Monday, July 30, 2012

Mission complete!



Assalamualaikum.
Mungkin ini entry ringkas yang suram papakedana sebab ditaip oleh jemari runcing Humaira tanpa dipost di laman muka buku.
Ececehh cehhh semenjak dua menjak sedah mengdeactivekan acc facebook ni, bukan main terasa kemanisan iman. Hihi.


Hati rasa tenteram je dan hidup kini semakin berkualiti.
Tak adalah aku tercongok congok menghabiskan masa menengok facebook dan melakukan perbuatan lagha.
Daripada facebook terjerumus kepada umpat keji dan terbawa bawa kepada nafsu ghairah mengexplore laman sosial yang terlalu sosial. Eh eh! Sesungguhnya aku sedang berpuasa :)




Memey lah taksub juga dekat facebook.
Balik je dari sekolah tak mandi terus berkain batik terus mengadap facebook.
Terlalu leka parah dan taksub.
Jadah apa entah yang buatkan aku begitu rakus menodai facebook.
Tengok gambar wanita cantik dengan harapan nak kurus macam mereka, Jadi stalker terhebat dekat jantan jantan kacak yang tak pernah sedar kewujudan aku, sadisnya nasib diri ini.haha. Ataupun, melihat luahan rasa emosi wanita gila yang update status berbaur unsur kurang kasih sayang dan annoying seperti nak mampus esok.Mohon terasa bagi sesiapa yang terasa :p

Jadi, sebelum kuman merebak dan terus menjadikan masa berkualiti aku terbuang begitu sahaja
Sebulat suaralah, kami selaku calon STPM tahun 2012 telah sebulat suara mendeactivekan facebook.
Bulat manusia kerasa sepakat, bulat perut kerana Mc donald!
:D
8 orang pelajar 6Alpha merangkap teman baik sekelas semua sudah mematikan acc facebook.Dengan harapan mood study dan rajin dapat dilahirkan.tettt!


Cadangnya nak deactive sementara sahaja. Ye lah sekarang dah bulan 8 bro.
Ada lagi 2 bulan sebelum trial STPM dan ada lagi 4 bulan sebelum STPM.
Kesedaran sivik tu semakin meningkat.

Alhamdulillah, cubaan pertama adalah menghapuskan penggoda utama facebook berjaya dilaksanakan.

MISSION COMPLETE!

Bulan ramadhan, syaitan dah kene jerut.Tapi bila pula facebook nak dijerut?
Ahha! Oleh itu secara rasminya sudah hampir 2 minggu humaira hebat telah mamatikan acc facebooknya.
Selamat tinggal laman muka buku ku.Tiada lagi luahan rasa emosi di sana.
Aku ingin berjuang ke medan perang pendidikan.Nyiahahaha. Over nok .



Nantilah, kalau iman di dada rapuh muncullah ya aku di facebook.
mengsyok sendiri upload gambar seperti aretis bawah tanah yang tak jumpa jalan keluar,haha.
Tapi, harap harapnya idok lah kan? Nak berjaya, cikgu kata haramkan facebook.
Ayuh! berjuang lah humaira.
Awak boleh! woot woot.

Memandangkan rutin harian aku sebagai mangsa ketagihan facebook berubah dan sekarang aku sudah berhijrah, maka kat rumah pun dah tak duduk lama lama dalam bilik.
Sekarang dah pandai dah beramah mesra dengan tetamu mak yang tak henti henti datang ke rumah.
Sekarang dah pandai dah tengok tv dengan penuh rasa tenang.
Sekarang dah pandai dah hati berdetik dan berbisik berkata 'eh nak baca buku lah lepas ni..'
Hehe.Baik bukan?

Tapi tak jadi pun nak mentelaah buku.
Sepanjang bulan Ramadhan ni aku diletakkan amanah besar untuk memanjakan diri dengan daun pisang.Isk.
Hari hari kena buat kuih Tepung Pelita.
Gabungan tepung dan pelita, maka jadilah ia...



get married with..


And this is their Children HAHA!




Atau orang orang yang tak urban panggil sebagai kuih tako.
Mengadaplah kau tiap tiap malam buat daun pisang bekas kuih tepung pelita dengan bayaran gaji seperti hamba.
Sehari RM5. woi! Gaji bibik Indon pun lagi tinggi dari gaji aku.Mat bangla yang kerja lap lantai Mcd pun satu jam RM5.
Tapi aku punya gaji RM5 SEHARI!
Tak tahu nak bagi reaksi apa -_-


400 acuan bekas kuih perlu dibuat,Sampan kuih yang dibuat mengambil masa 5 jam.
Patah riuk pinggang.
Tapi tak mengapalah, demi duit.apadahal! hahahaha.
Sikit sikit lama-lama jadi bukit. yeayyyy!

Tak adalah pulak bukti gambar Fbi yang aku kat rumah tengah bertungkus lumus jadi suri rumah tangga.
Sebab phone canggih sangat,Kalau snap gambar guna phone boleh kena gout!
haha.

Tak apalah nanti bila dah ada phone zaman moden yang pakwe bakal belikan, bukan sekadar gambar, resepi pun aku boleh bagi!haha.
Okay tugas bergaji rm5 perlu dilaksanakan.
Selamat tinggal. :)





 insane :P

Tuesday, July 24, 2012

Dua berbalas Satu, boleh tahan!



Pemikir muda meluahkan emosi minda.Tidak bercakap tentang bola.kerana tiada ilmu yang banyak.Tapi ini sekadar memberi pandangan yang secubit sahaja penyentuhannya.. :)

Sebelum ni ada tanya dah siapa yang nak tiket bagi perlawanan Arsenal menentang Harimau Malaya?
Dengan rakus dan tegarnya aku boleh post dekat status.
Tup tup , ada 'pelanggan' setempek kata 'lagha lagha.. ni bulan ramadhan.Malam ada qiyamullail' -_-
Rasa nak padan muka dengan diri sendiri pulak woi!

Emosi keterlaluan yang mengundang kejelikan.A.A.K?


Maka, jenis yang cepat tersentap tiket tu pun tak dijual dan ayah dengan senang hati menjual dengan harga berkilo kilo tinggi kepada penyokong yang sanggup datang dari Singapore.
Singapore cina, maka beliau tak terlibat dengan puasa jadi harga boleh up! Itu dia, amalan riba berleluasa.

 semangat kesukanan tidak terpadam dalam apa kedaan sekali pun.
Ramai jugak yang turun ke stadium dan boleh tahan juga ramainya penyokong The Gunners dan Malaysia. :)
Kalau sebelum ni, kebanjiran jersey warna biru dan kuning tapi tadi malam terselit banyak jugak jersey merah.
Nasib baikArsenal, ingatkan Garuda si Indonesia.Karang main berganyang kang. Fuhhhh :D


Macam biasa, ayah selaku 'belakang tadbir' bagi persatuan bola sepak malaysia semestinya menonjolkan muka setiap kali ada game di stadium. Dek kerana kecintaan terhadap tugas, adik yang bongsu iaitu Ikqhmal Jendol selalu dibawa bersama bagi menggengam tangan pemain yang bakal beraksi.
Untunglah kau dik, tumbesaran kau terbantut dah berapa kali kau masuk padang dapat berjabat tangan dengan pemain.

Thanks to mysunbaenyim <3 for this pic.hari ini :')



lampu hijau! :p

Dia buat Peace dengan keadaan muka yang menahan sembelit sebelum peganag tangan Shahrul Idlan Talha. :P

Akak perhatikan dari jauh dengan penuh rasa syahdu.
Muslim Ahmad, budak yang pegang tangan awak tak comel lah.Saya lagi molek.
Mari lah saya genggamkan tangan awaokkkk HAHA.okay tak kelakar .
Walupun pertahanan dia selalu dia buat lobos dan bocor, aku tetap suka dia.Muka macam ni, buat silap juta juta kali pun tak jadi nak marah <3 amboi! love terus dia bagii naaaa haha.gedik.

