Jiran Tetangga

Wednesday, December 12, 2012

121212-Bekas pelajar Tingkatan 6.




*Kalau sudi nak baca luahan emosi tak stabil pelajar tingkatan 6 yang beronak duri dan tak sama macam kisah awak pun.Saya punya lain banyak.Haha.

ehem ehem.

Assalamualaikum :)
Mungkin ini antara coretan atau omelan syok sendiri aku yang berjela jela.
Tapi apa aku kisah kan? sebab aku tahu kau pun tak kisah.maka, marilah mengikuti kronologi kisah hidup aku ini. nyiahaha .Okay, gagal untuk melawak.Sekian.
Cukup dengan perenggan pertama, awak dah boleh berambus kot kalau ada yang dalam hati tengah mencela.
:p A.A.K?



Hari ni 12 dec 2012 atau lebih molek kalau semua ditulis dalam angka 121212.
Apa yang menarik sangat dengan tarikh ni?
Aku tengok bergerombolan manusia dekat fb yang menaip nombor 121212 dekat status fb mereka.
Semua dengan sakannya memuja tarikh ni.
Ada apa dengan angka 121212? Mungkin secara sekilas nombor ni nampak lawa dan kalau pergi test dekat magnum atau sport toto pasti menang besar.Lebih hebat mungkin daripada pak cik saya menang motttoooo .
Ada apa dengan 121212? Tolong bagitahu aku kenapa tarikh ni dipandang serius?
Nombor yang cantik dan hakikatnya nombor tak memberi apa apa makna pun janji hari ini, aku dan kau masih diberi kesempatan bernafas atas dunia ini.
Alhamdulillah untuk nikmat ini.

Personally, bagi aku sendiri.. dah personal masuk sendiri lagi,jelas bahasa inggeris kurang mahir dia ni :D
Bagi aku tarikh ni bermakna.
Hari rabu tanggal 12122012 :)
Merupakan hari terakhir bagi aku bergelar PELAJAR SEKOLAH.
dari mula masuk belajar tadika,sekolah rendah,sekolah menengah dan pra-universiti.
Ya, aku bersekolah selama 15 tahun.15 tahun jugaklah pakaian rasmi aku adalah baju sekolah.
Baju sekolah kain hijau,kain coklat,biru gelap,biru terang dan akhir sekali kelabu :)
ohsemmm, baru nampak yg pelaburan tersebar aku selain makanan berlemak adalah pada alatan sekolah.Lengkap menghabiskan duit mak ayah :D
Lepas tu apa yang pasti bila berjalan memakai baju sekolah di khayalak ramai dekat shopping mall ke apa, aku berjalan dengan riang dan seakan akan terencat.Alang alang berimej 'budak' sekolah meh bagi sikit watak budak terencat.
Bila jalan pakai baju sekolah tak ada rasa segan nak bajet lawa,control perangai, atau bertindak macam orang yang profesional yauwww.
Redah je, nak selekah nak gelak kuat kuat,nak tanya soalan pramatang dekat jurujual ke apa haa lantak kau lah dik.

Sekolah menengah normally 5 tahun dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 5 :)
Itu bagi manusia normal yang biasa biasa.Tapi bagi makhluk abnormal mcm aku yang terlebih kebiasaan ni..aku terjebak dalam kancah sekolah menengah selama 7 tahun.Haha.Lama woi lama woi lama!
Yaaaaa, memang lama dik oi akak dekat sekolah.
Nampak benar kan.sayangkan sekolah sampai kwn2 lain dah berambus masuk Universiti, akak ni je haaa gagah meneruskan hidup bersama sama budak bawah umur di peringkat akta persekutuan .

Secara keseluruhan,
Aku rasa bersyukur sangat sangat sebab aku antara orng yang terpilih dalam kalangan manusia sedikit yang diberi laluan mengambil STPM.
Duduk belajar di sekolah memakai kain kelabu dan ambil peperiksaan tertinggi di Malaysia.
Mula mula memang ada rasa terkilan,kecewa,sedih,marah dan malu.Malu dengan kawan kawan semua sebab aku masih di tempat yang sama.Aku masih terikat dengan situasi yang 5 tahun aku dah rasa di sekolah yang sama, smk wangsa melawati :)
Malu waktu mula mula masuk balik sekolah lepas dapat result Spm memang mencengkam otak betul.Sampai tak boleh nak berfikir waras dan 3 bulan pertama di tingkatan 6 rendah aku tergamak membiarkan perut yang tak berdosa makan bila waktu rehat.Tapi, kau gemuk jugak kan mira? nyiahaha.
Alasan? Sebab malu nak keluar kelas.Aku lagi rela terkurung dalam kelas sorang sorang daripada membiarkan budak budak junior nampak muka aku lagi yang masih dekat sekolah.
Aku lagi rela tak makan sehari suntuk sebab tak nak bagi cikgu jumpa aku balik.Malu masa tu memang tak dapat dibendung.Rasanya kalau pergi sekolah tak pakai bra mungkin tak seteruk malu tersebut.haha
Atau lebih rare lagi pergi KLCC dengan tudung sekolah yang comot tertumpah kicap dan sambal nasi lemak pun tak setruk malu masa mula mula masuk sekolah awal tingkatan 6 rendah dulu.Ini serius.

