Tuesday, June 26, 2012

Kem bina insan Tingkatan 6,daebak!



Assalamualaikum.
Macam apa yang dikatakan,Umai baru balik daripada kem riadah minda dan kepimpinan diri.
Kem bina insan.Bagi siapa siapa yang rindu Umai,bersabarlah.Umai dah pulang :D OKAY! tak lawak.
Umai daripada INSANE ,kini menjadi seorang INSAN.walaweh!

Kembara bumi hijau,Teeettt!
haaa,nampak?Nama  pun dah begitu semangat kehutanan.Bumi Hijau terus dia bantai.Tak cakap banyak.Membuak buak semangat alamflora :D

Umai yang energetic walaupun berlemak!

beg aku cantik kan?Pink besar padat ,macam isi kerepek hendak dijual.Girly angatttt!




Sampai bawak beg pun macam nak lari rumah.Haha.Inilah padahnya bila tak mendapat pendedahan.Tak tahu pengurusan logik dan sistematik bawa keperluaan diri.Satu almari,dipunggah baju.
Tapi kat sana,busuk jugak..
Busuk dan selekeh.isk.


3 hari persekitaran baru,pendedahan baru,ilmu baru dan kawan yang baru.Semuanya serba baru bak baju di pagi raya.Wangi bersih tulus suci dan murni.Seronok dan teruja sepanjang 3 hari di sana.
Terserlah ayat budak darjah 3 punya karangan.Susunan kosa kata muda mudi belum baligh.
Tak kisah lah.Tapi sepanjang 3 hari berkampung di Kem Bina Insan AR-RAUDDAH Gombak batu 12 ,kenangan manis dan suam suam pahit terpahat di jiwa!yeayy!


Laluan masuk ke alam lain.Usah biarkan hidup anda diselubungi misteri.nyiahaha.

Tempat yang tak menggahirahkan mata.

Paling kagum dan heebaknya ialah Umai telah mendapat undian tinggi untuk meraih jawatan sebagai penghuluwati! Haha!
Bukan main lagi dapat pangkat yang membuatkan diri alpa di dunia yang fana ni.haha.Okay,tipu je.Act,aku tak ada lah riak mana.Setakat leader,dah macam isi dengan kuku dah jawatan tu *riak secara halus.
Memang sebelum berangkat pergi ke kem,kerap kali aku cakap 'aku nak jadi ketua'.
Suka bila dilantik memegang amanah dalam kumpulan.Berlaku penonjolan,perhatian dan menguji sikap diri dalam melaksanakan tugas.Senang cerita,aku ni sebenarnya gila kuasa! Ni makan dia! :)
Alhamdulillah,pertemuan 3 buah yang berbeza,seramai 52 orang pelajar,Umai diberi kepercayaan untuk menjadi penghuluwati walupun hanya datang dari kelompok minoriti seramai 4 orang yang membawa nama SMK WANGSA MELAWATI :)
Bertambah lagi satu pengalaman dalam hidup ini.

wakil pelajar daripada smk wangsa melawati.





sebelum pertabalan penghuluwati,muka minta kaki.


Objektif utama kem ini adalah untuk membina keyakinan diri dan melahirkan indivudi yang mampu menjadi pemimpin :)
Secara rambangnya,memang kitalah pemimpin kepada diri sendiri kan?ye idak?Kalau tak siapa lagi yang nak pimpin kita?Saka atau iblis? :D

Kalau dah kata kem,sama je lah situasi dia.
Menyeronokkan dan kadang kadang terasa annoying juga melayan tentartif program yang diaturkan.Perasaan annoying muncul bila merasakan diri ni sudah terlalu matang. puih!

muka bosan di pagi hari,

Ada benda yang pernah aku buat dekat kem biasa dan ada benda yang tak pernah aku buat pun sebelum ni.
Setakat masuk hutan jalan nak pergi ke destinasi penamat,tu memang tabiat sejak kecil.Senaman katanya!haha


Lokasi membunuh yang membuatkan urat kentut kejang sebab menjerit terpekik terlolong nampak hantu buatan.hekkk!

