Jiran Tetangga

Tuesday, November 15, 2011

AKU DAN DIA :)

HIDUNG BESAR!


assalamualaikum yakni sejahteralah ke atas kamu wahai penghuni alam sekalian ;D
haha.hye :)
tak nak cakap banyak dan tak perlu nak bermukadimah panjang lebar buat muka x segan nak taip berjela jela mcm ada followers tegar dan taksub.dah lah dah lama x masuk blog.sadis betul lah.idea kalau banyak tak diuluhkan tak jalan jugak.simpan bagi tepu lastly berak jadi taik.eh!mcm tak de kaitan pulak proses fotosintesis aku ni :)

tinta hitam pudar suram dan samar ini bergerak laju menekan punat keyboard setelah 20 minit yang lepas menatap wajah mengundang syahirah zainal buat kali terakhir :)
eccehhh!orang nak pergi study woi.bukan nak pergi masuk tanah.isk
syahirah zainal----> terlalu banyak ungkapan untuk aku nyatakan siapa dirinya bagi seorang humaira.
kawan.soulmate,teman hidup,tunang,rakan karib,teman lama,musuh dan pesaing,pencabar,pengkritik,penasihat dan bertindak seperti ibu ibu :)

perkenalan aku dan dia terjalin dalam anggaran masa lampau kira kira 9 tahun lepas.mungkin masa tu kami darjah tiga.masing2 hingus masih belum kering dan muka sememeh rasa tak bernafsu nak tengok.kanak kanak kecil yang memulakan perkenalan singkat dengan ungkapan hye! :) *dialog tipu sikit.bajet mesra dan nak buktikan ingatan masih kuat*
sekolah kebangsaan wangsa melawati menjadi saksi pertemuan dua mata dan tautan keserasian aku dan syahirah.masa tu dia tak pakai tudung bertelinga capang dan yeah.dia perasan dia lawa.haha.menyampah.





hari demi hari,masa meningkat syahirah membawa haluan masuk ke sekolah agama berasrama penuh di negeri sembilan.aku dan dia terputus hubungan dan yeah.dalam situasi ini pepatah jauh di mata dekat di hati memang sesuai benar dengan jiwa aku yang tengah lara parah ni.kononnya makan tak kenyang tidur tak lena mandi tak basah teringatkan sahabat yang kini berada di rantau orang.puihh!haha
sejujurnya aku dah pun melupakan dia.ye lah ada jantan kan.buat apa nak ingat kepada syahirah?



dan lastly kalau dah jodoh
pepatah yg satu lagi yang sesuai ni haa.aku adabtasikan dalam penceritaan ni.
kalau dah jodoh tak ke mana :)
yeah!masa menemukan aku dengan syahirah semua ketika dalam usia kami 16 tahun.smk wangsa melawati,tingkatan menengah atas menjadi saksi pertemuan dua jiwa yang telah terpisah lama.gersang bagikan tanah yang tandus tanpa siraman embun,geli.metafora dan hiperbola over sungguh ayat ini.:)

masa pertemuan jejak kasih f4 dulu dia masuk pakai tudung labuh mcm ustazah.tudung labuh habis menutup dada.lama lama hari kian hari dia bukan lagi ustazah.haha.tudung singkat mulut bukan main cekap mencarot riak mencuci mata dan semuanya berubah.bila semua dah berubah apa lagi.sah sah lah aku makin ngam dengan dia ;D
informasi berguna:saya tak pernah menghasut dia.


banyak benda yang aku lalui dengan syahirah dan banyak benda yang terjalin antara aku dan dia yang mana aku akui perkara yang kami lakukan menjadikan hubungan kami semakin matang :)
dia mengenali aku dan yes.aku kenal siapa dia.siapa syahirah zainal.


mungkin orang berkata yang setakat kawan baik setakat member kalau dijulang setinggi mana diangkat setegar mana pun,akan sampai masa bila dah lupa kawan bukan lagi kawan.perkenalan yang terjalin bila sampai detiknya kemesraan itu akan pudar dengan sendirinya,hilang tanpa dipaksa.tapi tapi tapi..bagi aku.andai ikhlas berkawan sekiranya betul dia ada dalam jiwa kita campak lah ke mana bawa lah ke mana.ingatan kita tetap ada dengan dia sebagai peneman untuk kita :)
pemberi senyuman bila masa suram,pembakar semangat dan penghibur dengan kenangan yang sudah direkod dalam minda.


aku dan dia berkawan sudah sangat lama.9 tahun nak cecah 10 tahun.ni kalau kahwin mahunya ada anak 8 ke 9 orang.rakus benar.haha.banyak yang aku lalui banyak yang kami tempuh bersama.suka duka pahit manis dan dia ada dengan aku bila aku jatuh dan bila aku naik.dia sentiasa ada dengan aku bila masa aku senang atau susah.tidak pernah ada penolakan :)

perempuan bila berkawan,mesti ada rasa iri hati dan berlawanan antara satu sama lain.itu betul.benda mcm ni jadi jugak antara aku dengan dia.,tipu lah kalau aku kata 24 jam kami bahagia je bergelak ketawa je kan.memang menipu sungguh.orang pekak pun boleh muntah kalau semua nak cerita bahagia.orang buasir pun boleh sembelit kalau cerita semua nak senyum manja manja je kan.haruslah kena bagi ada dramatik getar2 jantung.nampak benar bohongnyaa.best sikit.ye dak?