Tadi sekadar perhatikan ala kadar je. Sebab semua muka baru. Ceq tak kenai depa nohh.
Anak siapa tu yang berlari berkejaran riang di atas padang.
Mana ibu ibu mereka? haha.

Mata mencari cari kelibat mereka ini.
Tapi tak ada.
Kuat tapi tak turun padang, bekas pemain dan bakal dilelong. huhu





Beliau rasa duit juta paun boleh berlari atas padang dan bagi kemenangan.Kasihan, kan dah suam suam kuku.Yang awak lelong mereka ni kenapa? amek kaw!

Dan tadi jengah jengah facebook ada selingan soalan yang mempertikaikan,
Patut ke penyokong Malaysia bersorak bila Arsenal dapat menjaringkan goal?


di sini..ayuh,tekan saja meyh! :)


http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=404537519603553&id=223391701051470




Dan bagi pendapat aku, soalan yang diajukan ternyata berbaur unsur untuk mentelagahkan dua penyokong yang datang dari satu rumpun bangsa, Melayu.

Simple je. Ini adalah bola sepak maka bila jaringan goal dibuat, penyokong di stadium berhak untuk bersorak dalam keadaan ketawa, marah, benci, perli, dendam atau puas hati.Hak masing maisng nak sokong mana. Sebab soal hati tak boleh dipaksa.cewah!

Dan macam tadi, skuad bola negara kita bertemu dengan pasukan gergasi antarabangsa yang jarang-jarang kita ada peluang untuk bermain atas padang yang sama.
Jadi, sorakan yang bergema tadi tu adalah tanda teruja sebab pemain liga luar yang disokong ada beraksi depan mata. Gembira.Itu emosi. Dan sebenarnya tak ada kaitannya pun dengan bila kita bersorak kita seperi mengayam-ayamkan skuad negara kita.
Penguasaan majoriti di dalam stadium adalah kita,penyokong Malaysia jadi aku rasa sorakan yang bergema tu seakan akan tindakan serampang dua mata.
Bila Malaysia goal, kita sorak.kita gembira sebab itu adalah jaringan negara kita. bila Arsenal goal, kita bersorak juga sebab itu adalah skuad luar yang sangat kita minat. Ada depan mata dan beraksi sama macam dalam tv. Hebat dan menterujakan.Maka bersoarak lah :)

Tak ada kaitan dengan pencabulan semangat patriotisme.Kau tak boleh pertikaikan kalau Malaysia jaringkan goal, penyokong asli Arsenal tak akan bersorak pun.Itu satu perbandingan mat jenin.Sebab perkara tu mustahil nak dipertikaikan.Ye,Malaysia bersorak sebab mereka itu hebat,mereka gah,mencipta nama dan kita dalam diam mengharapkan pemain kita memberikan aksi yang macam tu.Penantian yang bertahun lama masih tak membuahkan hasil, dendam!Letih menunggu, jadi kita bersorak untuk orang lain.Atas kemenangan orang lain sebab?kita tak mampu bersorak untuk kumpulan kita sendiri :)


thanks to google.


Jiwa tetap Malaysia, dan mustahil kalau bersorak kita macam menindas maruah bangsa sendiri.Fikiran minda kelas ketiga.Lagipun perlawanan tadi sekadar perlawanan persahabat.Suka suka.Lain lah kalau Harimau Malaya masuk main WC,kalau mana mana yang bersorak memang nak kena hudud lah kan?
Permainan suka suka sekadar mengeratkan, memuaskan hati penonton, dan memberi pengalaman kepada skuad negara kita yang masih bertatih.Eh, maksud aku dah mula berjalan sikit sikit bangun jatuh haha.
Jadi tak perlu ada unsur kemarahan apabila kalah.Sebab kita hanya untuk suka suka.
Bila kita ada kemampuan untuk merobek gawang goal Arsenal yang bukan calang calang, maka kita tahu kemampuan kita yang makin kukuh. :)
Tuntasnya, tadi kita mampu buktikan yang kali ni kita balik tak bawak telor ayam macam biasa. HAHAHA.
hebat lah tu kan? kiteww sukewww!

