Tuesday, October 30, 2012

Paling Keji


Tengah merayau rayau dalam folder gambar lama
terserempak dengan gambar yang paling mencuri tumpuan
Atau dalam kata nama lain gambar yang paling keji
untuk abad ini -_-

Entah macam mana, budak gemuk ni boleh bantai mencekik dalam tandas
tempat pembuangan segala sisa toksik
dia dengan rendah hati tanpa was was boleh merasai makanan dengan muka yang nikmatnya
lebih parah lagi
dah lah membawa bekal masakan emak
emak memasaknya dengan penuh rasa kasih sayang
kemudian anaknya ini pergi memakannya dalam tandas
yang lagha lagi keji
dengan perasaan bahagia sungguh
sungguh sungguh menikmati hasil masakan air tangan ibu
lokasi paling strategik untuk melepaskan tekak
adalah dalam 'restoran bepintu-pintu'
yeayyy!


Muka annoying seperti berfeeling sedang makan dalam restoran menaraberputar.Pak hang!


lagi Umai lagi.sumbat lagi sumbat lagi sampai kenyang -_-

Kesimpulannya,
muka yang suci murni siapa sangka pernah mentekedarah dalam tandas
huewhuewhuew
Kbye! 



Thursday, October 25, 2012

KAMI DAH KONVO!



KAMI DAH KONVO!
KAMI DAH GRADE!

untuk kali yang keDUA

Konvokesyen kali ke-2?
Fullameek tajuk macam tak nak kalah dia punya pemilihan ayat.
Tak cakap banyak, terus menaip Konvo.Kali ke 2 pulak tu.
Normal punya turutan diploma kemudian degree.haaaa, tu baru lah 2 kali konvokesyen.
Yang ni punya kes konvo SPM lepas tu Konvo STPM. 2 kali jugak kan? haha
Sebenarnya, graduasi lah :)
Tamat sesi persekolahan tahun 2012 sebelum secara rasmi menduduki STPM.
Graduate yang ke 2 kalinya di Wangsa Melawati.
Masa tingkatan5 tahun 2010. Dan sekarang Tingkatan 6 Atas tahun 2012.




Perasaan?
Gembira
Tu yang sampai gigih bawa 2 jenis tudung untuk ditukar pakai.
Sebab selendang putih membuatkan muka nampak sangat gebu.Rasa keyakinan untuk senyum mengada depan kamera hilang.
Tapi sedikit sebanyak,semalam rasa malu tu terbit bila sedar yang aku ni naik pentas sekali dengan batch Tingkatan 5 yang dulunya masa aku First graduate mereka ni masih menyedut hingus.
Masa tu mereka masih Kanak kanak riang di tingkatan3.
Haha.Siapa sangka akhirnya pada hujung tahun ni kami berkongsi pentas.
Balasan bagi perasaan riak dulu kala yang pernah mengeji kakak kakak tingkatan 6.
Amek kaww -_-
Sekarang aku terkandas dekat tingkatan 6.
Eh tak apa lah.Janji nanti STPM kita bolos sajeeee dinding itu!



Gua nampak ringan je bila melayang di udara kan?


Semalam yang tukang bagi skroll tu pak ciK PIBG.kau tau apa itu PIBG?
ahh! Mungkin kau dah lupa sebab dah lama pencen sekolah kan.
PIBG stand for Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
PIBG yang selalu tak berduit untuk buat sumbangan dekat sekolah.
Dah lah mak cik PIBG yang lain lain tu muka stok tak bertauliah.
Jenis ibu ibu yang lilit selendang bersepai baru mencuba nak berwedges kemudian make up caca marba.
Macam mak cik mak cik jual kuih punya muka.
Tak professional betul air muka dan gaya beliau.
Rasa amarah bila tengok mak cik tu duduk kerusi VIP sambil silang kaki.
Aishhh! Mak sapa lah ni?
*Tak sempat pula nak snap gambar mak cik tu. -_-

