Saturday, August 25, 2012

Awek separa kampung



Ceritakan tentang kampung halaman anda.Mengapakah anda suka berada dan beraya di kampung anda?
Ceritakan lah..lah lah lah.ce citee :D

Ayat persis kanak kanak sekolah rendah punya soalan yang mahu dijawab.Kalau dulu mesti ada je bajet2 tanya minta buat karangan tentang 'bercuti di kampung'..

Pada hujung minggu cuti sekolah yang lalu, saya telah pulang ke kampung halaman....

Okay!
Ayuh kita mulakan sesi tulisan berjalan bersama gambar.
Hari ini kanvas ini tersedia untuk cerita kampung halamanku yang indah . Kata kau woi!

Kampung Umai terletak di Tanjung Malim Perak dan lebih terperinci rumah kampung ini di bina di pekan Behrang.


Tapi kalau nak ikutkan cerita penglipur lara, Umai memang berasal daripada Bangkahulu ataupun Bengkulu :)
Dari seberang sana. Hehe.
Kalau dekat Malaysia ni perkampungan Bengkulu ada di Negeri Sembilan, Sungai Choh dengan Behrang Perak.
Bengkulu ni ada bahasa sendiri dan adat budaya yang tersendiri. Kalau orang luar dengar bahasa kami, mesti kening berkerut tak faham.
Lain sikit dari minang, jawa, ataupun Bugis punya bahasa,
Bengkulu is bengukulu. Tanpa disedari, timbul rasa bangga sebab berdarah Bengkulu :)


Jadi, bila diajukan soalan 'awak ni orang mana' aku akan jawab 'saya orang Perak'
Tapi, sepatah haram  tak tahu nak cakap perak.
Sebab Tanjung Malim ni nak kata kekampungan sangat ti idok lah. Ia nya sebuah petempatan yang berada di sempadan Selangor dan Perak.
Dari KL kau lalu hala ke Genting tembus Rawang lepas tu kampung aku haaa.


Nampak? Perjalanan cuma ambil masa 1 jam sahaja kalau dipandu secara berhemah 100km/h. Itu kiraan masa yang kira halal lah jugak.
Sebab tu bila timbul soal nak balik kampung, aku tak berapa teruja sebabnya kampung ni terlalu dekat. Isk
Tak mencabar bontot macam perjalanan ke Utara dan Pantai Timur.
Kalau mood nak mendegar lagu raya Sudirman 'Balik Kampung' tu haa sekadar buat halwa telinga.
Pejam pejam mata tengok tengok dah sampai.
Eh eh! Dekat benar. Sangat tak puas nak memerap lama dalam kereta.
Sebab tu sampai sekarang aku memasang niat nak mencari bakal suami yang kampungnya boleh tahan jauh dan berliku perjalanan.
Baru seghonok.
Tapi oppak tak bagi ambil warga Pantai Timur lah pulak :P
Katanya panas hati bila mendegar 'kawe ore Kelate.Ore ganu pun yeee jugok..'

Cakap banyak banyak tak guna juga.
Terselah terencatnya haha.
Maka, ini ilaha kampung halaman Umai.
Masih terjaga kedaraan fauna dan floranya.
Kalau kau tak pernah tengok babi hutan, mari datang kampung Umai
Atau kau boleh ambil cermin dan berdiri di depannya. See.. dah tengok dah kan? :D haha.Okay tak lawak.



Kucing warganegara Bengkulu memang bersopan santun. Jalan menunduk persis ajaran orang tua terdahulu.hehe. Ni jalan masuk ke kampung Umai :)


Rumah pusaka sejak zaman berzaman. Dari kayu papan sekarang dah tak sedar diri nak moden macam bandar. Maka terhasillah rumah kampung berbatu bata .Isk. Tak pure sangat kekampungannya.




Nak naik masuk ke rumah perlu naik bukit bukau bersimen ni dulu. Orang kata buat pemanas badan pembasah ketiak. Dan kerana tangga puaka ni jugak lah Umai dah beberapa kali dapat tengok makcik2 tergolek jatuh tangga. Haha! Sangat kelakar.Nak rasa simpati pun jadi tak ikhlas bila tengok skill masing masing tahan brek kaki Haha





Nama rumah ini diberi ialah Teratak Bonda. Bukan main lagi nama nak klasik kan.
Tu alamat sebenar kampung lah yang termaktub dalam peta.
Awiah Binti Tajib itu nenek sebelah emak. Dia sangat garang dan saya tak suka dia. Rasa darah jadi panas bila duduk dekat2. 





