Thursday, October 25, 2012

KAMI DAH KONVO!



KAMI DAH KONVO!
KAMI DAH GRADE!

untuk kali yang keDUA

Konvokesyen kali ke-2?
Fullameek tajuk macam tak nak kalah dia punya pemilihan ayat.
Tak cakap banyak, terus menaip Konvo.Kali ke 2 pulak tu.
Normal punya turutan diploma kemudian degree.haaaa, tu baru lah 2 kali konvokesyen.
Yang ni punya kes konvo SPM lepas tu Konvo STPM. 2 kali jugak kan? haha
Sebenarnya, graduasi lah :)
Tamat sesi persekolahan tahun 2012 sebelum secara rasmi menduduki STPM.
Graduate yang ke 2 kalinya di Wangsa Melawati.
Masa tingkatan5 tahun 2010. Dan sekarang Tingkatan 6 Atas tahun 2012.




Perasaan?
Gembira
Tu yang sampai gigih bawa 2 jenis tudung untuk ditukar pakai.
Sebab selendang putih membuatkan muka nampak sangat gebu.Rasa keyakinan untuk senyum mengada depan kamera hilang.
Tapi sedikit sebanyak,semalam rasa malu tu terbit bila sedar yang aku ni naik pentas sekali dengan batch Tingkatan 5 yang dulunya masa aku First graduate mereka ni masih menyedut hingus.
Masa tu mereka masih Kanak kanak riang di tingkatan3.
Haha.Siapa sangka akhirnya pada hujung tahun ni kami berkongsi pentas.
Balasan bagi perasaan riak dulu kala yang pernah mengeji kakak kakak tingkatan 6.
Amek kaww -_-
Sekarang aku terkandas dekat tingkatan 6.
Eh tak apa lah.Janji nanti STPM kita bolos sajeeee dinding itu!



Gua nampak ringan je bila melayang di udara kan?


Semalam yang tukang bagi skroll tu pak ciK PIBG.kau tau apa itu PIBG?
ahh! Mungkin kau dah lupa sebab dah lama pencen sekolah kan.
PIBG stand for Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
PIBG yang selalu tak berduit untuk buat sumbangan dekat sekolah.
Dah lah mak cik PIBG yang lain lain tu muka stok tak bertauliah.
Jenis ibu ibu yang lilit selendang bersepai baru mencuba nak berwedges kemudian make up caca marba.
Macam mak cik mak cik jual kuih punya muka.
Tak professional betul air muka dan gaya beliau.
Rasa amarah bila tengok mak cik tu duduk kerusi VIP sambil silang kaki.
Aishhh! Mak sapa lah ni?
*Tak sempat pula nak snap gambar mak cik tu. -_-

Majlis ini dirasmikan oleh seorang pakcik yang tak berportfolio
Pengerusi dia yang bagi skroll.
Memang tak horny bila menyalam pak cik tu sebab beliau hanyalah pak cik dan bukannya professor,tan sri,pendeta,datuk,dato' atau golongan cerdik pandai yang lain.haha
Sedih je bila konvo dekat sekolah macam ni. Dah lah tak ada dekan punya award.
Kalau ada, pasti aku yang naik pentas :)
hehe



Tapi tak apalah, yang pasti kami berlapan sudah hampir di penghujung jalan.
Menerima Sijil graduasi sebelum boleh melangkah terus ke destinasi masing masing :)

Rasa hebak jugak lah bila jubah tingkatan 6 je yang lain dari yang lain.
Walaupun macam corak macam ehmm macam ehmm macam tuuuuuuuuuuuutttttttttttttt
Tapi tak apalah, apa de hal.Bolos saje dinding itu! Haha

Nah, antara adik beradik berlapan ni sudah pastilah aku selaku ketua yang disegani dan paling obvious dia punya bidang dada macam abang abang yang bergiat aktif dalam sukan ragby.
Tak perlu ke gym,ambil protein pun boleh ternak bidang dada sasa macam ni.
Ouh gadis!
Tolong jangan jatuh cinta dan rasa seperi mahu bersandar pada dada saya yang sasa ni.
Haha.
Tolonglah percaya, aku nampak macam gergasi jinak sebab baju kurung ni dah berspan kemudian tambah lagi pakai jubah yang ada span.
Aku tak gemuk. Cuma kenyal sedikit macam machellin :D

