Thursday, November 22, 2012

Buta

Aku tak ingin melihat apa yang akan terjadi di masa depan. 
Aku peduli pada masa kini.
Tuhan tidak memberikan aku kemampuan untuk melihat apa yang bakal terjadi dalam sesaat lagi.


Saturday, November 17, 2012

Tekad STPM



Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan Cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita
Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masa mu kan tiba

Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian

Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa

Sekiranya kalian membaca, maka titipkanlah doa dalam hatimu
agar dipermudahkan segala urusan NURUL AMIRAH BINTI MOHD AZIZUL
diberikan kekuatan untuk terus lancar menulis dan mampu berfikir tanpa putus putus
bagi menjawab dan menghadapi peperiksaan STPM bermula dari tarikh 19 November hingga 12 December.

Amin.





Doakan kami berjaya sebab tekad kami adalah mahu ubah kehidupan menjadi anak yang mengembirakan ibu bapa dan dengan ilmu dan kejayaan kami ini, akan kami baktikan kepada negara.Bangsa dan demi agama kami.
8 pelajar ini menjadi wakil dalam keluarga sendiri untuk menjadi anak yang pertama bakal menjejak masuk melangkah ke IPTA :') 

Assalamualaikum.



Thursday, November 8, 2012

Masa yang TERbasah


Masa terhenti.
Berhenti dan mati
Tidak bergerak
Jarum jam tiada kudrat
dan aku melihat dengan penuh rasa tersayat
nyiahahaa

Jam yang si dia belikan rosak
sebab termasuk dalam mesin basuh
berputar sakan dengan baju sekolah,sabun sehingga ke peringkat 'spin'

Sejujurnya, aku rasa bersalah
teeheeeee -_-
Angka jam mati tepat pada pukul 7.15 pm
Tak sempat nak bawa masuk dewan peperiksaan dan berfeeling yang si dia menemani gua
haha.
Kesedaran penghargaan dan menilai barangan pemberian orang masih kurang
kerana itu lah tanpa rasa manusiawi terus sahaja membaling jam itu kedalam mesin basuh
barulah betul, masa berputar.
haaa kau! berputar sakan tak hengat .

habis lah, lepas ni mesti perasaan si dia dekat aku berputar songsang
habislahh habis lahh humaira

'Awak,saya termasuk jam dalam mesin.habis rosak.tak sengaja.sumpah :( '

'Lahhhhh, habis macam mana ni?macam mana boleh masuk? '

'Saya letak jam dalam poket,tak pakai.lepas tu terbaling terus dalam mesin.. isk '

'kenapa awak tak pakai jam tu??its okayy lah.esok tukar bateri.dia basah sekejap tu.its okaaaaayyyyyy'

'saya minta maaf,sangat'

' its okay lah :) '

Terus menelan air liur dan halkom deras turun naik , sebab terperasan yang dia punya 'okay' tu harkat tak normal dan menjadi 'okayyyyyyyyyyy' dan siap ada senyum lagi.
Mungkin senyum menyembunyikan rasa amarah,sebak,sedih terkilan atau sakit hati.Amboi kau terus berprasangka yang tragis dan sadis kan Umai kan?
adui!

cepat je berdoa supaya nyawa jam tu liat dan akan hidup bila diberi nyawa baru
harap harap sitem imunisasi jam tersebut tak gila macam tuan dia ni
jam pakai dekat tangan tapi pergi memandi wajibkan jam tu dalam mesin basuh
lebih ghairah lagi bile jam itu turut dilumur softlan perisa lavender yeay!
Isk
Aku harap jam ni sekadar berniat nak bergurau dan pengsan buat sementara waktu sahaja.
fuhhh fuhhh
Bangun lah jam.Bangunlah . Tak rasa nak ketawa pula bila bergurau kasar macam ni.
Tak sempat nak bawa masuk dewan periksa, dah mati
Tak kuat semangat betul lah jam ni
Nervous letewww untuk STPM.
tu yang buat buat pengsan lemah semangat tu kan?
eleh eleh jam ku sayanggggggg :D


*menyesal tahap maksima
sedih ....






R.I.P jamku' sayang'
bye.