Majlis ini dirasmikan oleh seorang pakcik yang tak berportfolio
Pengerusi dia yang bagi skroll.
Memang tak horny bila menyalam pak cik tu sebab beliau hanyalah pak cik dan bukannya professor,tan sri,pendeta,datuk,dato' atau golongan cerdik pandai yang lain.haha
Sedih je bila konvo dekat sekolah macam ni. Dah lah tak ada dekan punya award.
Kalau ada, pasti aku yang naik pentas :)
hehe



Tapi tak apalah, yang pasti kami berlapan sudah hampir di penghujung jalan.
Menerima Sijil graduasi sebelum boleh melangkah terus ke destinasi masing masing :)

Rasa hebak jugak lah bila jubah tingkatan 6 je yang lain dari yang lain.
Walaupun macam corak macam ehmm macam ehmm macam tuuuuuuuuuuuutttttttttttttt
Tapi tak apalah, apa de hal.Bolos saje dinding itu! Haha

Nah, antara adik beradik berlapan ni sudah pastilah aku selaku ketua yang disegani dan paling obvious dia punya bidang dada macam abang abang yang bergiat aktif dalam sukan ragby.
Tak perlu ke gym,ambil protein pun boleh ternak bidang dada sasa macam ni.
Ouh gadis!
Tolong jangan jatuh cinta dan rasa seperi mahu bersandar pada dada saya yang sasa ni.
Haha.
Tolonglah percaya, aku nampak macam gergasi jinak sebab baju kurung ni dah berspan kemudian tambah lagi pakai jubah yang ada span.
Aku tak gemuk. Cuma kenyal sedikit macam machellin :D

Jubah warna pink masa tingkatan 5. Nampak kan ? masa ni gaya macam budak belum baligh.Tak matang.Saiz? isk


Jubah maroon ni masa Tingkatan 6. Haaa, nampak dah bertamadun sikit gaya berdiri.Saiz?Eh! macam mak mak orang yang graduate PHD laaaaaaaaaaaaaaaaa

Ni di sekolah.
Antara gambar yang digemari :)


SMK WANGSA MELAWATI AIMS HIGH :)


Lepas dah berlagak professional ayu ayu jalan kena berkepit, maka ayuh juragan!
Kita melenjan di Kepong. Yeayyyy!
Destinasi yang dituju bagi tujuan Camwhore ialah di Taman Layang-Layang
Barulah sahabat sejati bila berjemur sama sama, ketiak pun basah bersama sama.
Memakai baju anak anak gadis kampung begini, tak menghalang niat untuk berposing macam jantan.

Gigih meneruskan perjalanan


Dah mula terbongkar sikit perangai sebenar bila mula bertenggek atas badan hidupan laut



Pokok yang tak berdosa turut dijadikan mangsa keadaan.

Di sebalik tabir kejadian menyeksa diri ini.


Rasa betul betul urban bila tak pakai kasut tumit tinggi :D Sila fokus pada muka yang cantik.Bukan kaki.
Ni semua pengawas sekolah ni, merangkap senior pemimpin paling tertinggi.


Dekat sekolah bukan main menegking budak sampai tersembur air liur.Tapi hakikatnya, kakak dengan abang ni semua terencat sebenarnya. 



Pelajar biasa yang tak bermasalah.Paling biasa biasa yang baju kuning tu.Haha

Camwhore yang bukan 18sx

mukadimah yang tak berwawasan punya gambar.
Banyak lagi possing yang bida'ah sebenarnya
Terima kasih kepada MCdonald kerana memberikan tenaga batin yang banyak

Dari pukul 12.30 tengah hari sehinggalah ke pukul 4.00 petang.
Bukan main panas lagi.Masa tu tak cakap banyak make up cair secara drastik tanpa dapat ditahan.
Make up bertukar menjadi peluh yang deras.
Tapi, sebab sahabat sejati punya pasal.
Apa lah sangat setakat berjemur di tengah panas.
Bolos saje dinding itu! :D

Ini pun antara gambar yang digemari.
MY FAV!
Kalau lihat dari mata hati, yaa tak boleh disangkal lagi,
Kami sangat akrab! :)


Feeling sexy bila baring atas tanah macam ni haha



 

 Bermain Upih bersama kawan kawan memang nostalgik

Macam kurang sopan bila gua terkangkang macam tu.isk

 Saya sayang awak


Mentang mentang dia sorang lelaki,dia jadi tamak pulak nak kuasai kamera.




