Saturday, July 2, 2011

celaru dan keliru



hati,
tenangkan lah aku
aku meminta padamu agar dikau terus kencang berdetak dan berdegup mengikut ritma
tanpa ada rasa benci sakit hati dan dendam.
hati,
tabahkan lah aku
menghadapi setiap yang berlaku kerna kuatnya dikau maka tegaplah segalanya
lantas aku dibangkitkan tanpa ada rasa gentar dan perasaan takut untuk jatuh
hati,
usah berdukacita kerana engkau membuatkan bibir ini tidak menerbitkan senyuman indah
kerana kesuraman engkau memancarkan detik duka pada wajah ini
cerialah dikau dan teruslah istighfar kerana perjalanan hidupku masih jauh
hati..


engkau adalah penguat kepada bibir.pemanis kepada kata kata dan penggerak kepada tindakan...
engkau adalah tangkal bagi diriku
setiap degupan mu mengingatkan aku betapa,
ketawa adalah ubat kepada kedukaan

teruskan ketawa teruskan tersenyum biarpun hati ini sakit seperti ditusuk sembilu ditoreh belati tajam
usah peduli dengan pandangan orang sekeliling
mata yang menikam itu adalah pembunuh kepada permulaanmu
mereka tidak pernah mengerti dan tidak pernah mahu faham keinginan ku
manusia mencari kelemahan dan tidak putus putus menjatuhkan aku
kesempatan itu sentiasa ada dan datang padamu dan..
apabila sesaat engkau di dalam maya
aku pinta padamu..
segeralah
celiklah wahai hati..
aku pinta padamu..
jangan bernafas dalam ketulian usah tegar hidup dalam kegelapan.
berbicaralah engkau dengan kata kata dari diriku
serapkan kekuatanmu biarkan ia untuk masuk ke dalam semangat ku
kerana itu ialah jalan keluar kepada kehidupan gelita ini
maka..
teruslah pada paksimu ia membisakan aku untuk terus menjadi diri sendiri
teruslah pada keazaman mu kerana kelak aku akan terus kedepan
dipandang dihormati disayangi dan dikenali
namun usah biarkan ia nya tercela dengan sikap angkuh sombong dan tinginya aku menongkah arus
hati,
fahamilah aku..usah biarkan aku lemah terus menangis.
bangkitkan aku pabila aku dalam koma..tanpa sedar
acap kalu kau berbisik, air mata adalah penawar dan kepuasan


namun bagiku, mutiara yang menitis itu terlalu mahal harganya
aku sedar aku tahu aku mengerti
mutira jernih itu datang sekadar untuk menguji tahap kebodohanku dalam menghadapi ujian
dan apabila sekali ia menitis..
aku diketawakan aku hilang segalanya
aku punah aku musnah
dan aku tahu itu adalah tanda amarah mu kepada diri ku yang lemah ini..
menangis,meratap meraung dan bersedih
itu adalah kekalahan.
dan aku tahu engkau bencikan kekalahan!

jujurlah dalam setiap perlakuan tindakan dan percakapanmu.kerana kejujuran itu penting dalam kehidupan.tanpa kejujuran,kelak engkau menjadi mainan orang.hidupmu bagaikan boneka tanpa perasaan yang dipermainkan orang.dan pada masa itu,pembohonganmu memakan diri maka teruslah engkau meratap tentang hidupmu dan mereka yang memerhatimu hanya ketawa berdekah dekah tanpa ada rasa simpati.balasan itu adalah untuk engkau.



DEAR,AMIRAH
HUMAIRA SAID,
BE STRONG
trust your own self. :)