Jubah warna pink masa tingkatan 5. Nampak kan ? masa ni gaya macam budak belum baligh.Tak matang.Saiz? isk


Jubah maroon ni masa Tingkatan 6. Haaa, nampak dah bertamadun sikit gaya berdiri.Saiz?Eh! macam mak mak orang yang graduate PHD laaaaaaaaaaaaaaaaa

Ni di sekolah.
Antara gambar yang digemari :)


SMK WANGSA MELAWATI AIMS HIGH :)


Lepas dah berlagak professional ayu ayu jalan kena berkepit, maka ayuh juragan!
Kita melenjan di Kepong. Yeayyyy!
Destinasi yang dituju bagi tujuan Camwhore ialah di Taman Layang-Layang
Barulah sahabat sejati bila berjemur sama sama, ketiak pun basah bersama sama.
Memakai baju anak anak gadis kampung begini, tak menghalang niat untuk berposing macam jantan.

Gigih meneruskan perjalanan


Dah mula terbongkar sikit perangai sebenar bila mula bertenggek atas badan hidupan laut



Pokok yang tak berdosa turut dijadikan mangsa keadaan.

Di sebalik tabir kejadian menyeksa diri ini.


Rasa betul betul urban bila tak pakai kasut tumit tinggi :D Sila fokus pada muka yang cantik.Bukan kaki.
Ni semua pengawas sekolah ni, merangkap senior pemimpin paling tertinggi.


Dekat sekolah bukan main menegking budak sampai tersembur air liur.Tapi hakikatnya, kakak dengan abang ni semua terencat sebenarnya. 



Pelajar biasa yang tak bermasalah.Paling biasa biasa yang baju kuning tu.Haha

Camwhore yang bukan 18sx

mukadimah yang tak berwawasan punya gambar.
Banyak lagi possing yang bida'ah sebenarnya
Terima kasih kepada MCdonald kerana memberikan tenaga batin yang banyak

Dari pukul 12.30 tengah hari sehinggalah ke pukul 4.00 petang.
Bukan main panas lagi.Masa tu tak cakap banyak make up cair secara drastik tanpa dapat ditahan.
Make up bertukar menjadi peluh yang deras.
Tapi, sebab sahabat sejati punya pasal.
Apa lah sangat setakat berjemur di tengah panas.
Bolos saje dinding itu! :D

Ini pun antara gambar yang digemari.
MY FAV!
Kalau lihat dari mata hati, yaa tak boleh disangkal lagi,
Kami sangat akrab! :)


Feeling sexy bila baring atas tanah macam ni haha



 

 Bermain Upih bersama kawan kawan memang nostalgik

Macam kurang sopan bila gua terkangkang macam tu.isk

 Saya sayang awak


Mentang mentang dia sorang lelaki,dia jadi tamak pulak nak kuasai kamera.




Semua gadis desa ni masih belum berpunya dan berhasrat nak bercinta di kampus nanti :D


Ekspresi muka tak menjadi bila kepala dibungkus ketat 



 “Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything.” 
― Muhammad Ali





Akhir kata,
Semoga perjalanan kita berlapan untuk menggapai cita cita akan dapat kita kecapi
Pertemuan singkat di alam persekolahan antara kita, menjadikan kita lebih rapat
Kenal antara satu sama lain
Doa Umai dalam hati, semoga keputusan STPM kita adalah yang terbaik untuk kita berikana kepada ibu bapa guru dan buktikan kepada sekolah yang KITA MAMPU BUAT!



Mengenalimu satu kesyukuran,Bergurau denganmu satu kebahagian,menyakiti hatimu akan ku elakkan, 
satu permintaan dariku, semoga PERSAHABATAN kita akan terus berkekalan :)

bye.

*Aku tahu ada readers tak tegar yang mengata dalam hati 'gemuk gilaaa dia ni'
WOI!TAHUN DEPAN LEPAS STPM HABIS AKU KURUS LAH WOI!
isk
betul betul bye.



2 comments:

Unknown said...

Lepas Jom masuk U pulak.

humaira balkiss said...

thanks en rashid.insyaallah.tak lama lagi.meman itu yang diharapkan :)