Masa permulaan aku masuk tingkatan 6, payah nak terima hakikat.
Rasa tak yakin dan yang jujurnya aku rasa sangat bodoh.Teramat bodoh.Kerap kali aku tertanya sendiri..
kenapa aku tak mcm kawan2 yang lain?
Kenapa aku masih dekat sini?
Kenapa aku tak lepas masuk universiti sedangkan keputusan Spm aku lebih bagus daripada mahsiswa yang dekat luar sana?
Kenapa aku tak mampu dapatkan yang terbaik lepas 13 tahun aku bersekolah dan aku tak dapat apa apa hasil?
Kenapa kawan yang selama ni yang aku kenal lagi bangang dari aku boleh jejak Universiti sedangkan aku tak? *Sikap takbur dan riak memakan diri sendiri.padaee mukang mungg, tehhee!
Masa tu berjuta macam kenapa dalam kepala otak aku yang tak dapat aku jawab sebab masa tu aku jadikan diri aku seorang yang bodoh,benak,bangang dan loser.

Bila keluar melepak dengan kawan kawan, memang aku antara bahan lawak mereka.
Budak sekolah budak sekolah budak sekolah..kau tak bosan ke belajar dekat sekolah?loser gila wehh pakai baju sekolah balik..badan kau dah macam mak orang tapi kau dekat sekolah lagi..kau ambil form6?serious?ouh okay..kenapa tak masuk Universiti?Masuk form6 ni mesti sebab result Spm kau teruk kan?Kau tak ada pilihan lain sebab tu kau ambil form6 kan?Ambillah kolej even bayar mahal tapi kau dapat diploma..kenapa nak belajar dekat form6?Macam buang masa.
Itu antara soalan yang aku dapat sepanjang aku menyarung kain kelabu.
Mereka gah bercerita tentang suasana kolej,pensyarah,minggu suai kenal,abang abang senior,suasana dan kebebasan yang mereka ada.
Dan setiap berpuluh puluh yang bertanya, mereka tanya dengan nada yang sinis, mengejek,menghina dan mereka semua gelakkan aku. HAHAHAHAHA.
Lebih menikam dan membunuh, bila cikgu sekolah sendiri membuat konsep pilih bulu, memandang rendah,sinis dan membuat seperti aku wujud dan tak wujud di mata mereka.Sebabnya, mereka pasti yang pelajar sebegini tidak perlu lagi datang sekolah dan buat semak.
sakit, bukan? :)

Aku bergerak sendiri, bangkit dan ye pada waktu itu aku belajar untuk berdiri atas kaki sendiri.
Kawan tak selamanya dengan kita dan hakikatnya yang pasti memang wujud istilah Kawan boleh menjadi lawan.
Semua kawan kawan aku tengah bersaing untuk mendapat title dan kepuasan dan aku antara orang yang diheret dalam persaingan perang saraf tu.
Bangun amirah bangun.Seteru sudah sampai. Hikhikhik, lagu harimau malaya oleh malique boleh tahan bergegar jugak. :D

Apa yang aku belajar,
Tak kan selamanya aku nak bergantung dekat kawan?Yang kononya susah senang bersama dan sehidup semati atau lebih celaka lagi bff forever?
Sedangkan aku yang berbeza dengan mereka semua dilihat dengan satu persepsi bahawa aku tak setanding mereka.Aku bukan sekutu mereka dan aku bukan yang layak mencabar untuk menjadi seteru mereka.
Maka, terkontang kantinglah aku mencari jalan hidup.Keluarkan dari kemaluan,huehuehuew
Keluardari  rasa rendah diri, bangkit dan pandang ke depan.Masa lampau bukan lagi peneman aku.
Kawan memang datang dan pergi.Karma. :)

Aku positifkan minda dan aku cuba terima realiti yang aku masih bersekolah.
Aku masih terikat dengan undang undang sekolah,aku masih menyebut gelaran Cikgu, aku masih bergaul dengan rakan pelajar arus perdana,aku masih perlu menggosok baju sekolah rasmi untuk setiap hari dalam setiap minggu, aku masih duduk dengan keluarga,diberi duit belanja sekolah setiap minggu,aku masih masuk dan duduk dalam perhimpunan, aku masih perlu mendengar pengetua berucap,menyanyikan lagu sekolah,Lagu negaraku, aku perlu membaca ikrar dan aku perlu bergerak keluar dengan pas kebenaran dan kalau tak datang sekolah aku masih perlu nyatakan surat alasan beserta tanda tangan ibu bapa.Datang lambat pun kena tahan dekat pagar wehh.
Hakikatnya, aku masih belum bebas. Aku masih dipantau dan aku masih digari .
Aku belajar terima itu semua dan yeahh bagi aku rutin 5 tahun di sekolah menengah berulang lagi.
Dah sebati dah pun.haha.

8 orang pelajar dalam kelas.Bilangan yang kecil menampakkan kedangkalan.Bilang minoriti tak mungkin boleh lari dari tujahan kata bilangan majoriti kan? Itu yang aku lalui.
Sebagai orang paling warga emas dekat sekolah, dikira sebagai dah besar panjang bulat dan gemuk semestinya,banyak pengalaman aku dan 7 orang kawan perlu memainkan peranan tersendiri.
Tunjuk tauladan dan cari sebanyak peluang untuk menonjolkan diri sendiri.Kalau kami kebelakang, tak ada siapa yang akan memandang dan kewujudan kami akan ditakrif sekadar memenuhkan korum.
Banyak yang aku belajar dan banyak majlis rasmi sekolah yang kami ursukan dengan sempurna.Bila semua berjaya,maka Dapatlah banyak pujian dan masa tu lah baru segmen memuji dari mereka yang hipokrit bermula.Bila mereka mendapat hasil dan dipuaskan, kami dijulang.Diangkat dan dipuji dengan ayat ayat yang manis.Bila sekecil hama pun kesilapan yang kami buat,kalau mereka nampak maka, mereka akan terus canang,jatuhkan kami.jatuh jatuh dan jatuh.

Susah senang bersama.Ya,susah senang bersama.
Satu pemberian yang aku syukuri kerana tempoh satu tahun setengah mereka ada dengan aku bersama sama dalam masa seronok dan masa tak beronok ronok :)
Rahsia besar tentang persekitaran dan ideologi orang sekeliling terhadap pelajar STPM,kami genggam,simpul dan ikat mati untuk lihat sejauh mana mereka rasa jalan yang mereka ada sentiasa akan terbentang depan mata. :)

Memegang satu impian yang sama, satu logik pemikiran yang sama,aku dan mereka meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk beri bukti kepada satu dunia yang kami boleh!
Bulan Mac yang bakal tiba,diharapkan melakar sejarah bagi kumpulan pelajar STPM 2012 SMK WANGSA MELAWATI.
Aku dah melakukan yang terbaik dan apa yang perlu kini adalah tawakal dan percaya bahawa rezeki itu sentiasa terbuka luas.

Apa yang pasti, cara ini akan aku bawa sampai bila bila.Menggunakan istilah bahasa laras Sastera A samad Said bila berkomunikasi dan berbaku dengan struktur ayat yang formal sebab ini benda yang aku belajar di sekolah atas didikan cikgu, yang ramai orang luar tak dapat hayati.
Orang luar memang meranapkan bahasa sendiri,mereka yang meruntuhkan ketemadunan bangsa dan mereka yang rela dilihat bodoh kerana berbahasa macam orang tak cukup gigi untuk menaip sebutan lengkap satu persatu.Parasit yang merosakkan bahasa memang oink oink oink.dua lubang hidung saya beri untuk anda :D
Sememangnya lingusitik itu menarik :)


121212 hari terakhir bergelar pelajar sekolah dalam hidup.
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah untuk semua ini,untuk kesempatan dan pengalaman ini.






















































Akhir kata, saya sayang mereka ini! Kawan dunia akhirat :)



Niat yg tak ada pengakhiran sampai bila bila, Humaira bernekad untuk kurus! Ya,memang tak tipu! 
bye bye.


2 comments:

shahriman baharuddin said...

gmok ny humaira skg !

Aien D said...

Saya rasa terinspirasi untuk teruskan perjuangan di ting 6. Terima kasih! :D