Jiran Tetangga

Saturday, September 1, 2012

Sebenarnya saya sangat malu




Apa yang kau rasa ?
Bila kau tengah tunggu lif dari tingkat bawah naik ke tingkat 3.
Tunggu punya tunggu dalam hampir 4 minit lepas tu pintu lif pun terbuka.
Tengok dalam lif ramai orang dalam 8 orang yang dah masuk
Yang tunggu dengan kau sekali tadi sebelah sebelah pun dah masuk
Tinggal kau sorang je depan lif
Tengah meninjau panjangkan leher nak cari mana lagi ruang nak sumbatkan badan

Orang dalam lif dah tunggu dan semua tengah tengok kau
Takkan nak terpacak je kan? Dah lah tunggu lama, alang alang dah tunggu lif dah sampai masuk je lah
Engkau pun masuk..
Tengah kau masuk pintu lif tu tersepit dekat badan kau
Kau punya badan terkena pintu
Masa tu kau paling dekat dengan pintu
Baru badan kau masuk separuh
Lif berbunyi
'tet tet tet tet teeeettttt'

Makna nya Overload!
Muatan lebih kau orang yang kesembilan dan masa kau pulak lif berbunyi
Dah lah tadi badan tersepit
Terus ada orang cakap 'overload,sorryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy....'
Lepas tu dengan muka malu kau langkah keluar balik dari lif
Lepas tu masuk toilet tengok muka dekat cermin
Dengan harapan bila kau turun ikut tangga, orang orang yang dalam lif tadi semua dah ghaib

Apa yang kau rasa??
Kau rasa apa?
Apa apa apa apa?
Apakahhhhhhhhhhhhhhhhhh?


SHIT!!
SUMPAH AKU MALU GILA TADI!

Kalau aku tahu nak jadi macam ni, sumpah aku guna tangga. Isk isk isk
Pengajaran untuk hari ini : Jangan pemalas dan kerapkanlah gunakan tangga.
Membakar lemak :(

Esok kalau terserempak dengan mereka nak buat buat tenang dan muka inensen.
Serious tak akan tengok lif pun lagi dan jangan membenarkan diri untuk masuk!




Bye.

1 comment:

::..Kay Ferra..:: said...

haha ! gua slalu kne...especially kalo lif uitm...ciss..