Saturday, October 13, 2012

I LOVE YOU, STUPID




Mungkin kedengaran agak tak senonoh
sebab makin dah nak dekat STPM, 
terberpelseran dan tersangkut membeli sebuah lagi buku novel
Sebab minat punya pasal, duit yang bajet nak spent untuk makan dan memanjai perut
dihabiskan dengan membeli buku novel yang terbaru
Koleksi semakin bertambah dan menjadikan simpanan buku novel yang aku dah kumpul sebanyak 258buah buku :)
Haaa, nampak tak betapa sebenarnya Awek Michelin ni selalu berada dalam dunia sendiri.

sebenarnya gila -_-

Membaca novel, senyum sendiri gelak sendiri kadang kadang sampai menangis
Masa air mata menitis sebab baca novel baru sedar yang
'Ouuh, aku perempuan normal rupanyaa' 
Jadi, sila jangan membajet hadko.

Klishe!
Ayat mengundang yang selalu orang labelkan dekat si kaki novel
'Perempuan yang membaca novel biasanya dia tidak merasai perasaan cinta antara lelaki dengan perempuan, maka dia luahkan emosi dia dengan membaca kisah cinta dalam novel dan menjadikan diri dia seperti watak utama dalama novel yang mendapat lelaki yang sempurna'

Amboi mak jemah
Berani kau nak kata aku ni Forever Alone.
isk
Tapi malu sendiri nak sangkal sebab lepas habis je baca novel mesti otak dah mula berangan dan cipta yang watak hero tu wujud
Dan mula menyebut nama si hero dalam novel sambil berkata
 kepada (si dia, bukan nama sebenar)  ......I LOVE YOU. kahkahkah
Forever Alone lah kau :D

Ah prejudiskan orang yang memperlekehkan si pembaca novel
Anggap je mereka mereka ni kurang pembacaan sebab tu bila menaip ayat semua dan ejaan macam rempit kena buasir.
Rugi lah bagi mereka yang tidak menikmati alam pembacaan.Sangat rugi.
Sekian :)

Maka alkisahnya,
masa siang tadi lepas habis tusyen di Pusat Tusyen Kasturi
Hujan lebat yang turun membantutkan niat aku nak redah balik ke LRT
sebab takut rambut depan penyek
Bila rambut penyek dahi jendol akan tersembol keluar dan maskara pun cair
Acane? Gua bukan gothik :D

Aku pun berpelseran dekat tempat yang paling mengujakan
Secara peribadi, aku rasa KEDAI BUKU merupakan tempat yang paling heaven!
Suka bau buku dan suka membaca buku buku yang ada dekat sana sambil feeling kejadian bertemu cinta dalam kedai buku.

Ye lah bila baca buku macam yang cerita selalu buat
dan dan depan mata ada jodoh, dan dan ada jodoh tolong ambilkan buku yang tinggi, dan dan ada jodoh yang terlanggar bahu dan lebih manis dan dan buku terjatuh depan jodoh
Padahal jodoh tu mat bangla Popular yang kerja kat situ je
Forever Alone lagi.Hahahaha

So here we go.
Ini dia novel yang terbaru
I LOVE YOU, STUPID.




*Ihsan gambar orang ramai

tebal memang tebal dan kalau hempuk dekat kepala kau boleh bengkak 3 hari woi!
RM 39.00 yang dibeli di Popular

Tanpa was was aku sauk buku ni bila nampak nama MELUR JELITA
Percayalah, penulis ni MEMBUNUH :)

Buku pertama beliau AWAK SUKA SAYA TAK?



*ihsan gambar orang ramai


memang menyentuh kalbu dan aku terabaikan duniawi sebab asyik benar membaca
Dua dua buku beliau tebal dan kalau tak cecah 1000 muka surat tu tak sah :)
Semakin tebal buku itu semakin seronok kisahnya :D

Masih berbalut dan belum dibuka lagi,
Tengah berperang dengan jiwa nak baca novel atau baca buku STPM
dalam dilema ......

Sabar mira sabar,
Kan HILMAN YONG selalu pesan suruh bersabar
:)

HILMAN YONG, AWAK SUKA SAYA TAK?
Tiba tiba
HILMAN YONG menjawab, I LOVE YOU, STUPID





okay,forever alone lagi.
yeay!

bye bye.

2 comments:

farra fajima said...

homaigodd
tebalnye novel tu
kalau bg kt i, setahun pun tak tentu habes
i da pencen nyahh
hahaha

SWK said...

love the makeup on you. very pretty!