Semua gadis desa ni masih belum berpunya dan berhasrat nak bercinta di kampus nanti :D


Ekspresi muka tak menjadi bila kepala dibungkus ketat 



 “Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything.” 
― Muhammad Ali





Akhir kata,
Semoga perjalanan kita berlapan untuk menggapai cita cita akan dapat kita kecapi
Pertemuan singkat di alam persekolahan antara kita, menjadikan kita lebih rapat
Kenal antara satu sama lain
Doa Umai dalam hati, semoga keputusan STPM kita adalah yang terbaik untuk kita berikana kepada ibu bapa guru dan buktikan kepada sekolah yang KITA MAMPU BUAT!



Mengenalimu satu kesyukuran,Bergurau denganmu satu kebahagian,menyakiti hatimu akan ku elakkan, 
satu permintaan dariku, semoga PERSAHABATAN kita akan terus berkekalan :)

bye.

*Aku tahu ada readers tak tegar yang mengata dalam hati 'gemuk gilaaa dia ni'
WOI!TAHUN DEPAN LEPAS STPM HABIS AKU KURUS LAH WOI!
isk
betul betul bye.



Saturday, October 20, 2012

Perempuan Mata Tajam


Selingan mesej aku dan dia masa perlawanan ATM menentang KELANTAN.

Dia di Pulau Pinang atas urusan kerja dan aku di Taman Melati,terkurung dalam rumah tercinta
bosan,kosong dan tak ada perkara yang mahu dibuat.
Maka, siaran astro menarik jiwa yang lara ni untuk duduk menonton bola.
Selepas puas menonton berpuluh kali movie Lord Of The Rings.
Dah habis, maka aku tak ada pilihan.
* Klik siaran 801 astro Arena.
Teliti dan perhati manusia manusia yang lincah berlari atas padang. Tak penat ke bro? jersy kau dah basah berkilat.

Bosan lagi, ambil phone dan bermesej separa ceria...

Aku : Awak kenal tak James pemain sayap ATM ?

Dia : James?Kenal.Dia bukan main sayap lah.Dia striker ATM.Tadi goal yang ke-2 ATM James yang          bagi.Dia hebat! Dia penyelamat! Hahaha

Aku : I dont care kalau dia hebat atau dia sumbatkan goal.Mira tak tengok dia sumbatkan goal ke apa.Bola sepak satu permainan yang membosankan.Tak rasa patriotik bila guna khidmat orang luar .Dia bukan orang Malaysia and dia tak berkhidmat untuk Malaysia.Macam ATM terlalu miskin tak ada pemain sendiri *membebel.
 Awak kenal ke tak James?

Dia : Kenal.Kenapa dengan James?

Aku : Mira cuma nak cakap, awak tengok tak bontot si James tu?TONGGEK! macam tak sesuai main bola.Bontot dia berbuah nampak besar dan berat.

Dia : -__-
*terkedu dan malas nak layan.






Do i look like i care?
Yang pasti, antara bola dan james, aku rasa james lagi menarik perhatian mata.
Mantap nyahhhhhhhhhh! kau ado?
hahaha


Maaf, aku tidak gemarkan bole tapi sekadar melayan suka suka, boleh lah.
Suka? haaa sebab suka tu lah yang sampai segmen menilik badan jantan kan mira kan?kan? puih.
Tujuan? Cuci mata.
Bukan tegar beremosi melihat ledakan sepakan pemain atau melompat riang bila goal dijaringkan.
Aku rasa Permainan bola sepak agak membosankan :D

Apatah lagi bagi peminat sejarah macam aku ni, rasa tak patriotik bila tengok ada orang luar yang turut serta bernaung bawah pasukan Malaysia untuk tiket peribadi.
Marah dan benci. *emosi.


