Sunday, June 17, 2012

Kosong seperti tiada


Jiwa sudah tidak lagi memeluk hati dengan rasa sayang
Semuanya terasa kosong bagai tiada makna
Kewujudan tidak dirasai tetapi terus setia menanti
Satu kebodohan yang nyata.
Terungkai ejekan itu dari pandangan mata yang melihat
Dan akhirnya kenyataan pedih perlu diakui
Bahawa, hati ini semakin bosan.

Gelap dan suram lakaran impian itu
Alangkah indahnya jika hidup seperti lukisan kanvas
Palitan warna mencorakkan lukisan itu
Dan ianya menjadi sangat cantik
Menarik mata yang melihat untuk terus memakukan pandangan

Gelisah memberontak sedih dan hambar
Mahukan dia ada dan datang menemani
Tapi itu semua dusta
Imaginasi kadang kala menafikan realiti
Dan akhirnya hati yang menagis sendu
Dia yang sedar hakikat itu
bertepuk tangan dan ketawa puas.
Malihat si lemah tersadai layu



Hidup mahukan mimpi indah
Disulami dengan akal
Dan bawa ia ke alam realiti
Sentiasa..
Tapi tidak pada kehidupan
Masa terus berputar dan hati yang menunggu
Sudah kenal erti jemu,perit,pedih dan sakit hati
Perlahan lahan kemanisan dan kemseraan itu akan pudar
Hilang dengan sendirinya tanpa perlu diusir

Hati memberontak mahukan dia
Mahu bertentang mata ,
Tetapi semua gambaran itu kabur di sebalik bayang bayang cermin
Kehangatan itu ada tetapi untuk tangan merasainya bagaikan perkara itu sesuatu yang mustahil
Ada di depan mata, tetapi untuk menyentuh sangat jauh.
Terhalang dengan cerminan kaca
Jarak yang dekat rasanya macam jauh
Dan tidak ada jalan untuk terus mendekati
Keinginan itu terus menduga hati
Sekali lagi, perasaan bosan itu menguasai hati
Hilang dan lenyap semua penantian
Dan tiada lagi istilah setia.
Padam dan mati.

TAHNIAH,awak bakal kehilangan saya.
Tak perlu pertahankan sesuatu yang sudah semakin rapuh
Langkah lah sejauh mungkin, hati tidak ada lagi di tempat permulaan.
sakit  :)






LIARS!


2 comments:

intan said...

pandainye mira buat ni. buat sndri eh? :)

hasbullah said...

penulisan yang jujur...