Saturday, June 18, 2011

KERANA ENGKAU SEORANG,AYAH :)



MEMANG HANDSOME!



Biarpun seribu orang yang memarahi aku,membenci aku mengata aku,sedikitpun tidak menjadi kudis dalam hati aku.Orang boleh berkata apa sahaja tapi persetankan semuanya humaira!
Kata kata orang menyebabkan dendam dan kesumat itu lahir dan sememangnya sedikitpun ia tidak menggores aku.
Kerana aku tahu,aku tak selemah itu.
Kerana aku tahu kata kata orang itu sama macam angin lalu.aku sedar aku hidup bukan atas kata kata mereka.
Amboi! Intro pun dah over nampak macam kata kata pahlawan yang berapi rapi mahu membunuh.haha.Failed lah umai.
Orang yang hanya boleh buat aku menangis,walaupun sekadar teguran yang lembut tanpa tengkingan adalah satu dalam sejuta.
Orangnya ialah ayah.yes i do.Aku membina kekuatan aku dapat kekebalan itu dari sikap ayah.
Seorang ayah yang tidak jemu menegur anaknya dengan cara seorang lelaki yang gentleman.memberikan contoh dan tauladan terbaik tatkala aku mula menafikan lelaki,ayah ada ,ayah selalu ada masa untuk membetulkan segalanya.untuk menunujukkan aku jalan bagaimana perlu aku menjadi seorang wanita dewasa.menjadi seorang anak ayah yang matang.



Emak memang seorang yang kuat membebel,banyak cakap dan ada sahaja yang nak disembangkan.
Dan kalau emak marah pun aku tegar membalas kembali dengan pandangan mata mcm kena rasuk setan!haha.dasar keras kepala.
Bila dah terlalu biadap,rasakan humaira!mulut kena lempang jangan salahkan orang lain.paling biadap pun kalau nak jadi macam tanggang aku hanya bermonolog dalam hati dengan kata kata persis pelesit jalanan.
Tetapi tidak sesekali dengan ayah!Betapa aku terdidik dengan sendiri bahawa aku perlu menghormati ayah.

Aku wajib ada perasaan gementar dan gerun terhadap ayah.Bukan kerana benci dan rasa takut tetapi itu adalah perasaan hormat seorang anak kepada ayahnya.
Aku meletakkan ayah dalam darjat ketingian lelaki yang paling bermakna dalam hidup aku.datanglah sejuta lelaki yang cuba berlagak baik,aku tahu ketulusan dia tidak akan sama seperti mana emak mula mengenali ayah sewaktu mereka bercinta dahulu.haha :)

AMBOI!Bapak seksi abah kau,umai!

Bangga dan syukur dilahirkan dari benih EN MOHD AZIZUL BIN MOHD SIES.Walaawehh!benih terusss.haha.Sperm lah sperm.imagine ,umai imagine! haha.
Seorang manusia dan jejaka kacak yang aku gelarkan sebagai ayah.ayah ayah ayah ayah dan ayah.Dalam sehari dalam kitaran umur yang sekarang panggilan keramat ayah masih lancar aku tuturkan sebab aku dan ayah sangat kawtim!Lebih kawtim daripada hazama dengan bapaknya.
Bertuah kerana aku dipilih tuhan untuk merasai pinjaman kasih sayang seorang ayah kandung sebenar. :)







Bila kena marah dengan mak,bila aku tertidur depan tv,bila kata kata dan pendapat aku dibangkang oleh semua orang,bila aku membuat kesilapan,bila aku tak larat berjalan,bila aku menangis bergaduh,bila aku menjerit dibuli,bila aku melalak sebab takutkan lipas,bila aku takut macam nak mati sbb rumah balckout,bila aku gentar sbb ramai lelaki kacau nak mengorat aku (haha),bila aku mula hendak belajar tentang lelaki,bila aku hendak kan sesuatu yang mak x nak bagi,bila aku nak mengidam nak makan..dan bila bila pun berjuta kali..setiap sesuatu yang hadir dalam hidup aku.yes.aku ada ayah!Aku masih ada ayah.Aku ada ayah yang sentiasa berada dekat dengan aku.