Mengeluh yang kebosanan. k bye.

*Sebenarnya,yang jujur...
AKU SEDANG RINDU.


Friday, October 19, 2012

Sembuhkan DIA


Terkedu aku melihat
tanpa segan
DIA menitiskan air mata di depan berpuluh puluh mata yang melihat
DIA tersedu menangis hingga tidak terkira kalimah suci itu disebutnya
ALLAH ALLAH ALLAH 
ALLAHHUAKHBAR ALLAHHUAKHBAR
tidak henti henti bibirnya mengucap takbir, zikir dan kalimah syahadah
tidak henti henti DIA menarik nafas kesakitan

Aku lihat
Menitis hiba air mata seorang lelaki
tanpa dapat dikawal tanpa memikirkan air muka
tanda DIA terlalu azab dan perit
hingga tidak tertanggung nyawa
DIA terlalu sakit
terlalu perit
dan tidak tergambar azab yang dirasanya bila DIA berkeluh kesah
dahinya berkerut seribu
menahan kesakitan

DIA memegang pinggangnya seolah olah terdapat satu tusukan menembusi badannya
DIA teguh berdiri terus menulis terus berusaha untuk mengajar
Tergambar jelas aku lihat
tangannya menggigil menahan sakit
Riak wajahnya berpeluh menahan seksa
aku melihat dahinya berurat tegang
telinganya bertukar kemerahan
wajahnya basah dengan peluh menitis
langkah kakinya tiada kudrat mengiringi

Tepat pada peralihan hari
Antara pertukaran siang ke malam
detik senja menjelma
DIA mula berkerut seribu
DIA mula mendengus kesakitan
DIA mula merasa ketakutan
dan DIA mula mengungkapkan bicara kematian

Badannya dipaku, kepalanya dipasak kukuh, badannya dibakar melecur
panas tidak terjangkau dek akal


tidak terdaya untuk aku kalihkan pandangan
mataku melihat tegar
setiap detik
langsung tidak berganjak
Melihat DIA diazab
melihat DIA menitiskan air mata

Bicara dari bibirnya
yang sehingga saat ini mendebarkan aku
terpahat kukuh dalam ingatan aku
satu persatu butir kalimat bicaranya

'Saya akan berjuang hingga ke titisan darah terakhir, kalau pilihan yang saya ada adalah bertongkat dan berkerusi roda saya tetap akan datang kepada kamu sehingga akhir 11 hari bulan 11.Saya tetap akan berjuang untuk memikul amanah ini supaya pada hari tersebut kamu tersenyum lega'
'Saya berjuang dengan maut dan malam yang menakutkan bagi saya sudah menjelma'
'belajarlah betul-betul berjuang pada tempoh itu sehingga kamu dapat masuk ke universiti'

Aku mendengar dengan pedih perit dan..
Ya,
tidak ada penafian dan penipuan mahupun ego
Air mata ini menitis menyebut namanya
berdetak hati seakan akan mahu gugur
bila DIA acap kali menyebut tentang mati
tentang ketiadaannnya dan tentang pemergiannya
Nota yang diberi
DIA umpamakan sebagai peneman
penyuluh jalan dan nota itu adalah dirinya
peneman yang bakal bersama memberi kekuatan
sehingga saat aku melangkahkan kaki masuk ke dewan peperiksaan

Ya Allah,
Aku pinta padamu
sembuhkan lah sakit DIA, hilangkan lah kesepian DIA, buangkan lah kepedihan jiwa DIA
Sesungguhnya
di belakang DIA
ada berpuluh ribu tangan yang menadah mahukan ilmunya
Ada beratus hati yang mengharap untuk mendegar butir bicara ilmunya
ada berpuluh jari yang  mengangkat berdoa tentangnya

dan ada berjuta juta khalifah di bumi ini
yang berjaya atas jasa tangannya yang tegar menulis
mendapat ilham atas setiap butir bicaranya
mendapat kesedaran atas setiap tegurannya
mendapat kesenangan atas perjuangnnya
mendapat keinsafan atas perit lelahnya dirinya
dan mendapat penghormatan atas segala jasa bakti ilmu yang pernah diberi olehnya

ya,
DIA guru yang paling terhormat
guru yang paling istimewa pernah aku kenali
guru yang tidak henti aku kagumi
guru yang aku sering ucapkan dalam bicara doa harianku

Aku berharap agar keajaiban itu ada
aku mahukan 
DIA terus tabah cekal dan percaya pada ZAT ALLAH
hanya ZAT ALLAH yang boleh mematikan sihir laknat jahannam!





