Friday, December 31, 2010

kerana ini adalah tahun DUA KOSONG KOSONG SEBELAS


hye.assalamualaikum.pohon sejahtera dan rahmat untuk tahun baru ini.
haaah!intro pun dah macam cover2 line kentut tak lepas.mengapakah humaira?
eh mestilah mulakan blog pertama pada tahun 2011 ini dengan ucapan yang baik baik.ucapan salam yang enak untuk ditatapi oleh mata.
tak ke haru buang tebiat kalau2 aku masuk post terus mencarut tak tentu arah.eh tak mo tak mo.nanti seweyyy sepanjang tahun. ;D

okau hye.selamat tahun baru you alls.pembaca alam maya di bloggers dan rakan rakan yang masih belum dikenali luar dan dalamnya.haha.
ye.aku bagi uacapan selamat tahun baru kepada semua tanpa mengira latar belakang,status mahupun rupa dan kekayaan.
salam mesra salam tahun baru.

okay.ucapan yang sama je yauw (^_^)
kalau dipandang secara rambang,bila orang ucapkan selamat tahun baru.selamat tahun baru.selamat tahun baru.
apa yang terlintas kat kepala otak.kalau aku lah yang tak berapa hebat nak berimaginasi bagi aku uacapan hanyalah sekadar ucapan.melainkan kalau orang tu ada selitkan wasiat yang blink blink.
okay apa apa je lah.yang pasti aku nak ucapkan selamat tahun baru.
AHHhhA!
dan seperti kebiasaan dan kelazimannya.bila masuk tahun baru mestilah ada azam kan.kau tau apa itu azam?
kalau tak tau pergi search kat fesbuk jejaka jejaka yang bernama azam.add mereka lalu kau pun adalah azam.haha.okay tak lawak lah,gemook.pffttttttttttt.

impian sesuci kain putih aku ditahun yang baru ini.
azam,angan2 yang ingin aku gapai,mimpi yang akan terus aku sulam untuk menjadikan langkah aku terus bersemangat.sememangnya ada banyak.banyak sangat bagi seorang remaja berusia lapan belas tahun secara tak rasminya.

azam humaira balkiss.banyak weh.tapi yang logik2 lah.tak kan aku nak cakap bila dah 2011 ni aku nak kahwin.memang gatal lah aku ni kan.heeeeh.tak.ini andaian je.
okay.lagi satu.kalau aku terus cakap yang azam aku nak kurus.nak berjaya dalam hidup.nak ada life yang lagi better dari tahun lepas rasa bosan pulak.rasa nak ketip muka dekat batu lesung pun ada jugak.tak habis habis nak kurus,aku tak kurus2 jugak.itu bukan azam tahun baru.itu azam setiap hari.azam tanpa uasaha maka tak berhasilah azam itu.mungkin azam itu merajuk.eh azamm!oh azamm!meh mai sini meh ;D

nak jadikan lebih menarik dan aku bole terus berdaya saing menggagahkan diri dalam halusinasi ni,aku rasa aku nak jadi sedikit hebakk dan berfikiran ala2 isac newtaon.aku nak bahagikan azam aku dalam setiap kategori menggunakan kaedah imbas muka dan imbas kembali.ahhaha.memang menggelabah. ;D

list dan carta ayam2 humaira balkiss untuk tahun 2011 ini.
jeng jeng jeng....



sebagai seorang hamba-NYA.

okay.ini sedih banyak.tak boleh main2.kalau nak diikutkan dan diperhatikan,aku ni macam dah teruk sedikit.penghujng tahun 2010,aku lalai alpa dan leka sampai kadang2 tak ada masa untuk 'berkomunikasi' dengan DIA YANG SATU.ye.memang aku culas sedikit dalam perkara tu.culas yang bukan membawa maksud perut memulas menahan sembelit.
jahatnya aku.sebab dah takbur dan bongkak sampai lupakan DIA YANG SATU;(
Maafkan hambamu ini,semoga aku terus tidak dihukum mcm ni.bila nak buat ibadat je,mesti ada halangan.syataii jahat!dan aku tewas apa yang mampu hanya terus berniat dan terus berdosa. ;(
untuk tahun baru ini.aku nak perbaiki diri.muhasabah diri,semoga aku terus tidak lalai dan hanyut dalam kealpaan dunia yang aku ciptakan.bantu aku YA ALLAH.





sebagai seorang anak.

sepanjang tahun 201o.ehem2 aku tak banyak gaduh dengan parents.haha.
*tak banyak,tapi ada jugak kan mira?berdosa jgak kan mira?erkk
okay,tapi apa yang pasti sepanjang usia aku meningkat dewasa ni.aku dapat rasa yang hubungan aku dengan keluarga dan mak dan ayah aku bertambah rapat mesra dan manja2.masing2 ada masa untuk berkongsi cerita dan bertukar2 pendapat,
seronok.yup.memang seronok.mak dan ayah saya sangat sporting.tap dlm sporting2 tu aku msh x ada kesempatan nak buat perkara2 durjana menconteng arang.memang tak akan! ;)
untuk tahun ini harapnya hubungan aku tersu rapat.dan yenceahh.aku kan dah bekerjaya sekarang.jadi aku ada niat nak menghadiahkan mereka sesuatu.
oppak dan ommak.mira sayang kamu.muahhh!
haha.