Tuesday, November 6, 2012

PANGGIL GEMUK



Tak sentap
jauh lagi mahu terasa
Hati aku dah cukup kebal
Hati aku dah sekeras konkrit
biar apa yang dia kata
Persetankan.

Kata kata orang sama macam belati tajam
kalau aku menghulur, mereka menikam
aku berdarah terluka
dan aku mati.
aku tak mahu mati dengan apa yang orang kata
tapi
aku juga tak mahu teguh atas kata kata orang
apa yang aku cari?
diri aku dah cukup bagus?
tak.
belum lagi
sebab aku masih belum bijak bermain dengan emosi
riak muka kadang kadang mengentrepetasikan kata hati aku
manis mulut aku bermadah
kadang kadang gagal untuk ditakrif kebenaran
aku memutar belit
dan aku jadi penipu.

Siang tadi aku terfikir
tersentak bila gelisah menekan minda aku
'salah ke kalau kita gemuk?'

Kau ada jawapan untuk persoalan ini?
Aku tak perlukan jawapan prejudis yang angkuh
Aku tak mahu dengar apa alasan kau
Biar aku cari sendiri
'salah ke kalau keadaan fizikal aku macam ni'?

Gemuk.gemuk gemuk
orang jerit lantang tanpa rasa penzahiran jiwa manusia
akal dan otaknya gelap mati terkunci
orang itu anggap gemuk adalah jenaka.
jenaka yang membuat dia senak ketawa
sedangkan dia benak dengan tawanya
dan aku yang mendengar gemuk itu..
menghentak jiwa sendiri.
aku membentak tapi berpura senyum
aku lemah
atau mungkin juga hipokrit.


Jadi, apa guna aku bertanya?
Tak.Memang tak guna.
Aku tak guna dan kau tak berguna
Kita sama , dua dua tak memberi apa apa fungsi
Sebab mata kau menghakimi hujah rasional
Kau tak waras dalam mengetengahkan ekspresi diri
dan aku di sini
tersepit dalam konflik personaliti

'salah ke menjadi gemuk??'

aku tak ada jawapan.


Jijik dan geli
aku tahu apa yang mereka mereka fikirkan.
KASIHAN.

Monday, November 5, 2012

Lubang kosong


Hari aku dan mereka sama
aku ada masa 24 jam
mereka juga ada masa 24 jam
tapi
hari ini aku rasa
aku buang masa
masa yang orang kata emas
di mana emasnya?
aku tidak nampak
dan aku tidak buta
dipancar kilauan emas

duduk berteluku
diam tanpa gerakan liar
dan aku terus pegun membisu
bunyi rumah yang seperti sedang marah
emak di dapur
ligat membuat kerja
makin lama aku dengar
hentakan belanga besi tak buat aku gentar
mungkin
dia cuba memberitahu aku
cepat bergerak dan sila rajin membantu

tapi
aku buat tidak faham
aku jadi pekak
dan aku kaku di depan papan kekunci
yang sebenarnya
aku sedar
tidak langsung memberi apa apa
aspirasi dan dorongan kepada aku
jadi?
kenapa aku terus membuang masa?
lubang aku pijak
hingga tembus ke ruang kosong
kosong tanpa graviti
yang aku namakan sebagai masa infinity

detik berlalu
dan aku belum mendapat sebarang imbuhan
untuk diri sendiri
sebenarnya, aku dalam kerugian

bodoh.

Thursday, November 1, 2012

Restu Ilmu


Penting dan adalah wajib bagi kita untuk mendapatkan restu dalam apa apa perkara.
Semua perkara yang dirancang mesti mendapat restu.
Mungkin perestuan itu dari orang yang berbeza beza.
Sebab aspek tindakan yang diambil itu pun berbeza.

Restu yang paling utama dan mujarab adalah restu daripada maha pencipta.ALLAH S.W.T
tapi, restu ALLAH bergantung kepada restu emak dan ayah.
Kalau mereka merestui kita, insyaALLAH lancarlah hidup.
Tapi, peranan emak dan ayah dikukuhkan lagi dengan pertolongan daripada guru guru yang tak pernah jemu untuk mendidik
Maka, restu daripada guru itu perlu ada dan menjadi perkara asas dalam menentukan redha ilmu yang diajar.
Ada perkaitan yang sangat kukuh antara tiga 'tersayang' ini
ALLAH, Emak dan Ayah dan cikgu yang mengajar.