Kalau lawan dengan Thailand ataupun Indonesia,lain cerita.Asia sama Asia , Nusantara sama Nusantara.Ya,itu baru boleh kita pertikaikan bila ada kalangan kita yang menghukum pemain sendiri.Tak pernah nak faham tentang rezeki dan kawan tu separuh mati berlari berkejaran atas padang, kau boleh pulak mencarot carot sambil makan kuaci.puih!
 kalau kalah haaaaaa bukan sekadar bersorak marah,halkom pun boleh terpelanting keluar :D

Tak jadi isu besar pun bila, Malaysia kalah dengan Arsenal untuk perlawanan asas macam ni.Sebab?Belum tahap lagi kita nak menjadikan Arsenal sebagai pesaing buku bertemu ruas.Masih belum mampu setanding dengan mereka.Dan ada kemungkinan, kita bersorak kerana kita dahagakan kemenangan dan kuasa kukuh yang ada dekat kumpulan luar.dengan harapan supaya team kita pun macam mereka. ?? TAK FAHAM? AKU PUN.HAHAHA. 'role-model' tu boleh lah.

Tapi tapi tapi, jangan kita kalah untuk game AFF Suzuki Cup. (betul ke ni?) Haaa, masa tu sila sediakan sorakan padu yang lahir dari anak tekak.

Eh yang kau bercerita sakan ni macam aku pergi.Kau pergi ke Umai?
Jawapannya tidak.tapi Umai mengadap tengok dekat Astro Arena sahaja. hahahahha :D
Terpaksa lipat kain bertimbun dan kemas rumah kalau tak nanti esok tak dapat duit upah untuk bershopping raya.
Masakan kerana bola, daku sanggup menidakkan duit?
I kureeeng minat bola.Sekadar melihat suka suka dan memikir :)
Selamat malam.







Malaysia tetap di hati. kihkihkih.Assalamualaikum.

Monday, July 23, 2012

Berbuka bersama MY GADIS .


Ah lan wasah lan ya ramadhan <3
Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat seluruhnya :)
Semoga Ramadhan kali ini membawa barakah dan lebih baik daripada sebelumnya.

Sebelum tu ada teka teki.
Apa benda yang bila siang dia kempis, malam dia kembung??

haa, mesti tak berminat nak jawab kan? okay biar umai jawab.jawapannya ialah PIPI dan PERUT.
okay, standard jawapan teka teki minta dimaki.
serius serius. next pls.

Sedar tak sedar dah hari ke tiga kita berpuasa
*ayat sebak bajet saspen yang selalu penglipur lara buat :D
iskk
Sedar ke tak ni? Tak sedar jugak? eh kenapa berkhayal ni? berbuka dengan air daun ke apa ni.

Tak banyak yang nak ditaip.Sekadar berkongsi rasa bahawa harap2 puasa tahun ni lebih baik dan lebih berkualiti dari yang sebelumnya,
'berkualiti' haaaaaaaaaaa -_-

Sedar tak sedar
tadi belek2 folder gambar yang lama terjumpa album BUKA PUASA WITH BFF.
Lupa apa isi kandungan dalam folder tu.Sebab tak sedar yang nama folder boleh tersave gedik macam tu.Jadah apa Bff.Nama macam gadis gadis gedik bajet urban. she's my bff. Haha. <3
Wak lu, okay?



Buka punya buka, ouh ni masa puasa tahun lepas

Masa 2011 :)
Seronok, atau dalam erti kata yang lain ni date kami yang pertama keluar dengan berkereta tanpa ditemani oleh ibu dan ayah . Semua dah besar!
bukti? Konvoi 3 kereta.HAHAHA.


Keluar dengan kawan seangkatan merangkap kenalan baik masa dahulu kala kini dan selamanya.
rindunyaaa lah hai dekat awek2 semua ni :)
Harap harap akan ada semula pertemuan.
Rindunyewwwww.
stop it mira.kalau ulang banyak kali ayat rindu nampak fake pulak kau ni -_-

Stop ah! macam tak ada jiwa pula nak menaip.
Nah, tengok gambar selaku katarsis luahan rasa rindu. Rindu kepada kawan kawan dan rindu kepada rambut panjang mengurai masa ni.
Rindu lagi? ffttttt!