sebagai seorang kawan.

untuk makluman yang tak perlu dimaklumkan lagi,aku memang seorang kawan yang disayangi oleh kawannya.haha
sama ada aku perasan atau memang aku ni spesies syok sendiri tak tahulah.
tapi apa yang pasti sepnjang berkawan.dikala kecil dan besar.di kala sekolah rendah dan menengah.aku memang tak ada masalah dalam berkawan.tak ada permainan musuh dalam selimut dan tikam dari belakang.cuma cakap2 belakang tu adalah.tu kan hobi saya.nyiahaha.
;D
kalau nk bagi kredit.aku layak mendapat kredit penuh.silalah kreditkan saya untuk selama 7 tahun.haha
dalam berkawan,aku memang hendak menjadi kawan yang baik,disukai dan diperlukan.
berjaya!yup.mungkin bukan seratus peratus tapi apa yang pasti aku akan terus menjadi pendengar yang baik kepada kawan aku.pendengar dan kadang2 ala2 ibu2 yang memberi nasihat kepada anaknya.wahh!
dan aku akan terus menambahkan kawan kerana luas perkawanan maka luaslah kawanan.;D
saya sayang kawan saya. ;)



sebagai seorang orang yang baru dikenali dan belum dikenali sepenuhnya.

wahh!pakah ini?mcm ada nawaitu nak jadi terkenal je.haha
angan2 mat jenin tu perlu ada wehh.dan
kepada strangers!hye!nama aku humaira balkiss.
panggil aku mira.selamat berkenalan okay?
ouh tak lupa jugak.inilah aku.inilah gambar aku.eh kalau awak ada rasa2 nak jatuh cinta dengan saya lepas tengok gambar2 saya,.tolonglah halang nafsu awak tu.tolonglah.kalau tak,kelak awak akan berduka.sebab ini hanyalah gambar.kalau depan2 saya ni gemuk lah strangers!gemuk.percayalah.
jadi kalau nak berkawan rapat dengan saya,ayuhlah!kita berjuma depan2 pada bila2 masa di tahun 2011.haha.cambodhhooo ;D
okay.aku senang untuk berkawan senang disapa sebab aku peramah dan mungkin gedik.sebab tu tanpa segan silu beramah mesra dengn orang.so,hye dan salam mesra dari humaira balkiss.
shake hands genggam kuat2 tau dan tenung mata lama2.auuuww!sukenyeewww.




sebagai nurul amirah bt mohd azizul ;)

terlalu banyak kalau nak diceritakan. ;)
tapi apa yang pasti aku dalam proses tanpa henti mengenali diri aku sendiri.kenal potensi,kemampuan,keinginan,kelemahan dalam diri aku sendiri secara indivudualiti.
dan apa yang pasti aku memang menyimpan aims untuk menyusutkan tubuh badan membuang lemak dan menjadi cantik.haha.gurau tak berapa nak tipu nie. ;D
seterusnya berjaya dalam hidup sebab tahun 2011 inilah keputusan spm aku akan keluar dan dari detik 2011 ini lah aku akn terus mengorak langkah mengikut tahap kemampuan aku.yang wajibnya memang aku hendak berjaya dalam hidup.melepasi setiap sesuatu satu persatu.tak mahu gagal dalam hidup.dan tak mahu cepat tewas.
sebab kekalahn tu kadang2 suka juga bermesra dengan aku,dan i dont like it ;D
menjadi seorang yang tenang dan berfikiran rasional.mungkin seronok jugak kalau dipuji begini dan begitu.
eh.awak ni berfikiran matang lah mira.muka je comel2.hahaha ;)
okay.im done.yang lain biar aku simpang untuk humaira balkiss seorang sahaja. ;)
terus berjuang mira!jangan letakkan diri anda dalam koleksi wanita2 gemuk di malaysia.tak mahu tak mahu.




bye bye.selamat tinggal 2010. ;)
hye hye.selamat datang 2011 ;)



7 comments:

Emmet Muhamad said...

HNY!

bG said...

happy new year!

Ridhuan said...

haha...kreatif2..:D

nurulhudalladdin said...

HAPPY NEW YEAR, long time never meet you dear, hope you'll never forget me.

Rezal Ishak said...
This comment has been removed by the author.
Rezal Ishak said...
This comment has been removed by the author.
Rezal Ishak said...

"kepada strangers!hye!nama aku humaira balkiss.
panggil aku mira.selamat berkenalan okay?
ouh tak lupa jugak.inilah aku.inilah gambar aku.eh kalau awak ada rasa2 nak jatuh cinta dengan saya lepas tengok gambar2 saya,.tolonglah halang nafsu awak tu.tolonglah.kalau tak,kelak awak akan berduka.sebab ini hanyalah gambar.kalau depan2 saya ni gemuk lah strangers!gemuk.percayalah.
jadi kalau nak berkawan rapat dengan saya,ayuhlah!kita berjuma depan2 pada bila2 masa di tahun 2011."

haha. bagus tol ayat-ayat atas ni. terasa lak. gemok apadahal. tu tanda bahagiakan. keep in touch