Jiran Tetangga

Thursday, June 14, 2012

PENGAJARAN DAN KESAKITAN



Emosi dan kawalan minda berada dalam keadaan yang serba tidak kena.
Tidak tahu di mana silapnya dan apa status kedudukan sekarang.
Hari ini dalam sejarah sebagai seorang pelajar, terjadi salah faham yang maha dasyat di antara kami sebagai pelajar dan seorang pendidik yang memberikan bakti tenaga mencurah ilmu.
tak tahu di mana silapnya, suasana tegang tercetus secara tiba tiba sewaktu sesi pebelajaran di dalam kelas,
Ya,benar. Salah faham dan perbezaan pendapat itu lumrah dalam kehidupan apatah lagi dalam aspek mahu menimba ilmu.

Tapi, pedihnya terasa menjalar hingga ke dalam hati dan keperitan tu seolah olah membunuh satu rasa hormat, minat, teruja dan sayang terhadap pendidik yang memberi ilmu.
Tidak ada penafian, bahawa dalam mana mana keadaan yang sulit sekali pun kesalahan tetap diletakkan kepada seorang anak.Anak-anak dikatakan punca kenapa perbalahan itu belaku.Seorang ibu tidak pernah disalahkan dan tidak patut dibebani dengan kesalahan biarpun sekecil mana pun.
Antara guru dengan pelajar, seribu kali yang nyata dan dimomokkan oleh orang pelajar tetap bersalah.Guru sentiasa betul betul dan jangan membidas kata kata guru.
Tapi mana perasaan sayang dan kelembutan seorang pendidik yang dianggap sebagai ibu?
Kesalah diletakkan secara bertubi tubi dan tekanan terus diberikan tanpa ada sebarang penjelasan. Hingga,diri dan hati tertanya tanya 'apa yang sudah kami buat?'
Letakklah sejuta silap dan tuduhan pun,ya,kesanggupan menerima kesalahan itu sentiasa ada,Sentiasa.
Tapi,di mana logik akalnya tiada penjelasan tapi terus memarahi?

'sepanjang 30 tahun cikgu mengajar, kamu semua adalah pelajar yang paling kurang ajar yang pernah cikgu dapat'
'jangan sampai air mata cikgu menitis,kalau tak tahulah nasib kamu,malaikat melaknat kamu semua;

TERKEDU,HILANG PUNCA,SEBAK DAN KELU.



Semoga cikgu menghalalkan ilmu yang diajar dan semoga allah tidak mengizinkan lidahnya menyebut 'haramlah ilmu tersebut' untuk keluar daripada mulut seorang guru,pendidik,insan terhoramt dan 'ibu' yang selama ini disanjung.

Rela diri diibaratkan seperti pengemis,marahlah bencilah tapi jangan disimpan dalam hati.kelak,buruk padahnya bila sesuatu yang terpendam disimpan meletup tanpa belas kasihan.damn!




2 comments:

Yumida said...

sabar ye...
sis sgt sweet..org sweet xleh marah..nanti sweet tu akan hilang...
follower ke 251

AkuMalas said...

Hahaha! Be cool! chill out!