Jiran Tetangga

Saturday, December 15, 2012

Durian Creepy yang agak Scary


Bila tengok satu duniawi mengupdate tentang Durian Creepy, rasa hidup tak mahu mati segan je sebab aku masih terkontang kanting fikir Durian Creepy tu apa? Sedap ke tak eh?
Memang durian berlambak lambak dekat rumah, asek makan melahap kosong je.Teringin juga nak mengubah selera anak tekak ni.Ye dak?? :D
Memanjang tengok mak kaut isi durian buat tempoyak sampai melimpah limpah, nak juga tukar menu kampung ke citarasa kota metropolitan, ye dak?? :D

Maka, berkat dengan keazaman dan perasaan ingin tahu yang membuak buak
aku terus keluar tengah hari tadi cari barang.Barang semua dah ada, tinggal nak beli whipping cream je.
wahhh, pertama kali cuba mcm mudah je.Bahan pun tempatan je guna tepung bergandum dan tepung berubi kayu.mudah! terkembang kembang hidung tatkala mencari bahan.

Berbekalkan bantuan google yang sangat ohsem, aku buat durian creepy ni based on 4 jenis resipi yang tuannya berbeza beza.
Bila pilihan terlalu banyak, maka dengan tahap pemikiran yang tinggi aku pun mengolah sendiri.
Tengok dalam empat tuan yang berkata tu, mana yang sama mana yang tak sama.Mana yang ada mana yang tak ada.
Yang pasti, semua mereka kata campak je semua bahan bahan tu dalam satu bekas.

Ohoooooi, campak woi!
Siapa yang tak suka main campak campak di dapur? haha.
Laju je tangan mencampak semua bahan.Orang kata memasak biar ikhlas baru air tangan tu sedap.
Aku tak terkata dekat dapur tadi sebab pertama kali mengeksperiment resipi ini. haha.

Zas zas zas, bunyi bahan dicampak riang ke dalam blender.
Siap!

Bakar atas kuali persis kuih ketayap yang mak buat, kemudian Siap lagi!

Semua dah tersedia masa untuk menjahit bantal beraneka warna.
Ini dia, gadis melayu masuk bandar dengan yakinnya membuah kuih omputih.

Hasil tercipta oleh tangan Humaira yang ohsem!
DUrian creepy ala ala scary yang lain dari yang lain.
biasanya lu punya gebu kan? Apa barang gebu gebu. Tak menggiurkan.
Gua punya durian creepy kempis dan terkoyak koyak.haha.



Respon rakyat jelata :

Ayah,cuba rasa kuih orang buat,Sedap tak?
-Ayah dah makan nasi tadi 3 pinggan .kenyang lagi ni haaaa.Kasi nasi turun dulu nanti baru ayah rasa.

Mak, cuba rasa kuih orang buat.Sedap tak?
-Hhhhhhhmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..okay lah ni.Macam kuih ketayap yang mak buat.

Adik,kau rasa kuih akak buat ni sedap ke tak?
-Nak tahu tak bila adik makan kuih akak tadi, adik rasa nak muntah ada tak sedap pun ada.Akak campur apa yang putih putih tu?

AAAAARRGGHHHHHHHHHHHH!
Tatkala diberi kata nista, terus mata memandang kaki dan hati berdetak cakap 'untuk menjadi chef,kegagalan adalah rakan baik yang akan membawa kepada kejayaan.

ewah!
kemudia bermonolog sendirian, kalau gua jual Durian Creepy ala ala Scary ni dkt mid velley dan one utama, pasti doghian gua menjadi pesaing terkuat! ewahhh lagi! haha
lu nak kan?kan kan? eleh eleh.
k bye!

Humaira is a chef! :)
ya nak order apa?
Durian Scary? ouh boleh boleh boleh .... :)

1 comment:

Anonymous said...

LOL ayat akhir tu, scared me D;