Tuesday, October 16, 2012

Ketua Songsang


Dakwaan
dibuat secara membabi buta
Kemarahan
dilempiaskan tanpa waras
tanpa alasan yang kukuh
tanpa pemerhati yang teliti
tujahan membunuh sekeras konkrit
rakus membenam emosi
mematikan senyuman membunuh ketawa

Dia yang cerdik
dibuat rujukan diangkat martabat
tapi hampa
di sebalik keihkhlasan mendidik si tuli
yang buntu lagi naif
terpalit sikap angkuh dan kepura puraan
taraf dijadikan pemisah
darjat kepandaian dijadikan alasan untuk membenci

Penghabisan di akhir perjalanan
dunia yang hidup tahu
karma itu benar
lama kelamaan rasa hati akan muncul sendiri
menampakkan kebencian api amarah dan jelingan keji

Tangan yang mulanya ringan menadah
kian kecil bukaannya
kerana sedar bahawa itu dan ini yang dibuat
dusta belaka
malu menguasai diri
Kemampuan diperkotak katikkan
rasa hormat bertukar menjadi benci
umpatan membara bersama kata kata nista yang keji
terpalit dalam lisan diri
bahawa
kau bukan siapa siapa

Hanya pemberi ilmu
yang angkuh
tidak pernah mahu menunduk kepala
tidak pernah cuba mahu menembusi mata
atas sebab itu
jalan yang dipilih adalah lakaran hitam
yang gelap gelita tanpa ada jalan untuk kembali
penghinaan dakwaan dan tuduhan
dibuat rela dicerca hebat
dengan alasan mahu menduga
mahu  bermain dengan minda dan emosi
akhirnya
puas mengusai dirimu bila melihat kami terkulai
hilang kata kata
hilang arah tujuan
hilang mandat dan kepercayaan
kudrat hilang sekelip mata
untuk terus menulis dan melakar


Hakikatnya
kebodohan yang nyata adalah dirimu
Kelihatan bijak teragung
tidak perlu membuka bibir
Tapi
kau lupa
Kebodohan terpancar terang
bila setiap kata katamu diselit dengan rasa kemarahan
kerana bagimu yang memberi perlu disembah

kau membunuh satu perhubungan mesra
yang disulam selama hampir 2 tahun
mati menjadi debu
ranap sekelip mata

Tindak balas yang kau harapkan
bukan realiti di matamu
harapanmu ditepis angan anganmu musnah
keegoaanmu tercabar
keupayaanmu dipertikaikan

Bukan kurang di ajar
Apatah lagi menyulam kebiadapan
tetapi watakmu membuatkan kami
terpaksa akur
bahawa engkau hanya angin lalu
datang tanpa dipuja
pergi tanpa dihalang

Ilmu bukan permainan
perasaan bukan boneka
kerana rasa itu yang akan kami bawa
sehingga ke detik pertama
tulisan padu dicatit atas hamparan kanvas putih
hingga ke titisan dakwat terakhir

kami percaya
kudrat dan kekuatan kami
adalah atas pertalian kami berlapan

dan
bukan dirimu


Maaf, cikgu
BIAR PECAH DI PERUT.JANGAN PECAH DI MULUT.

FYT!


