Tuesday, October 16, 2012

Ketua Songsang


Dakwaan
dibuat secara membabi buta
Kemarahan
dilempiaskan tanpa waras
tanpa alasan yang kukuh
tanpa pemerhati yang teliti
tujahan membunuh sekeras konkrit
rakus membenam emosi
mematikan senyuman membunuh ketawa

Dia yang cerdik
dibuat rujukan diangkat martabat
tapi hampa
di sebalik keihkhlasan mendidik si tuli
yang buntu lagi naif
terpalit sikap angkuh dan kepura puraan
taraf dijadikan pemisah
darjat kepandaian dijadikan alasan untuk membenci

Penghabisan di akhir perjalanan
dunia yang hidup tahu
karma itu benar
lama kelamaan rasa hati akan muncul sendiri
menampakkan kebencian api amarah dan jelingan keji

Tangan yang mulanya ringan menadah
kian kecil bukaannya
kerana sedar bahawa itu dan ini yang dibuat
dusta belaka
malu menguasai diri
Kemampuan diperkotak katikkan
rasa hormat bertukar menjadi benci
umpatan membara bersama kata kata nista yang keji
terpalit dalam lisan diri
bahawa
kau bukan siapa siapa

Hanya pemberi ilmu
yang angkuh
tidak pernah mahu menunduk kepala
tidak pernah cuba mahu menembusi mata
atas sebab itu
jalan yang dipilih adalah lakaran hitam
yang gelap gelita tanpa ada jalan untuk kembali
penghinaan dakwaan dan tuduhan
dibuat rela dicerca hebat
dengan alasan mahu menduga
mahu  bermain dengan minda dan emosi
akhirnya
puas mengusai dirimu bila melihat kami terkulai
hilang kata kata
hilang arah tujuan
hilang mandat dan kepercayaan
kudrat hilang sekelip mata
untuk terus menulis dan melakar


Hakikatnya
kebodohan yang nyata adalah dirimu
Kelihatan bijak teragung
tidak perlu membuka bibir
Tapi
kau lupa
Kebodohan terpancar terang
bila setiap kata katamu diselit dengan rasa kemarahan
kerana bagimu yang memberi perlu disembah

kau membunuh satu perhubungan mesra
yang disulam selama hampir 2 tahun
mati menjadi debu
ranap sekelip mata

Tindak balas yang kau harapkan
bukan realiti di matamu
harapanmu ditepis angan anganmu musnah
keegoaanmu tercabar
keupayaanmu dipertikaikan

Bukan kurang di ajar
Apatah lagi menyulam kebiadapan
tetapi watakmu membuatkan kami
terpaksa akur
bahawa engkau hanya angin lalu
datang tanpa dipuja
pergi tanpa dihalang

Ilmu bukan permainan
perasaan bukan boneka
kerana rasa itu yang akan kami bawa
sehingga ke detik pertama
tulisan padu dicatit atas hamparan kanvas putih
hingga ke titisan dakwat terakhir

kami percaya
kudrat dan kekuatan kami
adalah atas pertalian kami berlapan

dan
bukan dirimu


Maaf, cikgu
BIAR PECAH DI PERUT.JANGAN PECAH DI MULUT.

FYT!


1 comment:

Abil Fikri Ahmad said...

Wah! betul punya berani n3 kali ni! hahahaha