Friday, December 30, 2011

2011 ke 2012 :)



assalamualaikum.semoga kesejahteraan itu senang dengan aku.bukan sahaja aku malahan kita kami awak dan seantero dunia.
huk hak huk hak haoik!
memang semangat nak menaip cerita sangat membuak2 pada detik ini.dan aku sendiri dari awal lagi sudah berhalusinasi untuk menaip di kanvas putih ini.
cerita saya kisah saya suka hati saya nk tulis apa

realitinya,tinggal sehari je lagi untuk ketibaan hari yang baru.hari yang baru atau yang lebih tepat tahun yang baru.masa terus berjalan dan hari ini,ketika ini aku di detik penguhujung tahun 2011.
selamat datang 2012 :)
hari terakhir yang sangat indah dan nostalagi.phewit.mcm x ada kaitan pulak ayat ni dengan suasana sebenar.haha.


okay okay sekarang ni adalah hari terakhir tanpa malam untuk tahun 2011
dan mcm biasa,dah kalau namanya manusia yang berakal dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis,bila cakap pasal tahun baru mesti secara tak langsung nama 'azam' akan digembar gemburkan :)
seronok untuk bercakap tentang azam.dan kepada orang yang bernama azam,jangan nak seronok sgt.nanti dapat makan dia


sebenarnya kalau tak ada azam pun sama.tak mengubah apa apa.tapi orang kata bila kita dah menetapkan satu azam,perjalanan cerita untuk tahun baru akan menjadi lagi menarik.maksud aku kita dah tahu apa yang kita nak kita nak buktikan dan capai dalam tahun 2012
so kita tak lah terbabas jauh sangat.mcm rangka hidup berjalan tak ada arah tujuan. :)

dan mcm mana pulak dgn azam yg tahun lepas?haha.segan nak bercerita,tapi tidak mengapalah.ni blog syok sendiri dan diari yang terus bergerak maka dengan hati yang agak kering nak mengaku yang azam tahun lepas aku tak ambil berat pun.sebab tak ambil berat sebab badan sendiri sibuk nak diberatkan.haha
sebenarnay sebelum ni x cukup matang nak ambil serius tentang matlamat terdahulu.
so x mahu berlaku lagi.kene lah ubah


tahun 2012 maka berganjaklah usia aku ke satu angka.aku akan berumur 19 tahun secara tak rasminya :)
usia 19 tahun yg logik akalnya adalah satu tahap umur bagi anak dara yang masih muda bergetah nk berseronok sampai terbabas melekit lekit .haha.dan dalam masa yang sama nak fikirkan tentang kehidupan.seiringkan dunia remaja dengan matlamat kehidupan yang hakiki.tunggang terbalik atau jatuh bangun atas usaha sendiri :)



banyak yang aku dah belajar dan aku diajar tentang sesuatu dalam tahun 2011.ada yang manis ada yang pahit ada yang sangat berat untuk aku terima dan ada juga babak 2011 yang terdahulu menjadikan aku sedar tentang satu realiti kehidupan.kegembiraan dan kehilangan adalah peneman :)
dan dalam tahun ini juga,aku merasai detik kehilangan terbesar.hilangnya seseorang yang sangat aku sayang.semoga dia ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman

semoga tahun 2012 menjadi satu permulaan kisah hidup aku yang lebih bermakna lebih mendatangkan keindahan dan mampu menjadi kisah lagenda dalam diri aku.tahun ini juga aku akan berjuang dengan peperiksaan stpm.dan tahun ini juga menjadi saksi untuk aku sama ada impian aku untuk ke degree menjadi kenyataan ataupun punah sekali lagi seperti selepas spm.
harpnya semua dipermudahkan.dan aku sendiri akan bangkit untuk mendapatkan apa yang aku mahu.


2012 tahun yang mana aku akan ambil peperiksaan sijil tinggi pelajaran malaysia dalam subjek bahasa melayu sejarah pengajian am dan pengajian perniagaan.i want to make my parents proud of me.promise about this,amirah!
ya.sakit untuk mendengar kata kata orang di luar sedih bila melihat pandagan orang tentang aku.rasa jatuh rasa x bersemangat dan rasa mcm ahhhhhhh.bodho betoi lah!


tak boleh jadi,kene bangun ni kene bangun :)
dan lagi satu sebenrnya penat nak cakap yang aku nak jadi kurus.azam ni aku dah sematkan dalam hidup dari tingkatan 2 lagi.masa umur 14 tahun.dan gila tak gila,azam entah ke mana niat dihadapkan ke makanan maka beginilah hasilnya.
semakin gemuk gemuk dan gemuk.so kalau boleh tahun depan nak kurus.hahaha.okay jangan gelak.ungkapkan ayat 'aku nak kurus sebab nak nampak cantik' dengan nada yang serius!bukan jenaka.fuh!
secara rambang.niat kehendak keinginan impian dan harapan yang diharapkan menjadi kenyataan sepanjang dalam tahun 2012.yang nak sangat!sangap ah ah... HAHA

tak semua boleh disenaraikan sebab banyak yang tengah beratur nak masuk dalah hati dan fikiran.kene ambil masa nak tapis.so antara yang serius dan menduduki tangga teratas ialah

*nak dapatkan 3.5 pointer ke atas dalam stpm.sebaik2nya 4flat
*nak menjadi lebih kurus dan dapat kurangkan digit kilogram sebab nak nampak lawa.harap tahun ni aku dan penimbang berat boleh berkawan baik
*solat 5 penuh.nak penuhkan solat wajib baru hidup rasa tenang dan harpnya doa akan dimakbulkan
*nak menguasai bidang pengacaraan perdebatan dan pidato di mana mana peringkat dengan baik dan dikenali
*menjadi anak yang baik dan lebih rapat rapat lagi rapat dan mesra dengan mak ayah dan ahli keluarga.




dan tahun 2012 bukan masa untuk bercinta dan melayan jantan.status belum berpunya akan terus dikekalkan :)
alhamdulillah.hidup seorang tanpa mempunyai perasaan obses dengan orang yg berlainan jantina memang seronok.tak berat kepala tak semak otak.
akhir kata 2012 pleas be nice to me *ayat2 tipikal budak2 bandar bila menaip dekat facebook sekarang.haha.puihhh!


''hari esok masih ada masa terus berdetik mengikut ritma,bangkit amirah lebarkan langkahmu untuk mencari siapa diri kamu.bangkit dari sebuah kejatuhan.keraskan hati untuk terus melawan dari sebuah penghinaan.bangun jangan menoleh lagi ke belakang.ayuh berlari tanpa gentar untuk terus menconteng langit dengan palitan warna yang indah.lakarkan lukisan impianmu di kanvas langit yang terbentang luas.ia akan menjadi saksi tentang detik indah yang akan berlaku dalam hidupmu ketika munculnya tahun 2012"
semoga amirah terus maju jaya!
bye bye.