Ini ialah serambi depan rumah tempat warga warga emas melepak membuang masa sambil membakar cerut :D

Kalau dari atas serambi tadi, boleh nampak dekat depan mata tasik buatan yang bari dibina. Kolam tu tempat kaki pancing yang berhabis berjam jam melupakan anak bini demi mengail ikan di kolam :D Molek lagi mereka, daripada warga kota yang lupa anak bini cari ikan di lorong gelap.eh eh!








 Ini ialah tempat kegemaran semua. Dekat belakang rumah ada pondok kayu yang dibuat untuk anak beranank melepak dan menghabiskan masa rehat .Atau dwifungsinya tempat sidai kain kalau hari hujan. :D





Ni suasana belakang rumah . Kanak kanak belum baligh selalu buat onar dekat pondok ni. Memecahkan pasu-pasu nenek. Tiap tahun dapat tengok nenek yang dah tua bertukar jadi harimau.
:) 

Dalam rumahnya mana? haishhh! 
Tak boleh pula nak bawa suasana dalam rumah ke peringkat global. Dalamnya macam kapal pecah. haha.
Malu lah kitewww

Garang garang nenek aku, dia tetap berjiwa cintakan alam sekitar. Nenek ada tanam banyak pokok sayuran dan buahan. Yang tak boleh makan pun dia tanam. Ye lah, suami  tak addoo apa lagi yang nenek mampu buat selain bermesra dengan tumbuhan hijau segar. 
Pelik bukan main sampai kami jadi pakar botani dekat kampung. Selidik natang apa pokok cenggini?

Kau ada?


 Tak ada yang peliknya dengan pisang , Umai! Dekat Kl berlambak pisang aneka ragam. Haha



Nenas pun tak pelik lah Umai. Lek lu bro.Lek luuuu


limau Kasturi yang gemuk ini enak dibuat mandi . Badan rasa segar. Gemuk kan? :D





Okay, ini ialah Buah Makisar. Air dia warna kuning boleh dibuat jus. Rasa masam masam manis. Masa nenek buat air ni, semua macam ikan piranha kebulur. sekejap je licin.




Antara yang paling mencuri tumpuan abad ini. Umai tanya, 'nenek ni apa nama ni? Pelik tak pernah jumpa'
'nama buah ni Terung puting tetek.Kau tak nampak bentuk dia macam puting tetek kita?'
Rasa kejang bila nenek merujuk kepada 'kita' isk!



Pokok tebu di tepian kali. :D



Betik ni subur. Berderet anak depa. Tak daq juai! :D



Natang hijau harum ni yang aku tak berapa nak gemar -_-



Inilah namanya Tembikai hidup segan mati tak mahu. Terkemut kemut dia nak hidup .








Semua menjadi subur kerana 'kun fayakun' di samping bantuan baja semulajadi :)
jeng jeng jeng!
Tu yang sedap di makan tu.



Jasa kau banyak nok, tapi kau tetap dikurung sebab semakin dikurung semakin banyak tahi yang dikeluarkan untuk membajai tanaman :D


Kucing bermata stim bermuka penagih dadah.




Kucing perghempuan hormon jantan lebih mempunyai misai :)


Telur buaya!


Satu kepala dah nampak..



Buli dia.





Mak dia pandang tak puas hati.


 Kampung halaman sentiasa di hati. Setai tahun mesti balik sini beraya walaupun nenek semedang nk kepala angin. Peduli apa kan? Kita ada kampung, redah je lah woi! :D

Akhir kata, Selamat hari raya Maaf zahir dan batin
daripada Umai :)








Gua jatuh cinta dekat mamat ni! <3 p="p">


Gambar raya tahun ini buat santapan sanak saudara yang berada di bangkahulu,India dan Belanda.
ceh..dan dan bagitau darah kacukan apa.haha.
Kbye!