Paling romantik,bila aku tertidur terbongkak mengangkang mcm dugong depan tv dahulu kala,meh imbas kembali kalau kita sama.Siapa yang angkat kau?siapa?hah!jawab lah siapa?dah sah sah ayah yang angkat kan?tak kan kau mengesot sendiri bangun msuk bilik tidur tak kan kau nk kol bf jahanam kau tu nak angkat kau.tak perlu kan semua tu sbb ayah ada.Ayah angkat ayah cium dan ayah x pernah ckp berat nya...ni anak aku ke anak gajah?
Aku pasti dan yakin!Sbb aku x pernah dengar ayah ungkapkan mcm tu.
Tak tau lah kalau dalam hati dia kan.haha.tu dulu lah masa aku kecik kecik lagi.tapi sweet what.
Kalau sekarang tak payah tunggu ayah ckp aku berat,biar aku sendiri yang mengaku memang aku gemuk.Sobss sobss.
Ayah yang gagah perkasa pun boleh retak tulang kalau nak dukung.pffttt!Siapa lelaki pertama yang cium kau?jawablah.
Jawapannya ialah AYAH! :)

Boleh tanya tak umai, siapa lelaki lain yang umai pernah peluk selain daripada ayah??
TEETTTTTT!!
Jawapannya kalau diberitahu mesti tangan ayah naik melekat kat muka aku.
HAHAHAHA.AUMMM!

pelukan yang lebih dasyat .hahaha.


Jangan nak merepek.
Aku dah meningkat remaja aku dah dewasa aku dah matang dan ada ketika aku rasa aku boleh berdiri dengan kaki sendiri.tapi silap besar.sebab bila keluar dari rumah aku berhadapan dengan pelbagai jenis lelaki dan di situ aku perlukan ayah.ayah memberi nasihat ayah memberi teguran.dan ayah adalah satu satu nya lelaki dalam dunia ini yang aku riak nak mengaku,hanya ayah yang mampu buat aku menangis dalam kategori lelaki.
you you and you?GTH!i have pride and aku x kan menangis sebab lelaki lain.pergi jahanam.AMBOI!Berapi lagi umai ni.haha.
Tapi ayah,cakap lah sepatah pun.tegur lah dengan lembut pun...zap zap zapppppppppp.meleleh terus air mata wa cakap lu!Walaupun dia x marah.Sentapan dia terasa sampai ke lubuk hati yang suci ini.haha.
Part paling sadis dan menjatuhkan ego aku bila aku sedih dan bajet2 touching merajuk dengan ayah,dia datang dan pujuk. 'ayah bukan nak marah mira..
tapi..'selunak segarau nya suara ayah maka selembut wanita lah aku menangis.peh!Melalak dalam dakapan ayah memang terbaik :)
Depan ayah aku x perlu nak contol cun nak korek hidung,kentut,berkemban makan gelojoh2 bangun tidur terus makan,kentut macam bazuka dan bau macam gas beracun . hehe..menangis depan ayah aku berani je nak main sedut2 hingus jadikan mcm bubble gum.
ssllrrpppppppp!peh!haha.Bukan calang2 orang boleh lihat aku begitu.hahaha

Ya.peranan ayah dan emak berbeza.Aku dekat dengan mak dalam satu sudut dan aku rapat dengan ayah atas satu aspek :)


Tapi memang aku perlukan kedua nya untuk melengkap hidup aku.
Mungkin ada orang kata bila ayah kita main tua dia lebih menjadi pemerhati dan kurang bercakap.
Tidak bagi ayah saya.dia sentiasa hendak bercakap selalu ada benda nak diketawakan dalam setiap detik ada topik nak diguraukan kerana?my dad is better than your dad!