bergaduh,salah faham,bertikam lidah,aksi ganas ada dalam hubungan aku dan syahirah.bila keadaan makin panas salah seorang antara kami bertindak sebagai air.dua dua keras kepala dua dua ego tak nak kalah tak nak mengaku salah dan sukar untuk meminta maaf,tapi keserasian dan toleransi yang aku dan dia jadikan kunci membuatkan pergaduhan itu akhirnya mengundang tawa bagi kami.aku dan dia bergaduh tak lama.paling kejam pun 3 hari je gaduh.lepas tu masing2 mula sangap perlukan antara satu sama lain.:)
dia kasar dia ganas dan dia cakap lepas.so memang buku bertemu ruas.sebab aku pun 2 kali 5.
muka syahirah bila kalah berdebat dengan aku mcm ni lah.hodoh bukan?



dia kenal siapa aku dia tahu luar dan dalam tentang aku.begitu juga sebaliknya.kadang2 bila menjadi terlalu rapat,hubungan aku dan dia banyak mengundang salah faham orang luar.mcm ada sesuatu dan lebih dari kawan.yeahh!dan tak dinafikan pernah sampai satu tahap mama syahirah risau sebab dia fikirkan yang aku cuba menodai anaknya dan membawa dia ke jalan sesat.haha.ini bukan jenaka.
mandi sama,pool dance 'kau tengok aku aku tengok kau' tidur sebantal baring sekatil berkongsi satu selimut share berus gigi beraksi ala ala model majalah playboy..yeah!itu pun kami lakukan tapi idak lah gamaknya kan yang kami ni udah loboih!dak aih.tak mau dok pikiaq lagu tu.tang mana dia nak dok pi gomol ceq kan.ceq tak daq napsu dekat dia la ni.lagu ni ja kami dok main ekstrem suka suka ja.tak mau aihh!syahirah ni dok kughuih sungguh.dak stim ceq.hahaha.


dari hbs sekolah masuk ke alam pekerjaan sama sama itu benda yang merapatkan lagi aku dan dia.tapi mcm celaka jugak bila dah batak pegang duit gaji masing2 berlumba sapa nak habiskan duit dulu.dia seorang yang sangat boros dan bukan pencatur ekonomi rumah tangga yang bagus.kalau kahwin mahunya sama sama makan pasir korek cacing buat sedut :)

dan perjalanan ini diteruskan lagi dengan aku dan dia melangkah masuk ke tingkatan 6.sekali lagi wangsa melawati melihat muka kami berdua.tatkala orng lain berambus masuk u ke kampus aku dan dia terkandas dalam kelas ulang alik masuk tandas tengok muka di cermin.lawa budak dua orang ni yee ;D

menerima kutukan kritikan dan lemparan kata daripada mereka yang sinis di luar sana memang perkara biasa.buat apa sekarang?im doing my stpm.senyuman yang ada pada soalan hilang dan dibalas dengan pandagan jelik.menangis dukacita serabut rasa tak yakin itu aku lalui dengan syahirah.dia ada sebagai pembakar semangat dan memberi kekuatan positif even kadang kadang dia ni buat semak otak jugak.gelabah kelam kabot tak tentu pasal cengeng dan cepat nak rasa gemuruh.:)
paling memualkan selalu menangis sebab lelaki.tak kental mcm humaira lah! ;p


dan pada tanggal 15 november 2011,takdir yang dicatur menyatakan hakikat bahawa syahirah hanya datang kepada aku sebagai peneman sementara.dia ada sebagai teman di jalan yang satu ini tetapi pilihan syahirah adalah di simpang yang lain.mcm takdir jugak,ada benda yang kita sentiasa dengan orang tu.tapi at the end,bila tengah klimaks dia hilang.
dan aku akui hilangnya syahirah dalam hari aku yang mendatang bukan kehilangan hakiki :)
pergi melanjutkan pelajaran pergi ke satu arah untuk mencapai impian kerana impian aku dan dia tidak sama.tapi aku yakin,ukhwah yang terjalin antara aku dan dia akan terus kekal biarpun kami membawa haluan masing2.dan satu ungkapan,tiada noktah dalam perkenalan ini :)

dipusingkan cerita,mungkin ada hikmah jugak bila dia dan aku berjauhan mcm ni kan.ye lah kalau dah berkepit berdua dosa pun bertambah.umpatan dan kejian dan gusip atas angin menjadi nadi kepada perbualan kami.dan mencarot tak usah cakap memang lancar betul macam tak kan gagal nak buat speaking muet.tak dok nya nak main kita awak kita awak,sekali awak kita, dua kali kita bagi babi dekat awak!

dan mungkin bila ada dia pembelajaran dan segmen ilmiah aku akan tergendala dengan lawak minda sindrom down dia.syahirah yang suka berlawak dan gelak kuat2 dan at the end dia akan terkencing dalam seluar bila dia ketawa sakan dengan lawak yang dia sendiri.ni fakta :)

sebelum syahirah pergi dia selalu pesan 'baby,jangan curang tau'.rasa nak berkahak pun ada dengar ayat ni.its okay syahirah nanti kita tengok sape yang curang dulu.kau main gila dengan aku,kau tengok lah nasib kau mcm mana .kesumat!haha


mek ya,smeagol,eyra,syahirah,baby
please be safe dan andai ada rezeki kita akan berjumpa di menara gading.capai dan cari apa yang kita mahukan selama ini dan insyaallah,aku akan sentiasa ada dengan kau. :)
i love you baby

from ur fiance yang gemuk,
mymirasayang :)





3 comments:

Anonymous said...

sumpah sweet.. :)

Anonymous said...

miera2.. sweetnya. InsyAllah mek ya hng tu x pi jao la hai.. hahaha.. -Fadhli Ayob-

CiK GorGeouS ! said...

haLLah2...mek ya gi beLajar...sebagai cik giLa bersama...siLa redha...korang neh cam hapee jek...BHAHHA~