaki
sedangkan gambar yang ditangkap itu tidak pernah terlintas untuk aku jadikan maksud lucah atau permainan kotor.
Mereka ambil ambil dan ambil sesuka hati
dengan niat memandang maruah muka aku seperti perempuan jalang.
Mereka sebar dari satu tangan ke satu tangan
dan sejuta orang yang melihat gambar aku itu
setiap beribu mata yang memandang,mulut yang menilai dan otak beku yang mentafsir
mengentam aku dengan setiap perkataan dan tujahan ayat seperti aku ini wanita kotor
tidak lagi perawan atau wanita yang pernah rebah dalam pelukan jantan di dalam ranjang.
Mereka bodoh dan ya mereka adalah segelintir lelaki yang sangat bodoh.

Lelaki yang aku nampak mengambil kesempatan atas setiap khilaf yang aku sebagai perempuan buat tanpa berfikir panjang.
Dan hanya dengan satu gambar, satu gambar sahaja maruah aku seperti dihenyak dipijak bertubi dan aku terhempas jatuh dan pecah.
Apa yang mampu aku buat?
selain melihat apa yang lelaki katakan terhadap aku dalam gambar tersebut?
Tipu kalau aku kata, aku tidak menangis.Aku tidak tertampar dan aku tidak tersinggung kecil hati.
Satu penipuan yang nyata kalau aku kata , aku gagah mampu menepis setiap bicara itu.

Tak..
Aku tak boleh. Sumpah aku tak boleh..
kerana aku tahu, aku jenis wanita yang bagaimana
kerana aku tahu aku bukan seperti perempuan yang selama ini bergelumang dengan jantan dalam gemerlapan lampu kelab malam,aku bukan orang yang dibawa dalam pelukan lelaki,aku bukan perempuan yang lelaki pernah pegang,usik atau tindih dan aku bukan perempuan yang pernah lelaki tebuk terokai setiap inci tubuh badan seperti mereka yang lain.

Tapi..
kerana satu gambar aku yang berbaju, berjersey bola berwarna kuning itu
mereka melemparkan fitnah
mereka mencari silap di dalam gambar yang separuh badan itu
dan mereka membuat andaian bahawa aku menayang tubuh atas niat mahu mempromosi.

Aku bukan jenis perempuan yang mcm tu.
What can i do?
Susah untuk aku bersuara dan menjerit meminta mereka hentikan cakap cakap kotor itu.
Susah untuk aku memberitahu satu dunia bahawa aku adalah mangsa keadaan.
dan sukar juga untuk aku terima bulat bulat apa yang jantan itu semua katakan.
susah dan teramat susah untuk aku tulikan telinga dan berlegar dalam ruangan itu seperti mataku ini buta.
Susah dan aku tidak ada kekuatan untuk hentikan setiap bicara mereka yang menghentam air muka aku.


Kerana satu gambar,
aku lemah
aku rebah dan aku terkedu.
Aku hilang kata kata untuk menafikan
kerana aku sedar orang berkata itu adalah jantan yang buas.
Jantan yang menganggap perempuan sebagai bahan pemuas nafsu.
Aku tak mampu.

dan terus hilang kata kata dalam tangisan.
:(

tolonglah faham, itu bukan niat aku untuk bergambar sebegitu rupa.Aku tak sangka mata yang melihat menilai gambar tersebut seperti aku tidak berbaju,seperti aku bertelanjang bulat dan seperti aku sedang menayang tubuh sendiri.
Itu bukan aku.

aku mengaku itu adalah kesalahan aku,khilaf aku tanpa sedar dan kesilapan yang aku buat atas tangan sendiri walaupun pada waktu itu aku tidak pernah terlintas bahawa gambar itu akan meninggalkan kesan.
Dan..
jika orang yang mengata bahawa dalam gambar tersebut aku adalah perempuan bodoh,
 kenapa tidak mereka sebagai lelaki yang memandang yang dijadikan sebagai pelindung dan pemimpin menegur kesilapan aku ,wanita terikut dengan emosi dan wanita yang dangkal pemikiran ..
menegur kesilapan aku secara lembut, rapi dan beradab?


Aku tidak jumpa lelaki yang seperti itu.
Apa yang aku nampak adalah jantan buas yang merendahkan minda mereka sendiri.