Jujur.Biarpun aku berkawan dengan ramai lelaki,aku bercakap dengan semua lelaki,aku minat dengan segelintir lelaki,aku kagum dengan cara lelaki,aku kenal lelaki,aku kenakan lelaki,aku tahu lelaki dan mungkin akan datang aku kahwin dengan lelaki aku peluk lelaki..ayah adalah lelaki yang paling atas.nombor satu.biarpun akan datang aku dijaga oleh lelaki sebaik ayah..aku tahu tempat ayah,peranan dan watak ayah tidak mungkin dapat diganti dengan sesiapa.ayah adalah ayah.orang yang aku kagum orang yang aku hormat dan orang yang aku cinta dan orang yang telah mengimamkan aku.mengiqamatkan aku.you are the only one. :)



Kalau dapat result cemerlang bagitau dekat mak dah sah sah dia menangis terharu je kan.
Bagitau dekat ayah tak cukup nafas dia cium pipi kita dia dukung kita dia lambung kita tinggi tinggi.
Bila malam malam kita bangun tidur gelap.Rasa nak berak tapi takut nak berak sebab nak kena pergi jamban dekat belakang rumah,kita mesti kejut ayah.
Walaupun ngantok tersenggguk2 ayah tetap bangun temankan kita.bila malam malam kita lapar,ayah mesti terus keluar rumah dia belikan kita makanan.dia carikkan kita makanan sebab dia x nak anak dia lapar.:) seronok.





Tak perlu untuk aku berkawan dan mengungkapkan papa..mama..papa mama bagai.Konon2 macam 'ibu dan ayah yang tak sah taraf halalnya lagi'
Kau siapa nak jadi bapak aku?sugar daddy?atau kau ingat kau kencing dah cukup lurus nak buat segmen manja manja dengan anak dara orang bahasakan diri sebagai papa mama.Abah kau lah!haha





EN MOHD AZIZUL BIN SIES
Ayah kepada NURUL AMIRAH yang mungkin suatu hari nanti akan mewalikan aku,sesungguh nya ayah telah menjadi bapa yang terbaik dalam hidup mira.tipu kalau mira cakap mira tak pernah tak setuju dengan ayah,
mira dalam diam melawan cakap ayah dan dulu pernah mira mendoakan yang bukan2 untuk ayah sebab masa tu mira x suka bila ayah cuba kawal setiap apa yg mira buat.
Ego kalau mira cakap yang mira x pernah rasa marah dekat ayah,mira kadang2 ungkapkan perkataan benci dekat ayah dan mira coretkan kata kata yang x speatutnya seorang anak doakan untuk ayah.
Tapi tu dulu,kini makin mira dewasa makin mira faham betapa ayah banyak berkorban.ayah cuba berikan yang terbaik,ayah x mahu mira gagal dalam hidup sebab terlalu banyak berseronok,
Ayah nak mira sentiasa solat ingat ALLAH,ayah nak mira sentiasa tahu percaturan hidup sebagai perempuan .
Ayah selalu nasihat jangan buat itu dan jangan buat ini.makin hari mira faham yang ayah mahukan yang terbaik untuk anak nya.ayah akan lepaskan mira bila ayah sedar mira bersedia tanggung risiko dalam setiap apa yang mira buat.ya.mira mengaku mira masih perlukan ayah.
Mira masih perlukan bimbingan kata nasihat dan teguran dari ayah.
Pesanan dari ayah yang selalu ayah cakap dekat mira..jaga solat.jaga hubungan dengan ALLAH,jaga maruah. :)


ALLAH,terima kasih kerana kau memberikan aku kasih sayang seorang ayah yang aku sedar x ramai hambamu yang dapat rasakan perasaan nikmat dan gembira ini.terima kasih aku ucapkan kepada mu atas kurnian pinjaman yang kau berikan untuk aku.aku sedar biarpun setitik peluh ayah ku yang jatuh dalam membesarkan aku,mencari nafkah untuk kami semua,keringatnya itu tidak mungkin akan dapat aku balas.tak mungkin aku dapat menjaga ayah aku sebaik mana dia menjaga aku semasa kecil.dan aku mohon padamu..berikan aku ruang dan kesempatan untuk aku beritahu kepada ayahku betapa aku menyayangi dirinya betapa aku bersyukur menjadi anaknya dan betapa dia adalah sebahagian daripada diri aku.tolong berikan aku ruang untuk aku buktikan bahawa aku adalah anak dia yang telah dia didik dengan sempurnya yang telah dia jaga dengan penuh tertibnya dan aku mampu buktikan bahawa aku sayang pada dia..apabila tiba detik itu :)






PLEASE STAY STRONG FOR US.IM BEGGING YOU ;'(
SELAMAT HARI AYAH,AYAH.