Kawan rapat dan teman baik. Dulu kini dan selamanya :)
Sekarang semua dah bawa haluan masing masing tapi tetap terus berhubung.Mana yang bermasam muka tu, haa taubat.Bulan mulia meh hati tu bagi mulia sikit.Padamkan hasad dengki.
Tiru macam sayyyaaaa :D

dari kiri: Syana,Kyra,Kiki,Zye,Mek ya,Awanis,Umai,Zue dan Fatin  


comey sokmo deyhhh :p

Seronok lah weh bila berjumpa balik kawan kelas atau dalam erti kata yang lain, member satu puak.
Masa sekolah dulu selalu rehat sama sama lepak sama sama.
Sekarang dah jarang tapi bila ada kesempatan memang menjadi dan meriah.
Bertukar cerita tanya khabar tanya tentang bf kau dah bertukar ke belum. :p
Dan yang paling penting, sekarang buat apa?study kat mana?

Umai jawab : Aku masih dekat Sekolah Kebangsaaan Wangsa Melawati 
okayy.Semua terdiam -_-
Sedih. iskkk

Semangat Abbasiyah kuat dan masih berhubung sebab masa F5 mereka satu kelas.Pilih bulu woi!

Okay ini Awanis yang bepipi merah semula jadi.Dia akan ke degree dan baru sahaja tamat matriks :)

Ini zue.Sekarang sudah berhijab.Alhamdulillah :) Bakal deg di Uitm Sri iskandar perak.Lepasan matriks :)

Ini Koyum.Bakal artis :) Uitm Puncak Perdana.

Syazana.Unisel merangkap yang paling Sexy antara kami.syanasexy nama manja beliau :D

Fatin fatihah yang bersikap lembut ala ala ibu yang memahami.Uitm Lendu Melaka :)





Yang 2 orang ni memang tersangat rapat :) Kki yang paling genius antara kami semua. Dan fakhira cek mek Kelate sekarang di UIA :)

okay! Yang 2 ni memang dari dalam perut tali pusat dah tersimpul rapi haha.Mek ya aka Baby tulang kini di Uitm Sri iskandar :)
Zariq falina sekarang sudah berhijab .ALhamdulillah.:) Uitm Kedah .




Mantan kumpulan UNDER 18.pengaruh daripada komik under-18 karya ZINT.
AX,YOSI,lupa ah nama.x mahu dikenang.bila fikir balik apa jadah aku boleh terjebak taksub dengan komik macam tu.haha.iskk.Ni kalau cerita dekat cucu mesti kena maki.
Tergedik gedik menangkap gambar.

Dia ni muka fotogenik :D


Bila berjumpa cerita luar dalam semua keluar.Ni belum ada Munawarah lagi.Kesimpulan , bulan puasa jangan mengumpat. Tengok! Semua muka senyum seronok bila bercerita aib orang.hekk.


Kepanasan di bulan puasa tak minum air buat kepala mengembang dan membesar .hek!

Lepas snap pic ni, diri sendiri cakap wow!cantiknyaaa HAHAHA


Jangan tiru aksi ni, kalau tak nanti kene ganti puasa 2 bulan bertutut tanpa skip hari.EH?

dan ini ialah kami yang sebenar <3



Friends are angels sent down to Earth to make good days and
      and help us find our way.


InsyaAllah, persahabatan yang terjalin ikhlas akan sentiasa ada jalan yang diberi untuk bersua dan terus berhubung :)
Nanti siapa yang akan kahwin dulu? haha.
okay selamat malam.salam ramadhan :)


Btw, nak tunggu detik 100 hari sebelum stpm dan umai akan mengdeactivekan facebook.KATA KAW!
Racun perosak yang membuatkan niat suci nak study mati lesap dan mampus. Exam dah nak dekat.sila jangan rindu umai. haha.okay tak kelakar.bye lagi.
 :)