*belajar dari kesilapan dan cuba belajar untuk tersenyum, humaira.
C.U.B.A

6 profile di facebook menjaja gambar perempuan berjesey kuning.

pada yg terlintas mahu bertanya,

Personally,
memang itu silap mira.Memang mira dangkal sebab tak fikir panjang.tapi sumpah tak sangka,cuma satu gambar yang mcm tu orang boleh menilai dari satu perspektif yang lain.sedangkan gambar tu mira tangkap tanpa ada niat untuk sengaja menayang atau apa.itu cuma gambar biasa,memakai baju bola berwarna kuning dan tersenyum depan kamera.memang itu gambar yg biasa..tapi,tak sangka lelaki boleh menilik dan tengok sampai details mcm tu.sedangkan perkara tu samar samar.dan orng terus jaja,post and guna gambar tu.Sedih bila tgok muka sendiri orng letak label caption yg bukan bukan, yang kotor yang teruk mcm mira ni perempuan jalang.Macam mira ni memang sengaja tayang aset.Tipu kalau mira ckp,mira boleh senyum baca apa yg komen komen dlm gmbr tu katakan.sebab secara jujur mira bukan jenis yg mcm tu,tak sosial,tak pernah pun minum atau masuk club,tak pernah pun peluk bercium dengan lelaki ,mira bukan jenis perempuan yang simply lelaki pegang,peluk,raba atau bertepuk tampar dan tak pernah pun naked self camwhore.Just imagined, seseorang yang belum biasa pun dengan realiti sosial dunia luar,tak pernah ada pengalaman pun..tapi orang labelkan dalam komen bergambar tu mcm dia ialah perempuan di lorong.Senang je orang boleh pijak air muka kita sendiri.Dan yeap,manusia tak pernah puas.Lelaki tak pernah beradab.
Pengajaran untuk sendiri,khilaf yang tak disangka.gambar yg mcm tu bertutup pun orng boleh senang senang judge. Hati hati,mira.
hanya dengan satu gambar, berpuluh ribu orang boleh kata yang 'perempuan' ini jahat.
what can i do? :)

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum mira. Memang pedih kan kalau kita dituduh yang bukan bukan, dituduh apa yang kita tak buat. Alhamdulillah mira mengaku salah mira. Memang naluri setiap perempuan nak melawa, tangkap gmbr semua kan. Tapi lepas ni mira ambil lah ni sebagai pengajaran ya. Mira bertudung lah. Mira pegi sekolah pon bertudung kan? Mira pakai lah tudung as permanent okay. Mira mmg comel, even badan mira berisi, tapi badan mira lawa, serious. jadi mira tutup lah badan mira tuh dengan sempurna okay? Memang susah kalo kita tak pakai tudung, tiba2 nak pakai tudung. Akak dulu pon kadang2 tuh rasa mcm nak buka balik jeh tudung. Memang banyak dugaan. Tapi mira cuba bersabar atas perubahan yang baik tuh. Insyaallah, Allah pelihara aib mira sebelum ni. Maybe orang2 yang kutuk mira tuh akan cakap mira nak tutup malu, mira pakai tudung. Abaikan jeh apa yang diorg cakap. Yang penting skrg, mira dah ikut perintah Allah. Wajib kan pakai tudung. Akak faham kalo mira takkan pakai tudung terus. Tapi berubah lah ya mira. Maafkan diorg yang menuduh mira tuh. Even mmg diorg tak boleh dimaafkan dgn apa yang diorg cakap. Mira mesti tau kan, Allah lagi suka orang yang pemaaf. Nanti, bila mira dah decide nak pakai tudung permanent, mira buang semua gambar mira yang tutup aurat tuh kayh? Yang tuh pon mesti akan rasa berat hati nak delete, dgn comment2 yang ada, like2 yang ada. Takpe, Allah tau apa yang mira buat. Mira takkan menyesal kalau mira buat tuh nanti. Bila dah bertudung, mira cubalah tutup aurat dengan sempurna ya. Pakai stokin. Pakai handsocks. Lagi2 kalau pakai baju kurung kan, kadang2 ternmpk tangan sampai ke siku. Even susah nak berubah dgn mendadak, Allah tau mira tgh cuba untuk berubah. Akak doakan mira berubah ke arah lebih baik :)