Saturday, October 13, 2012

I LOVE YOU, STUPID




Mungkin kedengaran agak tak senonoh
sebab makin dah nak dekat STPM, 
terberpelseran dan tersangkut membeli sebuah lagi buku novel
Sebab minat punya pasal, duit yang bajet nak spent untuk makan dan memanjai perut
dihabiskan dengan membeli buku novel yang terbaru
Koleksi semakin bertambah dan menjadikan simpanan buku novel yang aku dah kumpul sebanyak 258buah buku :)
Haaa, nampak tak betapa sebenarnya Awek Michelin ni selalu berada dalam dunia sendiri.

sebenarnya gila -_-

Membaca novel, senyum sendiri gelak sendiri kadang kadang sampai menangis
Masa air mata menitis sebab baca novel baru sedar yang
'Ouuh, aku perempuan normal rupanyaa' 
Jadi, sila jangan membajet hadko.

Klishe!
Ayat mengundang yang selalu orang labelkan dekat si kaki novel
'Perempuan yang membaca novel biasanya dia tidak merasai perasaan cinta antara lelaki dengan perempuan, maka dia luahkan emosi dia dengan membaca kisah cinta dalam novel dan menjadikan diri dia seperti watak utama dalama novel yang mendapat lelaki yang sempurna'

Amboi mak jemah
Berani kau nak kata aku ni Forever Alone.
isk
Tapi malu sendiri nak sangkal sebab lepas habis je baca novel mesti otak dah mula berangan dan cipta yang watak hero tu wujud
Dan mula menyebut nama si hero dalam novel sambil berkata
 kepada (si dia, bukan nama sebenar)  ......I LOVE YOU. kahkahkah
Forever Alone lah kau :D

Ah prejudiskan orang yang memperlekehkan si pembaca novel
Anggap je mereka mereka ni kurang pembacaan sebab tu bila menaip ayat semua dan ejaan macam rempit kena buasir.
Rugi lah bagi mereka yang tidak menikmati alam pembacaan.Sangat rugi.
Sekian :)

Maka alkisahnya,
masa siang tadi lepas habis tusyen di Pusat Tusyen Kasturi
Hujan lebat yang turun membantutkan niat aku nak redah balik ke LRT
sebab takut rambut depan penyek
Bila rambut penyek dahi jendol akan tersembol keluar dan maskara pun cair
Acane? Gua bukan gothik :D

Aku pun berpelseran dekat tempat yang paling mengujakan
Secara peribadi, aku rasa KEDAI BUKU merupakan tempat yang paling heaven!
Suka bau buku dan suka membaca buku buku yang ada dekat sana sambil feeling kejadian bertemu cinta dalam kedai buku.

Ye lah bila baca buku macam yang cerita selalu buat
dan dan depan mata ada jodoh, dan dan ada jodoh tolong ambilkan buku yang tinggi, dan dan ada jodoh yang terlanggar bahu dan lebih manis dan dan buku terjatuh depan jodoh
Padahal jodoh tu mat bangla Popular yang kerja kat situ je
Forever Alone lagi.Hahahaha

So here we go.
Ini dia novel yang terbaru
I LOVE YOU, STUPID.




*Ihsan gambar orang ramai

tebal memang tebal dan kalau hempuk dekat kepala kau boleh bengkak 3 hari woi!
RM 39.00 yang dibeli di Popular

Tanpa was was aku sauk buku ni bila nampak nama MELUR JELITA
Percayalah, penulis ni MEMBUNUH :)

Buku pertama beliau AWAK SUKA SAYA TAK?



*ihsan gambar orang ramai


memang menyentuh kalbu dan aku terabaikan duniawi sebab asyik benar membaca
Dua dua buku beliau tebal dan kalau tak cecah 1000 muka surat tu tak sah :)
Semakin tebal buku itu semakin seronok kisahnya :D

Masih berbalut dan belum dibuka lagi,
Tengah berperang dengan jiwa nak baca novel atau baca buku STPM
dalam dilema ......

Sabar mira sabar,
Kan HILMAN YONG selalu pesan suruh bersabar
:)

HILMAN YONG, AWAK SUKA SAYA TAK?
Tiba tiba
HILMAN YONG menjawab, I LOVE YOU, STUPID





okay,forever alone lagi.
yeay!

bye bye.