Tapi bila part masuk hutan malam malam buta,kena jalan dalam gelap cari laluan keluar dan kiri kanan ada hantu jelmaan yang seram tak seram mengacau.
Haaaaa!itu memang kerja luar tabi'i yang aku belajar,Jadah apa,malam buta sampai nak ke fajar pergi cari maut masuk hutan then main jerit2 sebab abang2 hantu mengacau.
Password masa night walking itu ialah Pacat Darah!
Haha.Password pun seram je bulu bulu badan ni terpacak mendengarnya :D
Tak kisah lah,janji aku tak lah membontot di luar sana kan?masa orang semua tidur,perantis program dihadapkan di hutan malam dan kena cari jalan keluar,
Abang tu kata,kalau jumpa benda bagi salam.Assalamualaikum.Bila dia jawab,kita selamat,Bila dia tidak jawab,kita tak mendapat rahmat.haha.
Maka,buat julung2 kalinya acara balapan dibuka pada malam hari.Bedessuppp lari!
Tapi,mcm mana pula dengan sepanjang jalan ucapan assalamualaikum diberi?Hahaha.Sampai hantu pun gelak.
Tak silap aku,ada 4 ekor hantu kot.Bertelekung bertopeng dan merangkak.Haha!
Bila ingat balik.mcm kelakar nak terberak. isk!
Lepas ni memang tak ah nak main mcm tu lagi.silap hari bulan balik rumah bawak 'kawan' ,Jenuh nak melayan.
Tapi,objektif benda ni adalah untuk mencipa keberaniaan.
Umai berrrraaaniiii sangat -_-

bila muka kita yakin,orang tak tahu yang kita dalam hati separuh mati menahan nervous.okay?


Tapi tapi tapi,agak tak memuaskan ialah cara pengurusan makanan :)
ALhamdulillah atasa rezeki yang diberikan.
tapi kalau diberi segmen hati ke hati,aku frust menonggeng jugak dengan segmen makan yang dirancang.
Makan dalam dulang beramai ramai dan kadang-kadang terlewat dari waktu yang asal.iskk.
so belajarlah menghilangkan rasa tidak senang dan jangan sesekali berkata 'EEuuwwwwww' -_-
Boleh pulak diajar main suap suap kawan sebelah.
Nok,mak makan beradab pun tak pernah lagi amek mood suap boyprenggg! isk



kalau kat kampung,ni dulang isi pinggan je.Tak sangka,aku makan dalam ni.ISKK ISK ISKK

sememeh.

bang,mintak tambah nasi boleh bang?Berani upload sebab kulit muka licin!hahaha

Tapi habis jugak.Lapar punya pasal.Kongsi 'euuwww' tak 'eeuwww' lah.A.A.K?
haha.Gua kalau dah lapar,bedal je.Tak banyak cakap dah tekak ular ni.
Bolos saja dinding itu! Haha.

besepah tangan mengaut nasi! haha.


Dan,aktivit wajib!Mandaki hutan tanah yang landai.Yuhhhhuuuu!
Sebelum pendakian ke Gunung kinabalu,Gombak yang bersempadan dengan Banjaran Himalaya :)






dengan seluar biru dia,stoking tinggi dia,dia memang konfident!

Bersungguh sungguh tuck in stoking dalam seluar,bagi elakkan pacat membuat onar kepada badan.Nampak sedikit terencat.
Hero bagi gadis-gadis yang gedik takut nak masuk hutan.Lima bintang untuk abang sebab comel dan cintakan flora fauna.! :)

 Dibawa masuk ke hutan untuk jungle trekking.
Tak mencabar langsung!haha.Sebab aku tak terjelopok jatuh,maka tidak mencabar mana lah pendakian itu. ;p
Bongkak umai,bongkak.
Penat! Perjalanan dalam 15 minit untuk pergi masuk ke tempat yang penghujungnya ada sesuatu yang sangat cantik.

Nak tak nak kene redah.

Belakang tu terowong .Nama apa Umai tak pasti.

Kesulitan berlaku akibat muatan Berat.haha

Terowong maut. :D



Niat ikhlas untuk belajar,muka disinari cahaya suci :D

Kasut basah tanda persahabat yang erat 

Depan tu,terus tembus ke Gunung Ledang.HAHA


Seronok sangat,kaki digigit pacat -_- terus hilang kata kata.