Fokus hari ini,
yang masih terkesan dalam hati :)
Segmen restu ilmu daripada guru guru terhadap pelajar.
Ye.Aku percaya semua sekolah akan ada segmen restu ilmu.
Pelajar akan berhadapan dengan cikgu dan memohon maaf atas segalan tindakan.
Cikgu pula akan membenarkan segala tindakan dan yang paling penting menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan.
Jadi, hari ini adalah hari yang penuh dengan tangisan air mata dan ramai yang tersedu dalam kehibaan.
Manis memang manis
dan yang paling penting
rahmat itu yang aku rasa
hati aku rasa lapang, tenang dan ringan untuk terus belajar

Bukanlah selama ini terlalu beban dan rumit
tapi,selepas memohon maaf,tunduk mencium lama tangan cikgu dan memeluk cikgu
ya, aku rasa aliran dan perasaan yang lain
hati tidak gelisah, jiwa tidak serabut dan ya,aku tersenyum dan bibir mengungkap bait kalimah ALHAMDULILLAH.

Masa tahun 2010 waktu hendak menduduki peperiksaan SPM, ada juga segmen restu ilmu ini.
Keadaan dan suasana adalah sama.
Aku melihat mereka menangis,berpelukan,bercium dan ada yang termenung seorang diri.
Tahun 2010 dan 2012, situasinya tidak berubah.

Cuma, pada tahun ini.kali ini aku merasai apa sebenarnya 'restu yang diberi'
aku merasai rahmat dan keihlasan cikgu dalam mendidik
Sebab?
Pengalaman dulu mematangkan aku.
Kenangan lampau menyedarkan aku.

Sewaktu bersalam, apa yang aku ungkapkan lahir dari hati
Memandang tepat ke mata cikgu,tarik tangan cikgu,tunduk dan aku cium lama tangan cikgu yang selama ini tidak pernah jemu menegur dan mengajar.
Mungkin, mereka yang lain yang mempunyai pensyarah atau madam, lupa akan aliran rasa kasih sayang itu.
sebab? cikgu yang aku ada hari ini,bukanlah sekadar cikgu.
Aku ada cikgu yang melengkap kekurangan aku.
Cikgu yang memantau seperti ibu, menegur segala tindak tanduk kesalahan dan cikgu juga sentiasa ada masa untuk mendengar cerita aku :)
Sesuatu yang pasti, melangkah sahaja aku keluar dari alam persekolahan ini, aku akui.
Aku akan rindukan mereka.
Aku akan rindukan perasaan ini
Aku akan rindukan cikgu dan cara cikgu
Aku akan rindu untuk memanggil 'cikgu'

Cikgu yang mengambil berat.bukan sahaja memerhati tapi selalu menegur bila aku sendiri tidak sedar yang aku sedang melakukan kesalahan.Dalam pelajaran dan paling istimewa dalam pergaulan.
Percakapan, cara, idea, tindakan, fikiran dan perasaan aku dalam membuat penilaian semuanya aku bina dan aku baiki dari teguran seorang cikgu :)
ALHAMDULILLAH.Terima kasih,cikgu

Rata rata tadi bekas cikgu yang pernah mengajar aku masa di tingkatan arus perdana
masih tersenyum,dan masih kenal siapa Amirah
Tidak lepas lepas aku mendengar merekan menyebut nama Amirah
Sebutan nama yang penuh dengan maksud tersendiri dan aku rasa tentang doa dan harapan mereka terhadap aku.
Bersalam dengan cikgu,peluk cikgu dan menangis dalam pelukan cikgu itu merupakan 'keindahan'
Semuanya adalah memori yang akan aku kenang dan akan aku bawa hingga ke akhir nyawa
Betapa sewaktu aku menadah meminta mereka mendoakan aku,menghalalkan segala ilmu yang diberi dan terus merestui langkah perjalanan aku
dan, aku melihat
Cikgu tersenyum hiba, air mata cikgu menitis dan muka cikgu sebak dan keruh
aku tahu bahawa lakaran wajah cikgu pada waktu itu adalah 'cikgu halakan semuanya untuk awak dan cikgu doakan awak'
Anggukan cikgu pada waktu itu adalah pembakar semangat aku untuk tidak menoleh ke belakang.
Aku perlu kuat dan terus beri yang terbaik untuk STPM ini.
Bangkit dan buktikan yang aku boleh.
Bangun lawan dan akan aku genggam kejayaan.

Doa yang aku terima dan ungkapan harapan yang aku dengar,tak akan aku lupakan sampai bila bila.Sampai bila bila...

'Amirah, Awak dah di hujung perjalanan dan sebelah kaki awak sudah melangkah masuk ke dalam universiti.Pastikan kedua dua kaki awak akan masuk ke universti.Jangan putus asa dan jangan berpatah balik'

'Amirah,cikgu doakan awak berjaya dalam STPM dan lepas ni terus berjaya dan belajar masuk ke universiti'

'Amirah, sejauh mana pun kita melangkah,jalan mana yang kita pilih, yang penting itu adalah usaha awak.Usaha yang akan bawa awak untuk berjaya'

'Amirah, terima kasih sebab sudi ambil periksa kali kedua dekat sekolah ini.Pastikan, lepas ni awak tak akan datang semula ke sekolah ini.Cikgu nak awak berjaya di luar'

'Amirah, jangan cuai dan baca soalan elok-elok.Cikgu tahu awak boleh buat.Awak ada potensi dan sekarang masa untuk awak buktikan'

'Amirah, tahniah sebab akhirnya awak berjaya juga tamatkan pembelajaran.Jangan hilangkan laluan yang awak dah buat.Cuba bagi yang terbaik.Sedaya yang awak mampu'

'Amirah, buat sehabis baik yang awak boleh.Buktikan yang awak boleh berjaya dalam STPM ni'

'Amirah, cikgu yakin yang awak boleh buat.Cikgu percaya pada awak dan cikgu letakkan harapan yang tinggi dekat awak.Cikgu nak awak dapatkan A dan buat cikgu bangga dengan awak'

'Amirah, cikgu sayang awak.Cikgu halalkan segala ilmu cikgu dekat awak dan cikgu doakan awak berjaya.Cikgu restu awak.Ya Allah, berilah kejayaan kepada Amirah.Jadikanlah dia seorang yang berjaya dan dapat setiap apa yang diimpikan'

'Cikgu, terima kasih sebab pernah ajar saya.Saya hargai apa yang cikgu buat.Doakan saya berjaya dalam hidup.Doakan saya berjaya dalam STPM ni.Saya harap cikgu halakan segala ilmu yang pernah cikgu bagi dekat saya.Saya sayangkan cikgu dan saya akan kenang jasa cikgu.Terima kasih cikgu.Terima kasih cikgu.Terima kasih cikgu.Doakan saya'

Bantu aku
Bantu aku
Bantu aku
Permudahkanlah urusan ku
Kabulkan lah hajat dan impianku
Jauhkan aku dari kegagalan, kedukaan dan kekecewaan
Bantu aku
Bantu aku
Berikanlah aku kejayaan
Kuatkan lah daya ingatanku
Jadikan aku seorang manusia yang berjaya dan disegani
Rahmatilah aku.
Rahmatilah aku.

Dia percaya bahawa nama lain bagi kejaiban adalah usaha , 

MIRACLE



“Prayer without study would be empty. Study without prayer would be blind.”


“If you don’t go after what you want, you’ll never have it. If you don’t ask, the answer is always no. If you don’t step forward, you’re always in the same place.” 


“The Future is for those who prepare for it today”


 Saya percaya, bahawa nama lain bagi KEAJAIBAN adalah USAHA :)



01 november 2012
another, 13 days before STPM examination.
InsyaALLAH.insyaALLAH.insyaALLAH.




Dia percaya bahawa nama lain bagi keajaiban adalah usaha,
  .