Tuesday, November 6, 2012

PANGGIL GEMUK



Tak sentap
jauh lagi mahu terasa
Hati aku dah cukup kebal
Hati aku dah sekeras konkrit
biar apa yang dia kata
Persetankan.

Kata kata orang sama macam belati tajam
kalau aku menghulur, mereka menikam
aku berdarah terluka
dan aku mati.
aku tak mahu mati dengan apa yang orang kata
tapi
aku juga tak mahu teguh atas kata kata orang
apa yang aku cari?
diri aku dah cukup bagus?
tak.
belum lagi
sebab aku masih belum bijak bermain dengan emosi
riak muka kadang kadang mengentrepetasikan kata hati aku
manis mulut aku bermadah
kadang kadang gagal untuk ditakrif kebenaran
aku memutar belit
dan aku jadi penipu.

Siang tadi aku terfikir
tersentak bila gelisah menekan minda aku
'salah ke kalau kita gemuk?'

Kau ada jawapan untuk persoalan ini?
Aku tak perlukan jawapan prejudis yang angkuh
Aku tak mahu dengar apa alasan kau
Biar aku cari sendiri
'salah ke kalau keadaan fizikal aku macam ni'?

Gemuk.gemuk gemuk
orang jerit lantang tanpa rasa penzahiran jiwa manusia
akal dan otaknya gelap mati terkunci
orang itu anggap gemuk adalah jenaka.
jenaka yang membuat dia senak ketawa
sedangkan dia benak dengan tawanya
dan aku yang mendengar gemuk itu..
menghentak jiwa sendiri.
aku membentak tapi berpura senyum
aku lemah
atau mungkin juga hipokrit.


Jadi, apa guna aku bertanya?
Tak.Memang tak guna.
Aku tak guna dan kau tak berguna
Kita sama , dua dua tak memberi apa apa fungsi
Sebab mata kau menghakimi hujah rasional
Kau tak waras dalam mengetengahkan ekspresi diri
dan aku di sini
tersepit dalam konflik personaliti

'salah ke menjadi gemuk??'

aku tak ada jawapan.


Jijik dan geli
aku tahu apa yang mereka mereka fikirkan.
KASIHAN.

5 comments:

Unknown said...

tak salah.tapi salah bila mencari jawapan bagi soalan itu. :)
same lah soalannya "tuhan tersilap cipta aku".
semua kerja tuhan.kita didunia diamanahkan menjaga nya.so,teruskan amanah itu :)
jaga hati.jaga badan.jaga amalan.insya allah dunia memendang indah.terus gagah yea! :)

Najwa Samlan said...

Endahkan saja kata mulut mereka.Yang penting kita bahagia =D

Najwa Samlan said...

Endahkan saja kata mulut mereka.Yang penting kita bahagia =D

Amoi Farah said...

Pelik dengan manusia yang suka menghina org gemuk bagi mereka org gemuk ini adalah tempat untuk mereka hina mengutuk maki entah apa la malang nasib orang gemuk

Anonymous said...

Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu."

awk comel... ^__^V