Laluan yang berliku menempuh ombak besar air sungai,akhirnya kami sampai! haha.yeayyyy!
Lokasi: Air terjun :)
Di sebalik hutan tersebut,ada tersembunyi rahsia alam yang sangat cantik.
Jarang diterokai dan masih terpelihara kedaraannya.haha.apa kau merepek ni,gemuk!
Tapi serius cantik!








Masya'ALLAH :)

kalau tahu cantik begini,akan saya berumah di tepi terjunan air :D
dah tak main dah lautan berstunami.

Barang baekkkk depan mata,tak kan nak dilepaskan??
Tak jantan ahh cenggituuu!
Kita lenjanlahhh apa yang ada.! hahaha.
Masa untuk bermain air.
Seronok kau main air kan?Haruslah.Membasahkan ketiak dengan air dingin .Ketiak punya peluh hilang sudah.Hikhikhik.







Lunyai main air.haaha


Dah seronok main air macam hantu air,nak balik satu penyeksaan.
Kami balik ikut lebuhraya karak.
Beratur sepanjang jalan jogging ramai ramai.
see?gemuk bukan sebarang gemuk.Sekali mambakar lemak,Lebuhraya Karak aku bantai.
Tak main derr,Titiwangsa dan Taman Layang layang.Haha
Lebuh raya karak,NI makan dia!
Kalau tak ditahan,pasti aku akan terus berjogging hingge ke selatan -_-








Dia paling jelas kelihatan teruja kan??






Kami berehat di R&R KARAK :)
longkang mari 


Lagi sekali dia over kan? 


Brek tak makan,berlakulah mala petaka.semua orang sayang umai.mereka menyambut umai :p

Banyak aktiviti menarik yang dijalankan.
Aktiviti berkumpulan.Ahha!itu menarik.haha.Dapat abang faci yang best,
tu pun hati dia kering mengaku sila panggil dia Abang best!btw memang best pun :)
Banyak menerapkan nasihat,unsur kejasama,perkongsian pendapat dan penonjolan diri.
Macam biasa,Umai bercakap tembak banyak das.
Akhirnya jawatan sebagai bekas pendebat pemidato terbongkar.haha. *riak halus, lagi.
Nama kumpulan semua nak nama binatang je.Natang sungguh!
dan Kumpulan Umai nama diberi, RUBIDIUM CAT.




haha.Millenium sangat nama.
Pelik dengar nama ribiduim?Apa itu dheyyyy?
Entah.Junior lower 6 tu penuh jiwa terangkan Rubidium ialah sejenis zarah dalam group 1 yang membentuk ikatan bond seimbang.Akak angguk dan buat muka kagum je lah.Genius!
Tapi akak pun tak faham.Sebab kimia akak dulu masa spm dapat 'E' lah dik :D
Teranglah banyak mana,akak cenggini je.Muka main peranan!Haaaaa!Nampak tak permainan dia?
Memang tak pernah nak ada Chemistry dengan Kimia.haha.

Secara keseluruhannya,banyak yang aku belajar dan banyak ilmu yang aku dapat.
Dimensi berbeza daripada pelbagai sudut pandangan orang dan kenal pelbagai ragam manusia.
Hakikat yang pasti,kami berdiri teguh atas satu rumpun yang membawa nama PRA-UNIVERSITI TINGKATAN 6 :)
Tidak langsung wujud perbezaan kerana kami semua sama,pengetahuan yang sama,fahaman yang sama dan corak pemikiran yang sama.
Matalmat juga adalah sama.
Buang kata kata sinis orang luar,buktikan STPM bukan perkara yang boleh dipijak.
Wajar aku berikan pujian,simbiosis 52 orang pelajar pada kem tersebut sangat rapat,mesra dan matang.
Aku juga dapat lihat sisi seorang pemipin yang bijak berkata,pandai menyelesaikan masalah dan mesra dengan semua orang dalam masa yang sama kata-katanya penuh dengan unsur nasihat.
Semoga akan wujud lagi pertemuan di menara gading antara kami :)
INSYAALLAH.


bagi hibuarn sebelum balik.Rapper!



Lagi satu rekod,sepanjang 3 hari tu
aku tak berak langsung! HAHAHA
Rasa bersalah pergi tempat orang meninggalkan bahan buangan.
ini namanya prihatin.
So 3 hari umai tak melabur hasil ke dalam bank.Tu dia!Habq mai!
pengotoq! A.A.K?

okay bye!