Jiran Tetangga

Saturday, June 16, 2012

OH KREATIFNYA!

Okay!
Tengok tajuk pun dah tahu yang entry ini adalah segmen untuk memuji diri sendiri.
Kalau pepatah melayu dulu cakap 'masuk bakul angkat sendiri'
tapi A.A.K?
Mahu melayu lagi kata umai,ada aku kisah?? haha.okay x lawak.



Entry ni sebenarnya dah lama dah ditaip dalam kepala otak umai.
Cuma tak ada masa nak publish bagi nampak benar je.Ye lah sebab tak nak lah nampak terlalu teruja menjulang diri sendiri kan?
Ini bukan cerita rekaan.
Sebab peristiwa kreatif ini terjadi sempena hari guru.
Yeayyy!hari guru yang dah lama lepas.Mungkin dalam 4 minggu yang lepas.


Tingkatan 6 alpha diberikan tanggungjawab untuk mengawal keseluruhan majlis perjalanan hari guru.
Keseluruhan. ya semua :). Amboi!Tulisan besar dia bantai.Nampak tak permainan dia?haha.
Kalau nak nampak urban lagi orang kata event manager lah.hehe.Rasa ohsem bila dapat pangkat manager tak berbayar.
Jadi adakah misi ini berjaya?
Gagal atau tersungkur menjunam?
Ah!tak nak jawab soalan menduga kesabaran ni nanti air mata menitis.
Tu je motif update ni.Tak nak terbabas tajuk.Bertindak mengikut arahan.
Jadi,umai cuma nak bagitahu yang decoration pentas adalah hasil kerja tangan umai selaku penjanan idea dan ketua.
dan dibantu oleh kawan kawan seangkatan selaku balaci yang terhormat.haha.


tulang belakang.nanti gaji claim!


Penat lelah membuat hiasan pentas yang nak lain daripada yang lain membuahkan hasil yang menyedapkan mata memandang.
Hiasan cuma simple dan bahan pun mudah didapati. Kertas dan tisyu serta polistrin bahan utama.
Mak kata , nak cari jodoh ambil lah yang sedap mata memandang.
Okay kesimpulannya, umai rasa pelamin akad nikah umai, nanti boleh taja sendiri.haha.
Hias sendiri,usaha sendiri,pakai sendiri,puji sendiri,kagum dengan diri sendiri.haha. A.A.K?

Macam cantik.
Macam yaaa!Tak cakap pun memang cantik.its,macam. hehe
sebab keseluruhan adalah handmade.Tak guna teknologi moden mesin pencetak banner dan tampal lekat kertas panjang ada tulisan.itu sangat hambar ya.
Nak menggunakan kelebihan yang terpendam sebagai interior designer,maka terhasillah pentas sebegini!
tadddaaa!
Upah dan hasil bayaran setimpal : pujian dan luahan puas hati daripada para pendidik.
ALHAMDULILLAH :) 
Ouh ya motif hari guru tahun ni
GURU INOVATIF MENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.



Kreatif adalah kembar kepada inovatif.haaaa.Nampak tak?Keakrabannya disitu.haha.So,umai memang kreatif.
Lima bintang untuk kelayakan menjadi cikgu.Kot2 boleh lah mentarnsformasikan bebudak liar zaman sekarang kan.
Tabik hormat dan kenyit mata kepada cikgu umai :D

Okay kejutan sangkut pulak.Lagi sekali taddaaaa!
Inilah hiasan pentas itu yang diwarwarkan.
"hek eleh biasa2 je pun.."
Dingggggg! ada aku kisah? A.A.K.
tadddaaaa!



Okay!yang di tengah tengah tu bukan hiasan.itu manusia.Pemandangan terhalang,tak apa,guna imaginasi.Bayangkan yang pentas umai cantik haha


CANTIK LAH KAN?tengok tu muka pengetua.Pejam2 mata menghhayati mood kecantikan pentas.Peluk bukan main.N syahdu .Okay jgn fokus kepada manusia.Sila pandang hiasan belakang pentas yang umai buat. hehe




Lagi sekali pandangan terganggu?Okay!abaikan lagi manusia yang sedang bermesra itu.





ALAAa!Ada lagi objek di tengah pentas.Memang kacau daun.tapi nampak kan kemeriahan dia?nampak nampak tak?nampak kan? yeayyy!




hakikatnya,umai mencanang bukan main tapi sebenarnya gambar pentas yang kosong tanpa sebarang objek hidup tak ada dalam koleksi kamera :(
Semua gambar ada gangguan lain.iskkk.Agak menyesal sebab awal awal pagi tak tamak main snap gambar pentas awal awal.
Korang pun mesti menyesal sebab tak dapat tengok gambar yang benar belaka kan?HAHA.
Tapi tak apalah,mungkin ini petanda yang pentas umai buat cantik.Jadi semua orang tidak sabar nak naik dan menghayati kecantikan pentas yang sudah dihias rapi.HAHA.


Okay tu sahaja.nak menghebatkan lagi diri silalah layari you tube dan tengok video yang tingkatan 6 ALPHA tahun ni buat khas untuk cikgu.video ni umai buat dengan kawan2 :) <3
Sayang cikgu SMK WANGSA MELAWATI! hehe.
rindu sekolah kan?kan?tengok lah ni.pasti terubat rindu di dada.aummm!


http://www.youtube.com/watch?v=ZeL-HMF7kNA



okay!kerja umai dah habis :D


bye bye!
Keseluruhannya,ini pengalaman yang menarik dan satu proses mematangkan diri dan dalam masa yang sama menilai kemampuan diri dalam melaksanakan amanah yang diberi.Peristiwa menarik untuk dikenang dalam era pra-universti tahun ini.ALHAMDULILLAH <3

No comments: