Monday, November 5, 2012

Lubang kosong


Hari aku dan mereka sama
aku ada masa 24 jam
mereka juga ada masa 24 jam
tapi
hari ini aku rasa
aku buang masa
masa yang orang kata emas
di mana emasnya?
aku tidak nampak
dan aku tidak buta
dipancar kilauan emas

duduk berteluku
diam tanpa gerakan liar
dan aku terus pegun membisu
bunyi rumah yang seperti sedang marah
emak di dapur
ligat membuat kerja
makin lama aku dengar
hentakan belanga besi tak buat aku gentar
mungkin
dia cuba memberitahu aku
cepat bergerak dan sila rajin membantu

tapi
aku buat tidak faham
aku jadi pekak
dan aku kaku di depan papan kekunci
yang sebenarnya
aku sedar
tidak langsung memberi apa apa
aspirasi dan dorongan kepada aku
jadi?
kenapa aku terus membuang masa?
lubang aku pijak
hingga tembus ke ruang kosong
kosong tanpa graviti
yang aku namakan sebagai masa infinity

detik berlalu
dan aku belum mendapat sebarang imbuhan
untuk diri sendiri
sebenarnya, aku dalam kerugian

bodoh.

1 comment: